Sikap terlalu obses menyebabkan semua perkara yang berlaku hendak dipolitikkan. Saya risau, mungkin rakyat tidak minat untuk keluar mengundi pada PRU akan datang kerana kecewa dan muak dengan keadaan politik semasa yang dilihat hanya polimik dan percaturan yang direka mengikut kehendak pemain politik semata-mata. Pendapat saya sahaja, Prof.
@mohdazizuddinmohdsani83353 жыл бұрын
rakyat Msia mmg suka berpolitik. Mrk akan keluar mengundi nanti. Kadar kehidupan politik di Msia sgt tinggi sebenarnya dan betul semua benda nak dipolitikkan
@christianCL26783 жыл бұрын
Pada pendapat Prof, adakah dengan kemunculan pelbagai parti politik di Malaysia ini menandakan amalan demokrasi Malaysia semakin matang atau sebaliknya?
@mohdazizuddinmohdsani83353 жыл бұрын
Kematangan isu lain. Namun tidak dinafikan politik kita lebih demokratik dan rakyat ada pilihan berbanding sebelumnya. Matang berpolitik ini bukan hanya terletak kepada ahli politik, tetapi juga rakyat yang memilih ahli politik juga perlu matang. Bagi saya kita masih dalam proses untuk matang kerana kita negara baru demokrasi. Negara Barat telah lebih 100 tahun demokrasi dan menghadapi pelbagai revolusi dan peperangan. Jadi isu kematangan ini boleh diperdebatkan kerana perkembangan dan dinamik semasa boleh juga merencatkan kematangan tersebut. Misalnya Covid19 dan sikap anti-pendatang menjadikan negara Barat tidak toleran dan menjadi kurang matang demokrasinya.
@christianCL26783 жыл бұрын
@@mohdazizuddinmohdsani8335 Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Prof. Teruskan menghasilkan video berilmiah seperti ini sebagai pencetus pemikiran kritis dalam kalangam rakyat untuk sentiasa cakna isu-isu politik Malaysia😁