AQIDAH - Penjelasan Tentang Nur Muhammad - Maulana Asri

  Рет қаралды 36,155

Komuniti  Darulkautsar

Komuniti Darulkautsar

8 жыл бұрын

darulkautsar.wordpress.com/
PEMURNIAN AQIDAH - Penjelasan Tentang Nur Muhammad
Maulana Mohd Asri Yusoff
Kota Bharu Kelantan
ARTIKEL ASAL : darulkautsarpencerahanaqidah....
PENJELASAN TENTANG NUR MUHAMMAD
1. Pengenalan
Banyak sekali terdapat dalam kitab-kitab tasawwuf, sirah dan maulid kenyataan yang menunjukkan bahawa kejadian pertama yang diciptakan Allah ialah “Nur Muhammad”. Fahaman “Nur Muhammad” sebagai makhluk pertama menyebabkan timbul pula fahaman-fahaman lain berkaitan dengan Rasulullah s.a.w seperti Rasulullah s.a.w tidak mempunyai bayang, tergila-gilanya perempuan-perempuan kepada ayahanda Nabi s.a.w. ketika Nur Muhammad dikatakan memancar di dahinya sampai membawa mereka mati dan sebagainya.
Ia juga mirip dengan konsep “Nur Panjthan” (yang bermaksud Nur Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta selama 50,000 tahun mengikut ajaran Syiah. Fahaman “Nur Muhammad” juga merupakan punca kesesatan golongan Barelwi (sebuah golongan sesat di India) yang mempercayai bahawa Nabi Muhammad bukannya seorang manusia biasa dari segi kejadian asalnya tetapi berbeza kerana ia adalah Nur yang terpancar daripada nur Allah. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran ditakwilkan dengan sewenang-wenangnya dan banyak pula hadith-hadith yang sahih diketepikan untuk menegakkan fahaman ini.
Kitab-kitab sirah, maulid dan tasawwuf yang mengemukakan riwayat tentang Nur Muhammad tidak menyatakan sanadnya, malah tidak diketahui langsung punca fahaman ini yang boleh dipertanggungjawabkan. Kalaupun ada, hanya satu hadith yang dikatakan telah dikemukakan oleh Abdul Razak dalam “Musannaf”nya. InsyaAllah kami akan dibahaskan kemudian. Anehnya banyak perincian tentang Nur Muhammad yang tidak terdapat di dalam hadith Abdul Razak itu dapat kita lihat dalam riwayat-riwayat yang dikemukakan dalam kitab-kitab sirah, maulid dan tasawwuf tersebut. Contohnya pada muka surat pertama kitab “Madariju As-Suud” karangan Muhammad Nawawi Bantan, syarah kepada kitab “Maulid Nabawi” karangan Syed Jaafar yang lebih dikenali sebagai “Al-Barzanji”. Kitab tersebut dibuka dengan puji-pujian kepada Allah yang telah memulakan wujud ini dengan Nur Muhammad yang meresap dalam segala perkara yang ditakdirkan Allah sebelum diciptaNya langit dan bumi selama 50,000 tahun.
2. Nur Muhammad Versi Ka’bul Akhbar
Kata Ka’bul Akhbar, “Bila Allah hendak menjadikan sekelian maujudat dengan merendahkan bumi dan meninggikan langit-langit, maka Dia menggenggam satu genggaman daripada NurNya.
Diapun berkata kepada segenggam NurNya itu, “Jadilah engkau Muhammad”. Maka iapun menjadi satu tiang daripada Nur yang berkilau-kilau sampai daripada hijab kegelapan lalu Nur itupun bersujud seraya berkata, “Segala puji bagi Allah”. Maka Allah berfirman, “Untuk itulah Ku ciptakan engkau dan Ku namakan engkau Muhammad. Daripada engkaulah Aku memulakan kejadian makhluk ini dan dengan engkaulah Aku menyudahi Rasul-Rasul”.
Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan NurNya itu kepada empat bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikanNya Lauh (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikanNya Qalam. Kemudian Allah berfirman kepada Qalam, “Tulislah”. Maka menggeletarlah Qalam itu selama 1,000 tahun justeru hebatnya perintah Allah kepadanya itu. Kemudian Qalam berkata, “Apakah yang perlu kutulis? Allah berfirman, “Tulislah Laailaha illallah Muhammadun Rasulullah”. Maka Qalam itu pun menulislah apa yang diperintahkan dan setelah itu ia mengikut ilmu Allah (dengan menulis) berhubung dengan makhlukNya.
Qalam menulis, “Wahai anak-anak Adam daripada sulbinya! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Nuh! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Ibrahim! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Musa! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah…” Ketika qalam sudah hampir menulis “akan dimasukkanNya ke dalam neraka” tiba-tiba terdengar seruan daripada Tuhan Yang Maha Tinggi, “Wahai Qalam! Beradablah”. Maka pecahlah Qalam itu kerana kehebatan Allah dan tertulis noktah dengan tangan Qudrat. Kerana itulah pada kebiasaannya setiap qalam tidak menulis melainkan dalam keadaan terpecah-pecah dan berbintik-bintik dan tuhanpun berkata kepadanya, “Tulislah ummat yang berdosa dan Tuhan Yang Pengampun”.
(SAMBUNGAN NOTA DI DALAM RUANGAN KOMEN KZbin)

