5 PROSES PENUH PEMBELIAN KERETA~ ELAK KENA KELENTONG

  Рет қаралды 63,340

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

4 жыл бұрын

Proses A-Z Pembelian kereta secara tunai dan dengan pinjaman (dibalik tabir).
Di Malaysia setiap tahun, hampir 2 juta kereta baru & terpakai dijual dan dalam 2 juta ni, tak berapa ramai yang sebenarnya tahu proses sepenuhnya pembelian dan penjualan kereta.
Dalam siri minggu ini, saya nak terangkan dan jelaskan secara makro, proses sepenuhnya dari A-Z; proses dari tempahan sehingga mendapat kereta.
Video ini disediakan sebagai panduan untuk mengelak salah faham diantara Pengedar, jurujual dan pembeli dan juga supaya pembeli faham prosedur sepenuhnya dan tidak hilang sabar kalau terdapat sedikit kelambatan. Kita juga boleh mengelak dari diberi alasan yang tidak munasabah oleh jurujual atau pengedar.
Topik ini pertama kali dimajukan oleh Saudara FAKHRUL ISKANDAR dalam komen video “Tip Membeli Kereta Untuk Jimat Duit, Buat Duit dan elak ditipu” bit.ly/2SuTl20.
Pembelian kereta samada kereta baru atau terpakai melibatkan 5 proses dan semua 5 proses ini akan diterangkan secara terperinci dalam video ini.
Tolong catatkan diruang komen jika perlu ulasan lanjut atau memerlukan panduan topik lain. Terima kasih kerana menonton dan untuk like, subscribe dan share.
Nota: Kalau nak beli kereta untuk Hari Raya Aidil Fitri nanti, tempah sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum hari raya... dah tak lama dah.
100% ORIGINALBLM FLX EXORA SAVVY ABSORBER MOUNTING PW861269N NEW (Proton) t.productlink.io/a2221i
Nexus Car Petronas Syntium 800 10W40 SN/CF Semi Synthetic (4L) Engine Oil (Petronas) t.productlink.io/a2221g
GO NS60 | 46B24R | 46B24RS (MF) - 45AH - Car Battery - TOYOTA Avanza, Vios yrs 2006 PROTON Saga BLM, Wira, Savvy, Iriz NISSAN c22 (Amaron) t.productlink.io/a2221j
Mizu 5W40 Fully Synthetic Engine Oil (4L) [Free Sticker] API Certified Insurance Cover ISO SGS petronas base oil viral (mizu lubricants) t.productlink.io/a2221h
Disclaimer (Penafian): saya bekas pengedar kereta & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya boleh menjadi panduan kepada awam.

Пікірлер: 648
@zieramanab5933
@zieramanab5933 3 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan, saya ada satu soalan tentang pembayaran downpayment. Adakah saya perlu bayar downpayment kepada akaun bank salesperson tersebut ? Tetapi bila ditanya kenapa tidak beri akaun company, saleperson cakap ia nak memudahkan saya. Betulkah cara tersebut tuan ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikummussalam Cik Ziera. Tolong jangan bayar ke akaun bank SA. Hanya bayar ke akaun Bank syarikat Pengedar (pastikan nama nama syarikat pengedar sama dengan nama syarikat dalam business card SA). Jangan sesekali bayar kepada Bank akaun SA. Itu dah salah dan SA boleh kena charge pecah amanah.
@zieramanab5933
@zieramanab5933 3 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ baik tuan, terima kasih atas jawapan yang pantas 😊👍 kebetulan jumpa video tuan dulu, sebelum ikut cakap SA .
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
@@zieramanab5933 Sama-sama. Alhamdulillah saya dapat membantu.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
@@zieramanab5933 Sama-sama. Alhamdulillah saya dapat membantu.
@mohamedridwan5631
@mohamedridwan5631 3 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ saya pom kene macam ni bang, bru je jd , harini sy cuba nk mntk blik duit dpt ke x duit tu,mula2 dia mntk 300 deposit trnsfer ke acc peribadi dia, lps loan lulus dia mntk 1k untk proses agreement ,xp bulan terlalu tinggi dan xsama ape yg dikatakan saat sy nk submit loan dlu, sy tnye dia anggaran brp bulan2 dia ckp 500 lbh jd sy stuju untk submit loan trsebut xp bile dh lulus bulanan terlalu tinggi 700 lbh ,sy nk cncel loan trsebut xp salesmen tu ckp duit sy burn sbnyk 1.3k tu , adakah betol ape yg salesmen tu buat atau sy telah ditipu? Boleh kah sy mendapatkan balik duit trsebut?
@azmiabdullah8609
@azmiabdullah8609 4 ай бұрын
Terima kasih kerana bagi cara/syarat yg perlu kita lalui semasa pembelian kereta..sbb ramai yg tidak sabar/tidak tahu.
@azhar86khairil81
@azhar86khairil81 4 жыл бұрын
Thanks bro for sharing...ilmu yang sangat bagus dr org berpengalaman
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
Alhamdulillah, Terima kasih bro
@muhammadtaufiqbinsanusikpm2402
@muhammadtaufiqbinsanusikpm2402 2 жыл бұрын
Perkongsian yang sangat lengap! Padat dengan info! Terima kasih tuan!
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Masya Allah 🙏🏻 Terima kasih diatas komen. Komen seperti ini memang menambah semangat kita sebagai KZbinr 🙏🏻
@vongolaxii1901
@vongolaxii1901 Жыл бұрын
Good content and useful info..
@carljuan
@carljuan 2 жыл бұрын
Thank you sifu! Sy slalu practice tips² tuan👍🏾
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
🙏🏻 sama-sama. Alhamdulillah dapat memberi manfaat
@shahputra5638
@shahputra5638 3 жыл бұрын
Terima kasih..sangat bermanafaat, jgn sign vdo selagimana kita belum berpushati dengan proses pembelian tersebut.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Sama sama Shah. Ya begitulah rumusannya. Terima kasih diatas komen.
@izzatramzi4334
@izzatramzi4334 Жыл бұрын
Terbaik explanation tuan, sy subscribe!
@fauzirossy6942
@fauzirossy6942 2 жыл бұрын
Terima kasih bang atas pencerahan tersebut sangat berharga.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Alhamdulillah dapat membantu. Sama sama Saudara Fauzi.
@RashidB-
@RashidB- 5 ай бұрын
Terima kasih atas penerangan yg sangat jelas & padu...👍👍 C U in the next video... LIKED & SUBSCRIBED...
@dainoljejakachannel8107
@dainoljejakachannel8107 Жыл бұрын
Sangat jelas
@airiazmi5336
@airiazmi5336 3 жыл бұрын
Terbaik En... Armin
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Jazakallah Bro. Sama-sama
@carolrinamaira7664
@carolrinamaira7664 3 жыл бұрын
Thank you Sir, video yang sangat bermanfaat 👍👍👍
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Sama-sama Cik. Feedback macam ni memberi saya lebih semangat untuk terus mengeluarkan lebih banyak video. Terima kasih
@LukmanOthmans
@LukmanOthmans 3 жыл бұрын
tyvm for the good vid
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Jazakallah bro. Thank you
@saifullahrusli8394
@saifullahrusli8394 2 жыл бұрын
as salam tuan, maaf nak bertanya. tuan xda mentioned pasal check puspakom. macam saya beli kerata second, car dealer ckp tunggu nak check keret di puspakom, berap lama masa sya boleh damat Kereta selepas check puspakom ya? terima kasih
@muhammadzharifkamaruddin5172
@muhammadzharifkamaruddin5172 2 жыл бұрын
tuan, mcm mne nk tau ya kalo sale advisor tu diiktiraf atau x ?
@odinkabul1702
@odinkabul1702 2 жыл бұрын
Trma ksi tuan , trbaik , ⭐⭐⭐⭐⭐👍
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Sama sama Tuan. Terima kasih diatas sokongan
@liezakarim
@liezakarim 3 жыл бұрын
Sgt clear. Pttla sy tgu kereta agak mkn masa. Sll text salesmen tya loan lepas ke tak, kete bila leh dpt 😅😅 tq sgt2. Sm spt yg En. ckp. 2,3 bank call dah approve tgu lagi. Kt igt bila bank dah approve esk salesmen g register esk lusa dpt kete. Rupa2 ada byk proses. Now sy di proses yg ke 4. Tgu kete smp shj.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Ya betul. ada banyak proses sebelum kereta boleh didaftar. Alhamdulillah Cik Lieza faham dan tahniah dah sampai ke proses ke 4. tak lama lagi dah boleh bawa kereta baru.
@jufriborhan
@jufriborhan 3 жыл бұрын
Terima kasih tuan. Perkongsian yang sangat jelas. Cuma harap video lebih ringkas dan padat.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Sama-sama bro. terima kasih diatas cadangan. Nanti saya cuba jadikan lebih bagi padat dan ringkas. SOrry terlambat reply. tak sedar komen.
