Рет қаралды 2,711
Alhamdullillah... saya, isteri saya dan adik perempuan saya telah terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun lepas. Jadi di sini, saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai apa barang-barang yang perlu kita bawa ke Tanah Suci yang mungkin kita terlepas pandang. Barang-barang ini perlu dibawa untuk memudahkan urusan kita melakukan amal ibadah di sana.
Ini adalah sepenuhnya mengikut pendapat saya. Mungkin ada beberapa barang penting yang saya tidak senaraikan di sini kerana saya rasa barang tersebut sudah pasti akan dibawa oleh Jemaah Haji kita.