PANDUAN SOLAT DUDUK
1:23:19
4 жыл бұрын
Hakikat Dua Kalimah Syahadat - Siri 17.
1:44:08
Hakikat Dua Kalimah Syahadat - Siri 8
1:44:36
Hakikat Dua Kalimah Syahadat - Siri 15
1:50:13
Hakikat Dua Kalimah Syahadat - Siri 13
1:26:22
Hak Muslim Terhadap Muslim Lain.
1:20:58
Ihsan Kepada Ibu Bapa.
1:06:56
7 жыл бұрын
Tadabbur Surah As Sajdah 32/: Ayat 1-3
1:11:38
Hakikat Dua Kalimah Syahadat - Siri 16.
1:11:17
Tafsir Surah Ar-Ra'd 13/: ayat 1- 4.
51:28
Hakikat Dua Kalimah Syahadat - Siri 12
1:31:06
Hakikat Dua Kalimah Syahadat - Siri 14
1:21:04
Hakikat Dua Kalimah Syahadat - Siri 18.
1:31:56
Пікірлер
@RabiaYumi
@RabiaYumi 2 сағат бұрын
1:27 Pengajaran ayat 9 6:12 ayat 10
@ZahrahMdnooh
@ZahrahMdnooh Күн бұрын
Alhamdulillah
@mohdjamalimohdnazir7728
@mohdjamalimohdnazir7728 4 күн бұрын
1:40 surah Yasin adalah surah yang paling popular di kalangan orang melayu Dimana2 surau Dimana2 masjid Malam jumaat Kenduri Solat hajat Apa sebabnya? 3:00 Mungkin disebabkan oleh satu hadis ini
@ZahrahMdnooh
@ZahrahMdnooh 4 күн бұрын
Alhamdulillah
@rabiaraiden
@rabiaraiden 10 күн бұрын
32:24 doa nabi yusuf 41:31 ayat 27
@AhmadSumiyanto
@AhmadSumiyanto 11 күн бұрын
Baarokallufiikum . Menyimak.. Baarokallahu fiikum atas ilmunya ustadz...
@nasuhaishak6136
@nasuhaishak6136 11 күн бұрын
hadir 19/9/24 smoga trus istiqomah
@fadhilahsharipah2352
@fadhilahsharipah2352 11 күн бұрын
Ada perbuatan yg tidak ada niat, iaitu perbuatan x sengaja, cth tertembak,terjatuh,terhantuk dll
@ZahrahMdnooh
@ZahrahMdnooh 17 күн бұрын
Alhamdulillah
@hakimtasnim
@hakimtasnim 17 күн бұрын
Asalnya buat baca ramai2 nk silaturrahim jiran2 dan sekampung kerana silaturrahim dh renggang buat masing2..niat nya yasin tu hati quran bila baca ramai2 dptla satukan hati jiran2 dan sekampung dan yg baca tu ..dtg drpd Indonesia bawak ke sini
@AhmadSumiyanto
@AhmadSumiyanto 19 күн бұрын
Alhamdulillah , menyimak... Jazakumullahu khoiron ustadz atas ilmunya sangat bermanfaat
@mariahintan8152
@mariahintan8152 25 күн бұрын
Wahai ALLAH SWT semoga AL Quran menjadi pendamping hati ❤️ semoga menjadi sahabat dialam barzakh ❤️ semoga menjadi peguam bela dipandang Mahsyar kelak ❤️ semoga AL Quran menjadi Syifa segala penyakit ❤️ syukur Alhamdulillah dikurniakan Taufik hidayah UTK membaca Al-Quran tadabbur ayat-ayat Al-Quran memahami isi kandungan AL Quran hingga akhir hayat Aamiin ya Rabbal Aalamiin 🤲❤
@HusainBakari
@HusainBakari Ай бұрын
syukran
@nemoyap
@nemoyap Ай бұрын
2024 semakin mantap👍
@azurahhashim7405
@azurahhashim7405 2 ай бұрын
26/7/24
@syazleismail9180
@syazleismail9180 2 ай бұрын
Alhamdulillah terima kasih ustaz sungguh jelas.. senang di fahami..
@rahmah05
@rahmah05 2 ай бұрын
MasyaAllah.. Allahuakhbar..!
@kbllet
@kbllet 2 ай бұрын
alhamdulillah
@animahmud8938
@animahmud8938 2 ай бұрын
7/7/24... alhamdulillah. Sangat terperinci penyampaiannya.
@azurahhashim7405
@azurahhashim7405 3 ай бұрын
Terbaik ustaz..saya mngikuti setiap siri tadabur, baru mulai thn 2024. Alhmdulillah diberi kesempatan ini wlp siri ni sudah 9 thn yg lalu..
@animahmud8938
@animahmud8938 3 ай бұрын
... Ayat 68 yang sempat salin Siapa yang Allah panjangkan umurnya, kami نُنَكِّسْهُ kembalikannya saperti bayi dari segi ketidakupayaan - badan, pemikiran, mata dan akal, tenaga. Perlu kepada bantuan dan sokongan. 📌 Suatu hari kamu akan tua maka jangan tunggu tua untuk beribadat kerana bila sudah uzur, keupayaan menurun. Banyak ibadah tidak dapat di buat. Mata semakin kabur nak baca al Quran sudah tak nampak. Cepat lupa. Menyesal tidak berguna. Nak hadir kelas (tadabbur) tenaga dah tak larat. Bila dapat hadir, telinga pula pendengaran tak jelas dll. 🔆 Dari itu rebutlah masa muda. Jangan buang masa. Buatlah persiapan. Nabi. SAW bersabda, خَيْرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ، وَشَرُّ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ “Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya.” ~ (HR. Ahmad, at-Tirmidzi dan al-Hakim dari Abu Bakrah radhiallahu ‘anhu, lihat Shahih al-Jami’ no. 3297) Orang beriman takut bila beribadah ibadahnya tidak diterima. Bukan rasa diri dah ‘OK’ sebab hari-hari baca al Quran 1 mukasurat. Puasa setiap Isnin dan Khamis dsbgnya. . . Kamu bakal kembali kepada Allah maka siap-siaplah dengan apa yang kamu nak bawa berjumpa Allah. Surat Ar-Rum Ayat 54 اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. . . Surat An-Nahl Ayat 70 وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ ۚ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. . . Tidak perlu doa panjang umur tapi doalah umur yang berkat. Tiada jaminan bila umur panjang amal akan bertandang. Apa guna panjang umur tapi nyanyuk. . . Az-Zarqani dalam Syarh Al-Muwatha’ menyatakan bahwa - amalan akhir manusia itulah yang jadi penentu dan atas amalan itulah akan dibalas. Siapa yang beramal jelek lalu beralih beramal baik, maka ia dinilai sebagai orang yang bertaubat. Sebaliknya, siapa yang berpindah dari iman menjadi kufur, maka ia dianggap murtad. فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « إِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ فِيمَا يَرَى النَّاسُ عَمَل أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَإِنَّهُ لَمِنْ أَهْلِ النَّارِ ، وَيَعْمَلُ فِيمَا يَرَى النَّاسُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ وَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِخَوَاتِيمِهَا » .. Selanjutnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh ada seorang hamba yang menurut pandangan orang banyak mengamalkan amalan penghuni surga, namun berakhir menjadi penghuni neraka. Sebaliknya ada seorang hamba yang menurut pandangan orang melakukan amalan-amalan penduduk neraka, namun berakhir dengan menjadi penghuni surga. Sungguh amalan itu dilihat dari akhirnya.” ~ (HR. Bukhari, no. 6493) Dalam riwayat lain disebutkan, وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ “Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.” ~ (HR. Bukhari, no. 6607) اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة “Ya Allah, sempurnakanlah kehidupan kami dengan Islam, selesaikanlah kehidupan kami dengan penuh keimanan, dan akhiri hidup kami dengan husnul khatimah.” Wasiat Nabi Ya'qub kepada anak cucunya Surat Al-Baqarah Ayat 132 وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 3 ай бұрын
56:37 kemudian tuhan bagitau
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 3 ай бұрын
48:16 kemudian tuhan menemplak أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ apakah patut kamu menjadikannya atau mengambilnya (nya tu sape dia? Iblis) وَذُرِّیَّتَهُۥۤ dan zuriatnya (siapa zuriatnya? Siapa zuriat iblis. Kalau zuriat kita sape dia? Anak² kita kan. Jadi kalau zuriat iblis, anak² iblis lah, iblis ni ada anak tak? Zuriatnya tu apa maksudnya? Zuriat di sini ada 2 tafsiran: pertama, anak. Yg kedua, adalah pengikut.) 50:50 Sambungan tadabbur... أَوۡلِیَاۤءَ sebagai pelindung atau penasihat مِن دُونِی selainku وَهُمۡ sedangkan mereka لَكُمۡ bagibkamu عَدُوُّۢۚ musuh بِئۡسَ seburuk² لِلظَّـٰلِمِینَ bagi orang² yang zalim بَدَلࣰا sebagai ganti } [Surah Al-Kahf: 50] Apa maksud ayat ni? Ayat ni ada soalan tapi bukan soalan yg nak jawapan, tapi Allah nak mencela nak mengutuk. Nak mengutuk siapa ni? Mereka yg mengambil iblis dan zuriatnya sebagai wali. Kenapa Allah cela? Sebab iblis ni adalah musuh. Allah sebagai pencipta Allah yg bagi nikmat, dia tolak pencipta dan tolak pemberi nikmat. Dia amik musuh dia sebagai penasihat. Masuk akal tak? Ada tak orang amik musuh dia sebagai penasihat? Ada ke takde? Contoh? Ada tak negara tertentu dia amik penasihat dia daripada musuh dia, ada ke? Negara apa? Jangan takut kecuali pada Allah. Negara yang amik penasihat drpd musuh, dan kita setuju tak? Tak setuju kan. Sebb apa tak setuju? Contohlah contoh, Dia amik orang Yahudi sebagai penasihat. Kita marah tak? Kenapa marah? Kenapa kita marah? Sbb musuh, bila musuh dia akan nasihat bende baik ke tak baik. Dia akan menjahanamkan lagi kita. Kita tak setuju. Tapi bila kita solat lambat, sape penasihat kita? Bila kita solat lambat sape penasihat kita? Yahudi ke syaitan? Syaitan dengan Yahudi mana lagi jahat? Syaitan. Abis tu kenapa kita marah org tu sbb amik Yahudi sebagai penasihat. Kita lagi dahsyat. Jadi jangan marah org. Tunjukkan kita lagi dahsyat. Kadang² kita mengumpat, waktu tu sape penasihat kita? syaitan takpe ust dia bukan Yahudi. Dia lupa guru kepada Yahudi ialah syaitan. Sbb tu bila kita solat kat rumah tak solat kat masjid. Siapa yg bisikkan tu? Iblis syaitan Yg ni yg tuhan kata tadi dalam ayat 50 surah kahfi "adakah patut kamu amik musuh kamu sebagai penasihat." Bila musuh dia akan menghancurkan kamu, sbb dia musuh. Dan Tuhan kata seburuk² ganti, ganti ni apa? Orang zalim. Apq maksud seburuk² ganti. 55:00 Saya bagi contoh, saya membesarkan sorang anak ni, berikan kasih sayang padanya, bagi dia pendidikan, sampai dia berjaya sampai dapat jawatan besar dan saya tak pernah marah pun dia. Tapi akhirnya dia tinggal saya, dia amik siapa penasihat dia? tu yg suka bunuh org, suka meragut orang, masuk akal tak? Zalim tak?itu satu pertukaran yg zalim tak? Maka kalau dia tolak Allah, dan dia amik syaitan itulah seburuk² pertukaran. Boleh faham? Dan berlaku tak dalam hidup kita? Bila dgr azan, tuhan kata jom solat, kita tolak Allah, kita amik siapa? Contoh subuh lah subuh, biasanya yang tak bangun subuh, yg tak pergi surau, sape penasihat dia ketika itu? Yg dtg subuh dia tak tau, sbb dia dtg, tanya yg x dtg, siapa penasihat dia tu? Siapa yg tak dtg angkat tgn? Tak nak mengaku. sbb tu tuhan kata, seburuk-buruk ganti. Takde lagi yg lebih buruk daripada tolak tuhan ganti amik syaitan. 56:37 kemudian tuhan
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 3 ай бұрын
24:49 bila kami berkata kepada para malaikat ٱسۡجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ sujudlah kepada Adam. Siapa Adam? Kat sini ada tak yang bernama Adam? Kalau ada Adam yg ada dlm ni xde kaitan dengan Adam yg dlm Al-Quran. Dia ada kaitan dengan Abul Basyhar Bapa Manusia dan diciptakan daripada tanah 25:41 apabila kami berkata² kepada para malaikat sujudlah kepada nabi Adam. Sujud ni apa maknanya? Nak terjemah apa ni sujud kat sini? Kalau kita baca tafsir, ada 2 tafsiran iaitu pertama sujud tahiyyah sujud hormat tunduk. Yang kedua sujud tu adalah sujud leyak dahi di lantai. Macam sujud dalam solat. Yg mana yg lebih tepat, menepati dgn bahasa al-Quran? Sujud hormat? Kalau kita kata sujud hormat bermakna kita telah menukar maksud sebenar sujud dalam ayat tu Sebab apa, sbb dia kata kalau sujud betul kepada manusia nnti jd syirik. Jd nak elak jd syirik, maka dia kata ini adalah sujud hormat bukan sujud betul. Betulke? Sepatutnya sebenarnya, Macam mana boleh jadi syirik? siapa yang suruh sujud kepada manusia nabi Adam tu. Apabila yang suruh sujud tu Allah dan kita patuh pada arahan tu adakah ia dikira syirik. Adakah taat perintah Allah itu dikira syirik. Jd jgn tengok perbuatan itu tgk pada siapa yg suruh sujud. Itu bukan syirik itu adalah taat. 27:00 Contoh bunuh anak dikira taat, kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Kisah nabi khidir bersama nabi Musa. Pada asalnya dosa bunuh org ni tak besar. Tapi utk 2 kisah ni ia bertukar dosa besar kepada ibadah Jadi utk lebih selamat kita memilih sujud betul lah.. sujud betul ini bukan syirik sbb ia adalah perintah Allah 28:30 Sambung ayat seterusnya, فَسَجَدُوۤا۟ lalu mereka sujud ( mereka kat sini siapa? Malaikat. Sebenarnya Allah nak uji siapa? Nak uji malaikat ke nak uji iblis? Allah nak uji siapa sebenarnya? Nak uji iblis, malaikat Allah tak nak uji pon. Sbb Apa Allah tak uji malaikat. Malaikat ni kalau di suruh buat apa² dia taat, dalilnya dalam surah at tahrim ayat 6 ms 560 malaikat tak pernah derhaka pada Allah jadi tak mungkin malaikat derhaka pada Allah, tak mungkin. Tapi kenapa Allah suruh sbb ada sorang kat situ tu, Allah nak test iman dia, siapa? Iblis. Sbb tu lah sifat orang beriman apa dia? Bila Allah perintah tuhan guna huruf fa, beza faف dengan sthumma ثم beza tak? Kalau ثم dia amik masa tapi kalau ف bila suruh je terus sujud. Jadi sifat org beriman, bila masuk waktu solat ف ke ثم . Sepatutnya ف tapi yang tak sepatutnya ثم tapi yg banyak kita buat ثم kan. Sifat org beriman bila masuk waktu solat terus pergi 31:00 Sambung ayat kahfi tadi إِلَّاۤ إِبۡلِیسَ kecuali iblis, (iblis ni daripada apa? Daripada golongan jin ke daripada malaikat? Malaikat? Ada dalil? Mmg betul ada 2 pendapat, ada yg mengatakan iblis daripada malaikat. Kenapa dia kata daripada malaikat? Sebab Allah perintah pada siapa ni? "Kami berkata kepada para malaikat" tiba² muncul iblis. Jadi dia kata maknanya iblis itu daripada malaikat. Logiknya betul. Tapi sebenarnya, selepas ayat tu, Allah menjelaskan lagi iblis itu daripada apa? 31:45 Tengok ayat seterusnya كَانَ adalah ia مِنَ ٱلۡجِنِّ daripada jin. Jelas ye.. apa beza malaikat dengan jin? Cuba sebut perbezaan dia: 1. Malaikat diciptakan daripada nur cahaya, iblis diciptakan daripada api 2. Malaikat fizikalnya dan kekuatannya jauh lebih hebat daripada iblis, sebb tu lah cerita nabi sulaiman yang menawarkan siapa yang holeh bawa singgahsana ratu balqis daripada sabaq drpd yaman. Jin kata apa? Aku boleh bawa sebelum kamu bangun daripada tmpt duduk. Kemudian orang yg berilmu, aku boleh bawa sebelum mata kamu berkelip, sebenarnya yg bawa itu bukan orang, orang itu hanya berdoa kepada Allah, Allah makbulkan doa dan Allah arahakan malaikat yg bawak singgahsana tu, itu menunjukkan fizikal dan kekuatan malaikat lebih hebat daripada iblis daripada jin 3. Malaikat boleh menembusi langit. Sampai langit kedua langit ketiga keempat dan seterusnya. Tali syaitan dan jin x boleh naik, naik sikit je terus kene rejam. Tuhan sebut dalam surah apa? Surah jin? Naik je utk mencuri dengar Allah terus merejam dengan bintang ataupun taik bintang. Skrg iblis daripada jin ke malaikat? Jin? apa dalil? Yg ni la? Dalil yg kedua adalah bila Allah tanga iblis apa sebab kamu enggan sujud kepada Adam yg aku cipts dengan tangan aku. Dia kata apa? انا خير منه aku lebih baik drpd nya. Apa sebabnya lebih baik? خلقتني من نار aku drpd api , maknanya dia bukan malaikat sbb malaikat dicipta drpd nur Cuma sekarang apa beza dia pula, iblis dan syaitan. Kalau malaikat siala ketuanya, siapa? jibril. Kalau manusia siapa ketuanya, siapa? Nabi Muhammad. Kalau jin yg jahat syaitan yang jahat siapa ketuanya? Siapa? Iblis. Jadi iblis ni dia adalah jin dan dia adalah ceo dalam syarikat penipuan 35:45 Sambung ayat seterusnya, فَفَسَقَ lalu dia fasiq (fasiq ni maksudnya adalah keluar daripada ketaatan) (maknanya ingkar) عَنۡ أَمۡرِ daripada perintah رَبِّهِۦۤۗ tuhannya Dalam ayat ni Allah tak bagitau, sebab apa iblis enggan sujud, Allah tak bagitau, cuma Allah kata terkeluar daripada ketaatan فسق . فسق disini maksudnya apa dia, fasiq disini ada 2 maksud, satu fasiq yang masih islam, dia buat dosa kecil, dia buat dosa besar tp dia masih muslim, satu lagi fasiq ialah yang terkeluar daripada Islam. Sebagaimana Allah ada sebut dalam surah { أَفَمَن apakah كَانَ orang yang adalah مُؤۡمِنࣰا mukmin كَمَن sama seperti كَانَ adalah فَاسِقࣰاۚ orang yang fasiq لَّا یَسۡتَوُۥنَ mereka tidak sama. } surah apa ni [Surah As-Sajdah: 18, ms 416] Fasiq disini apa makna dia? Adakah dia masih Islam? Ataupun kafir? Kafir, dalilnya apa dia, lawan mukmin adalah kafir. 38:00Jadi iblis ni fasiq kafir ke fasiq yh masih islam? Kafir. Apa buktinya ada dalam surah { وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ ٱسۡجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِبۡلِیسَ Ayatnya sama sampai sini, sampai sini dia berbeza. Kat sini Allah bagitau sebb أَبَىٰ apa makna aba? Enggan. Apa sebb dia enggan? وَٱسۡتَكۡبَرَ Sombong. (Bila enggan dan sombong, apa hukuman dia?) وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِینَ dia jadi kafir terus} [Surah Al-Baqarah: 34 ms 6] 39:00 Soalan: Adam pernah tak diperintah oleh Allah? Pernah. Dan Adam langgar tak perintah Allah? Tapi bila Adam langgar, adakah Adam fasiq dan kafir? Tak. Kenapa iblis bila langgar je perintah Allah terus jadi fasiq dan kafir? Adam tak kafir pon. Adakah hukum Allah itu tak Adil? Sama² langgar perintah Allah, tapi sorang fasiq kafir dan sorang lagi Allah terima taubat nya. Perasan tak apa sebabnya? Bertaubat. Kenapa Adam bertaubat, kenapa iblis tak nak bertaubat? Bezanya iblis ingkar perintah Allah sebb istakbara sombong. Adapun adam ingkar perintah Allah sebab apa? Apa dia? Siapa tahu sbb apa Adam langgar perintah Allah. Sebab apa? Digoda oleh iblis? Betulke? Jadi Adam tak salah lah iblis salah? Ini fitnah kepada iblis. 40:00 Tak... Allah bagitau sebb dia dalam Surah taha ayat 115 ms 320. Cuba perhati cuba tengok betul². Allah bagi tau ni dua² sebab Adam dan Iblis, dua² langgar perintah Allah dan sebabnya Allah bagitau. Pertama, membawa kepada kafir. Kedua, membawa kepada taubat kepada Allah. Cuba cari apa punca nya. { وَلَقَدۡ عَهِدۡنَاۤ Dan sesungguhnya kami telah wasiatkan / perintahkan/ mmbuat perjanjian kepada nabi Adam إِلَىٰۤ ءَادَمَ apa dia wasiat Allah kepada Adam? Makanlah semua pokok dalam syurga, kecuali pokok ni. Itu wasiat Allah, perintah Allah tetapi مِن قَبۡلُ فَنَسِیَ lalu dia lupa, dia bukan istakbara sombong, (bila lupa ni dia tak sama dgn istakbara, kalau istakbara dia tak akan bertaubat sbb dia sombong. Tapi kalau dia lupa, tuhan kata apa? وَلَمۡ نَجِدۡ لَهُۥ عَزۡمࣰا kami tak dapati bag adam itu keazaman, kesungguhan, sebab apa? Sbb duduk dalam syurga seronok. Seronok tak duduk dalam syurga? Mana tau, macam pernah masuk je, kalau seronok kenapa? Kenapa seronok? Adam seronok dlm syurga kenapa? Sbb adam bila masuk syurga tak payah bekerja, tak payah masak ke, semua nak dah ada kat depan mata. Seronok bila seronok dia nak kekal. Bila nak kekal, iblis pula bagi formula. Apa dia? Adam pon terlupa perintah Allah} [Surah Ṭā-Hā: 115] Nampak tak pengajaran paling di sini apa dia? Jangan sombong dengan perintah Allah. Bila kita sombong. Allah tutup pintu hati dan tak boleh bertaubat, sebagaimana iblis, 43:25 maka nabi sebut dalam satu hadis, sape yg ada sombong dalam hati dia sebesar apa? Zarah je. Tak mungkin masuk syurga. Haram masuk syurga. Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong. Sahih Muslim (51) 43:45 Kita ni sombong ke tak? Sombong... Oo teruknya.. sampai mengaku... Tapu kalau tak mengaku lagi sombong.. Nak tau kita sombong ke tak? Tengok hadis nabi ni, الكبر alkibru : بطر الحق batarul hak غمط الناس ghamtunnas Sombong adalah meremehkan kebenaran dan meremehkan orang lain (Riwayat Muslim no 91) Sombong ni ada 2 je, kalau ada dalam diri kita sombong lah kita, pertama batarul hak بطر الحق , apa maknanya? Dia tau kebenaran dia tolak itu sombong. Sekarang Iblis tau tak kebenaran, dia tau tak perintah Allah, dia tau dia tolak dia Sombong, bila sombong dia takkan bertaubat. Ada tak dalam hidup kita, kita tau kebenaran, tapi kita tak terima. Ada ? Takde ? Ok kita pergi yg kedua. Ghamtunnas غمط الناس , dia merendahkan manusia, sombong. Kadang² kita dh belajar banyak, kawan tu tak prnah belajar. dalam hati kita, "kamu ni sampai bila nak duduk dalam jahil?" bila kita kata dia dalam Jahil, bukan kah kita rasa kita lebih baik daripada dia dan bukan kah kita telah menghina dia. Ha tu sombong. Yg tu ada tak dalam diri kita? Banyak ke sikit? Bertaubatlah 45:50 tentang bid'ah
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 3 ай бұрын
1:20 recap ayat sebelum ni, Allah bg tau kehidupan dunia ni adalah sementara, sebagaimana "sekejapnya pokok² yang tumbuh dan menarik perhatian" Kemudian pokok tu mati dan kering dan ditiup angin. Bila dh kering manusia akan benci, tidak suka dan akan buang. Begitulah kehidupan dunia... 2:02 kemudian Allah bagitau perkara yg paling banyak menipu manusia adalah المال والبنون harta dan anak². Yang mana tujuan harta dan anak² itu adalah untuk menguji manusia. Sebb tu Allah jadikan harta itu menarik زينة. Tetapi yg kekal adalah amal² soleh والباقيات الصالحات yang jauh lebih baik pahalanya disisi Allah swt 2:47 kemudian Allah bagitau suasana hari kiamat, dunia yang sekejap ini akan berakhir dgn hari kiamat 3:28 kemudian ayat 50 Allah nak bg tau. Antara punca manusia kufur kepada Allah selain tertipu dgn harta dunia dan anak², faktor yang paling utama adalah iblis. Banyak yang tertipu juga disebabkan tipu daya iblis. 3:59 Allah sebut dalam surah Luqman ayat 33 { يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ wahai manusia ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ takut lah pada tuhan kamu وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمٗا dan takutlah pada hari لَّا يَجۡزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ yang bapak tidak boleh bantu anaknya وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِۦ شَيۡـًٔاۚdan anak tidak dapat bantu bapaknya walaupun sedikit إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ sesungguhnya janji Allah itu benar فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ kemudian Allah larang ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا maka janganlah kamu ditipu oleh kehidupan dunia وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ dan janganlah biar syaitan itu menipu daya kamu } الغرور maknanya syaitan [Surah Luqmān: 33] Abdullah Muhammad Basmeih: Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. Jadi kat sini ada 2 perkara yang boleh menipu daya manusia iaitu yg pertama harta dan anak² dan yg kedua iblis Jadi dlm ayat 50 ni Allah nak bagitau tentang perangai iblis, bukan sahaja sesat tetapi bahkan menyesatkan manusia 6:44 tengok ayat 50 surah al kahfi { وَإِذۡ dan ingatlah ketika mana قُلۡنَا kami berkata² (bukan kita yg berkata² ye, kita cuma beritahu tentang apa yang Allah cakap tentang dirinya) (Allah berkata: kami berkata²) (cuma yg kita tak tahu , bagaimana Allah berkata², dengan bahasa apa, dgn huruf apa kita tak tahu)لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ ٱسۡجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِبۡلِیسَ كَانَ مِنَ ٱلۡجِنِّ فَفَسَقَ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّهِۦۤۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّیَّتَهُۥۤ أَوۡلِیَاۤءَ مِن دُونِی وَهُمۡ لَكُمۡ عَدُوُّۢۚ بِئۡسَ لِلظَّـٰلِمِینَ بَدَلࣰا } [Surah Al-Kahf: 50]
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 3 ай бұрын
24:49 bila kami berkata kepada para malaikat ٱسۡجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ sujudlah kepada Adam. Siapa Adam? Kat sini ada tak yang bernama Adam? Kalau ada Adam yg ada dlm ni xde kaitan dengan Adam yg dlm Al-Quran. Dia ada kaitan dengan Abul Basyhar Bapa Manusia dan diciptakan daripada tanah 25:41 apabila kami berkata² kepada para malaikat sujudlah kepada nabi Adam. Sujud ni apa maknanya? Nak terjemah apa ni sujud kat sini? Kalau kita baca tafsir, ada 2 tafsiran iaitu pertama sujud tahiyyah sujud hormat tunduk. Yang kedua sujud tu adalah sujud leyak dahi di lantai. Macam sujud dalam solat. فَسَجَدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِبۡلِیسَ كَانَ مِنَ ٱلۡجِنِّ فَفَسَقَ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّهِۦۤۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّیَّتَهُۥۤ أَوۡلِیَاۤءَ مِن دُونِی وَهُمۡ لَكُمۡ عَدُوُّۢۚ بِئۡسَ لِلظَّـٰلِمِینَ بَدَلࣰا } [Surah Al-Kahf: 50]
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 4 ай бұрын
47:02 seterusnya apa yang berlaku kita tengok dalam surah al-kahfi ayat 49 tadi ms 299 وَوُضِعَ ٱلْكِتَـٰبُ dan di edar atau diserahkan al-kitab (ini kitab apa ni? kitab al-Quran ke kitab apa? rekod amalan kita. bila dah berhimpun dalam keadaan bogel, maka selepas itu berlaku penyerahan kitab. macam mana cara serahan kitab ni? ada orang kata kitab itu terbang sahaja cari tuannya, bila dah jumpa tuannnya, kitab tu pon landing kat tuannya, betulke macam tu? tak betul sbb xde dalil 48:00 Allah sebut dalam Quran, dalam surah al-Haqqah ayat 19 ms 567 فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ada pun orang yang diberi kitab disebelah kanan ( itu salah satu cara ) (bila Allah bagi buku rekod di sebelah kanan itu sebenarnya tanda orang itu beriman orang itu bahagia orang itu berjaya) yang kedua apa pula? 48:30 surah al-Haqqah ayat 25 ms 567 وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ buku rekod amalannya diberi شمال apa dia? kiri. dan yang cara buku rekod amalan diberi yang ketiga apa dia? buka surah aal-Insyiqaq ayat 10 ms 589 وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ ini ada lah yang paling menakutkan, yang paling dahsyat. Allah bagi buku rekod amalan dari sebelah belakang. tanda apa tu? kita kalau bagi surat pada staff daripada belakang dia, menunjukkan apa dia? surat apa tu agak-agak... surat suruh berhenti la tu... bende tak elokkan... maknanya kita tak nak tengok dah muka dia... itu petanda tak baik... 49:53 sambung balik surah al-kahfi ayat 49 tadi ms 299, فَتَرَى lalu engkau melihat ٱلْمُجْرِمِينَ orang-orang yang berdosa (apa keadaan mereka? bila nampak je kitab, tapi belum bagi lagi ni, apa keadaan perasaan orang-orang yang berdosa?) مُشْفِقِينَ ketakutan. kenapa mereka takut? belum kene balasan lagi. tengok kitab amalan je dah takut. 50:40 apa sebab? مِمَّا dari apa فِيهِ didalamnya (sebab dia tahu dah rekod amalan dia sepanjang dia hidup didunia semua tercatit) 51:05 sebab tu dalam al-Quran, Allah ada merakamkan kisah orang-orang Yahudi, yahudi kata apa? boleh buka surah al-Baqarah ayat 80 ms 12, وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًۭا مَّعْدُودَةًۭ ۚ api neraka takkan menyentuh kami kecuali beberapa hari je.. 51:23 dan Tuhan perintah kita untuk kata pada mereka, dalam surah al-Baqarah ayat 94, ms 15 قُلْ katakanlah (pada mereka wahai muhammad) إِن كَانَتْ sekiranya لَكُمُ ٱلدَّارُ ٱلْـَٔاخِرَةُ milik kamu adalah negeri akhirat (syurga) (syurga itu milik kamu) عِندَ ٱللَّهِ disisi Allah خَالِصَةًۭ khusus untuk kamu مِّن دُونِ ٱلنَّاسِ tanpa orang lain (orang yahudi mendakwa mereka sahaja yang masuk syurga, nasrani tak masuk, Islam tak masuk, Muhammad tak masuk) (nasrani pon sama dakwaannya) (maka tuhan cabar dia) فَتَمَنَّوُا۟ ٱلْمَوْتَ kalau betul syurga itu milik kamu, maka matilah sekarang, buat apa hidup susah di dunia, minyak naik tol naik, baik mati masuk syurga je... betul tak? إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ 53:00 maka tuhan kata, tengok ayat seterusnya وَلَن يَتَمَنَّوْهُ أَبَدًۢا dan mereka sekali-kali tidak ingin mati selama-lamanya (sebab apa?) بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ۗ disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan mereka (sebab apa tak nak mati? sedangkan dia kata dia ahli syurga, sebab mereka tahu dengan dosa yang mereka telah lakukan kalau mereka mati, masuk neraka. sama dengan ayat surah al-Kahfi ayat 49 tadi وَوُضِعَ ٱلْكِتَـٰبُ فَتَرَى ٱلْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ bila tengok rekod amalan, (belom bagi lagi ni) dah takut dah , sebab dia tahu dah dia akan diazab dalam api neraka. 53:50 jadi pengajarannya apa dia? sape yang buat dosa memang dia takut nak mati, sape yang takut mati bermakna dia banyak dosa, setuju tak? sekarang takut tak nak mati? kenapa? takut? sebab apa? banyak dosa ke? semoga Allah jadikan kita orang yang bersedia untuk mati bila-bila masa, sebagai mana bilal bin rabah, bila dia nazak nak mati keluarga dia sedih tapi dia senyum, dia tanya "kenapa kamu sedih?" kan aku nak mati nak jumpa Allah. kenapa nak sedih. itulah orang beriman, kemudian orang beriman pula, walaupun rumah dia banglo kat dunia tapi bila dia mati, dia masuk kubur, kubur akan jadi apa? lebih luas atau lebih sempit daripada rumah dia? lebih luas kan? jadi kita daripada rumah sempit nak masuk rumah yang lebih luas seronok ke takut? takut? sebb luas sangat ke? 55:40 kemudian apa mereka kata وَيَقُولُونَ dan mereka berkata يَـٰوَيْلَتَنَا alangkah celakanya kami (masa ni dia mengaku tak dia celaka? Bila dekat akhirat dia mengaku dia celaka. Tapi masa kat dunia, dia kata siapa yg celaka? Semua org, org tu bodoh, orang ni lembap. Tapi dekat akhirat, dia dah tak celaka kat org dah, dia kata celaka lah kami. Kenapa celaka ni?) مَالِ هَـٰذَا ٱلْكِتَـٰبِ apa jenis kitpab ni (dia terkejut) ( sambil² dia takut, dia terkejut.) dalam kitab tu لَا يُغَادِرُ ia tidak meninggalkan صَغِيرَةًۭ yang kecik وَلَا كَبِيرَةً dan tidak yang besar إِلَّآ أَحْصَىٰهَا ۚ kecuali ia menghitungnya (maksudnya apa? Takut dan terkejut sbb dalam buku rekod amalannya semua nya tertulis sama ada yang besar ataupun yang kecil) Contoh dosa: 1) terlintas sangka buruk dgn org, tgk² ada dlm buku rekod amalannya 2) kdg² dia makan kuaci, kulit kuaci tu dia buang merata, tgk² ada dlm kitab tu 3) kdg² dia menyakitkan hati kawan, dia pon lupa dia pernah buat bende tu, sekali tgk² ada dalam buku rekod amalan 4) kadang² pukul anak tanpa sebab tgk² ada dlm kitab Maka dia kata apa? "Apa jenis kitab ni semua dia nak tulis" Kecuali orang yang bertaubat, Allah akan, apa dia? Taubat ada 2 1) maghfirah مغفرة (dosa ampun tapi x delete dr buku rekod amalan) 2) afuwun عفو (dosa ampun dalam buku rekod pon delete sekali) Kalau kita minta ampun, rekod amalan tu dosa kita masih tertulis lagi, Allah tak padam, tapi Allah ampunkan 59:25 dalam satu hadis, 1:00:50 kisah yusuf 1:03:54 sambung ayat seterusnya, dlm surah kahfi ayat 49, وَوَجَدُوا۟ dan mereka mendapati. مَا عَمِلُوا۟ apa yang mereka lakukan حَاضِرًۭا ۗ ada Apa maksud hadhir حاضر? Semua yang mereka lakukan ada dalam kitab ni. Apa maksud ada (hadhir حاضر) ni? Ada amalan ke ada pahala? Ada pahala Tapi kat sini Allah sebut ما عملوا apa yg mereke amalkan. Sepatutnya Allah kata, "mereka mendapati pahala" bukan nya "mereka mendapati apa yang mereka amalkan". Kenapa Allah sebut "apa yang mereka amalkan"? Allah nak bagitau "pahala semua tu kita akan dapat berdasarkan apa yang kita amalkan". Contoh, kita zikir sorang² sambil nak tunggu ustaz sampai, Subhanallah wabihamdih Subhanallah hilazim sekali je, Allah terus rekod dalam buku amalan dia. 10x 100x ada dalam buku rekod amalan nya. Contoh lain, kita tengah berada dalam jem, pastu ada kereta potong kat depan kita x bagi signal, terus kita bagi tau dia bodoh, ada dalam buku rekod amalan dia, orang yg potong tu tak dengar pon, tapi ada dalam buku tu yg kita cakap bodoh.. kalau dia dengar, dia pon kata kamu lagi bodoh, pastu dia lawan balik kamu lagi bangang... Ada dalam buku rekod amalan tu 1:05:35 sambung balik ayat 49 surah al kahfi tadi, وَلَا يَظْلِمُ dan tidak menzalimi رَبُّكَ tuhan engkau (Tuhan engkau tidak pernah menzalimi) أَحَدًۭا seorang pon 1:02:20 Dalam alQuran Allah ada kata, { مَّا يَلۡفِظُ tidak ada apa yang dilafazkan (apa yang disebut) مِن قَوۡلٍ daripada apa sahaja perkataan (bodoh, bangang, dll) إِلَّا melainkan لَدَيۡهِ disisinya ada رَقِيبٌ عَتِيدٞ yang mencatit} [Surah Qāf: 18 ms 519] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). 1:07:10 sbb itulah diceritakan imam Ahmad bin hanbal 1:07:40 sbb tulah orang yg paling bahagia adalah orang yg tak banyak bercakap... dan lagi bahagia adalah orang yg bisu Dan sebab tu nabi ada bagitau tanda orang tu beriman dia cakap benda yg baik sahaja. Takde modal, diam saje. Sbb apa? Sbb diam itu sebenarnya ibadah. Yang paling kita risau perempuan la, perempuan mmg banyak cakap kan? Suami dia diam je, dia setengah jam bercakap betulkan? Saya x tau saya x kawin lagi, hehehe... Jangan banyak cakap, kalau kita banyak cakap, pasti banyak silap, bila banyak silap, banyak dosa, bila banyak dosa api neraka itu lebih utama Kenapa Allah tidak zalim kepada seorang? Sbb allah itu maha adil
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 4 ай бұрын
33:40 setelah berlaku kiamat, Allah nak cerita pula bagaimana manusia dihimpunkan, bagaimana keadaannya iaitu tengok dalam surah al-Kahfi ayat 48 pula, وَعُرِضُوا۟ dan mereke di bawa atau di halang عَلَىٰ رَبِّكَ kepada tuhan kamu صَفًّۭا dalam keadaan berbaris Adakah termasuk malaikat, yg berbaris di padang Mahsyar? { وَجَاۤءَ رَبُّكَ telah datang tuhan kami وَٱلۡمَلَكُ dan satu malaikat ( kalau ramai malaikat dalam bahasa arab mcm mana?) صَفࣰّا صَفࣰّا } [Surah Al-Fajr: ayat 22 / ms 593 ] { ۞ قُلۡ یَتَوَفَّىٰكُم katakanlah yang akan mewafatkan kamu (siapa yang akan mewafatkan kita dengan izin Allah?) مَّلَكُ ٱلۡمَوۡتِ Kenapa tuhan tak sebut قُلۡ یَتَوَفَّىٰكُ ملائكة الموت ? kenapa ملك ? sebab yang mencabut nyawa satu je. jadi kita nak sebut apa? malaikat maut ke malakul maut? biasa kita sebut macam mana? "bila malaikat maut nak datang?" bila kita sebut malaikat sebenarnya ramai, tapi sebenarnya satu je... ٱلَّذِی وُكِّلَ بِكُمۡ sebenarnya yang membantu malaikat maut ni ramai... apa dalilnya? ayat ni la. peranan malakul maut hanyalah ketika roh dah sampai ke halkum, yang tarik roh dari kaki itu malaikat lain. boleh? jadi bersedialah, sbb kita akan tengok nanti... [Surah As-Sajdah: ayat 11 ms 415] 38:30 kita sambung balik ayat 22 surah al-Fajr ms 593 tadi, jadi pada hari kiamat nanti, bukan manusia dan binatang sahaja yang berkumpul , tetapi والملك dan para malaikat pon sama , dan semua nya secara berbaris-baris صَفࣰّا صَفࣰّا. kenapa berbaris-baris? kalau duduk depan belakang bertindih-tindih nampak tak? bila berbaris memanjang ketepi baru nampak. tidak ada satu pon yang tersembunyi dalam hadis nabi ada sebut manusia dihimpunkan dalam keadaan حفاة عراة غرلا tiga keadaan. dahla bumi tu rata, kemudian berbaris, ketiga pula berkaki ayam sambil bertelanjang (takde satu pon pakaian) dan akhirnya غرلا ghurlan, apa makana ghurlan? tidak bersunat / berkhitan semua dikumpul dipadang mahsyar dalam keadaan tidak bersunat bagi sape yang dah sunat, berkumpul di padang mahsyar nnti dia ada balik, semua seperti asal sape yang kencing manis sampai kene potong kakinya, nanti kaki tu datang balik jadi jangan bimbang, kaki dia tu nanti akan dapat balik, jadi apa yang boleh kita sembunyi, dalam keadaan tanah rata pokok pon takde, kadang-kdaang kita boleh bersembunyi di dalam sungai, tapi sungai pon takde. kadang-kadang kita boleh sembunyi dalam tanah yang rendah tapi tanah semua rata. kadang-kadang kita boleh bersembunyi di belakang orang, tapi tak boleh sebab semua berbaris kemudian pakaian pon takde usia kita waktu tu macam mana? usia kita ikut masa kita mati. usia kita akan sama bila kita dah masuk syurga, bila masuk syurga umur kita akan jadi lebih kurang 33 tahun jadi bila di padang mahsyar kita akan ikut umur yang sama macam kita mati, kalau kita mati tua, tua lah umur kita dibangkitkan 41:09 sebab tu lah bila kita bangkit sahaja dari kubur, kita jumpa isteri kita, kita kenal tak? kenal... tuhan kata dalam surah abasa ayat 34 ms 585,يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ ٣٤ وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ ٣٥ وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ ٣٦ pada hari itu seseorang itu lari daripada saudaranya, dan ibunya serta bapanya dan isterinya serta anaknya maknanya semua akan lari, daripada siapa? anak suami isteri adik beradik mak ayah, maknanya dia kenal la tu, sebab tu dia lari, kalau tak kenal buat apa lari. bila dia kenal maknanya rupa dia macam mana? yang masa muda ke masa tua? masa mati tu la? kalau isteri nya bangkit, isterinya mati ketika umur 60 tapi bangkit ketika umur 15, dia boleh kenal tak suaminya? tak kenal.. 42:45 kemudian لَّقَدْ جِئْتُمُونَا pasti sesungguhnya kamu (semua manusia) mendatangi Kami (bagaimana rupa manusia bila datang kepada Allah di padang mahsyar?) kalau tadi dalam keadaan berbaris-baris, 43:15 yang ni pula dalam keadaan tengok.... ayat seterusnya كَمَا خَلَقْنَـٰكُمْ seperti mana kami menciptakan kamu أَوَّلَ مَرَّةٍۭ ۚ kali pertama. Allah cipta kita kali pertama apa keadaannya? mula-mula kita keluar dari perut ibu, apa keadaannya? pertama, telanjang. kedua? tanpa apa-apa, tanpa pakaian tanpa duit tanpa henfon. ketiga? kita keluar sorang-sorang. ke keluar dengan abang sekali? kalau kembar pon keluar sorang-sorang, mana ada keluar berdua-dua. 44:35 jadi apa faedah tuhan bagi tahu perkara ni? "kami bangkitkan kamu di padang mahsyar, sebagaimana kami mencipta kamu kali pertama" apa faedah tuhan bagi tahu. tuhan nak bagitahu kita tidak memiliki apa-apa. bila kamu tidak memiliki apa-apa, ketika itu kamu akan mengharapkan tuhan sahaja, jangan mengharapkan bapa kamu, bapak kamu tak memiliki apa-apa, semua nya bogel. 45:00 ini petingnya Quran, kalau kita lalai 45:35 sambungan ayat seterusnya بَلْ زَعَمْتُمْ bahkan kamu sangka (ini tuhan tempelak orang-orang kafir yang tidak beriman dengan hari kebangkitan) أَلَّن نَّجْعَلَ bahawa tidak kami jadikan لَكُم مَّوْعِدًۭا bagi kamu waktu pertemuan. apa maksud ayat ni? ini tuhan tempelak orang-orang kafir yang tidak beriman dengan hari kiamat, Tuhan kata, "dulu masa kat dunia, kamu sangka tidak ada waktu pertemuan diantara kamu dengan kami iaitu kamu tak percaya adanya hari kiamat. betulkan orang kafir semua tak percaya, bahkan orang Islam pon yang tak beriman yang tak solat pon tak percaya, kalau dia percaya dia mesti solat. 46:53 kenapa tuhan sebut? tuhan nak bagi tahu apa yang aku cakap dulu kau tak percaya, sekarang betul-betul berlaku depan mata kamu, tapi waktu ni kamu percaya pon takde faedah ٤٨
@norsiahyusof6461
@norsiahyusof6461 5 ай бұрын
Ustaz, tolong beri dalil Allah ada di atas dan Allah berada ditempat yang tinggi.
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 5 ай бұрын
1:31 sebelum ni Allah meceritakan nilai kehidupan dunia yang sebenar. dunia, harta, dan anak-anak adalah perhiasan yang tidak kekal yang menarik perhatian dan mudah menipu daya manusia 2:00 Apa yg kekal? Dan kejarlah bende yg kekal. 2:50 antara maksud lain الباقيات الصالحات adalah zikir 3:50 surah al kahfi ayat 47 وَيَوْمَ نُسَيِّرُ ٱلْجِبَالَ dan pada hari itu (hari kiamat) kami akan cabut dan menerbangkan / perjalankan gunung-gunung. kalau satu gunung kita panggil apa? jabal kenapa diterjemahkan cabut dan terbang? sedangkan نسير perjalankan.... sebb dalam ayat lain Allah ada sebut yang gunung itu Allah jadikan hancur, Allah cabut dan hancurkan dan kemudian Allah terbangkan diudara, 5:50 sebagaimana dalam ayat وَتَكُونُ ٱلْجِبَالُ كَٱلْعِهْنِ ٱلْمَنفُوشِ dalam surah apa ni? surah al-Qari'ah ayat 5, surah ni tentang hari Qiamat, suasana kiamat tu macam mana? gunung-ganang akan menjadi seperti kapas ataupun bulu yang berterbangan daripada ayat ni (surah al-Qari'ah ayat 5) menghurai maksud ayat ni (surah al kahfi ayat 47) 7:30 kenapa Allah sebut gunung-ganang bila nak menceritakan tentang kedahsyatan hari kiamat? kenapa tak sebut pokok-pokok ke rumah ke bangunan-bangunan tinggi pencakar langit? sebab bangunan pencakar langit nak hancur tak perlu nak tunggu kiamat, rumah-rumah nak terbang bumbungnya tak perlu nak tunggu kiamat. kadang-kadang datang ribut besar pon dah goyang. pokok-pokok pon boleh tercabut kalau berlakunya banjir besar dan ribut taufan. gunung macam mana pula? gunung selagi tak berlaku kiamat, macam tu je la gunung tu, kalau kita ingatkan balik banjir-banjir besar yang pernah berlaku di Malaysia dulu, habis musnah pokok2 dan rumah2. tapi gunung dangan bukit bukit di sini tercabut tak dari tmpt masing2 tak? takkan bila bukit2 dan gunung2 tu akan tercabut? terjadinya kiamat. kenapa bila berlaku banjir besar ribut taufan, Allah masih kekalkan gunung tu, kenapa tak senget ke hancur ke sebab apa? surah an-Naziat ayat 32 : وَٱلْجِبَالَ أَرْسَىٰهَا dan gunung-ganang dikukuhkan apa fungsi gunung? surah an-Naba ayat 7: وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًۭا dan gunung-gunung sebagai pancang pasaknya / paku untuk memegang bumi supaya bergoyang, berlaku gempa bumi kalau takde bukit takde gunung kita takkan dapat hidup dengan tenang maka apa sahaja berlaku gunung takkan berubah 9:50 surah an Naml ayat 88 ms 384 : pada hari kiamat itu, وَتَرَى ٱلْجِبَالَ engkau melihat gunung-ganang تَحْسَبُهَا kamu menyangkanya جَامِدَةًۭ ia nampak tak gerakوَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحبِ ۚ sebenarnya dia bergerak sebagaimana bergeraknya awan. awan ni sebenarnya bergerak tak? tapi kita tengok nampak macam bergerak ke tak bergerak? ada tengok awan tak? nampak tak bergerak tapi sebenarnya bergerak. bila berlaku kiamat, kita tengok langit nampak macam awan tapi sebenarnya bukan awan tapi gunung-ganang yang Allah telah cabut dan hancurkan dan terbangkan diudara. ini adalah suasana dahsyat yang akan berlaku pada hari kiamat nanti. suasana yang menakutkan. ini adalah suasana yang pertama #lukis gunung 13:45 suasana kedua وَتَرَى dan engkau melihat ٱلْأَرْضَ bumi (bumi pula. mula-mula gunung, kenapa gunung dulu? sebab bumi boleh hancur sebab pemasak dia dah tak de dah. bila pemasak dia dah takde, apa yang akan terjadi pada bumi) بَارِزَةًۭ ni maksudnya ظاهرة jelas nyata. sekarang ni bumi empat segi ke bulat? empat segi ke mendatar? #lukis bumi bulat dan rata maksudnya apa ni? Allah kata bumi yang bulat ni akan bertukar jadi rata. boleh tengok dalam surah al-Insyiqaq ayat 3: وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ dan apa bila bumi itu diratakan/dibentangkan (yang asalny daripada bulat). 19:00 surah taha ayat 105-107 ms 319 ayat 105 : وَيَسْـَٔلُونَكَ mereka bertanya kepada engkau (mereka ni siapa? orang orang musyrikin bertanya kepada nabi Muhammad) apa soalan عَنِ ٱلْجِبَالِ tentang gunung ganang فَقُلْ maka tuhan kata "katakanlah / bagitaulah" (bila mana Allah suruh nabi kata suatu bende tu maksudnya nabi tau semua bende atau tak tau semua benda) (ayat yang ada perkataan قل itu bermakna tuhan suruh nabi cakap sesuatu perkara yang nabi tak tau) (dalam al-Quran banyak tak perkataan yang ada قل , banyakkan , itu bermakna banyak perkara yang nabi tak tau) (ini bukan satu hinaan kepada nabi ye!!!) (itu memang nabi tak tau, dan kemudian Allah baru bagitau pada nabi) (contohnya tentang haid, dalam surah al-Baqarah ayat 222 ms 35 وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْمَحِيضِ ۖ ) (nabi bila tak tau sesuatu perkara, adakah nabi pandai2 menjawab? takkan, kalau kita macam mana? 21:50 Allah suruh nabi jawab soalan tentang apa ni , apa yang berlaku pada gunung ganang pada hari kiamat يَنسِفُهَا رَبِّى tuhanku menghancurkannya نَسْفًۭا dengan sehancur-hancurnya ayat 106: kemudian bukan setakat hancur, bila tuhan hancurkan, tuhan kata apa? فَيَذَرُهَا lalu tuhan meninggalkan gunung itu ataupun bumi itu قَاعًۭا licin (biasanya kalau kita robohkan rumah atau pokok, ada tak tinggal saki baki rumah atau pokok di tanah tu? ada kan. tapi bila berlaku kiamat, saki baki gunung itu habis licin takde sbb semua terbang ke udara. صَفْصَفًۭا rata licin ayat 107: tuhan kata لَّا تَرَىٰ فِيهَا engkau tidak melihat padanya عِوَجًۭا tanah yang beralun (ada tanah tinggi ada tanah rendah) (jadi apa yang berlaku? semua jadi rata, gunung takde , tanah beralun takde, pokok takde, bangunan semua hancur, وَلَآ أَمْتًۭا 26:45 suasana kiamat yang ketiga, tengok balik ayat 47 surah kahfi tadi , وَحَشَرْنَـٰهُمْ dan kami himpunkan mereka (siapa ni mereka? semua manusia sekali) (boleh tengok dalam surah al-Waqiah ayat 49 dan 50 ms 535 : قُلْ katakanlah إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ sesungguhnya orang-orang yang awal (daripada nabi adam) وَٱلْـَٔاخِرِينَ sehinggalah orang-orang yang terakhir nnti لَمَجْمُوعُونَ semuanya akan dihimpunkan (bila waktunya tu?) إِلَىٰ مِيقَـٰتِ يَوْمٍۢ مَّعْلُومٍۢ pada masa yang telah ditentukan - pada hari kiamat 28:10 kita sambung balik surah kahfi ayat 47 tadi, dan Allah sebut disini فَلَمْ maka tidak kami نُغَادِرْ tinggal مِنْهُمْ daripada mereka أَحَدًۭا seorang pon. - ini adalah suasana yang ketiga, iaitu setelah gunung hancur, bumi diratakan sehingga menjadi licin, maka berlakulah padang mahsyar. (kami akan himpunkan semua sekali dan takkan ada seorang pon yang tertinggal. 29:00 soalan binatang semua dihimpunkan sekali tak? ataupun hanya yang berlaku zalim sahaja yg dihimpunkan? yang ada kes sahaja? sebenarnya semua binatang akan dihimpunkan sekali. apa dalilnya? surah al-Takwir ayat 5 ms 586 : وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ dan apabila binatang-binatang buas / liar dihimpunkan. 30:20 kemudian surah al-An'am ayat 38 ms 132 panjang sikit ayat ni : وَمَا مِن دَآبَّةٍۢ tidak ada satu pon binatang فِى ٱلْأَرْضِ diatas muka bumi ini وَلَا طَـٰٓئِرٍۢ dan tidak juga seekor burung يَطِيرُ yang terbang بِجَنَاحَيْهِ dengan dua sayapnya إِلَّآ kecuali أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚsemua itu adalah umat seperti kamu مَّا فَرَّطْنَا فِى ٱلْكِتَـٰبِ مِن شَىْءٍۢ tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini, ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ kemudian kepada tuhan mereka يُحْشَرُونَ mereka dihimpunkan. 32:20 jadi bila ada orang tanya, adakah semua manusia dihimpunkan? ya, apa dalilnya? surah al-kahfi ayat 47. adakah semua binatang juga dihimpunkan? ya, apa dalilnya? surah al-an'am ayat 38. selepas binatang itu diadili kemudian jadi lah tanah, orang kafir bila tengok binatang ni dibangkitkan kemudian jadi tanah, apa yang mereka kata? tengok dalam surah an-Naba' ayat 40 : وَيَقُولُ ٱلْكَافِرُ dan berkata orang kafir يَـٰلَيْتَنِى alangkah baiknya كُنتُ تُرَٰبًۢا sekiranya aku menjadi tanah. masa kat dunia dulu sibuk nak beli tanah, nak kumpul tanah, tapi bila dekat akhirat nak jadi tanah. ini adalah gambaran penyesalan. ini adalah suasana yang ketiga.
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 5 ай бұрын
0:14 sambungan tadabbur 0:30 recap pengajian sebelum ni Surah yasin ayat 1-2 Semua ayat², hukum², kisah² dalam al-Quran tidak sia-sia, bukan penglipur lara, bukan dongeng ia adalah pengajaran yg penuh hikmah 1:00 surah yasin ayat 3-4 nabi Muhammad seorang yg diutuskan... Setiap apa yg disampaikan semuanya wahyu 1:40 surah yasin ayat 5 2:55 surah yasin ayat 6-10 4:40 surah yasin ayat 11 9:00 kita dalam golongan yang mana 10:00 sambungan tadabbur surah yasin ayat 13 - واضرب dan jadikanlah oleh engkau wahai Muhammad 11:35 perkataan لهم مثلا اصحاب القرية bagi mereka perumpamaan penghuni negeri 15:10 maksud اصحاب 20:10 Maksud perkataan إذ جاءها ketika mana telah dtg kepada nya (القرية) 23:17 perkataan المرسلون rasul² 24:00 kemudian tuhan jelaskan berapa org rasul, sambungan surah yasin ayat 14, إذ أرسلنا إليهم ٱثنين ketika mana kami telah utuskan kepada mereka 2 orang rasul 26:14 Kemudian kebanyakan mereka apabila diutuskan rasul kepadan mereka فكذبوهما mereka mendustakan kedua-dua, 28:35 tuhan ada kata وقليل من عبادي الشكور dan sedikit sekali hamba² yang bersyukur 30:00 tuhan buat apa فعززنا بثالث kemudian kami kuatkan lagi dengan tambah yang ketiga 31:30 pengajarannya apa dia? 34:00 apa hujah orang negeri ini yg diutuskan rasul فقالوا إنا اليكم مرسلون lalu mereka berkata sesungguhnya kami kepada kamu orang-orang yang diutus. 36:10 Sebab apa dia tak nampak yang dia sedang berlawan dengan Allah 40:00 apa hujah orang yang menolak kebenaran? Hujah yang selalu digunakan oleh orang yg menolak kebenaran. 42:00 macam mana cara nak menjawab persoalan orang yang menolak kebenaran? 45:25
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 6 ай бұрын
43:20 kata abdullah bin mas'ud : dia kata kepada orang yang datang kemudian (tabi'in), (maknanya secara zahirnya amalan tabi'in lebih baik daripada sahabat) tetapi sahabat lebih baik daripada kamu. kemudian tabiin bertanya wahai aba abd rahman iaitu abdullah bin masud, kenapa sahabat itu lebih baik daripada kami, kalau solat kami lebih banyak, kalau jihad kami lebih banyak kenapa mereka itu lebih daripada kami ? maka kata abdullah bin masuud, mereka lebih daripada kamu bukan solat bukan jihad tapi mereka lebih zuhud kepada dunia dan lebih cinta kepada akhirat itu amalan hati, setakat mana kita cinta dunia, hati akan menentukan 44:50 dan kata abdullah bin mas'ud juga siapa yang solat di hadapan orang ramai dan dia tak solat sama seperti itu ketika berseorangan itulah penghinaan Allah kepadanya,... maknanya selama ni dia solat bukan kerana Allah. depan orang rajin je, tapi bila sorang mungkin dia tak solat sunat, tanda apa tu? tanda dia buat bukan kerana Allah. 45:40 sebab itu kata nabi : “Dari Sahl bin Sa’ad R.A, berkata: Jibril datang kepada Nabi S.A.W, lalu berkata: ” ….Kemudian dia berkata: “Wahai Muhammad! Kemuliaan seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk solat malam), dan keperkasaannya adalah ketidakbergantungannya kepada manusia.”” (Hadis Riwayat At-Tabarani no 4278, Abu Nu’aim 7921) - Hadis ini dinyatakan hasan oleh Syaikh al-Albani) kenapa tak Qiyamunnahar? kenapa nabi tak kata kemuliaan orang beriman solat tengahari? sebab bila solat malam xde sape yang tahu... itu menunjukkan kemuliaan dia, bahkan yang paling apa dia? isteri dia pon tak tahu... ini menunjukkan apa ? dia takut pada Allah بالغيب 46:33 dan tuhan sebut dalam surah apa ni أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِى ٱلْقُبُورِ وَحُصِّلَ مَا فِى ٱلصُّدُورِ apa maksud ayat tu? bila manusia di bangkitkan dari kubur di bongkarkan apa. 47:40 sambungan tadabbur ayat 12 surah al mulk بِٱلْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌۭ وَأَجْرٌۭ كَبِيرٌۭ 48:10 bila Allah bagi keampunan? apa syarat nya? 48:55 sebabtu nabi ada sebut dalam hadis yang sahih orang yang dapat لَهُم مَّغْفِرَةٌۭ وَأَجْرٌۭ كَبِيرٌۭ 50:40 sambungan surah yasin ayat 12 إِنَّا sesungguhnya kami نَحْنُ hanyalah kami نُحْىِ kami menghidupkan ٱلْمَوْتَىٰ orang yang mati. ada tak manusia yang boleh menghidupkan orang yang mati? 51:50 apa kaitan dengan ayat sebelum tu? sebelum ayat 11 tuhan cerita tentang orang kafir, ayat seterusnya tuhan bagi tahu golongan yang kedua iaitu golongan yang beriman. dan ayat yang seterusnya cerita tentang kami menghidupkan orang yang mati. apa kaitan dengan ayat yang sebelumnya? sape yang masih tetap tidak beriman kepada Allah, ingatlah yang kita akan tetap akan menghadap Allah . 53:35 kaitan yang kedua apa dia? selain daripada tuhan boleh menghidupkan jiwa yang mati, tuhan juga boleh menghidupkan hati yang mati. seperti hati omar al-khattab, isteri firaun, ahli sihir firaun, abu sufyan, khalid al-walid. bila tu? bila mana dia ada keinginan untuk mencari kebenaran / hidayah. bukan bermakna orang yang hati nya sekarang ni tgh mati, mati sehingga akhir hayat tak? kalau betul dia nak ubah kehidupan dia Allah akan hidupkan hatinya. 54:35 وَنَكْتُبُ dan kami akan tulis. tulis apa ni? مَا قَدَّمُوا۟ apa yang mereka kerjakan. (apa sahaja yang kamu lakukan walaupun sebesar zarah) (sama ada yang kecil ataupun yang besar, sama ada yang baik atau yang jahat, sama ada ada orang nampak atau pun tidak nampak) 55:20 siapa yang mencatat amalan kebaikan kita? malaikat disebelah kanan dan disebelah kirii.. apa nama malaikat tu? raqib atid, ni sebenarnya bukan nama malaikat tapi ini adalah sifat malaikat raqib yang sentiasa mengawas, atid yang sentiasa hadir (tanpa ada cuti). malaikat kanan dan kiri kita mempunyai sifat yang sama iaitu raqib atid. 57:00 وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا۟ dalam ayat ni bila Allah sebut semuanya sbenarnya Allah nak bagi motivasi kepada mereka yang beriman, jangan pandang remeh pada kebaikan. sekecil mana pon Allah akan catit. dan Allah nak juga bagi kepada mereka yang maksiat, sekecil maksiat pon kami catit. 57:25 dan Allah bukan sahaja mencatit segala apa yang dikerjakan sahaja وَءَاثَـٰرَهُمْ ۚ dan kesan-kesan mereka (apa maksudnya?) (kesan perbuatan? apa contohnya?) (kami akan tulis apa yang mereka buat semasa mereka hidup dan kami akan tulis kesan amalan mereka setelah mereka mati.) apa contohnya? 58:35 hadis apabila mati anak adam, semua amalan akan terputus kecuali tiga perkara 1:02:00 memulakan dan melakukan dan menunjukkan amalan amalan yang sunnah kepada orang lain dan kemudian diikuti oleh orang lain, maka dia akan dapat pahala sehingga kiamat 1:05:00 kisah bani salamah nak pindah rumah yang jauh dari masjid 1:05:50 وَكُلَّ شَىْءٍ dan setiap sesuatu أَحْصَيْنَـٰهُ kami hitungnya . أَحْصَيْنَـٰهُ daripada perkataan حصى maknanya batu. kenapa hitung diamik daripada perkataan batu? orang arab kebanyakan nya buta huruf, mereka kalau nak kira mereka akan gunan batu. 1:07:00 فِىٓ di dalam إِمَامٍۢ kitab. apa kaitan imam dengan kitab? kenaoa imam dinamakan kitab? sbb imam adalah tmpat rujuk, tmpt ikutan. dan kitab itu bersifat مُّبِينٍۢ yang jelas. (apa maksud jelas? semua amalan kita, masa kita hidup, dan selepas mati kesan-kesan 1:10:00 kesimpulannya
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 6 ай бұрын
1:30 sambungan tadabbur surah yasin... sebenarnya daripada ayat 1 hingga ayat 10, 1) Allah nak beritahu tentang al-Quran itu penuh hikmah, 2) Allah nak bagitau bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah yang berada di Siratul Mustaqim, 3) Kemuliaan Al-Quran yang diturunkan oleh al-Aziz al-Rahim (Maha Perkasa lagi Maha Penyayang), 4) Apa fungsi peranan Al-Quran? memberi peringatan khususnya kepada mereka yang sudah lama tidak diberi peringatan. 5) Hasil daripada setelah diutuskan rasul dan setelah diturunkan Al-Quran, maka manusia menjadi dua golongan tidak ada yang ketiga, golongan pertama, orang orang kufur/kafir, hati nya sentiasa tertutup, dan beberapa perumpamaan mereka yang meraba-raba dalam kegelapan 4:50 ayat 11 surah yasin tuhan nak menceritakan golongan yang kedua. golongan yang kedua ini adalah golongan yang beriman kepada Allah. 5:50 surah yasin ayat 11 إِنَّمَا sesungguhnya hanyalah تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّكْرَ وَخَشِىَ ٱلرَّحْمَـٰنَ بِٱلْغَيْبِ ۖ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍۢ وَأَجْرٍۢ كَرِيمٍ 6.50 hadis niat انما الأعمال بالنيات sesungguhnya hanyalah amalan itu dikira mengikut niatnya . nabi bukan nak beritahu yang setiap amalan mesti ada niat. 11:00 surah yasin ayat 11 إِنَّمَا sesungguhnya hanyalah تُنذِرُ engkau (muhammad) memberi peringatan yang bermanfaat (kepada siapa?) مَنِ orang yang ٱتَّبَعَ ikut ٱلذِّكْرَ peringatan (al-Quran) 12:30 rujuk surah al-hijr ayat 9 إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ - tuhan kata apa ni? apa maksudnya? sesungguhnya hanyalah kami yangt telah menurunkan al-Quran... jadi nya salah satu nama lain bagi al-Quran adalah al-Zikr... وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ - dan seterusnya tuhan bagi jaminan, sesungguhnya kamilah bagi al-Quran itu penjaganya. Tuhan berjanji yang Tuhan akan menjaga al-Quran daripada apa? daripada diubah, dikurang, ditambah, diseleweng. 13:28 kenapa al-Quran dinamakan sebagai al-ZIkr (peringatan)? kenapa? sebab bila kita baca al-Quran dalamnya ada peringatan tentang hukum Allah. kisah-kisah dan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran membantu mengingatkan kita dan mampu memberi pengajaran untuk kita 14:28 sambungan ayat وَخَشِىَ dan dia takut ٱلرَّحْمَـٰنَ tuhan yang bersifat ar-rahman. bukan semua orang yang takut pada Allah ni sentiasa betul. ada orang yang takut pada Allah tapi tak betul. bila tu? bila depan orang, tapi dibelakang, buat macam-macam. 15:20 sambungan ayat بِٱلْغَيْبِ ۖ ketika berseorangan 15:40 tengok ayat ni , apa yang sebenarnya Allah nak bagi tahu sesungguhnya hanyalah engkau boleh memberi peringatan yang bermanfaat kepada: 1) orang yang ikut al-Quran 2) orang yang takut pada Allah secara sendirian 16:20 kenapa tuhan guna إِنَّمَا contoh 18:00 cuba tengok ayat ni balik, apa tuhan nak bagitau sebenarnya dengan menggunakan إِنَّمَا sesungguhnya hanyalah engkau boleh memberi peringatan yang bermanfaat kepada siapa? orang yang ada 2 sifat ni: 1) dengar al-Quran, dia terus ikut Quran, org macam ni, Allah cakap apa pon dia terus ikut. 2) dia takut pada Allah ketika berseorangan, kalau takut depan orang belum tentu dia ikut Quran, belum tentu peringatan memberi faedah kepada mereka, mungkin masuk teling kanan keluar telinga kiri, ataupun sebelum masuk dia dah keluar balik. ramai tak macam tu, kita termasuk dalam ni tak? bila sahabat dengar Quran? terus dia taat, sebab apa? sebeb peringatan memberi manfaat kepada mereka dan sebab mereka sentiasa takut pada Allah ketika bersendirian. 