@nmiramzubir5941
@nmiramzubir5941 3 жыл бұрын
Salam bang ada x video tentang ccris @ saa untuk loan approve.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikummussalam Cik @Nmira Mzubir. Saya belum buat video berkenaan dengan CCRIS lagi. Inn Sya Allah nanti kalau ada kelapangan masa, saya rekod dengan terperinci.
@jue8594
@jue8594 Жыл бұрын
Salam bang. Nak tanya kalu processing keta ne betul ke kna byr sampai 2k-3k?
@sarahaizumariffin1521
@sarahaizumariffin1521 4 жыл бұрын
Terbaik bro. tp tak de la terpikir nak beli kereta lagi hehe tak pa buat pengajaran untuk masa depan. Tk
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
Sarahaizum ariffin terima kasih
@harrisabdullah4239
@harrisabdullah4239 2 жыл бұрын
Slm tuan saya ada sedikit seolan mcn mna nk bli keteta lelong bank dan adakah bolh pindah hak milik
@adlanaderi8418
@adlanaderi8418 2 жыл бұрын
Tuan, macam mana proses kita sendiri yang jual kereta kepada individu lain.
@rosleamin4989
@rosleamin4989 2 жыл бұрын
Assalamualaikum..tuan de stu soalan..nk sain agreement luar wakty bekerja..maksud bkn dbank..ada kh itu ok atau tidak?
@sadarnahasan1605
@sadarnahasan1605 2 жыл бұрын
Salam . Boleh jadi ke pengedar bagi kereta yg dah terpakai pada hal yg kita nak kereta baru dari kilang.
@shahrinbunyamin6301
@shahrinbunyamin6301 7 ай бұрын
Salam sya dri sabah.Nk bli kereta second tapi takut kena tipu stres
@nri9780
@nri9780 2 жыл бұрын
Salam tuan boleh sy tahu pakej2 yg ditawarkan esp untuk graduan/pelajar🙏
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Wa'alaikumussalam. Ya boleh tapi boleh beri saya sedikit masa untuk dapatkan maklumat terkini.
@carljuan
@carljuan 2 жыл бұрын
Sekarang Sst & GST termasuk tak dlm used car?
@arifzairi8990
@arifzairi8990 3 жыл бұрын
Assalamualaikum. Nak tanya, snatch care tu apa ye ? Mark up loan ada ke ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaukimussalam bro. maaf, terlepas pandang komen ni. Saya pun tak tahu Snatch Care tu apa. boleh terangkan?
@pemburuudamai4998
@pemburuudamai4998 Жыл бұрын
salam tuan nk tnye kalau sy nk tukar deposit dripada 6 k ke 5 bole ke,, situasi sudah mengu kereta da 6 bulan, kereta sudah dpt no chasis ,and tgal utk agreement
@SafwanRahmanofficial
@SafwanRahmanofficial Жыл бұрын
Kereta liability, ada cash banyak tu masuk dalam ASB ke, guna dividen tu buat installment. Duit 100 ribu pun ada kereta pun ada.
@eapulxofficial5145
@eapulxofficial5145 2 жыл бұрын
kalau bank dh interview kita.. ada kah peratus untuk lulus tu tinggi
@dronepro53
@dronepro53 7 ай бұрын
Mcm mana bila beli kereta baru secara tunai
@princesssolace4337
@princesssolace4337 4 жыл бұрын
You need to educate the public on insurance policy. Bnyk jgk kena kelentong tetapi sbb ignorance dari kedua belah pihak.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
You are right. Motor insurance is mandatory for all cars and many took them because they had to without thoroughly understanding the policy. Thank you for the suggestion @Princess Solace.
@princesssolace4337
@princesssolace4337 4 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ ... I'm sorry if WE sound too crude as Princess Solace is an entity, NOT a single person.😉 Have a nice day sir.
@cilipotong1408
@cilipotong1408 Жыл бұрын
assalam tuan.. saya ada buat urusan jual lori sediri..owner yg akan dtg dah buat puspakom dan skg hanya tggu proses tukar nma di jpj tumb print shj..masalahnya pembeli belum buat bayaran lagi dan hya mau buat pmbyran setelah selesai tukar nma..mintak pandangan tuan apa yg perlu sy buat agar urusan jual beli tidak ada masalah setelah proses tukar nma..sy tdk percya pembeli, pembeli pun tidak percaya saya soal buat bayaran 😁😅
@nseries08
@nseries08 4 жыл бұрын
👍
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
👌
@ruzaimahjhamil9069
@ruzaimahjhamil9069 Жыл бұрын
salam saya ada 2 soalan 1. sy nak tanya baru kereta sy dah keluar . sy loan kereta baru dgn depo 10k . seblm dtg ambil kereta sa ckp hanya bayar depo 10k , tapi bila dha kt tempat ambik kereta sa ckp sy kena tambah rm1170 utk insuran dan bayaran kereta utk bulan yg sy ambik kereta tu . sy ambik kereta bulan 6 . dan sa ckp sy perlu bayar bulan 8 . tp bila sy tgk kat bank bulan 7 sy kena bayar . sbb dia ada bg due date pembayaran . betul kaa apa yg Sa tu terangkan kpd sy ??? 2. semasa ambil kereta sa hanya mengambil duit 10k tanpa ada sign apa2 borang ? dan sy tidak menerima satu pun borang salinan mengenai pembelian kereta . sekiranya sa tu telah menipu sy apa yg perlu sy lakukan ??
@zahidmerlimaumerlimau2188
@zahidmerlimaumerlimau2188 2 жыл бұрын
Cik...biasa dpt sms mengatakan dlm proses...biasa bank da call company belum
@killerbee3485
@killerbee3485 7 ай бұрын
Salam tuan....duit insurans tu pembeli kena bayar ke?
@Kamarul1875
@Kamarul1875 3 жыл бұрын
done sub..trima kasih info
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Sama-sama Saudara ZuAzrin. Terima kasih kerana subscribe.
@hasta_zzz
@hasta_zzz 4 жыл бұрын
kalau different bank ada different interest rate ? boleh kita choose bank utk loan?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
Good morning Arvind. Yes you can. Which bank you choose for financing, is your choice. You can also apply direct to whichever bank you prefers.
@ellyomei9629
@ellyomei9629 3 жыл бұрын
jelaskan cara2 utk dptkan kelulusan pinjaman dr bank bagi ctos ctriss
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Good morning @Elly Omei. Maaf saya kurang faham soalan. You nak tahu kriteria kelulusan pinjaman dari segi ctos dan ccris ke atau macam mana nak dapatkan pinjaman kalau ada masalah ctos dan ccris?
@aimanzulhilmi3847
@aimanzulhilmi3847 3 жыл бұрын
Salam tuan armin . Jika proses untuk kereta recond pun sama mcm ni juga ke ? Maaf bertnya .. sbb skrg ni tengah survey recond car unregister . Mohon pencerahan proses .. terima kasih tuan .
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaukummussalam Saudara @Aiman Zulhilmi. Proses untuk membeli kereta recond pun sama cuma ada beberapa langkah dan dokumen tambahan yang diperlukan. Nanti kalau sempat, saya buat satu video untuk kereta recond.
@nekuromanseru
@nekuromanseru 3 жыл бұрын
Salm Tuan, bole buat video penerangan x pasal kebaikan & keburukan beli KERTA BARU TEMPATAN dgn CASH. Bkn second hand tau, selalu orang buat info pasal kereta 2nd. Sbb mcm2 rumors orang bgtau kalo beli kereta baru ni. LHDN kejar laa, xde insurance la, insurance mahal la dan mcm2 lagi. Terima Kasih.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam Tuan. Inn Sya Allah Nanti saya buat. Ada beberapa viewer yang dah bertanya sebelum ni, tak tahu pula ada banyak rumours dan ramai yang salah faham.
@masakmasak66
@masakmasak66 4 жыл бұрын
Salam bang amin.. Saya mahu tanya.. Kalau kita blm sign pjnjian dngn bank tapi mahu menukar jenis kereta ,boleh tak?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
Wa'alaikummussalam. Maksud saudara, kalau kita dah buat tempahan kereta dan dalam proses memohon pinjaman (dan mungkin pinjaman dah lulus tetapi belum sign perjanjian pinjaman) dan saudara berhasrat nak tukar jenis kereta? Ituke soalan? Nak tukar jenis atau model kereta tak ada masalah cuma apabila harga kereta berbeza (contoh lebih mahal), saudara kena membuat permohonan pinjaman baru. Kelulusan atau permohonan pinjaman untuk jenis kereta sebelum ni dah tak boleh pakai dan hanya sah untuk model & jenis kereta seperti yang di pohon.
