Рет қаралды 1,794
Walaupun namanya agak melucukan, namun kejernihan air serta keindahan Sungai Bangang yang terletak di Hulu Dungun, Terengganu akan membuatkan anda berasa tenang dan damai.
Nama sebenar sungai ini adalah Sungai Bangan atau Sungai Balu, namun mungkin kerana slanga orang Terengganu mempunyai bunyi ‘G’ di belakang, maka terhasillah nama Sungai Bangang.
Lokasi Sungai Bangang memang agak tersorok, lebih kurang 800 meter dari atas ketinggian paras laut. Memang sukar diakses dan agak mencabar untuk sampai di lokasi ini.