Рет қаралды 46
5.1.1 Memerihalkan gelombang.
Menjalankan aktiviti untuk mengkaji penghasilan gelombang oleh satu sistem ayunan atau getaran.
Penggunaan tangki riak/ spring slinki/ simulasi komputer untuk menjana idea bahawa gelombang
memindahkan tenaga tanpa memindahkan jirim.
5.1.2 Menyatakan jenis gelombang.
Terdapat dua jenis gelombang iaitu:
gelombang progresif
gelombang pegun
Gelombang progresif ialah gelombang di mana profil gelombang merambat dengan masa.
Terdapat dua jenis gelombang progresif iaitu:
gelombang melintang
gelombang membujur
Gelombang pegun ialah gelombang di mana profil gelombang tidak merambat dengan masa
Contoh gelombang pegun ialah gelombang yang terhasil di dalam alat-alat muzik.
Perbincangan gelombang pegun terhad kepada maksud dan bentuknya sahaja.
Gelombang dibahagikan kepada
gelombang mekanik
gelombang elektromagnet.
Contoh:
Gelombang mekanik - gelombang air dan bunyi
Gelombang elektromagnet - cahaya dan gelombang radio
5.1.3 Membandingkan gelombang melintang dan gelombang membujur.
Cadangan aktiviti:
Penggunaan tangki riak/spring slinki/ simulasi komputer untuk menerang dan membandingkan
gelombang melintang dan gelombang membujur.
Memberi contoh-contoh gelombang melintang dan gelombang membujur.
Contoh gelombang melintang ialah gelombang air, gelombang radio dan gelombang cahaya.
Contoh gelombang membujur ialah gelombang bunyi.
5.1.4 Menerangkan ciri-ciri gelombang:
(i) Amplitud, A
(ii) Tempoh, T
(iii) Frekuensi, f
(iv) Panjang gelombang, λ
(v) Laju gelombang, v
Mendefinisi istilah gelombang berikut:
Amplitud, A
Tempoh, T
Frekuensi, f
Panjang gelombang, λ
Laju gelombang, v
5.1.5 Melakar dan mentafsir graf gelombang:
(i) sesaran melawan masa
(ii) sesaran melawan jarak
Menentukan nilai-nilai ini dari graf:
Amplitud, A
Tempoh, T
Frekuensi, f
Panjang gelombang, λ
Laju gelombang, v
5.1.6 Menentukan panjang gelombang, λ,
frekuensi, f dan laju gelombang, v.
Menjalankan aktiviti dengan menggunakan tangki riak dan stroboskop digital xenon untuk menentukan
panjang gelombang dan frekuensi gelombang dan seterusnya menghitung laju gelombang menggunakan
rumus gelombang, v = f λ.