@ashraffakri5302
@ashraffakri5302 4 жыл бұрын
Tuan ada masalah ke kalau beri kereta cash amount above 100K. in term of tax etc.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
Tak menjadi masalah untuk membeli kereta berharga lebih RM100k ke atas, secara tunai. Membeli kereta mewah secara tunai menjadi satu kepercayan mitos yang LHDN akan menyiasat punca pendapatan seseorang apabila seseorang mendaftar kereta mewah yang dibeli tunai.
@iskandarhaikal215
@iskandarhaikal215 3 жыл бұрын
Assalamualaikum . . Selepas dapat kol interview dari bank , berapa lama lagi kena tunggu jawapan dari bank approve or tak tuan ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaikumussalam Saudara Iskandar, 1. Kebiasaannya apabila Bank dah call untuk interview, status permohonan akan dimaklumkan dalam masa 48 jam. samada lulus, atau tak lulus atau memerlukan dokumen tambahan. 2. Bila pegawai Bank call, tolong catat nama beliau dan contact number. 3. Bro, Minta maaf diatas kelewatan reply komen.
@jeffri7300
@jeffri7300 2 жыл бұрын
15:05 Tuan, mohon buat video topik ni.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
InnSya Allah Tuan. Nanti saya buat bila ada kelapangan masa. Minta maaf terlambat jawab
@samsurihamid2543
@samsurihamid2543 3 жыл бұрын
Salam tuan, sy keja di KL..katakan sy book kereta di kampung (Kedah), boleh ke penghantaran kereta nnt di buat dgn treler dr kilang terus ke Shah Alam, dan bkn ke Kedah..utk mudahkan sy pick up kereta nnt?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikummussalam Saudara Samsuri. Ya boleh tetapi ia bukan SOP biasa. Maknanya, kena minta kerjasama pengedar untuk buat arrangement. Kalau kereta dah sampai ke kedah (Contohnya ready stock atau x-stock), susah sedikit untuk kereta itu di hantar ke KL dan mungkin ada Kia tambahan tetapi Kalau kereta belum sampai kedah, dealer boleh request untuk dihantar ke KL for delivery. Boleh faham ke? Kalau ada soalan lanjutan, boleh tinggalkan komen.
@ikhtiaruddinsabrilim9693
@ikhtiaruddinsabrilim9693 5 ай бұрын
Assalamualaikum tuan, saya ada sedikit keraguan berkenaan deposit kereta saya, Saya ada loan aeon kereta ford ranger, second, loan dah lulus, harga kereta 44,800, dlm statement loan ada tulis cash price 61,000, bal ori payable 73,174.52 , last int amount 798.52, deposit 16,200 , rental rate 0.754 , monthly installment 872.00, tenure 84 month, tapi sa ckp loan agak rendah dan perlu deposit 5k, tp saya minta 2k, n dah berbincang sa ckp 3k la utk deposit.. berdasarkan maklumat diatas, perlukah saya bayar deposit lg 3k tersebut sedangkan dalam statement aeon tu dah ada tulis deposit 16,200 .. semoga tuan dapat bantu saya
@nuruleiyza7139
@nuruleiyza7139 3 жыл бұрын
Boleh terangkan tak pasal toyota capital loan perodua?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Hi Nurul, Sorry tak terjawab soalan ni. Toyota Capital merupakan "Credit company" yang memberi pinjaman sewa beli seperti Bank tetapi ia bukan tergolong dibawah institusi kewangan. Ini bermakna ia bukan dibawah kawalan Bank Negara dan BAFIA. Ia dibawah kawalan KPDNKK. Ini juga bermakna, ia tidak strict macam kelulusan bank.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Toyota Capital sama seperti AEON finance, Courts Mammoth, Singer dan sebagainya yang bukan dari institusi kewangan tetapi menyediakan fasiliti sewa beli.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Minta maaf sekali lagi kerana teramat lambat jawab.
@Bocil_serba-Serbi
@Bocil_serba-Serbi 3 жыл бұрын
salam bos..bagaimana pula kalau yb atau datuk nak beli kereta?step2 dia sama jugak ka dgn mcm org biasa?boleh bagi pencerahan..
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam Rizal. Proses dan prosedur untuk YB, Datuk atau VIP sama sahaja. Cuma layanan yang diberi mungkin berbeza.
@khairolrazi87
@khairolrazi87 3 жыл бұрын
Salam en mcm mne ye klau jurujual janji sebulan blh dpt kereta perodua bezza 2020, bila dah sebulan msih lum dpt byg lgi atau kabar dari jurujual call khidmat plnggan perodua pun lum de kereta kuar atas nama saya diorg suggest tnye pusat jualan yg kita order untuk thu waiting list.adakah ini sistem yg btl?waiting list di kilang atau di pusat jualan?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaikummussalam Saudara Khairol. Minta maaf kerana lambat jawab. Saya terlepas tengok komen ni. Biasanya ada 2 waiting list untuk kereta tempahan. Waiting list utama ialah dari segi pengeluaran kereta. Bila kereta keluar dari kilang ia akan diagihkan kepada semua pengedar mengikut laporan dan permintaan pengedar. Waiting list ke 2, apabila kereta telah diagihkan kepada pengedar, pengedar sendiri ada waiting list untuk pembelian. jadi pertamanya, kena tunggu agihan kereta dari kilang dan kemudiannya, kena tunggu kereta mengikut senarai waiting list pengedar. Minta maaf diatas kelambatan jawapan. Kungkin saudara Khairol pun dah dapat kereta. Kereta dah dapat?
@heathermason5298
@heathermason5298 4 жыл бұрын
Salam, en armin. Kalau beli kereta baru secara tunai. Kena ikut proses 1, proses 4 & proses 5 kan? Katanya tempoh menunggu kereta lama dan tak pasti. Agak2 dalam berapa bulan ye utk dapat kereta?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
Hi Heather. Kalau beli kereta baru secara Tunai boleh skip Proses 2 - Proses permohonan pinjaman kereta. Tempoh menunggu kereta bergantung kepada 2 faktor utama. 1. berapa ramai yang dalam queue (book order). Kalau ramai yang booking contohnya Proton X70 beberapa ribu booking, dan ada beberapa ribu pelanggan sebelum Cik Heather, Cik Heather mungkin terpaksa menunggu masa yang lebih lama sebelum nombor giliran. 2. Berapa jumlah kereta yang dikeluarkan oleh pengilang atau pembekal. Kalau rangkaian pengedar menerima tempahan contohnya 10,000 dan pengilang hanya mengeluarkan 5000 kereta setiap bulan, jadi masa menunggu lebih kurang 2 bulan. Kalau Cik Heather menunggu masa yang teramat lama (Contohnya lebih sebulan (atau 2 bulan)) dan untuk mendapat kepastian, boleh menghubungi principal kereta. Contohnya, kalau tempahan di pengedar Proton, boleh menghubungi Proton WeCare untuk merekodkan komplen. Setiap jenama kereta mempunyai Call Center yang pelanggan boleh menghubungi untuk mendapatkan maklumat atau penjelasan. Harap jawapan saya menjawab soalan Cik Heather. Kalau perlu penjelasan lebih lanjut, tolong maklumkan ya
@muhdsyarif64
@muhdsyarif64 3 жыл бұрын
Salam abg klau aply loan untuk kereta terpakai tpi tiada lesen boleh ke?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam Saudara Shariff. Lesen Memandu tidak menjadi syarat kelayakan untuk pinjaman. Tak ada lesen tak menjadi masalah untuk apply loan.
@muhdalif1872
@muhdalif1872 2 жыл бұрын
Hi harap dapat reply saya cepat ye terimakasih sangat, saya apply full loan beli kereta honda city baru dan dah diluluskan loan, dan esok dah kena datang utk sign agreement di bank, adakah saya perlu keluarkan apa2 kos/duit dalam tempoh sebelum saya dapat kereta saya tu? Tq😊
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Full loan bermakna harga loan sama atau kebun harga Beli kereta. Saya tak pasti Berapa jumlah loan yang Alif dapat kelulusan dan Berapa harga kereta. Tapi Kalau dah a dapat full loan, bermakna dah tak perlu bayar apa-apa bayaran. Sign agreement & dokumen, lepas daftar, dah boleh ambil kereta 👌🏻
@faizlallana8845
@faizlallana8845 3 жыл бұрын
Salam tuan , saya apply loan pastu dapat mesej loan dah lulus , dia akan contact dalam masa 2hari untuk sign document , tpi belum dpat call lagi dh seminggu dari bank..ke tunggu kereta sampai dulu bru sign..
