Рет қаралды 279,957
Mereka sudah berada di puncak kekayaan. Harta yang dimiliki juga melimpah-ruah. Namun, qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah menyebabkan mereka dan keluarga redha diatas ujian ngeri yang menimpa diri jutawan ini. Selamat datang ke channel Kak Ponti TV. Hari ini Kak Ponti TV akan menyenaraikan 5 kisah tragis yang menimpa jutawan bergelar selebriti di Malaysia. Sebelum anda terus menonton video ini, jangan lupa untuk subscribe dan tekan butang loceng untuk lebih banyak lagi video yang menarik.
5 jutawan yang bakal Kak Ponti senaraikan dalam video pada kali ini bukan sahaja berjaya dalam bidang perniagaan, mereka juga dianggap bertaraf selebriti kerana menjadi idola dan inspirasi rakyat Malaysia. Walaupun begitu, mereka sama juga seperti hamba Allah yang lain, tidak dapat lari daripada ujian yang ditetapkan oleh Allah. Kisah tragis yang menimpa 5 jutawan berikut diratapi oleh rakyat Malaysia dan juga menjadi buah mulut rakyat Malaysia.