--- generasi (umum #7) --- akal.. haruslah disirami dengan kefahaman apa itu yang baik dan yang tidak baik akal.. haruslah disirami dengan kefahaman apa itu yang betul dan yang salah akal.. haruslah disirami dengan kefahaman apa itu batas-batas dan peraturan dalam kehidupan akal.. haruslah disirami dengan kefahaman tentang pentingnya akhlak dan beradab akal.. haruslah disirami dengan kefahaman tentang nilai kemanusiaan dan sifat ihsan dalam diri akal.. haruslah disirami dengan kefahaman apa itu yang halal dan yang haram akal.. haruslah disirami dengan kefahaman tentang mengapa perlunya menundukkan pandangan (umumnya bagi para lelaki) dan menjaga maruah (umumnya bagi para perempuan) akal.. haruslah disirami dengan kefahaman tentang balasan bagi yang berbuat kebaikan dan sebaliknya akal.. haruslah disirami dengan kefahaman apakah tujuan hidup ini yang sebenar-benarnya. agar akal itu memahami akan peranan dan tujuannya serta waras. kerana tanpa kefahaman-kefahaman itu semua.. .. akal itu hanya akan menjurus dan di'fungsi'kan untuk mendapatkan dan memenuhi tuntutan hawa nafsu semata yang tidak terbatas.