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaikumussalam Saudara Faiz. 1. Bila pinjaman dah lulus, langkah seterusnya ialah untuk tandatangan perjanjian. 2. Biasanya, pengedar akan tunggu kereta sampai baru sign agreement kerana butir-butir kereta seperti nombor enjin dan nombor casis perlu di isi penuh dalam agreement. 3. Kemungkinan kereta saudara belum sampai, jadi pengedar tidak push untuk sign agreement. 4. Nasihat saya, tunggu sehingga dah dapat butir-butor kereta (No enjin dan no casis) dan pastikan butir-butir kereta lengkap dalam agreement baru sign. Jangan sign black agreement. Harap jawapan saya dapat membantu. Minta maaf terlambat reply.
@ezorasilver6459
@ezorasilver6459 3 жыл бұрын
Tuan sekiranya stock kereta tak ada selama 3 bulan lebih sedangkan loan dah lulus adakah loan tadi terbatal atau perlu mohon loan yg baru
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Selamat pagi Exora, 1. LOU atau letter of undertaking ada tarikh pulut. Ianya hanya sah untuk 30 hari atau sebulan tetapi SA boleh renewkan sebelum tarikh tersebut luput. 2. Selepas 3 bulan, Bank mungkin akan minta bank statement terbaru.
@abepidotap8713
@abepidotap8713 3 жыл бұрын
Asalammualikum, nak bertnya lah, if loan Kita sudah lulus, tapi Kita tidak jadi untuk ambil kereta, so apa Kita patut buat ye?....
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikummussalam Saudara Muhammad. Kalau tak jadi ambil kereta, boleh hubungi Bank untuk batalkan pinjaman yang telah diluluskan. Tak perlu bayar apa-apa penalti.
@fatinnorshafiqah9969
@fatinnorshafiqah9969 3 жыл бұрын
Salam, saya nak thu tentang toyota capital, sebab agent kereta dah submit loan dekat PBB tapi kene reject sbb tak kukuh. Lepas tu dpt call dr toyota capital. Sy ckp dekat agent sy tknk loan dgn toyota capital sbb interest tinggi. Sy suruh agent tu submit dekat bank lain. Lps tu dia cakap submit dulu dkt toyota capital if dh lulus dia akan submit dkt bank lain. Kalau ada bank lain yg lulus dia suruh saya pilih . Boleh ke mcm tu. mintak tuan bagi penjelasan . Sy first time nak beli kereta.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaikummussalam Cik Fatin. 1. Toyota Capital adalah sebuah syarikat kredit yang memberi pinjaman sewa-beli dan leasing kepada pembeli kereta toyota dan perodua. Ia bukan seperti Bank dan bukan dibawah pengawasan Bank Negara. Ia tertakluk kepada Akta Sewa Beli dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Biasanya kredit company lebih senang dapat kelulusan berbanding dengan Bank tetapi interest rate dia lebih tinggi berbanding Bank. 2. Bank tertakluk kepada guideline Responsible Lending bermakna, kalau kewangan pembeli tidak kukuh, Bank akan reject. Kredit company strict sangat. 3. Tak menjadi masalah untuk mencuba dapatkan kelulusan dari Toyota Capital kalau nak cuba. tapi kalau dah nekad tak nak ambil sebab interest dia memang lagi tinggi, tak perlu. 4. Ya boleh submit ke bank lain samada lepas satu bank reject atau apabila dah dapat kelulusan dari Toyota Capital. tak menjadi masalah. Harap jawapan saya dapat membantu. Kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.
@ilhambasri3572
@ilhambasri3572 3 жыл бұрын
Loan bank cimb boleh cancel ke lps sain agrement
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Bro, sorry terlambat reply. Ada tempoh pendek untuk batalkan perjanjian selepas ditandatangani. Biasanya Kalau kereta belum didaftar, perjanjian dengan bank masih boleh dibatalkan.
@rhmzainal1234
@rhmzainal1234 3 жыл бұрын
Assalamualaikum bang , saya ada loan kereta . Kereta lulus tapi loan dgn aeon tapi saya taknak dgn aeon so saya cancel last minit . Saya dah siap thumbprint dan bayar deposit untuk kereta . Persoalan saya kat sini , saya cancel last minit . So nama saya akan ada apa apa kena tindakan ? Macam blacklist ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam bro. Minta maaf terlambat reply. Kalau batalkan pembelian last minit atau batalkan pada bila-bila masa, nama tak akan di senaraihitam atau black listed atau diambil apa-apa tindakan. Pembelian atau pembatalan merupakan hak pembeli. Tiada masalah.
@mohdshafiq9448
@mohdshafiq9448 2 жыл бұрын
Salam tuan sy nak tnya utk proses ke 4 boleh ke dri situ kita runding harga kereta dgn seller utk used car? And second question jika loan dah approved and customer rse tak berkenan boleh ke tukar kereta lain. Thanks in advance
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Wa’alaikummussalam. Bro, 1. Kalau nak runding harga seelok-eloknya, runding sebelum used car mulakan proses permohonan pinjaman. Used car tak macam OEM, tenaga kerja terhad. Bila mereka dah buat kerja, susah sikit nak runding harga. 2. Untuk used car, semasa pernohonan pinjaman di proses dengan institusi kewangan, kereta yang dijual memang dah siap dan ready. Sesetengah bank akan inspect kereta dahulu sebelum meluluskan pinjaman berbeza dengan kereta baru di mana pinjaman diluluskan walaupun stock kereta belum ada. 3. Bila loan dah lulus, pembelian boleh dibatalkan Kalau kita mengikut kepada akta. Kalau bayaran pendahuluan dan down payment dealer tak kembalikan, pelanggan boleh buat laporan ke tribunal pengguna. Tetapi untuk tukar model kereta terpakai yang lain, ini bergantung kepada budi bicara used car dealer sebab proses permohonan untuk pinjaman kereta terpakai ia khusus untuk sesebuah kereta terpakai yang dijual. Ini bermakna, proses pembelian Kena start balik dari mula termasuk permohonan untuk pinjaman. 4. Disebabkan proses dan kerja lebih dan double kalau pelanggan nak tukar kereta, used car dealer mungkin akan mengenakan bayaran tambahan. Tapi ini terpulang kepada budi bicara bersama used car dealer. Harap jawapan saya dapat menjawab soalan tuan. Kalau perlukan penjelasan tambahan, boleh tinggalkan komen.
@mohdshafiq9448
@mohdshafiq9448 2 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ terima kasih tuan atas penjelasan
@maarofrazif2287
@maarofrazif2287 2 жыл бұрын
Nk tnye semasa allocated kite boleh mnta number chasis ye
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Bila kereta dah ada & dah allocate kereta, boleh minta. Dah allocate, maknanya dah ada kereta 👍🏻
@nzrlsyfx545
@nzrlsyfx545 2 жыл бұрын
Salam boss . Saya nak tnya . Saya ada masalah ccris . Tapi bank dah luluskan loan saya . Harga kereta 24K tapi lulus 22k . So saya kena tambah dlm 2k+ untuk insurans dan roadtax . Kereta terpakai mmg owner lama boleh ambik no plate kereta tersebut dan saya sebagai owner baru kereta tu mmg kena daftar no plate baru ke mcm mne ye ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Wa'alaikumussalam. 1. Nombor pendaftaran baru owner lama yang akan buat cuma kalau bro nak tempah nombor, bro kena buat sendiri lah. 2. Bila owner lama ambil nombor kereta lama, kereta tu akan ikut running number JPJ. 3. Kos untuk pendaftaran nombor baru, plat nombor baru - ditanggung oleh pemilik lama kecuali kalau pemilik lama memang dah bagitahu dari awal. Cik kena tengok dalam buyers order samada kos tersebut dah termasuk pendaftaran atau tidak.
@cikti2204
@cikti2204 4 жыл бұрын
Terima kasih tuan..very details explanation..saya ada soalan, cthnya kalau gaji melalui bank A..duit keluar masuk pun kat bank A dan ada saving di bank B..perlu ka untuk saya submit statement bank B juga?..thank you in advance.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
siti hairuz, Salam Cik Siti. Kalau baki dan deposit setiap bulan di Bank A mencukupi untuk pembayaran bulanan pinjaman yang dipohon, tak perlu memberi statement untuk saving account di Bank B. Tetapi kalau baki dalam akaun setiap bulan kurang dari expected bayaran bulanan pinjaman yang dipohon, lebih elok untuk bagi sekali statement saving akaun di Bank B untuk menyokong kuat permohonan pinjaman.
@cikti2204
@cikti2204 4 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ Ohhh..faham²..ok terima kasih tuan utk jawapan
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
Sama-sama. Semoga berjaya mendapat pinjaman untuk beli kereta. Salam
@nurhayatihussin2355
@nurhayatihussin2355 3 жыл бұрын
Hai .. nak tanya kalau nak tukar kereta sebelum tandatangan loan boleh ke tak ya...
