Рет қаралды 57,119
Resepi Apam Cornetto
3 cawan tepung gandum diayak
4 biji telur
1cawan gula kastor
200ml air ice cream soda
1sudu makan Ovalette
1 sudu teh esen rose
Pewarna
Coklat masakan
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau m
Cara-cara
Pukul telur,ovalette dan gula hingga, putih kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
Masukkan air aiskrim soda separuh dlu..putar high speed..masukkn separuh tpg gandum..aiskrim soda..n hbiskan tepung..putar skejap..stop..masukkn esen rose..putar sekejap n stop
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati
Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.
Adunan tu tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli.
Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.
Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.
Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak.
Dah masak sejukkan apam sekejap
Cairkan choc..tuang atas apam tdi..tabur kekacang/coklat rice/coklat chip
Ikin guna Badam
Masuk fridge utk beku kan choc.....
Apam ni sdp sgt klau di makan slepas sejuk² selepas keluar dri fridge..