LirikVideoDengarkan Selamat hari lahir pada diriku Ku masih di dunia Kata-kata yang disenjata Ku rasa apa yang kau rasa Aku cuma manusia biasa Aku juga jatuh terluka Aku juga selalu ditipu Aku juga mampu menipu Kadang diriku rasa pilu Hati yang merah jadi biru Aku juga mahu diriku dipapah Ku tahu yang ku manusia yang bersalah Mungkin hidupku ini lebih bertuah Dari mereka yang lain aku berserah Emosi ku kadang tak pernah tenang Kadang hati gelap tak pernah terang Kadang diri ini selalu berperang Kadang rasa diri tak pernah senang Semua masalah yang ku cuba buang Semua kata-kata ku cuba pegang Sakit aku bukan sakit sendi Sakit di kepala sakit hati jiwa mati Ku cuba gelak ketawa Walau sakitnya di jiwa diri berpagar Ku buat tanpa sedar Bagai tidur tanpa mimpi bangun bercalar Tolong jangan keluar Wahai diriku yang asing tolong bersabar Tolonglah aku Aku juga mahu diriku dipapah Ku tahu yang ku manusia yang bersalah Mungkin hidupku ini lebih bertuah Dari mereka yang lain aku berserah Tutup mata pegang hati tanya diri Siapa aku siapa kamu siapa kami Aku engkau-engkau aku kita kami Siapa kita siapa aku tanya diri Ku pinta kau faham Ku jenis yang tak boleh pendam Jenis yang berdendam Sakitnya hatiku digenggam Mata memandang Buatku jatuh kecundang Mulut kau regang Tak boleh tengok orang senang Cuma mahu bebas Ku tidak mahu diboneka Jiwa ku kebas Kian hari ku terleka Hatiku dicantus Dengan kata-kata mereka Sakitnya bukan aku sorang Sakitnya engkau yang merebar