@FaithDJ
@FaithDJ 3 жыл бұрын
Hi Sir, i got a question, for example a mitsubishi dealer offer RM2k rebate, but another dealer offer RM4k rebate on the same model, after calculation everything the RM4k seems legit, but Mitsubishi official website shows only RM2K, rebate, may i know how is the dealer offer more than another one?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Hi Cleo, a dealer can offer a higher rebate from their dealers margin. It is quite common for dealers to offer higher rebate to compete in getting more customers. If you received the 4K rebate, my advice is: 1. check the on the road price (in your buyers order) is the same as what is listed by Mitsubishi official website; and 2. the rebate RM4k that was offered is written explicitly in your buyers order and can be deducted directly from the OTR price.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Sorry for the late reply. I hope it answer your concern and question
@FaithDJ
@FaithDJ 3 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ Thank you so much for the info and guide.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
@@FaithDJ it’s a pleasure Cleo
@abamsado2441
@abamsado2441 2 жыл бұрын
Bos, cara bayar deposit / downpayment paling selamat guna bank draft atau cash atau transfer online
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Cara yang paling selamat transfer online ke akaun syarikat pengedar (Bukan akaun jurujual).
@syahfakhrullah5681
@syahfakhrullah5681 2 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan. Bolehkah dapatkan semula deposit utk membeli kereta? Sebabkan saya dah dapatkan kereta lebih berbaloi dari harga kereta yg sy telah booking. Soalan utk kereta used car.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Wa’alaikummussalam Saudara Syah. Ya boleh. Tak ada masalah mengikut akta Sewa beli, pelanggan boleh membatalkan pembelian dan penjual harus mengembalikan wang deposit.
@gsaucewclee8943
@gsaucewclee8943 2 жыл бұрын
Tuan, nak tanya, process pendaftaran ni , dealer kena bawa kereta ke jpj sekali? Dealer saya cakap dia nak buat pendaftaran dan suruh saya pergi ke dealer untuk settle baki downpayment. Tapi dia kata kereta akan sampai 1-2 minggu
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Selamat pagi Tuan, 1. pendaftaran dibuat secara online sekarang. Kereta tak perlu di bawa ke JPJ. Kalau perlu buat interchange number, kena bawa ke puspakom Bukan JPJ. 2. Kalau perlu bayar baki downpayment, bermakna kereta dah ada. Tuan boleh minta nombor casis dan nombor enjin kereta Tuan. Kereta mungkin belum sampai tapi nombor casis dan nombor enjin mesti dah ada. Kalau tak ada nombor casis, tak perlu bayar baki downpayment. 3. Bila buat bayaran, elak baye cash. Bayar secara online payment kepada BANK AKAUN PENGEDAR. Mesti atas nama syarikat Pengedar. Rujuk pada dokumen buyers order untuk tahu nama penuh syarikat. Harap jawapan saya dapat membantu. Kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen.
@syazhamid5406
@syazhamid5406 2 жыл бұрын
Kiranya Downpayment Perlu di bayar bila dah dapat Chasis No Kereta la kan. Macam kes Saya, Loan dah Lulus & SA suruh Bayar Dulu Downpayment sbb katanya untuk Booking kereta. SA kata Kalau tak bayar, Macamna dia nak Booking Kereta. Padahal awal2 dah bayar 500 lebih untuk Booking fee&Downpayment. Downpayment yang selebihnya ni sbb loan tak Lulus Full Loan. & Bayar Dulu baru p Sign LOU. Tapi No Chasis belum dapat Macamna ya? 😅😬 Betul ka macamtu?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Proses pembelian sebenarnya amat mudah. Masa beli, bayar booking Fi. Dealer dibenarkan ambil booking fi maksima 1% harga kereta. Bayar booking fi dan tandatangan buyer’s order. Pastikan butir-butir model dan varian kereta betul tertulis dalam buyer’s order. Simpan salinan. 2. Dengan buyers order tersebut dan semua dokumen pelanggan, SA dah boleh proses permohonan pinjaman. Bila loan approve, sebenarnya belum boleh sign agreement sampai semua butir-butir kereta dah lengkap. 3. Ini kerana, mengikut akta sewa beli, menjadi kesalahan besar kalau pelanggan di minta tandatangan agreement loan tanpa semua butir butir lengkap tercatit dalam perjanjian seperti harga kereta, nombor casis, nombor engin dan lain lain. 4. Hanya bila kereta dah dapat, baru dealer biasanya keluarkan invoice untuk dapatkan full downpayment dari pelanggan, serah invoice kepada bank untuk dapatkan jumlah loan dan prepare proses pendaftaran kereta. 5. Kalau kereta belum sampai (tak ada nombor casis dan nombor enjin untuk kereta tuan), tak perlu lagi bayar downpayment. Yang saya terangkan ialah prosedur mengikut undang-undang khususnya akta sewa beli. Tuan boleh maklumkan kepada SA. Kalau Tuan ingin panjangkan lagi kes ni, boleh buat laporan kepada Kementerian perdagangan dalam negeri. Akta Sewa Beli dibawah bidang kuasa KPDNKK.
@miaraffy7798
@miaraffy7798 3 жыл бұрын
Assalamualaikum nk tye. Klu nk byr downpayment kita kena mintak no casis kereta atau tak perlu yer? Sebab takut scammer
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam. Soalan yang bagus. 1. Kalau salesman dah minta bayar baki down payment, bermakna kereta dah ada. Jadi lebih selamat Kalau buyer minta nombor casis sebagai bukti kereta memang dah ada. 2. Kalau kereta tak ada, booking fi sudah memadai sebagai confirmation tempahan. 3. Meminta nombor casis ni bukan SOP dan terpulang kepada pembeli untuk minta atau tidak. 4. Nasihat saya, pembeli patut diberi butir-butir nombor enjin dan casis semasa meminta prmbayaran baki downpayment.
@liyanasobbri2419
@liyanasobbri2419 3 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan.. ade pertanyaan.. boleh jadi ke kereta yg baru yg telah di tempah last minute customer cancelled sbb nk tukar kereta lain? Padahal kereta dh siap tggal nk ambil je? So ada masalah tak jika kte beli kereta yg baru yg telah ada no plat tersebut??
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaikumussalam Saudari. 1. Ye memang pernah terjadi beberapa kes customer cancel selepas sudah didaftarkan. Ini berlaku kerana beberapa sebab. Sebab yang biasa seperti customer ada tempah nombor pendaftaran tapi SA daftar nombor lain. Ada juga customer yang 'bad luck' dengan nombor 4 contohnya dan SA daftar pakai nombor 4. Ada juga kes, customer cancel sebab ada kecacatan pada kereta. Ada juga yang cancel sebab waktu tempoh yang dijanji untuk didaftarkan melebih tempoh janji 2. Cik Liyana kena tanya kereta dah didaftarkan atau belum. Kalau kereta telah didaftarkan, ianya dah termasuk dalam kategori terpakai. Jadi hari kereta terpakai lebih murah dari harga kereta baru. Makna kereta dah berdaftar ialah apabila kereta dah ada nombor pendaftaran (no plat) & cukai jalan. 3. Kalau Cik Liyana nak beli kereta terpakai, tak jadi masalah tetapi harga kena lagi murah dari harga kereta baru. 4. Cik Liyana juga kena check betul betul keadaan kereta (tiada modifikasi) dan kalau kereta masih dibawah warranty. Harap saya dapat menjawab soalan Cik Liyana. Kalau perlu penjelasan lebih lanjut, boleh tinggalkan pesanan. Terima kasih.
@liyanasobbri2419
@liyanasobbri2419 3 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ trime kasih atas fully explaination tuan.. tp kalau kata customer cancelled sbb kecacatan, boleh ke SA jual kereta tersebut? Then.. kalau harganye still sama dgn kereta baru tp ade diskaun so kira takde masalah la kn tuan?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
@@liyanasobbri2419 Kalau pembeli sebelum ini batalkan pembelian sebab kecacatan, kereta tersebut masih boleh dijual tetapi dengan syarat segala kecacatan mesti di tunjuk kepada pembeli baru (kalau ada). 2. Ini menjadi salah satu kriteria dalam pindaan Akta Sewa Beli yang memaklumkan penjual harus menyenarai status kenderaan dan pembeli mesti menerima kenderaan dalam bentuk yang dipersetujui. Kalau kecacatan tersebut tidak di maklumkan, pembeli boleh bawa penjual ke mahkamah. Tetapi ini menyusahkan pembeli, jadi nasihat saya untuk inspect kereta tersebut betul-betul sebelum beli. Kalau boleh bawa mekanik sekali. 3. berkenaan dengan harga dan diskaun, kereta yang dah berdaftar walaupun tiada kecacatan masih dianggap kereta terpakai dan harga kereta terpakai tidak akan sama dengan harga kereta baru (kecuali kalau pendaftaran kereta tersebut hanya beberapa minggu atau paling lama 3 bulan- Bank mungkin masih boleh tawarkan jumlah pinjaman seperti kereta baru). Jadi boleh bincang dengan pengedar untuk dapatkan diskaun yang secukupnya sebab bila Cik nak jual nanti, harga kereta pun menjadi lebih murah kerana telah menjadi pemilik kedua. Harap dapat membantu. kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen.