20:35 masalah besar umat Islam bukan tak baca Quran, tapi tak ikut Quran dan tak takut Allah ketika sendirian. 21:00 yang kedua tuhan nak bagi tau yg ni.. وَخَشِىَ ٱلرَّحْمَـٰنَ soalan - tuhan tak kata وَخَشِىَ الله , kenapa tuhan tak kata macam ni dalam ayat tu? kenapa tuhan guna spesifik? kenapa tak guna sifat lain? وَخَشِىَ الغفور atau وَخَشِىَ الجبار kenapa kene guna وَخَشِىَ ٱلرَّحْمَـٰنَ 22:40 apa maksud ٱلرَّحْمَـٰنَ ? sayang, Tuhan ni maha penyayang, apa bukti Tuhan sayang, orang lawan Dia pon Dia bagi peluang lagi, orang syirik pada Dia pon Dia panjangkan nyawa lagi, orang kufur pada Dia, Dia bagi lagi nikmat dunia. sifat ini tak mungkin ada pada manusia. jadi tuhan nak bagi tahu, bila kamu takut pada Allah ketika sendirian kamu semakin akan rasa tenang je, sebab Dia itu penyayang. bila kita takut pada Penyayang jiwa kita akan mejadi lebih tenang, sebab apa? Dia memang Penyayang, bukan garang , bukan bengis. 23:37 contoh ayat takut takut polis? kita semakin tenang ataupun takut Jadi Tuhan nak bagitau, jika engkau semakin takut dengan aku, jiwa engkau akan semakin tenang, berapa banyak kamu buat dosa, Allah tetap membuka tangan untuk mengampunkan dosa kamu 24:35 apa beza الرحمان الرحيم ? sebahagian pendapat Ulama ada menyatakan Ar- Rahman untuk umum/luas , Ar-Rahim lebih kepada orang beriman. jadi ayat ni dia tuju kepada siapa ni? ar-rahman Allah nak tuju kepada semua manusia takut lah pada Allah sebab dia bersifat ar-Rahman kepada semua makhluk. Rahmatan lil Alamin 25:00 kemudian tuhan kata (sambungan ayat 11 surah yasin) فَبَشِّرْهُ maka (apa makna basyir?) (ini adalah feel amar, feel amar menunjukkan apa? perintah... Tuhan perintah apa pada nabi muhammad, "berilah berita gembira kepada nya" bila dia ikut Quran, kemudian yang kedua dia takut dengan Allah bersifat ar-Rahman, berikan berita gembira kepada mereka? boleh agak tak berita gembira apa yang Allah nak beri kepada mereka? tuhan nak bagi apa? tuhan takkan bagi sesuatu yang sementara dan juga yang meyakitkan hati kita? dia akan gembira buat selama-lamanya iaitu apa dia? 27:20 iaitu dengan بِمَغْفِرَةٍۢ keampunan.. keampunan jer? gembira tak kalau Allah ampunkan dosa kita? mana lagi gembira suami bagi kereta bmw atau Allah bagi keampunan, mana lebih seronok/gembira? 29:00 sebab apa بِمَغْفِرَةٍۢ itu dijadikan berita gembira? sebb untuk tiket masuk ke syurga perlu kan keampunan dari Allah. bila dosa diampun itulah tiket ke syurga. bunyi macam maghfitah tapi sebenarnya apa dia? dan وَأَجْرٍۢ كَرِيمٍ (asal makna أجر adalah upah, sebab apa Allah guna perkataan pahala dengan perkataan أجر dan maknya upah, suapaya tuhan nak kita yakin. apa sahaja kamu buat, ada upahnya, dan upahnya ni bukan manusia yang bagi, Allah yang bgi. 30:00 Tuhan tambah lagi وَأَجْرٍۢ كَرِيمٍ upah yang mulia, apa maksud upah yang mulia? kita biasa dengar Quran Karim, Ramadan Karim, apa makna karim? apa makna mulia? 31:00 contoh upah mulia, kerja sikit dapat gaji selama-lamanya. cth solat sunat fajr pahala ;lebih baik daripada dunia dan seisinya. cuba anggarkan berapa nilai dunia ni, berapa kiraan harga ekarnya? 2 kalimah yang ringan di lidah tapi berat ditimbangan itu makna وَأَجْرٍۢ كَرِيمٍ 34:00 ini adalah balasan / upah kepada mereka yang ikut Quran dan takut pada Allah ketika bersendirian. sya nak tanya kita gembira tak dengar ayat ni? bila kita tak gembira itu bermakna kita takda 2 sifat ni ( ikut Quran dan takut pada Allah ketika bersendirian ) 35:00 percayalah berita gembira Allah ni, sbb berita ni datang dari Allah, Allah tak pernah berbohong... dalam surah Ali Imran وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ dan bersegeralah kepada keampunan, tuhan tak kata minta lah ampun... 35:50 kenapa kene segera? sebab kita tak tau mati bila. tuhan kata dalam surah luqman وَمَا تَدْرِى نَفْسٌۢ بِأَىِّ أَرْضٍۢ تَمُوتُ ۚ, tidak ada sesiapa yang tahu di mana dia akan mati. 36:50 lepas dapat keampunan tuhan kata apa? segera lah kepada keampunan lepas segera mendapat keampunan segera lah dia ke syurga, وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ kemudian tuhan nak kita seronok, apa dia? tuhan sebut luas syurga adalah seluas langit dan bumi 37:35 contoh kerajaan beri tanah kepada kita dengan percuma, kita tangguh tak? padahal tanah tu tak kekal. mungkin tanah tu dirampas ataupun kita yang mati dulu. tapi yang tuhan nak bagi ni berapa ekar? ramai tak yang berlumba untuk mendapatkan nya ni? yang bunuh seratus orang tu dia masuk syurga sebab dia segera bertaubat/minta ampun. 39:15 ayat ke 11 surah yasin ni sama dengan ayat ni إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِٱلْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌۭ وَأَجْرٌۭ كَبِيرٌۭ surah apa ni? al-Mulk hafalkan.. cuba terjemahkan إِنَّ sesungguhnya ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ orang-orang yang takut رَبَّهُم dalam surah yasin ayat 11 Allah guna ٱلرَّحْمَـٰنَ tapi di ayat 12 surah al mulk ni Allah guna رَبَّهُم kenapa tuhan guna yang ni? sebab apa? orang kafir pon mengaku Allah sebagai Rabb. Apa makna Rabb? Dia Pencipta kamu, Dia Pemilik kamu, Dia Pengurus kehidupan kamu. Kenapa kamu tak boleh takit kepada dia? dan kenapa kamu takut kepada yang bukan pencipta kamu? ada faedah tak kita takut pada yang bukan pencipta kita, bukan pemilik kita, bukan pengurus kehidupan kita? sepatutnya kamu takut kepada yang boleh memberi faedah kepada kamu.
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 6 ай бұрын
1:20 kelebihan al-Quran 1) setiap ayat Quran ada hikmah dan pengajarannya 2) Allah mengiktiraf nabi adalah seorang sebagai rasul 3) Pengiktirafan Allah berada di jalan yang lurus 4) Al-Quran itu diturunkan oleh al-Aziz dan al-Rahim. Al-Quran diturunkan untuk diikuti dan dijadikan panduan rujukan hidup diatas muka bumi dengan bahagia dan keamanan, dan dapat masuk syurga yang kekal abadi 5) tugas rasul yang utama adalah beri peringatan kepada mereka yang sudah lama dan belum pernah diberi peringatan, kerana sudah pasti mereka itu lalai, tapi disini juga Allah nak mencela orang yang tidak mendengar tazkirah peringatan, kerana mereka juga akan lalai. 5:00 surah yasin ayat 7 لَقَدْ pasti sesungguhnya (Allah bersumpah) (ayat penegasan) bermakna ayat ni penting حَقَّ telah wajib / pasti ٱلْقَوْلُ azab Allah / sunnatullah / ketetapan Allah عَلَىٰٓ kepada أَكْثَرِهِمْ kebanyakan mereka / majoriti / sebahagian besar 8:52 hadis nabi daripada 1000 orang, satu sahaja ke syurga lagi 999 ke neraka. 9:35 dalam ayat Quran banyak kali Allah sebut وقليل من عبادي الشكور sedikit sekali hamba ku yang syukur. majoriti nya kufur. 10:00 sambungan surah yasin ayat 7 فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ٧ maka mereka tidak beriman tuhan tak cerita ramai yang miskin, yang tuhan nak cerita lebih besar daripada tu, iaitu tidak beriman. bila tak beriman penyakit tu akan dibawa sehingga ke hari akhirat, dan kemuncaknya akn dimasukkan ke dalam neraka, kalau kemiskinan atau kefakiran hanya sementara sahaja. 11:30 mesej surah yasin ayat 7 ini adalah telah pasti lah / telah wajib lah azab Allah kepada kebanyakan mereka, sebab apa? sebab azab Allah pasti berlaku kepada mereka sbb mereka yang tak nak beriman, Allah tak zalim. 12:10 analogi bagi surah yasin ayat 7 ini adalah saya sebagai seorang guru besar memberitahu kepada semua guru2 bahawa kebanyakan muridnya pasti akan gagal sebab mereka malas. apa mesej yang nak disampaikan? 13:20 sebenarnya Allah nak hiburkan hati nabi SAW, sebab yang paling menyedihkan dalam hidup nabi sepanjang nabi berdakwah adalah orang tidak beriman, bukan orang yang miskin. bila nabi tengok ada orang tak beriman masalah bagi nabi. 14:00 tuhan kata dalam surah kahfi : فَلَعَلَّكَ maka barangkali engkau بَـٰخِعٌۭ orang yang mencelakakan نَّفْسَكَ diri kamu عَلَىٰٓ ke atas (kerana) ءَاثَـٰرِهِمْ perbuatan mereka إِن لَّمْ jika tidak يُؤْمِنُوا۟ mereka beriman بِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ kepada keterangan (al-Quran) ini أَسَفًا sangat sedih / menyesal . engkau ni muhammad sampai nak membinasakan diri kamu sampai begitu sedih macam nak bunuh diri, sebab apa? bila melihat orang ramai tak beriman. maka tuhan nak hiburkan hati nabi. apa dia? itu adalah sunnatullah bila mereka tak nak beriman wajib lah azab keatas mereka. jadi jangan kamu bersedih jangan kecewa sebab itu sunnatullah itu pilihan mereka? 15:39 apa pengajaran ayat ni untuk kita? supaya kita tak kecewa? kenapa kita nak kecewa, kita ada buat dakwah tak? nabi kecewa ni sebab apa? nabi telah usaha semampu yang mungkin untuk buat dakwah, pagi petang siang dan malam, malam pula nabi beribadat sampai habis bengkak kaki nabi, habis waktu nabi, tenaga nabi, rehat nabi untuk berdakwah tiba-tiba ramai yang tak beriman, nabi kecewa, maka Allah nak pujuk hati nabi. 16:23 kita bape jam berdakwah? setiap hari. ustaz saya kecewa melihat orang yang tak beriman, dah berapa jam berdakwah? sedih saya tengok orang tak solat. kamu buat apa? saya baca yasin setiap malam jumaat. 17:10 pengajaran paling besar apa dia? kerja nabi adalah berdakwah. amat tidak betul orang yang memuji nabi sampai dia tak berdakwah. siapa golongan itu? ya hanana, asyik puji nabi je... nabi dah macam nak bunuh diri, habis masa habis tenaga untuk berdakwah, orang tak beriman nabi kecewa sangat. tapi kita duk puji nabi. orang semakin ramai tak solat, orang semakin jauh dengan Quran dan Hadis. orang semakin jahil dengan agama Islam. 17:55 inilah tipu daya syaitan. nabi tak suruh puji dia. nabi kata aku sanggup sampai nak mati, berdakwah, kamu duk sibuk puji aku. pastu habis puji nabi baca surah yasin. sebab tu dakwah kita tak berkembang, umat nabi tak bertambah. 18:40 kisah ghulam dakwah 20:30 dalam surah abasa Allah tegur nabi berdakwah 21:10 surah yasin ayat 8 إِنَّا sesunggahnya kami جَعَلْنَا telah kami jadikan فِىٓ أَعْنَـٰقِهِمْ di leher-leher mereka (kebanyakan yang tidak beriman ini) أَغْلَـٰلًۭا belenggu-belenggu فَهِىَ maka ia (belenggu itu) إِلَى ٱلْأَذْقَانِ ke dagu-dagu merekaفَهُم مُّقْمَحُونَ ٨ lalu mereka terdongak / maka mereka orang-orang yang terngadah 24:10 ini cerita dunia atau di akhirat? tuhan nak buat perumpamaan sepereti orang yang terikat 25:00 surah yasin ayat 9 وَجَعَلْنَا dan kami jadikan مِنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ dari hadapan mereka سَدًّۭا tembok / sekatan / dinding / penghalang / dinding pemisah وَمِنْ خَلْفِهِمْ dari belakang mereka سَدًّۭا sekatan / penghalang فَأَغْشَيْنَـٰهُمْ lalu kami tutup pandangan mata mereka فَهُمْ maka mereka لَا يُبْصِرُونَ ٩ tidak dapat melihat ni gambaran orang kafir, 27:00 kedudukan mereka macam tu lah, sebab ada sekatan.. sekatan itu mereka sendiri yang letak, menyebabkan mereka tidak kemana-mana. kemudian kami tutup mata mereka dengan pilihan mereka sendiri, dan mereka tak akan melihat kebenaran. ini adalah orang kafir yang tak nak beriman لا يؤمنون ayat 7 29:00 kenapa ada orang kita hafal ayat 9 surah yasin, nak elak cukai 30:00 kisah nabi baca ayat ni untuk dapat keluar dari rumah dengan selamat.. 