Рет қаралды 1,653
Abby Abadi, atau Arbaiyah Abdul Rahman, masih ralat dan rasa tidak percaya dengan pilihan hidup anak perempuannya, Marissa Dania, yang memilih untuk hidup berpoligami.
Meskipun sudah berserah dengan takdir, Abby, sebagai seorang ibu, masih tertanya-tanya dengan keputusan Marissa.
“Saya bukan orang yang boleh berpoligami dan sebab itu apa berlaku dulu, saya pilih bercerai sebab tak sanggup berkongsi.
“Tetapi tidak sangka kejadian ini menjadi ujian buat anak saya. Saya sendiri tidak tahu mengapa Marissa memilih untuk menjadi isteri kedua,” ungkapnya.
Abby berkongsi kenyataannya semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya di Wawa Cosmetics HQ, Bangi, Selangor.
Dia juga pernah bertemu dengan madu anaknya, Umisya Mazlan, untuk menyelesaikan masalah mereka.
#AbbyAbadi #MarissaDania #Aslam #ArtisMalaysia