55. MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QURAN : PUASA DAN SAINS

  Рет қаралды 1,622

Zaifuddin Md Rasip Official

Zaifuddin Md Rasip Official

Күн бұрын

DR. ZAIFUDDIN MD RASIP
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Tuan/Puan yang dimuliakan
Channel ini membincangkan topik-topik yang berbeza seperti yang tercatat pada tajuk video. Topik yang dibincangkan ialah:
1. MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QURAN
2. MUKJIZAT HADITH NABI
3. PERBANDINGAN AGAMA
4. ISU MELAYU MURTAD
5. MUHASABAH DIRI
Ibadah puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu kewajipan kepada umat Islam yang cukup syarat-syarat wajib untuk berpuasa. Ia merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun Islam. Firman Allah SWT:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”
Surah al-Baqarah: 183
Nabi SAW telah bersabda:
بُنِيَ الإسْلَامُ علَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أنْ لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وأنَّ مُحَمَّدًا رَسولُ اللَّهِ، وإقَامِ الصَّلَاةِ، وإيتَاءِ الزَّكَاةِ، والحَجِّ، وصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya: “Islam dibina di atas lima perkara: “Mengucap bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Puasa dan Kesihatan
Ibadah puasa sering dikaitkan dengan aspek kesihatan. Ini kerana amalan berpuasa melibatkan perbuatan menahan makan dan minum bermula daripada fajar terbit sehingga matahari terbenam yang merupakan satu rutin yang berbeza bagi kebanyakan umat Islam di bulan-bulan lain selain bulan Ramadhan.
Ada sebahagian daripada kita yang berhujah bahawa ibadah puasa memberi kesan yang baik kepada kesihatan bersandarkan kepada hadith ini:
وَصُومُوا تَصِحُّوا
Maksudnya: “Dan berpuasalah, maka kamu akan sihat”.
Riwayat al-Thabarani (8312)
Riwayat adalah tidak sahih untuk disandarkan kepada Nabi SAW.Walaubagaimanapun, ini tidak menunjukkan bahawa makna (matan atau teks) hadith itu juga tidak sahih. Ini kerana, ilmu perubatan dan sains telah membuktikan bahawa amalan berpuasa mempunyai banyak faedah kepada kesihatan.
Pada tahun 1994, kongres antarabangsa pertama bertemakan 'Kesihatan dan Ramadhan' diadakan di Casablanca (First International Congress on Health and Ramadhan, January 19-22, 1994, Casablanca, Morocco). Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kertas kajian ketika itu. Kesemua kajian yang telah dibentangkan mengesahkan bahawa puasa pada bulan Ramadhan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan, malah sebaliknya ia mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.
Berikut faedah kesihatan yang boleh diperolehi melalui amalan berpuasa yang telah dibuktikan dengan penemuan dan kajian sains:
1. Kurangkan Gula Dalam DarahIni kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
2. KolestrolBantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa
3. Mengurangkan Berat BadanRamai antara kita bukan sahaja perempuan malah juga lelaki memilih bulan ini untuk mengurangkan berat badan.
4. Kurangkan Tekanan DarahPuasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention
5. Ingatan Lebih Kuat Ketika usus dan perut melakukan proses pencernaan, otak tidak mampu berfungsi dengan baik kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Ketika puasa tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Sebab itu otak akan berfungsi lebih baik dan sangat sesuai belajar ketika berpuasa.
6. Mengurangkan Segala Penyakit Perut“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang boleh menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut” menurut seorang doktor dari Amerika, Dr. Mac Fadon.
7. Membuang Segala ToksikKetika berpuasa perut akan mengeluarkan segala bahan-bahan buangan berbahaya yang disingkirkan dari proses detoksifikasi. Banyak toksik yang kita dapat melalui pemakanan yang tidak seimbang. Jadi bulan puasa inilah masa yang sesuai untuk membuang toksik secara semula jadi.
8. Penghasilan hormon anti penuaan. Ketika berpuasa, hormon pertumbuhan (growth hormone) akan dihasilkan lebih banyak berbanding dalam keadaan tidak berpuasa. Ini akan menyebabkan hormon anti penuaan dan hormon pertumbuhan yang lebih baik dihasilkan di dalam badan. Rujuk kajian yang bertajuk: “Fasting enhances growth hormone secretion and amplifies the complex rhythms of growth hormone secretion in man.
#drzaifuddin
#puasadansains
#ikim
#islamagamaku
#puasadankesihatan
#allancott
#autofagi
#autopaghy

Пікірлер
Puasa Penawar Segala Penyakit
30:07
Dr. Noordin Darus
Рет қаралды 38 М.
[Akusuka Eps. 2] Tanda Pertama Keberhasilan Puasa - Ustadz Adi Hidayat
13:48
Adi Hidayat Official
Рет қаралды 164 М.
大家都拉出了什么#小丑 #shorts
00:35
好人小丑
Рет қаралды 98 МЛН
SCHOOLBOY. Мама флексит 🫣👩🏻
00:41
⚡️КАН АНДРЕЙ⚡️
Рет қаралды 7 МЛН
SHAPALAQ 6 серия / 3 часть #aminkavitaminka #aminak #aminokka #расулшоу
00:59
Аминка Витаминка
Рет қаралды 895 М.
FREEDOM of LESS: One Man's Minimalist Journey
15:49
Reflections of Life
Рет қаралды 104 М.
11-04-2019 Dato' Dr Danial Zainal Abidin: Mukjizat Al-Quran Saintifik
2:27:02
I Tried Ramadan For 7 Days (no food or water)
10:41
Nathaniel Drew
Рет қаралды 403 М.
7 Fatiha 7 Ayetel Kürsi 7 İhlas 7 Felak 7 Nas Kur'an-ı Kerim Rukye
24:23
fussilet Kuran Merkezi
Рет қаралды 81 МЛН
🔴Ceramah Penuh 4K - [ Ramadhan Portal Penghijrahan ] | Ustaz Wadi Annuar
49:01
Maksud Puasa Hari Putih - Ustaz Azhar Idrus
2:43
Ustaz Azhar Idrus Official
Рет қаралды 30 М.
Pertanda Eps#6 - SAINS & AL QURAN - Ustadz Adi hidayat
6:21
Adi Hidayat Official
Рет қаралды 123 М.
大家都拉出了什么#小丑 #shorts
00:35
好人小丑
Рет қаралды 98 МЛН