33:00 kisah kisah yang dhaif yang terkenal 35:17 surah yasin ayat 10, وَسَوَآءٌ dan sama saja, عَلَيْهِمْ atas mereka ءَأَنذَرْتَهُمْ sama ada engkau mengingatkan mereka أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ atau kalu tidak mengingatkan mereka لَا يُؤْمِنُونَ ١٠ hasilnya sama sahaja mereka tidak beriman, kita berdakwah atau tak berdakwah dengan mereka sama sahaja mereka tetap tidak akan beriman. seolah-olah tuhan nak bagi tau cukup jangan berdakwah lagi dah. ayat itu bagi nabi saw sahaja yang telah buat dakwah siang dan malam, bagi orang kafir yang telah disampaikan dakwah kepada mereka. setiap hari nabi berdakwah tapi mereka tak terkesan. boleh kita tinggalkan. bagi kita yang tak pernah berdakwah boleh tak kita tinggalkan mereka yang belum sampai mesek dakwah ditambah dengan sangkaan, dia ni kalau kita dakwah pon سواء عليهم . boleh tak macam ni? 38:40 surah al-a'ala ayat 9 41:40 pengajaran ayat 42:00 1) sesiapa yang memilih untuk tidak beriman maka azab Allah pasti akan menimpnya kerana dia tidak beriman. walaupun itu anak kita... surah az-zumar ayat 19 أَفَمَنْ adakah sama orang yang / maka apakah orang yang حَقَّ عَلَيْهِ wajib keatasnya / telah ditetapkan ke atasnya كَلِمَةُ ٱلْعَذَابِ kalimah (ketetapan Allah) / azab Allah أَفَأَنتَ maka adakah patut engkau / maka apakah kamu تُنقِذُ nak selamatkan orang itu / kamu akan menyelamatkan orang itu مَن فِى ٱلنَّارِ didalam neraka. jangan cuba nak selamatkan siapa yang memilih kekufuran sebab mereka pasti di azab.. tapi disebabkan kita tak tau siapa yang memilih kekal dalam kufur itu maka kewajiban kita untuk berdakwah . 44:30 2) ada didalam kalangan orang-orang kafir yang tidak wajib azab keatasnya maka dia akan beriman. contoh siapa ni? tukang sihir firaun, isteri firaun, sebab tulah kita tidak boleh buat keputusan awal. kewajiban kita adalah dakwah sahaja, apa yang akan berlaku itu serah sahaja pada Allah. khalid ibnu walid, ketua panglima perang bagi kaum kafir yang menentang islam di madinah selama 20 tahun. ibnu sufyan, 46:50 3) wajib keatas manusia bergantung dan berharap kepada Allah tidak bergantung pada iman dan amalnya dan usahanya, kadang-kadang kita dah rasa solat kita dah banyak, sujud kita dah banyak.. puasa kita dah ok kan, belum tentu di penghujung kehidupan kita macam tu. berapa ramai yang nabi ada sebutkan dalam hadis sahih, melakukan amalan ahli syurga, sepanjang kehidupannya tapi dihujung kehidupan dia melakukan amalan ahli neraka, mati dalam keadaan kufur dan masuk neraka. dan sebaliknya ada orang yang melakukan amalan ahli neraka sepanjang hidupnya, tapi dipenghujung kehidupan dapat hidayat maka dia mati dalam keadaan beriman dan dia ahli syurga. 48:20 pengajaran ayat ayat 8 dan 9 1) sesungguhnya Allah SWT apabila Allah kehendaki seseorang itu tidak beriman kepadanya maka Allah menjadikan ia seperti orang yang dibelenggu tanggannya diikat dileher, kepalanya terdongak ke atas, dihadapan dan di belakangnya ada sekatan. 49:55 2) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, dia tidak akan berubah kehidupannya, tidak maju kedepan dan tidak mundur kebelakang 51:00 3) sesiapa yang pintu hatinya tidak terbuka untuk hidayah Allah maka percayalah dia dalam bahaya... takut2 azab Allah pasti akan mengenainya... mereka yang dah lama dalam maksiat perlu rasa bimbang... 52:00 pengajaran ayat yang terakhir 1) ada segolongan orang kafir yang tetap tidak beriman sama ada diberi peringatan ataupun tidak... seperti abu talib diberi peringatan ataupun tidak dia tetap tidak beriman. 2) Allah menghiburkan hati nabi Muhammad SAW dengan memberi kata putus... ada segolongan telah pasti Azab Allah keatas mereka 54:25 analogi tuhan nak menghiburkan / hiburan untuk nabi muhammad 55:30 hiburan kita apa? 56:00 penulis tentang dakwah dalam akhbar sinar harian 57:00 kekuatan ghulam dakwah 59:10 3) nabi SAW tetap memberi peringatan kepada umatnya walaupun nabi telah berputus asa daripada mereka. pengajarannya, jangan sesekali berputus asa,
@CoachAnuarTV
@CoachAnuarTV 6 ай бұрын
2:170 - “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". . "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"
@CoachAnuarTV
@CoachAnuarTV 6 ай бұрын
Surah Al-Maeda, Verse 104: وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?. (Indonesian) via iQuran
@norsiahyusof6461
@norsiahyusof6461 6 ай бұрын
Assalammualikum. Baru terjumpa Channel ini.. Alhamdulillah. Terima kasih, ustaz.
@WanzaMohamad
@WanzaMohamad 6 ай бұрын
Jazakumullahu khaira Ustaz dan admin. Barakallahu fikum.
@WanzaMohamad
@WanzaMohamad 6 ай бұрын
Jazakumullahu khaira Ustaz dan admin. Barakallahu fikum.
@WanzaMohamad
@WanzaMohamad 6 ай бұрын
Jazakumullahu khaira Ustaz dan admin. Barakallahu fikum.
@WanzaMohamad
@WanzaMohamad 6 ай бұрын
Jazakumullahu khaira Ustaz dan admin. Barakallahu fikum.
@fidasapari1732
@fidasapari1732 7 ай бұрын
DOA KETIKA MENDAPAT NIKMAT الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات ”Segala puji dan puja bagi Allah SWT yang mana dengan nikmat-Nya, sempurna segala kebaikan.” DOA KETIKA MUSIBAH الحمد لله على كل حال "Segala puji hanya bagi Allah dalam setiap keadaan"
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 7 ай бұрын
48:10 sebab tu lah bila turunnya ayat 92 surah Ali Imran ms 62 , cuba terjemah لَن تَنَالُوا۟ kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai ٱلْبِرَّ kebaikan. kebaikan yang mana ni? yang disisi Allah. tak mungkin kamu akan jadi orang yang terbaik حَتَّىٰ sehingga lah تُنفِقُوا۟ kamu infakkan. (infakkan yang mana ni?) مِمَّا تُحِبُّونَ dari apa yang kamu cinta, boleh? saya nak bagitau bagaimana nabi nak mendidik para sahabat, sehingga mereka berjaya tidak tertipu dengan dunia bahkan mereka tetap وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ , jadi bila turun (ayat 92 surah Ali Imran) ni, seorang sahabat bernama Abu Talhah al-Ansari, dia tadabbur al-Quran, tadabbur bukan makna dia faham ayat itu sahaja, terus amalkan dia tak amik masa untuk mengamalkannya. dia pun cari, dia ni pon antara orang yang terkaya di madinah, dia pon cari mana-mana kebun yang banyak itu yang paling dia sayang, jumpa lah satu kebun, nama nya apa? بيرحاء Bairaha'. apa kelebihan kebun ni? 1) depan masjid nabi 2) ada satu telaga yang air nya cukup enak 3) nabi selalu masuk kebun ni. (ni antara benda yang paling dia suka) orang yang paling mulia masuk ke dalam kebun dia. sebab itu lah, antara sebab kebun yang paling dia suka. tapi sebab dia tidak tertipu dengan dunia. بيرحاء Bairaha' ni dunia ni. sbb apa? sbb dia nak ٱلْبِرَّ , dia lupa kebaikan dunia. maka dia jumpa nabi "ya Rasulullah aku ada kebun yang paling aku suka, dan Allah dah turunkan ayat ini (ayat 92 surah Ali Imran). aku nak dapat ٱلْبِرَّ , syarat dia apa dia? infak apa yang paling aku suka. maka nabi kata, بخ بخ ذاك مال رابح baghin 2x wah... wah.... ini adalah perniagaan yang sangat menguntungkan, bagilah kepada kaum kerabat kamu. itu bukti sahabat tak tertipu dengan dunia. bila tuhan kata "kalau nak kebaikan bagi apa yang kamu sayang", masa tu juga dia bagi yang tersayang. 51:35 begitu juga dengan seorang sahabat lagi, Abdullah bin Umar, bila turun ayat ni (ayat 92 surah Ali Imran), apa sahaja yang dia rasa sayang, dia bagi. dah habis dah. besok ada lagi bende yang dia sayang, dia bagi lagi. minggu depan ada lagi benda baru yang paling dia sayang. dia bagi lagi... sebab apa? dia nak ٱلْبِرَّ . itu tanda sahabat tak tertipu dengan dunia. boleh tak? kita tak boleh macam tu? yang kita sayang, kita bagi ke kita simpan? yang kita bagi yang mana? yang ketat, yang size nya kita tak boleh pakai, yang menyemak kat almari kita, betulkan. kita nak clear. susah kan... belajar senang kan... Abdullah bin Umar juga dia ada hamba, kan sahabat dulu kadang-kadang dia pergi berperang dia dapat hamba wanita, bila turun ayat ni (ayat 92 surah Ali Imran), dan dia nak dapatkan ٱلْبِرَّ dia cari hamba yang paling cantik, yang paling muda, yang paling rajin bekerja, kemudian dia memerdekakan dan bagi pada orang... ini semua sebab ٱلْبِرَّ contoh kita ada 2 bibik kan satu tua, pemalas. yang kedua, muda, cantik, rajin. mak kita perlukan bibik, kita bagi yang mana? susahkan? mmg susah... kita kata kat mak, "mak amik lah bibik yang ni... serabut, malas betul kerja" yang itu kati bagi. sepatutnya kita bagi yang muda yang rajin tu. susahnya nak didik hati. 53:45 kita berbalik kepada ayat surah al-kahfi ayat 46 tadi, kalau tadi perhiasan kehidupan dunia yang bersifat sementara, habis tu apa yang kekal? وَٱلْبَـٰقِيَـٰتُ dan yang kekal ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ ialah amal soleh. apa maksud amal soleh? tuhan tak kata ilmu kan... sekarang ni kita belajar kan ilmu kita bukan amal soleh, amal soleh ialah bila kita beramal. sebab tu ada satu hadis riwayat tabrani, dia kata satu hadis nabi kata وَٱلْبَـٰقِيَـٰتُ ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ ialah سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر dalam riwayat lain, di tambah satu lagi, apa dia? لا حول ولا قوة الا بالله maksud وَٱلْبَـٰقِيَـٰتُ ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ satu pendapat lain adalah zikir. zikir apa ni? سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر dan zikir ni ada banyak jenis, ada yang berdasarkan masa . kalau tak kena masa tak boleh zikir tu? contoh zikir lepas solat, tak boleh baca bukan selepas solat, ataupun zikir petang tak boleh baca tengah hari yang kedua zikir mengikut tempat, kalau tak kena pada tempat tak boleh baca zikir tu, contoh zikir apa? zikir masuk rumah, kalau tak masuk rumah jangan baca doa masuk rumah. zikir masuk masjid dan luar masjid dan zikir masuk dan keluar tandas. itu semua mengikut tempat. ada yang ketiga zikir yang bebas, boleh baca bila- bila masa dan di mana-mana. antaranya zikir ni سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر . zikir ni sahaja, ada hampir 10 kelebihan dan semua berdasarkan hadis sohih. salah satu yang nabi kata dalam hadis yang sohih. "carilah pelindung dan perisai kamu", sahabat pon bertanya "pelindung daripada musuh yang datang nak serang kita ke?" nabi kata: "tak... lebih daripada itu, iaitu pelindung daripada neraka". sahabat tanya "apa dia". nabi jawab:" سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر " . yang kedua dalam satu hadis nabi kata: "tidak ada zikir yang paling Allah cinta melainkan zikir ni : سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر semua hadis sahih yang ketiga nabi kata "aku lebih suka baca zikir ni, daripada terbit matahari" besar tak nikmat terbit matahari? nak tau besar tak besar cuba bayangkan pagi besok matahari tak terbit, apa jadi? takde kehidupan, sepanjang masa gelap xde kehidupan, maknanya itu satu musibah yang besar, tapi nabi lebih suka baca zikir ni, daripada nikmat terbit matahari. zikir ni terlalu besar faedah nya, jadi bacalah bahkan dalam hadis yang lain nabi kata, kita sebut سبحان الله satu sedekah, الحمد لله satu sedekah, لا اله الا الله satu sedekah, الله اكبر satu sedekah. kalau kita baca semua seratus, berapa yang kita dapat. 