Рет қаралды 116,285
#sultanjohor #kembaramahkotajohor2023
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, persinggahan terakhir hari ketiga Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023, pada 7 Ogos yang lalu.
Baginda berangkat tiba secara mengejut ke tapak acara kira-kira 15 minit sebelum ketibaan konvoi Diraja utama yang diketuai oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda.