Рет қаралды 252,880
Aiskrim Malaysia SOLERO lime ni agak susah sikit nak buat sebab kalau Salah buat tak jadi SOLERO split lime & vanilla tu , orang yang berniaga pun buat 2 3 kali baru jadi cantik split tu ini kan pulak cik dadida yang baru first time cuba , kalau hampa rajin boleh la modified sampai jadi cantik split SOLERO lime ni
Resepi aiskrim Malaysia SOLERO lime vanilla
Bahan 1 ( aiskrim vanilla )
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air kosong
1 sudu tepung jagung
1 susu esen vanilla
Bahan 2 ( aiskrim limau )
3 cawan air kosong
1/2 cawan jis limau
1 sudu tepung jagung
Sedikit pewarna hijau
1/2 cawan gula pasir
Cara penyedian
1- campurkan semua bahan 1 (aiskrim vanilla) kedalam periuk , kacau sebati dan masak diatas api dan kena sentiasa kacau untuk elakkan bergumpal-gumpal , masak sehingga mendidih dan bila dah masak tuangkan kedalam bekas kosong dan sejukkan
2- campurkan semua bahan 2 ( aiskrim limau ) kacau sebati dan masak diatas api sehingga mendidih dan sentiasa kacau dan setelah masak tuangkan kedalam bekas kosong dan biarkan sejuk
3- untuk splitkan aiskrim , mula-mula masukkan bancuhan susu dan kepitkan plastik dengan pengepit , kemudian masukkan adunan limau , lepaskan pengepit secara perlahan-lahan untuk mengelakkan campuran susu dan limau bercampur
4- ikat plastik aiskrim dan sejukkan didalam peti ais selama 6-7 jam
Follow sosial media cik dadida
Facebook page : / cikdadida
Instagram : ...
untuk product review boleh DM ig cik dadida
product review hanya bahan atau barang makanan sahaja 😊
ni linked video Yang aku tengok sebagai rujukan :
• Cara buat aiskrim mala...
Dah siap !!!
Selamat mencuba