100, 200, 300, 400 sedekah kita dapat. semua hadis sahih. jadi jangan lupa baca hadis ni. ramai orang tak sempat baca zikir ni, betul tak? hari ni sape yang baca 10 kali zikir ni? bagi tau je, bukan ria' pon, sebab menjawab soalan saya. lepas solat? lepas solat dia ada zikir yang khusus . sape yang baca 20 kali zikir ni? bila tak baca maknanya apa tu? sebab apa tak baca? tertipu dengan dunia, betul? tak nak mengaku tu... tuhan dah kata janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada zikrullah. makan hari ni ada tak, terlupa makan? xde... ramai yang makan, terlupa baca doa lepas makan. ramai yang pergi makan rumah orang, terlupa untuk doakan tuan rumah, padahal itu adalah zikrullah. itu puncanya apa? 2 benda je, 1) harta benda dan 2) anak-anak.... boleh ke? zikir سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ... apa kelebihannya, 1) Allah suka 2) paling ringan di lidah dan berat paad timbangan. boleh ke kita baca tu je? tak... kita kene pelbagai kan zikir 1:03:02 خَيْرٌ lebih baik عِندَ رَبِّكَ disisi sape ni? antara sebab kita malas berzikir adalah sebab apa? orang tak tau, orang tak puji, tak naik pangkat, tak dapat duit, betul? dan antara sebab kita rajin buat kerja dunia sebab apa? orang tau, nama kita popular, dan mungkin naik pangkat, dan naik gaji, dapat duit lebih. tu yang jadi rajin tu... jadi carilah nama disisi tuhan, tak perlu cari di sisi manusia عِندَ رَبِّكَ disisi tuhan engkau, amal soleh yang kekal ni lebih baik disisituhan engkau, dari segi apa? ثَوَابًۭا pahala وَخَيْرٌ dan sebaik-baik, أَمَلًۭا apa dia amala? harapan / cita-cita betul tak? banyak tak kita mengharapkan kat dunia dan bercita-cita tapi tak dapat, banyak tak? dan kadang-kadang kita dapat, tapi tak puas hati. kadang-kadang dapat puas hati, tapi tak tahan lama. tapi sebaik-baik harapan, sebaik-baik cita-cita apa dia di akhirat, kenapa? 1) pasti dapat 2) kekal 3)pasti puas hati 4) tak payah mengharap
@mohdjamalimohdnazir3494
@mohdjamalimohdnazir3494 7 ай бұрын
33:10 sebab nya apa? ayat 46 ٱلْمَالُ apa dia? harta. bila sebut harta, apa maksud harta? semua sekali la, barang kemas, kereta, rumah, tanah kebun, وَٱلْبَنُونَ dan anak-anak زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا adalah perhiasan kehidupan dunia. - apa makna ٱلدُّنْيَا ? sebenarnya ٱلدُّنْيَا ni apa maknanya? kehidupan yang dekat dan hina daripada perkataan دنوّ satu makna dekat, satu lagi makna hina. - kalau kita faham makna dunia ni, kita takkan kejar dan kita takkan tertipu. sebab dia kehidupan yang dekat yang sementara, yang kedua, hina. - dua benda ni (ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ ) yang paling banyak menipu manusia - sebab tu tuhan ada sebut dalam surah al-munafiqun ayat 9 ms 555, Allah larang kepada orang beriman يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ wahai orang-orang yang beriman لَا تُلْهِكُمْ jangan lah melalaikan kamu أَمْوَٰلُكُمْ harta-harta kamu وَلَآ أَوْلَـٰدُكُمْ dan janganlah anak-anak kamu melalaikan kamu , malalaikan daripada apa? عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ ۚ daripada mengingati Allah, berapa ramai yang solat lambat sebab Anak, berapa ramai yang tak solat sebab kejar harta. dan kemudian tuhan kata وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ siapa yang melakukan demikian iaitu dilalaikan oleh harta dan anak-anak فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ itulah orang yang rugi. - siapa yang sebenarnya rugi ni, yang tak berzikir pada Allah yang tak mengingati Allah disebabkan menguruskan anak, bukan sebab orang yang tak dak duit. antara harta dan anak, mana yang lebih kita sayang? kalau rumah terbakar dia selamatkan emas atau dia selamatkan anak? dalam fitrah manusia dia lebih sayang kan harta ataupun anak? anak kan. tapi kenapa Allah sebut harta dulu? - kata ulama terhadap perkataan yang Allah sebut dalam al-Quran dan trhadap suusnan perkataan, melainkan ada maksud yang tersirat. - semua manusia lebih sayang kan anak, sepatutnya ٱلْبَنُونَ وَٱلْمَالُ . tapi kenapa Allah sebut ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ ? sebab ada yang xde anak? sebenarnya memang semua mak bapak sayangkan anak, tapi kalau hidup tanoa harta takde faedah, walaupun anak ramai. betul? berapa ramai orang yang ada anak tapi miskin, dan kadang-kadang ada yang mengatakan anak itu mencelakakan dia. dan sebab tu orang musyrikin mekah dia buat apa dengan anak lagi-lagi anak perempuan? apa sebab dia bunuh anak perempuan? sebab harta lah, dia kata anak perempuan ni tak boleh membantu dia untuk dapat harta. - betul manusia lebih cintakan anak, tapi yang mengindahkan kehidupan manusia adalah harta, dengan ada harta dia boleh kawin, dengan ada harta dia boleh dapat anak, dengan ada harta dia boleh bagi anaknya dapat sekolah dengan yang paling terbaik, dengan ada harta dia boleh beli kereta dia boleh beli rumah. - tapi kalau anak ada harta takde, itulah kecelakaan. betul? hidup merempat, anak ramai, minta sedekah sana sini, maka Allah sebut bende yang diutamakan oleh manusia, walaupun dia lebih cintakan anak - yang kedua, manusia lebih sayangkan anak, tapi banyak manusia menghabiskan masa untuk apa? sepatutnya kalau dia sayangkan anak, masa dia lebih banyak kepada anak, tapi kita, masa kerja dengan masa anak beza tak? kadang-kadang kita keluar kerja anak masih tido, bila kita balik anak dah tido. sebenarnya kita cari duit untuk sapa tu? untuk anak kan, tapi tak sempat tengok anak, sebenarnya cari duit tu bukan untuk anak tapi untuk nafsu. kalau betul kita cari duit untuk anak, kene bagi masa untuk anak, sebab antara harta dengan anak, yang paling penting dapat membantu kita setelah mati apa dia? anak, anak yang soleh. boleh? - harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan, kenapa Allah sebut perhiasan? apa makna perhiasan? bila sebut perhiasan maknanya dia cantik dan menarik. betul tak? anak tu menarik perhatian manusia. harta tu menarik perhatian manusia. ada ke orang tengok anak dia benci? bila beranak je dia tak buat apa-apa, kamu tak buat aqiqah? tak, bencilah aku. ada ke? takde kan. sama juga, dengan duit, bila dia tengok duit je dia benci. lagi banyak dia tengok lagi dia meluat. sebab apa semua seronok? sebab Allah jadikan dua-dua ni ada tarikan pada pandangan manusia, Allah sengaja jadikan harta dan anak-anak menarik hati manusia. untuk apa ni? untuk menguji manusia. - 41: 44 Allah ada sebut dalam surah ali Imran ayat 14 ms 51 زُيِّنَ dihiaskan. sama maknanya dengan زِينَةُ yang ada dalam surah al-kahfi ayat 46 tadi. maknanya apa? maknanya, dunia ni asalnya tak cantik, sebab apa? sebab dia sementara sebab dia tidak kekal memang tak cantik benda yang sementara. tapi Allah jadikan dia menarik, untuk apa? untuk menguji manusia. - زُيِّنَ dihiaskan لِلنَّاسِ untuk kepada manusia حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ cintakan hawa nafsu. apa dia hawa nafsu? tuhan sebut satu persatu, pertama مِنَ ٱلنِّسَآءِ wanita وَٱلْبَنِينَ anak-anak وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْقَنَـٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَب وَٱلْفِضَّةِ harta yang banyak yang paling utama emas dan perak. . وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ dan kuda peliharaan yang bagus (yang bertanda dan terlatih) / kuda perang / kuda bertanda. apa maknanya kuda bertanda? kalau dulu kuda bertanda, kalau sekarang merc, bmw, itu kuda bertanda la tu, kalau perodua tu itu bukan kuda bertanda وَٱلْأَنْعَـٰمِdan binatang ternakan وَٱلْحَرْثِ kebun / ladang ذَٰلِكَ مَتَـٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ semua tu Allah jadikan menarik, 44:50dalam surah al-baqarah ayat 212 ms 33 Allah Bagi tau dengan lebih khusus cuba terjemah ayat tu زُيِّنَ dihiaskan (untuk siapa ni?) لِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ untuk orang-orang kafir (apa yang dihiaskan?) ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا kehidupan dunia surah ali Imran tuhan kata dihiaskan untuk manusia surah al baqarah tuhan kata dihiaskan untuk orang kafir apa yang Allah nak bagi tau sebenarnya ? 2x. iaitu Allah nak bagitau "yang mudah tertipu dengan kehidupan dunia adalah orang kafir ataupun orang yang sifatnya menyerupai orang kafir". Siapa yang mudah sangat tertipu dengan dunia dia telah menyerupai orang kafir. dan Allah nak bagitau orang beriman tak pernah tertipu dengan kehidupan dunia, sebab apa? 46:10 sebab tuhan bagi tau dalam surah وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ surah apa ni ? cuba terjemah وَلَلْـَٔاخِرَةُ dan sungguh kehidupan yang akhir / akhirat خَيْرٌۭ lebih baik لَّكَ bagi kamu مِنَ ٱلْأُولَىٰ daripada kehidupan yang awal / yang pertama. apa kehidupan yang pertama? kehidupan didunia. jadi ayat ni Allah nak bagi tau, sifat orang beriman dia takkan tertipu dengan kehidupan dunia. sebab apa? sebab akhirat jauh lebih baik bagi mereka. boleh? jadi kalau kita tengok dunia je kita dah tertipu kita, itu bermakna kita dah ada dalam diri kita sifat-sifat orang kafir. boleh ke? tengok telefon baru keluar je terus nak tukar, padahal yang lama ok lagi tengok baju je model baru kemudian ada potongan murah pula, terus nak beli, tertipu.. walaupun baru habis solat terawih 23 rakaat baru je habis puasa 6 teringin je nak tukar kereta baru
@ummikidschannel8609
@ummikidschannel8609 7 ай бұрын
🟩🟩🟩🟩🟩🟩🟩🟩🟩🟩🟩p😊😊😊😊😊😊😊
@kbllet
@kbllet 7 ай бұрын
وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ ٱلْأَجْدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ ٥١ Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
@faizshah7792
@faizshah7792 8 ай бұрын
Audio putus2
@sharimsali929
@sharimsali929 8 ай бұрын
Trm kasih ustaz muein
@rahmah05
@rahmah05 8 ай бұрын
Alhamdulillah.. semoga Allah berikan ganjaran yg baik kpd ustaz Muien
@abdulrani9287
@abdulrani9287 8 ай бұрын
Alhamdulillah Saidina Muhammad Allahu Akbar
@zainahasliechung4163
@zainahasliechung4163 9 ай бұрын
Alhamdullilah- 2024 Cari Tafsiran Yassin. Terima Kasih. Masih ada peluang utk layari page Ustaz Afifi.