Рет қаралды 707,746
Doa Qunut ialah doa yang dibaca selepas rukuk pada solat-solat tertentu. Perkataan qunut dalam Bahasa Arab yang mempunyai beberapa makna seperti berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusyuk. Secara istilah, qunut adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.
Terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh. Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan. Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Walaubagaimana pun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi. Pandangan Mazhab Syafi’e ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh Nusantara.
Doa qunut subuh ini ditulis dengan doa qunut rumi untuk memudahkan hafalan. Doa qunut pendek masih belum dibuat kerana perlukan rujukan yang tepat. Ada juga doa qunut salim bahanan yang dirujuk dan itu juga boleh dijadikan doa qunut sholat subuh. Doa qunut imam berbeza dengan doa qunut sholat subuh sendirian. InsyaAllah akan datang saya akan cuba membaca doa qunut mishary al afasy juga. دعاء قنوت الفجر | دعاء قنوت الصبح مكتوب | دعاء قنوت الصبح |دعاء قنوت الفجرمكتوب
#doa
#qunut
#subuh