@isshayat4684
@isshayat4684 2 жыл бұрын
Assalammualaikum tuan sy ada prtnyaan mngenai loan yg dipohon.. hrga kereta otr minus deposit tulaa jumlah loan kita pd bank kn?? sekiranya loan lebih dr hrga otr slepas tolak deposit knpe ye ? mohon penerangan
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam Cik. Ya betul. Harga OTR (termasuk road tax & insuran) tolak deposit = jumlah pinjaman yang di pohon. Bila jumlah pinjaman lebih dari harga OTR, ini dah Jadi full loan. Tanpa booking fi dan deposit. Kalau tolak jumlah pinjaman dengan OTR, ada baki yang perlu di bayar balik kepada pembeli.
@faizaziz7009
@faizaziz7009 2 жыл бұрын
Salam tuan, saya hendak bertanya, 1) harga kereta sy beli 60k, nk pinjam loan 40k dan deposit sy 20k, tpi dlm LOU atau aggremt kereta sy bernilai 66. Bkn kah jika sudah ada deposit tak perlu markup loan?? 2) loan yg sy buat ialah ambank, sa kata loan ambank wajib ambik auto insurance@mrta. Adakah mrta itu termasuk atau tidak termasuk dlam loan??
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam Saudara Faiz, 1. Kemungkinan harga kereta RM66k tetapi ada overtrade diskaun atau ada promosi. Cik kena rujuk dengan brochure kereta dan pastikan model variant sama seperti dalam perjanjian. 2. HPRTA tak wajib tapi saya galakkan ambil sebab apa-apa boleh terjadi kepada kita samada kemalangan atau Covid. Jadi keluarga kita tak dibebankan dengan hutang kita. Biasanya Kalau dah pilih pinjaman dengan HPRTA ianya dikira sekali semasa permohonan pinjaman sama seperti MRTA. Tapi ada juga Bank/syarikat insuran yang minta bayaran asing untuk HPRTA. Kalau tak nak, tolak je. Bank tak boleh paksa 👌🏻
@hajjardarwis9522
@hajjardarwis9522 3 жыл бұрын
Salam saya nak bertanya. Saya dh sign agreement di bank. Tetapi grantor saya belum sign lagi. Dan bank masih belum call grantor saya untuk dia sign di bank. Booking kereta semua saya dh bayar. Agak2 pengeluar akan proses kereta tak untuk dihantar kepada pengedar? Dan SA cuma bg tahu kata perlu tunggu 4-6 minggu untuk dapatkan kereta.. tapi grantor saya belum tandatangan lagi di bank.. Mohon pencerahan..
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaikumussalam Cik @Hajjar Darwis. Untuk jawab soalan pertama: Pengedar akan sentiasa mendapat pengagihan kereta dari pengeluar setiap minggu (kadang-kadang beberapa kali seminggu). Pengagihan kereta kepada pengedar mengikut permintaan kereta oleh pengedar. Biasanya pengedar akan meminta kereta berdasarkan booking kereta oleh pelanggan dan juga mengikit market sentimen. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi jumlah permintaan kereta oleh pengedar dan salah satunya berdasarkan kelulusan pinjaman sebab kalau pinjaman belum lulus, pengedar jarang nak mengagih kereta kepada pelanggan kerana setiap kereta yang dipinta mesti dibayar kepada pengeluar tanpa kredit. Ada juga sesetengah pengedar akan hanya meminta kereta dari pengeluar hanya apabila perjanjian pinjaman ditandatangani untuk mengelak sebarang delay dari segi penghantaran. Tetapi ada juga dealer yang terus meminta kereta apabila duit booking telah dibayar walaupun pinjaman belum lulus dan/atau perjanjian pinjaman belum ditandatangani oleh pembeli/guarantor. Ini semua terpulang kepada SOP setiap pengedar. semua pengedar mengikut SOP tersendiri berpandukan cashflow, book order, market sentimen dan juga target jualan. Jadi untuk Cik Hajjar, saya cadangkan seperti berikut: 1. Hubungi Bank dan buat temujanji untuk guarantor tandatangan perjanjian. Boleh minta SA tolong tetapi kalau waktu menunggu masih lama, biasanya SA akan memberi tumpuan kepada pembeli lain. maknanya tiada urgency sebab kereta masih belum sampai. 2. Hubungi "Customer Careline" pengeluar (Seperti Proton Wecare dan Perodua), tanya careline (yang bersambung terus kepada Pengeluar/distributor) kalau booking Cik Hajjar dah di masukkan kedalam system (maknanya dah diproses), rekod Cik Hajjar boleh disemak melalui Careline. 3. MInta Customer Careline untuk mempercepatkan pengagihan kereta kepada your booking. Di Proton, banyak kali kereta diagihkan kepada pengedar secara terus dari HQ melalui komplen pelanggan kepada Proton Wecare. Harap soalan CIk Hajjar terjawab dan jawapan saya dapat sedikit sebanyak menolong.Kalau perlu apa-apa penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.
@azhanfikryy7527
@azhanfikryy7527 3 жыл бұрын
Bang selalunya berapa lama bank akan contact kita balik Kalau dah lulus loan ? And macam mana Kita nak tahu kalau loan kita tak lulus ? Sebab 1st time beli kereta terpakai, 4 hari dah tunggu lulus ke tak .
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Biasanya bank akan bagitau permohonan lulus, lulus bersyarat, ditolak atau perlukan dokumen tambahan dalam masa 2 hari hingga 5 hari bekerja. Kalau dokumen kuat dan tak ada dokumen tambahan diperlukan, biasanya dalam 48 jam. Tetapi ia juga bergantung kepada prosessing officer dan SA yang submit kepada bank.
@syimaabdullah5039
@syimaabdullah5039 3 жыл бұрын
Boleh saya tahu ttg auto life insurance?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Hi Shima. Auto life insurance sama fungsi seperti MRTA. Ia memberi jaminan pembayaran kalau apa-apa terjadi kepada peminjam pinjaman, contoh kalau kematian, insurance akan membayar baki pinjaman tanpa membebankan keluarga.
@darrentom.aloysiusaloysius8358
@darrentom.aloysiusaloysius8358 2 жыл бұрын
TuAn mcm nak mohon auto life insurance
@publicenemy0000
@publicenemy0000 2 жыл бұрын
Salam tuan. Saya nak tanya. Okey firstly, Gaji basic saya 2k. Tapi saya ada aeon credit bulanan RM 227 setiap bulan juga. Dah tolak sekali epf socso, tinggal 1582. Boleh ke saya nak apply proton saga standard tapi tanpa penjamin dengan berbekalkan downpayment sekali? Soalan kedua pula, kalau contohnya bank dah approve loan kereta saya untuk bulan ni tapi saya decide untuk bayar downpayment bulan depan, maksudnya saya lambat bayar downpayment, ada effect tak kat loan bank saya? Bank akan reject loan ke?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam Tuan, minta maaf. Saya terlepas pandang komen Tuan. 1. Untuk kelulusan pinjaman, bank juga akan lihat rekod pembayaran balik pinjaman. Contohnya, Kalau rekod pembayaran untuk AEON kredit tiada tunggakan dan tiada rekod bayar lambat, kredit scoring tuan akan membantu permohonan tuan untuk permohonan pinjaman baru. Kalau ada rekod pembayaran lambat atau ada tunggakan dalam rekod AEON kredit, ia akan menjejas permohonan tuan. Bank juga akan melihat kemampuan tuan untuk membayar balik pinjaman baru. Sebagai contoh, Kalau dalam statement bulanan bank tuan sentiasa ada income (Contohnya RM2000) dan setiap bulan ada baki RM600, dan ansuran kereta saga standard adalah RM500 sebulan, bank mungkin boleh meluluskan pinjaman tanpa penjamin. 2. Kelulusan pinjaman ada tarikh luput. Biasanya 30 hari. Kalau dah lebih sebulan, pengedar perlu renew kelulusan. Prosesnya senang sahaja cuma Kalau lebih 60 hari (setengah bank tetapkan > 90 hari), bank akan minta untuk submit permohonan baru. Maaf sekali lagi Tuan Sebab terlepas pandang dan jawab lambat. Harap saya dapat membantu.
