Рет қаралды 2,468
Pernah dengar tak pasal Floating Market? Haaa... jangan ingat floating market ni ada kat Thailand je, kat Kelantan, Malaysia pun ada! Tak payah susah-susah nak pergi Hatyai.
Floating Market ni terletak di Pulau Suri, Tumpat, Kelantan dan merupakan floating market pertama di Malaysia. Pengasas Floating Market Pulau Suri adalah Encik Ghani Dollah.
Pasar Terapung Pantai Suri (Pok Ngoh) merupakan 'floating market' pertama di Malaysia. Pengunjung hanya boleh akses ke sini dengan hanya menggunakan jalan air iaitu dengan menaiki bot.
Jeti Bot Utama “Kuala Besar”: Rm 2 per pax sehala.
Jeti Kok Majid Tumpat : Rm 5 per pax sehala.
Kini mereka sudah mempunyai 20 orang peniaga yang meniaga di atas sampan di mana semua peniaga-peniaga ini merupakan penduduk setempat.
Banyak makanan dijual termasuklah :
- Jeli Kelapa
- Nasi Kerabu
- Ketupat Sotong
- Kerabu Bunga Nipah
- Lokan bakar
- Etok salai
- Dim Sum
- Miang Pla
- dll
Pasar terapung ini hanya dibuka pada setiap hari Sabtu sahaja bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM1 untuk dewasa.
Makluman: Pengunjung2 yangg hendak pergi ke Pasar Terapong Pulau Suri Pok Ngoh, tak perlu beli tiket di mana2 jeti (jika anda beli tiket, maka anda akan dibawa ke Floating Market lain), Terus menaiki bot, bagitahu kepada operator bot, nak ke “pasar terapong yang lama”.
Datang awal (seawal jam 8 pagi) untuk mudah mendapat akses parking di Jeti Kuala Besar.
Tonton Vlog Travel yang lain
• Travel Vlog
So, bolehlah rancang aktiviti hujung minggu anda untuk datang ke floating market ni bersama keluarga.
#PasarTerapungPantaiSuri #Tumpat #TahunMelawatKelantan2020 #TMK2020 #CutiCutiMalaysia.