Рет қаралды 529,196
Selepas seorang gadis yang mengikuti ceramah Dr Zakir Naik di Padang Astaka, Terengganu minggu lepas memeluk Islam, empat lagi individu mengucap dua kalimah syahadah dalam program agama Dr Zakir di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi.
Kalimah dua syahadah yang pertama diucapkan oleh seorang lelaki dari Punjab India, Hurender Bal Singh tepat jam 12 tengah malam tadi. Manakala seorang lagi saudara baru adalah wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Eruoshia merupakan penganut Roman Katolik mengucap dua kalimah syahadah pada pukul 12.05 tengah malam. Syahadah ketiga diucapkan seorang wanita bernama Michelle beragama Buddha pada jam 1.37 pagi seterusnya syahadah keempat diucapkan oleh Joel Anak Along pada jam 2.03 pagi.