@masniraabuhanifah5419
@masniraabuhanifah5419 Жыл бұрын
5&5556565h5
@mohddaus8358
@mohddaus8358 2 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan,saya ada buat loan kereta..loan saya dh lulus downpayment saya dh bagi dh ke acc SA utk handling fees sebelum nak register..start dari bln 7 thn lepas dh kerata masih belum register dan sekarang ni SA tu minta pulak downpayment utk insurans hp life n terms n conds.SA tu cakap dia terlepas pandang semasa sign agreement.betulkh macam tu tuan
@thevapingcat6525
@thevapingcat6525 2 жыл бұрын
Kereta apa tu boss lama sgt?.. dp bayar masa dpt chassis number atau bila keter da smpai branch. Handling fees yg 600 tu tak perlu bayar.. itu duit bank bagy ke dealer
@sitikhalijahhusin3858
@sitikhalijahhusin3858 2 жыл бұрын
Bila dah sign agrement,brp lm cust akan dapat kereta
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Tak tentu Cik. Terpulang kepada bekalan kereta.
@sabariyahsakana775
@sabariyahsakana775 3 жыл бұрын
Slm tuan,sy mau tanya duit fee atau booking sekiranya kereta telah datang ke tangan sy adakah duit fee tu akandkembalikan
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam saudari Sabariyah. Saya kurang faham soalan. 1. Booking fee biasanya dibayar sebagai tempahan dan jumlah yang dibayar itu akan ditolak dari harga beli kereta. 2. Jadi jumlah booking fee + down payment + Jumlah pinjaman = Harga jual kereta seperti yang diiklankan. Adakah itu soalan Saudari?
@user-lg7uq4ye6s
@user-lg7uq4ye6s 3 жыл бұрын
Tuan nak tanya..utk kereta baru tempatan interest semua sama ke? Ataupun ada perbezaan besar?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Kereta tempatan atau kereta nasional? 1. Untuk kereta nasional, interest memang tinggi sedikit berbanding dengan kereta lain. 2. Diantara bank bank yang menawarkan pinjaman kepada pembeli kereta nasional, interest rate dia penuh kurang sahaja. 3. Perbezaan interest rate lebih kepada rekod lampau pemohon. Kalau rekod bagus & pendapatan bersih menggalakkan, interest mungkin kurang sedikit berbanding dengan pembeli yang dikategorikan sebagai risiko lebih tinggi.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Minta maaf diatas kelewatan menjawab komen 🙏🏼
@MrALANsZ
@MrALANsZ 2 жыл бұрын
Xnk la TEKAN2..
@serbanputih86
@serbanputih86 3 жыл бұрын
slm tuan tq sbb buat video ni soalan sy bank bru reject loan sy utk ambil kreta 2nd sbb sy tiada komitment tiada rekod pembayaran,mmg btul sbb sy mmg tiada apa2 pnjaman bank, adakh itu mnjadi msalah utk buat pnjaman bank ,dokumen smua lngkap gaji bersih tnggi...sy pn x fham apa yg bnk nak sbnarnya
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaikummussalam @mr alakazambo. Ya salah satu kriteria rating kredit skoring dari bank ialah untuk melihat rekod dan sejarah pembayaran pinjaman. Seseorang yang tiada rekod pembayaran pinjaman dianggap high risk (sebab tiada rekodd an tiada sejarah komitment pembayaran). Nasihat saya, walaupun tidak perlu, ambil sahaja kredit kad (yang tiada caj tahunan) untuk menunjukkan disipline penggunaan kredit. Tetapi tidak semua bank akan reject terus seseorang yang tiada rekod pinjaman. boleh cuba pohon pinjaman kereta di bank lain.
@anieqsuhaimi4037
@anieqsuhaimi4037 3 жыл бұрын
saya pun kena mcm tu, x faham saya.
@abangnas7497
@abangnas7497 4 жыл бұрын
Assalamualaikum. Bolehkah beli kereta bayar tunai & proses2 yg diperlukan. T.q
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 жыл бұрын
Wa'alaikummussalam @Abang Nas. ya boleh beli secara tunai.Saya ada jelaskan dalam video.
@standieshawn8227
@standieshawn8227 3 жыл бұрын
Nak tanya klu mcm saya da buat loan kereta tu dekat bank lepas tu saya nak cancel mcm mna yer saya da bagi tahu dekat owner kedai tu saya nak cancel tapi dia cakap ok2 tapi tak tahu la dekat Bank tu bole cancel ke tak and saya belum sign agreement lagi 😅😅
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Hi @Standie Shawn, loan tu dah lulus ke belum? Kalau loan dah lulus dan LOU dah keluar, LOU tu sah laku untuk 30 hari sahaja. lepas tu kena renew. Kalau kereta tak didaftarkan dalam jangkamasa tu LOU tu kena diperbaharui atau terus luput. Jadi tak menimbulkan masalah. Kalau loan belum lulus dan/atau dah lulus,, tak perlu apa-apa tindakan untuk batalkan.
@kandhanjeeva4620
@kandhanjeeva4620 2 жыл бұрын
Tuan sy nak tahu pasal credit loan? pasal sy ada blacklist sy masik blh dpt loan dari pd credit company dia suruh sy bagi deposit rm 20k untk kereta sy.sy pun dsh bayar kpd credit company. Tlng tuan jelas akan About the credit loan
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Urus tadbir Credit company berlainan sedikit dari Institusi Kewangan. Ia tidak dipantau ketat oleh Bank Negara dibawah akta yang berbeza. Biasanya Credit company akan caj interest rate lebih tinggi.
@aimanafif6726
@aimanafif6726 Жыл бұрын
Tumpang tanya, lepas kita dah sign agreement kereta, bila kah waktu kita bayat downpayment?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Жыл бұрын
Downpayment hanya bayar bila permohonan pinjaman dah lulus, kereta dah ada dan ready untuk register 👌🏻
@nursakinah4552
@nursakinah4552 3 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan, kalau saya buat loan affin taklepas sebab nama guarantor tak okay kalau dia suruh masuk toyota capital tapi saya nk buat loan bank tukar guarantor lain boleh tak?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Boleh Cik. Tak menjadi masalah untuk tukar guarantor. Cik hanya perlu maklumkan kepada Bank untuk tukar guarantor dan bagi dokument guarantor baru.
@nursakinah4552
@nursakinah4552 3 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ Terima kasih tuan . Maaf tuan satu lagi saya nk tanya kalau saya tukar guarantor yg lain pulak tetapi guarantor tu lepas nanti 5 bulan akan datang dia akan buat loan bank jugak untuk dia akan sangkut tak tuan?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
@@nursakinah4552 Tak ada masalah untuk guarantor memohon pinjaman kecuali kalau you ada tunggakan pembayaran yang agak lama.
@ezrin9254
@ezrin9254 3 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan armin. Mcm mana pulak bila introducer fee tu tak dibayar even selepas dapat kereta? Sebab SA janji selepas kereta dapat ke tangan customer tapi sebaliknya yang jadi? Mohon pencerahan tuan armin 🙏🙏🙏
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaikummussalam Saudara Ezrin. 1. Biasanya saya cadangkan untuk buat arrangement dengan Pengurus keatas (seelok-eloknya dengan Pengarah) untuk Introducer fee untuk mengelak SA tidak menunaikan janji. 2. Tetapi kalau dah buat arrangement dengan SA, cuba berjumpa dengan Pengurus dan maklumkan kepada Pengurus perjanjian yang saudara Ezrin dah buat dengan SA. 3. Kalau Pengurus tidak mengambil tindakan, hubungi Pengarah syarikat. 4. Kebiasaannya Pengurus akan masuk campur sebab ia memerlukan dan mempunyai sales target dan Pengarah akan cuba elak sebarang negative comment dari public. 5. Kalau masih gagal, viralkan perkhidmatan yang tidak memuaskan dari SA dan Pengedar tersebut supaya orang ramai tidak ditipu lagi. Saya harap Saudara Ezrin dapat introducer fee yang dijanjikan. All the best bro.
@ezrin9254
@ezrin9254 3 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ Terima kasih tuan armin 👍👍
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
@@ezrin9254 Sama-sama bro. Semoga semua selamat Inn Sya Allah
@wankamalstory
@wankamalstory 3 жыл бұрын
Selamat sejahtera tuan.. Mcm mana ye kalo kita dah mohon nak beli kereta dekat kredit, lepas tu ia diluluskan tinggal nak sign aje tapi tiba2 kita ubah fikiran nak cancelkan boleh tak? Macam mane tu,Apa akan jadi ye?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
KILLJOY77 , tak ada masalah dan tak perlu bayar apa-apa Fi atau penalty kalau perjanjian dengan bank belum ditandatangani. Boleh cancel. Tak perlu risau.
