Рет қаралды 213,869
Download Mobile Apps APHD Channel (Google Play dan Apple Store) dan langgan "Membership" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" dari APHD Channel
Klik link di bawah.
► linktr.ee/aphdchannel
Anda juga boleh Join APHD Membership di youtube Untuk Dapatkan Akses "Exclusive"
Klik link di bawah.
► / @aphdchannel
Sokongan "Membership" daripada anda dapat membantu kami menghasilkan lebih banyak video.
Sebarang pertanyaan boleh email kami di hello@aphdchannel.com.my
Terima kasih kerana terus menyokong kami.
--
Kenapa Negara Arab Tidak Bersatu
Sepanjang sejarah penubuhan selama 75 tahun Liga Arab, sebagai sebuah organisasi yang dianggotai oleh 22 buah negara, fungsinya nampak kian merosot. Dari sebuah organisai yang mewakili dan mendorong tindakan negara-negara Arab, untuk bersifat lebih kolektif dan bersatu, kepada sebuah institusi yang tidak berkesan, yang mencerminkan perpecahan yang berleluasa di dunia Arab.
Pada tahun-tahun awalnya, Liga Arab mewakili percubaan oleh negara-negara Arab yang baru merdeka, untuk membentuk sebuah entiti yang mewakili mereka, selepas berjaya memerdekakan negara daripada penaklukan kuasa asing, setelah beberapa dekad. Tetapi hari ini, ia dilihat telah menjadi mangsa kepada ideologi elit negara Arab yang berbeza, dengan masing-masing ingin mengejar kepentingan peribadi, dan menyemai benih perselisihan antara satu sama lain.
Perpecahan tersebut telah menghadkan keupayaan Liga Arab, untuk mewakili kepentingan lebih 400 juta orang Arab, di peringkat serantau dan antarabangsa.
Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat kenapa negara-negara Arab tidak bersatu dan banyak perselisihan faham yang berlaku. Teruskan menonton.