AMANI VANILA TEMERLOH TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

  Рет қаралды 14,573

Pahang Media TV

Pahang Media TV

Күн бұрын

Oleh: Fairus Mohd
Video : Azmaidi Abidin
TEMERLOH, 26 FEBRUARI 2020: Jika sebut sahaja vanila pasti ramai yang beranggapan tanaman ini berasal daripada luar negara, namun siapa sangka seorang pemuda di Kampung Bangau Parit di sini mampu mengusahakan tanaman berkenaan di kebunnya.
Malah kini M. Feisal Mohamad Norawi, 38, mampu berbangga apabila produk vanila miliknya sudah dieksport ke beberapa negara di Asia Barat, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom (UK) dan Jerman.
M. Feisal berkata, penglibatannya dalam tanaman Vanila bermula sejak tahun 2008 dan mula serius mengusahakannya kira-kira lima tahun lalu.
Menggunakan benih jenis Planifolia yang ditanam di tanah berkeluasan 1.6 hektar milik keluarganya, bekas wartawan akhbar itu kini tidak menang tangan menerima tempahan pembeli.
Bercerita mengenai pengalaman sepanjang terlibat dengan tanaman ini, beliau hanya bergantung pada maklumat diperoleh menerusi internet pada awalnya berikutan ia belum ditanam secara meluas di negara ini.
"Saya hampir berputus asa apabila 800 benih pokok ditanam tidak mengeluarkan hasil selepas beberapa tahun sebelum pada sekitar Mac 2012, saya terkejut apabila melihat beberapa pokok mengeluarkan bunga.
"Saya kemudiannya melakukan proses pencantuman bagi mengelakkan bunga berkenaan mati. Ini kerana bunganya hanya mekar dalam tempoh satu hari, proses pencantuman perlu dilakukan sebelum jam 12 tengah hari dan hasilnya sama ada berjaya atau tidak boleh dilihat pada keesokan harinya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut pemilik jenama Amani Vanila Temerloh ini, jika pencantuman berjaya dilakukan, tempoh selama lapan bulan diambil untuk menjadi buah sebelum boleh dituai.
"Selepas itu, buah berkenaan akan melalui proses pengeringan pada cuaca panas selama satu bulan sebelum boleh dijual," katanya.
Katanya, mahu menjadikan negeri Pahang sebagai hub pengeluar Vanila terbesar di Malaysia, bapa kepada empat orang anak ini tidak lagi menoleh ke belakang selepas hasil usaha sejak 12 tahun lalu kini mula menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
"Saya kini memiliki 1,500 pokok yang ditanam secara konvensional dan 160 pokok yang ditanam secara moden iaitu dalam rumah teduh (shade house) dan kini sedang dalam perancangan untuk menanam 4,000 pokok secara konvensional dan 700 pokok secara moden.
"Pada masa ini, di atas tapak kebun yang diusahakan juga terdapat sebuah galeri bagi tujuan pendidikan dan kafe yang menyediakan produk-produk kampung berasaskan vanila yang ditanam sendiri sedang giat dibina dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac ini," katanya.
Disediakan Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#KerajaanNegeriPahang
#PahangGo

Пікірлер: 12
@BadarTVTrends
@BadarTVTrends 3 жыл бұрын
Pekebun vanila Indonesia🇲🇨✅ datang tengok, mencari kawan bahru di negeri jiran Malaysia.
@hafischongchannel9881
@hafischongchannel9881 3 жыл бұрын
Trbaik
@petirdeanshamsina2402
@petirdeanshamsina2402 4 жыл бұрын
Mantap faizal semoga terus maju jaya
@skynyong4716
@skynyong4716 3 жыл бұрын
Semoga terus berjaya
@roymay1603
@roymay1603 4 жыл бұрын
👍
@roza263
@roza263 3 жыл бұрын
Klw ada kursus..sy nak join.
@PahangMediaTV
@PahangMediaTV 3 жыл бұрын
boleh cari kat page fb amani vanilla temerloh
@MrArdjuna83
@MrArdjuna83 3 жыл бұрын
Syabas bro !!
@ketutastika9328
@ketutastika9328 3 жыл бұрын
Mohon infonya pd musin penghujan ini,vanili kmi bnyak yg busuk btang dari ujung pucuknya sampai tga ruas dari pucuk bnyak yg busuk,ktika yg busuh itu mnempel dibatang manapun dia ikut busuk, skiranya mhon bantuan tuk pencegahan/mengatasinya.
@xxnaattheclownxx8099
@xxnaattheclownxx8099 3 жыл бұрын
Mntol zGaizal mmg blh g jauh lagi sebagai pweintis tanaman vanilla ni di malaysia la ni demoga maji jaya sebagai sworang peeintis dimalaysia klu blh trnkan la ilm cara tanamnya pada yg inat tu tlg la ank2 melayu ug hendK mencuba tu.
@commonmantv1603
@commonmantv1603 3 жыл бұрын
Macam mana nak dpat contact number dia ni?
Nekad Berhenti Kerja Untuk Menanam Pokok Vanilla | Hasil Tani
7:16
✅️ PROJEK HASIL LUMAYAN TAK SEMUA ORANG TAHU. TANAM VANILLA
27:24
МЕБЕЛЬ ВЫДАСТ СОТРУДНИКАМ ПОЛИЦИИ ТАБЕЛЬНУЮ МЕБЕЛЬ
00:20
POV: Your kids ask to play the claw machine
00:20
Hungry FAM
Рет қаралды 9 МЛН
This is how vanilla is propagated: I wish ALL farmers knew this!
10:27
Budidaya Vanili Modern, Emas Hijau Harga Jual 3 Juta/Kg
12:13
CapCapung
Рет қаралды 1,1 МЛН
Kunjungi 5 lokasi menarik dalam sehari di Temerloh Pahang
10:24
JaleSokmo Mediator
Рет қаралды 3,3 М.
Hand pollinating a vanilla orchid
4:16
ndali vanilla
Рет қаралды 225 М.
PENTING!!!, Cara Tanam Bibit Vanili Yang Benar
7:16
PPV Indonesia
Рет қаралды 288 М.
MODERN VANILLA FARM MADAGASCAR | BIGGEST PRODUCING VANILLA AGICULTURE
11:10
REKAYASA TEKNOLOGI
Рет қаралды 1,2 МЛН
Vanilla Farming in Bali Documentary - Most Expensive Spice
7:04
Happy Bellyfish
Рет қаралды 33 М.
МЕБЕЛЬ ВЫДАСТ СОТРУДНИКАМ ПОЛИЦИИ ТАБЕЛЬНУЮ МЕБЕЛЬ
00:20