@CarLSaranG
@CarLSaranG 3 жыл бұрын
Tapi kalau dah sign borang kat used car & tumb print macam mana tuan? ada masalah tak kalau nak batalkan?
@munzirazizi6695
@munzirazizi6695 2 жыл бұрын
Assalamualaikum..saya nak beli kereta baru tapi bank reject loan sebab takde rekod hutang wlhal gaji saya lebih dari 3k..Memang sy tak buat hutang pun tp pernah beli kereta 12 tahun lepas. Macam mana nak selesai masalah ini ya?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Wa’alaikumussalam. Ya betul. Ramai juga yang ada masalah ni. Bank kredit skoring memberi penekanan terhadap trend dan sejarah pembayaran. Saya cadangkan Saudara appeal kepada Bank. Biasanya bank akan pertimbangkan.
@wilfredwilfred9260
@wilfredwilfred9260 2 жыл бұрын
👍👍👍 info ✨👍👍👍👍✨👍✨
@akimabdullah9353
@akimabdullah9353 3 жыл бұрын
salam bro armin. saya nak tanya harap bro dpt membantu. ok first, apa pendapat bro kalau saya ambik kereta second dgn kredit tapi bukan bank. maklum la bank ni susah sikit. saga fl 2011. anggaran bawah 20k sekali otr. lagi satu saya risau bila dealer cuba try submit dekat kredit. takut takut kredit tu ah long ke. tk membahayakan kan ke ? dan point yg paling penting apa pendapat bro untuk kami yang first time nak ambik kereta ni.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
Wa'alaikumussalam Saudara @Akim Abdullah. Memang ada banyak syarikat kewangan yang memberi pinjaman (yang berlesen dan juga yang haram). Pendapat saya, cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pinjaman dari Institusi kewangan Bank. Semua Bank dipantau ketat oleh Bank Negara dan kalau ada apa-apa masalah atau komplen berkenaan dengan Bank, senang nak rujuk dengan Bank Negara. Kalau tak dapat kelulusan dari satu cawangan, cuba cawangan lain. Kalau tak dapat kelulusan dari satu bank, cuba bank lain. Setiap Bank mempunyai KPI dan SOP nya tersendiri dan interest rate di credit company lebih tinggi dari bank. Bro boleh request untuk dealer submit hanya kepada bank dan bagitau tak nak ambil pinjaman dari syarikat Kredit. Syarikat kredit yang berlesen bukan ahlong contoh AOEN Credit. Semasa saya bersama Proton dahulu, AEON memang baru nak start bagi pinjaman. interest rate memang lagi tinggi (berbanding dengan Bank) tetapi pinjaman senang sedikit untuk lulus. Cuba pohon dengan Bank, kalau tak lulus - ada sebab dia. Mungkin disposable income atau kredit skoring belum cukup. kalau tak cukup, cari kereta yang lebih murah. kena ingat ya bro... pinjaman untuk kereta ni satu beban yang akan dipikul untuk jangkamasa yang lama.
@akimabdullah9353
@akimabdullah9353 3 жыл бұрын
@@ARMINBANIAZ terima kasih
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 жыл бұрын
@@akimabdullah9353 Sama sama bro
@zakibonki9096
@zakibonki9096 Жыл бұрын
Salam tuan..nak tnya saya ada submit loan untuk beli kereta terpakai yg harga 39k dan down payment 3.5k..sekarang loan dah lulus dealer ckap loan approved 38k..dealer still nak down payment 3.5k..kalau di kira balik dah lebih dari harga kereta asal..bila di tnya balik dia cakap yg harga kereta 39k sbelum ni tidak termasuk road tax insurance..apa patut saya buat tuan..harap dapat penjelasan dari tuan..sbb saya belom sign agreement lagi
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Жыл бұрын
Wa'alaikumussalam bro. Yang penting, Zaki perlu tengok kepada bill of sale ataupun surat jual kereta. 1. Berapa jumlah bill of sale/Buyers order/surat jual? Biasanya akan ada dua dokumen. satu untuk bank dan satu lagi yang ditandatangani oleh pelanggan.Seperti yang saya maklumkan dalam semua video-video saya, semasa tandatangan dokumen, kena pastikan semua butir-butir caj di senaraikan dan harga jual penuh dipamerkan. Sebab caj-caj tersembunmyi yang selalu menjadi masalah. Memang benar sesetengah dealer tidak memasukkan jumlah insuran dalam harga sebab kemungkinan, pembeli ada NCD dan jumlah insuran akan berbeza. 2. Kalau Zaki dah tandatangan dokumen harga penuh RM39,000 dan downpayment yang di minta RM3,500. Jadi loan yang dipohon sepatutnya berjumlah RM35,500. Rujuk kepada dokumen bill of sale atau buyers order untuk memastikan harga beli. 3. Kalau harga beli dah berubah, dan tiba-tiba pengedar minta duit lebih, saudara ada 2 pilihan.(a) batalkan sahaja pembelian dan minta refund (Pengedar perlu kembalikan duit pendahuluan termasuk duit booking). (b) boleh fail komplen kepada KPDNKK- Tribunal Pelanggan. 4. Pastikan dahulu dokumen pembelian yang saudara setuju semasa pohon pinjaman dan bertiindak berdasarkan dokumen. 5. Kalau perlu penjelasan lanjut, tinggalkan komen. Minta maaf, terlambat balas. Semoga dapat membantu
@ggiantxxx8515
@ggiantxxx8515 Жыл бұрын
Sy ada apply loan kereta.. masa deal tu interest SA kata dlm 3.1% shaja paling tinggi.. bila dh loan lulus.. tiba2 interest 7.12% dgn bank.. second car.. adakah itu interest rate pada tahun 2022 ni.. dan knapa interest dia naik? Sy tgok kat laman bank tersebut rate dlm 3%-4% . Bole bantu sy utk penjelasan .. sbb x faham cara pemberian interest ni. Ni first loan sy
@deatline5963
@deatline5963 Жыл бұрын
Samala harga mula 26k bila lulus loan jd 47k
@cubatry
@cubatry 3 жыл бұрын
assslam.. saya ada buat loan kereta bezza ... salesman xde buat follow up pun kt saya.. Loan dah lulus,, tapi aggrement x sign lagi.. Adakah kereta ada baru sign aggrement bank??
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Ya bro, memang agreement hanya boleh sign bila kereta dah ada sebab dalam agreement perlu ditulis nombor casis dan nombor enjin kereta.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Minta maaf reply selepas 6 bulan .
@nurliyanayana5801
@nurliyanayana5801 2 жыл бұрын
Salam tuan. Kereta tangah booking. Mggu lepas dh pergi sign agreement dngn rhb. Bole lagi ke nk cancel agreement tu
@manmohamad7104
@manmohamad7104 2 жыл бұрын
sign aggrement tuu perlu bayar penuh kaa
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 жыл бұрын
Wa'alaikumussalam. 1. Cik Yana boleh cancel walaupun dah sign agreement dengan Bank. 2. Bila dah sign agreement, bermakna kereta dah ada & sedia untuk didaftar. Jadi pengedar biasanya akan minta buat bayaran baki downpayment. 3. Semua pembayaran, pastikan dibayar ke akaun syarikata dan bukan akaun sales man. Maaf Cik, saya terlambat reply.
Raya 2023 kena beli KERETA baru [Consumer] Baru orang kampung BANGGALA
12:00
Che Din Bongkar 6 Taktik Salesman Kereta Penipu!
10:57
Pandu Laju
Рет қаралды 129 М.
Пробую самое сладкое вещество во Вселенной
00:41
THEY made a RAINBOW M&M 🤩😳 LeoNata family #shorts
00:49
LeoNata Family
Рет қаралды 16 МЛН
Increíble final 😱
00:37
Juan De Dios Pantoja 2
Рет қаралды 114 МЛН
6 TIPS ELAK KENA TIPU BELI KERETA TERPAKAI
16:47
mekanika malaysia
Рет қаралды 100 М.
15 Proses Beli Kereta Baru Secara Loan !
12:15
Prince Rashwan
Рет қаралды 6 М.
Jangan Sampai Kena Tipu: 7 Proses Beli kereta
15:00
Nazz Abdullah
Рет қаралды 796 М.
Betul ke nak masuk PUSPAKOM kena koyak tinted? 🤔
1:11
PUSPAKOM Sdn Bhd
Рет қаралды 6 М.
Cekik Darah: 8 Caj² Tersembunyi Bila Beli Kereta Terpakai
14:55
Nazz Abdullah
Рет қаралды 319 М.
Gaji kecik tapi nak pakai KERETA MAHAL! [Kewangan] Cara ni MESTI BOLEH
10:59
3 Tips: Elak Kene Tipu Waktu Beli Kereta
10:29
Nazz Abdullah
Рет қаралды 133 М.
Пробую самое сладкое вещество во Вселенной
00:41