Рет қаралды 14,564
Yang membuatkan aktiviti ini menarik adalah bakar pulut atau lemang, tapi kami iban tidak campur santan, sebab itu ia dipanggil pulut, iaitu beras pulut disimpan dalam buluh atau ruas.
Selain dari itu kami juga menyediakan makanan lain seperti bubur, pekasam, ayam, babi dan ikan, ikut kemampuan sendiri sebagai memberi penghargaan kepada mereka yang datang bersama bergotong-royong.
Jika dulu kami tanam padi di kawasan yang luas berbukit-bukit, beberapa hari sebelum nugal, kami akan kumpulkan kayu yang tidak hangus dimakan api menjadi tompok-tompok besar untuk dijadikan panduk (unggun api). Panduk itu nanti dibakar sebelum nugal, tapi ada juga dtinggalkan untuk buat bakar pulut dan juga memanggang ayam, ikan atau babi dan sebagainya.
Pada awal pagi sebelum saudara-mara datang menolong nugal, jika dulu kami belum lagi masuk kristien, yang punya umai ini akan menyediakan keperluan sejak petang semalam, dan bangun awal dalam jam 4 diniari, bermulanya membuat unggun api dan juga membuat tempat meletak benih dipanggil panggal benih atau taman. Sekarang saya sudah tidak tengok itu lagi sejak kebelakangan ini iaitu kibung (kelambu) padi iaitu buluh dibelah dan dilentik hujungnya ke tanah, dan juga tersang iaitu tempat simpan piring serta penganan, ketupat kecil, rendai (padi di goreng tanpa minyak, menjadikannya seperti popcorn) dan juga yang lain.
Zaman sekarang, anda tidak akan melihat benda itu lagi, dan mungkin saya akan minta bapa saya atau orang tua lain ajarkan saya buat itu jika kami ada tanam padi ditahun berikutnya.
Inilah aktiviti tahunan orang Iban di rumah panjang masa dulu-dulu iaitu tanam padi bukit selain dari berkebun untuk menyara keluarga. Kalau dulu orang banyak padi dianggap sebagai orang berada walaupun padi tersebut tidak dijual. Ia sebenarnya petunjuk aras bahawa mereka ada tanah yang besar dan juga rajin berusaha.
Saya rasa anda mungkin merindui waktu seperti ini jika anda pernah merasainya.
#iban #sarawak #borneo #dji #pocket2 #mavicair2 #4k