Пікірлер: 157
@kaifahalas2
@kaifahalas2 3 жыл бұрын
"Janganlah kalian berlebih-lebihan memujiku seperti orang-orang Nasrani berlebih-lebihan memuji Isa putra Maryam. Sesungguhnya aku hanya seorang hamba, maka katakan (panggil aku), 'Hamba Allah dan Rasul-Nya'."
@paktamfc8840
@paktamfc8840 2 жыл бұрын
kzbin.info/www/bejne/jKOQd5ujZaqsbqs
@suhaibonsaribin1104
@suhaibonsaribin1104 2 жыл бұрын
Kemukakan dalilnya ini. Dalil dari Al Quran dan Hadis sahih sebagai rujukan bila orang bertanya. Terima kasih.
@zahimi6979
@zahimi6979 2 жыл бұрын
Moga ustz shat panjang umur,dpt terus lebih lama mengajar sunnah,amin
@eidodoos
@eidodoos 2 жыл бұрын
org melayu rmai suka kisah2 begini. ini kisah/ilmu di atas dr ilmu biase2. bukan utk org biase2. bukan lvl kulit. ini lvl isi. bila dh naik lvl tggi, brulah tahu dan pegang psal ilmu2 mcm ni.begitulah logik mereka. punah
@suhaili94channel87
@suhaili94channel87 Жыл бұрын
Sya kesini kerana viral orang ckp nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam bukan manusia biasa dan bercahaya semoga jauhkan kita dng ajaran sesat seperti mcm di terangkan maulana asri
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 3 жыл бұрын
(SAMBUNGAN NOTA DARI BAHAGIAN DESCRIPTION KZbin - 1 DARI 5 Kemudian daripada bahagian yang ketiga daripada Nur Muhammad itu Allah menjadikan arasy. Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal dan yang kedua dijadikan Ma’rifat dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Semua Nur-Nur ini adalah daripada Nur Muhammad. Oleh itu Nur Muhammad adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan. Sementara bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah `Azzawajalla menjadikan Adam dan diperintahkan malaikat supaya bersujud kepadanya. Adam dimasukkan ke dalam syurga, ketika itu malaikat berdiri di bahagian belakang Adam bersaf-saf. Mereka memandang kepada Nur Muhammad lalu berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Kenapakah malaikat ini berdiri di belakangku bersaf-saf?”. Allah berkata, “Wahai Adam! Mereka memandang kepada Nur Kekasihku (Muhammad) penyudah sekelian Rasul yang akan Ku keluarkan daripada belakangmu”. Berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Letakkanlah Nur itu di sebelah hadapanku supaya malaikat mengadapku”. Maka Allahpun meletakkannya di dahinya. Pada ketika itu para malaikat pun berdiri mengadap wajah Adam lalu Adam pun berkata, “Wahai Tuhan! Letakkanlah Nur ini di suatu tempat yang dapat aku melihatnya”. Maka Allahpun meletakkan Nur Muhammad itu di jari telunjuknya. Adam melihat kepada kecantikan Nur itu, maka bertambah-tambahlah kecantikan dan serinya. Adam mendengar Nur itu bertasbih dengan tasbih yang agung. Kemudian Nur itu berpindah daripada Adam kepada Hawa. Adam melihat Nur itu pada wajah Hawa bagai matahari yang bersinar-sinar. Kemudian Hawa melahirkan Rasul yang mula-mula daripada anak Adam iaitu Syith. Maka hilanglah Nur itu daripada wajah Hawa, berpindah pulalah ia kepada Syith. Adam meminta kepada Syith agar tidak diletakkannya Nur itu melainkan pada perempuan-perempuan yang suci. Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikanNya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Nabi, dijadikannya rahmat kepada sekelian alam dan pemimpin kepada orang-orang yang bertuah. 3. Nur Muhammad Versi Syeikh Zainal Abidin Al-Fathaani Contoh yang kedua pula dapat kita lihat di dalam kitab-kitab seperti “Daqaa’iqu Al Akhbar Fi Zikri Al Jannati Wa An Nar” karangan Abdul Rahim bin Ahmad Al-Qadhi, “Kasyfu Al-Ghaibiah” sebuah kitab jawi karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathaani dan lain-lain di mana disebutkan di dalam helaian pertamanya lagi tentang kejadian Nur Muhammad. Tetapi ianya jauh berbeza daripada apa yang terdapat di dalam kitab “Madariju As Su’ud” tadi. Begini bunyinya: Bab Yang Pertama Pada Menyatakan Kejadian Ruh Agung Iaitu Nur Penghulu Kita Dan Nabi Kita Muhammad s.a.w. Tersebut di dalam hadith bahawasanya Allah telah menjadikan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan. Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratu Al-Muttaqin”. Dalam sesetengah riwayat tersebut “Syajaratu Al-Yaqin”. Kemudian Ia menjadikan Nur Muhamamd di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti rupa burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur itu di atas pohon tadi selama 70,000 tahun. Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya. Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu, dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok. Maka malulah ia kepada Allah Taala lalu berpeluh dan keuarlah daripadanya enam titik peluh. Daripada titik yang pertama Allah jadikan ruh Abu Bakr r.a. dan daripada titik yang kedua dijadikan ruh Umar r.a. Daripada titik yang ketiga dijadikan ruh Uthman r.a. dan daripada titik yang keempat dijadikan ruh Ali r.a. Daripada titik yang kelima dijadikan pokok bunga ros dan daripada titik yang keenam dijadikan padi. Setelah itu bersujudlah Nur Muhammad itu sebanyak lima kali. Lima kali sujud itu merupakan fardhu yang ditentukan oleh Allah s.w.t. berupa sembahyang lima waktu ke atas Nabi Muhammad dan ke atas umatnya. Kemudian Allah menilik pula kepada Nur itu, maka berpeluhlah ia kerana malu kepada Allah. Daripada peluh hidungnya Allah menjadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah menjadikan arasy, qursi, lauh, qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang dan segala sesuatu yang terdapat di langit. Daripada peluh dadanya Allah menjadikan sekelian nur Rasul, sekelian ulama’, syuhada’ dan solihin. Daripada peluh belakangnya Allah menjadikan Baitul Ma’mur, Ka’bah, Baitul Maqdis dan segala tapak masjid di dunia ini. Daripada peluh dua keningnya itu Allah menjadikan umat Nabi Muhammad, daripada sekelian mukmin lelaki dan perempuan. Daripada peluh dua telinganya Allah menjadikan segala ruh Yahudi, Nasrani, Majusi dan seumpamanya daripada mulhid, kafir dan munafiqin. Daripada peluh dua kakinya Allah menjadikan segala bumi daripada Masyrik dan Maghrib dan segala apa yang ada di dalamnya. Kemudian Allah berfirman kepada Nur Muhammad, “Perhatikanlah di sebelah hadapanmu wahai Nur Muhammad!”. Apabila ia memerhatikan tiba-tiba ia melihat di sebelah hadapan dan belakangnya dan di sebelah kanan dan kirinya nur semata-mata. Nur-nur itu adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali. Nur-nur itu kemudiannya bertasbih selama 70,000 tahun. Kemudian Allah menjadikan nur para Nabi daripada Nur Muhammad. Allah menilik kepada Nur Muhammad maka dijadikanNya daripada Nur itu ruh-ruh mereka itu yakni dijadikan ruh sekelian Nabi itu daripada peluh Nur Muhammad s.a.w. Daripada peluh ruh-ruh para Nabi itu dijadikan ruh-ruh umat mereka dan dijadikan ruh orang-orang mukmin dari kalangan umat Muhammad daripada peluh Nabi Muhammad. Maka mengucaplah sekelian mereka, ‘Laaila ha illallah Muhammadun Rasulullah”. Kemudian Allah menjadikan “qandil” daripada “aqiq” yang merah. Bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalamnya. Kemudian Allah menjadikan rupa Muhammad itu seperti rupanya di dalam dunia ini. Lalu diletakkan di dalam qandil itu. Maka berdirilah ia di dalam qandil itu seperti berdirinya di dalam sembahyang dan ruh-ruh para Nabi dan lain-lain mengelilingi qandil Nur Muhammad itu. Mereka semua bertasbih dan bertahlil selama 100,000 tahun. Kemudian Allah memerintahkan supaya tiap-tiap ruh itu menilik Nur Muhammad itu. Ada antaranya melihat kepalanya maka jadilah ia khalifah dan sultan antara sekelian makhluk. Antara mereka ada yang melihat dua matanya maka jadilah ia hafiz bagi kalam Allah. Antara mereka ada yang melihat dua keningnya maka jadilah ia pelukis. Antara mereka ada yang melihat dua telinganya maka jadilah ia orang yang mendengar dan patuh. Antara mereka ada yang melihat dua pipinya maka jadilah ia orang yang berbuat baik dan berakal. Antara mereka ada yang melihat dua bibir mulutnya maka jadilah ia pembesar-pembesar di sisi raja. Antara mereka ada yang melihat hidungnya maka jadilah ia pujangga, doktor dan penjual wangi-wangian. Antara mereka ada yang melihat mulutnya maka jadilah ia orang yang berkuasa. Antara mereka ada yang melihat kakinya maka jadilah ia orang rupawan sama ada lelaki atau perempuan. Antara mereka ada yang melihat akan lidahnya maka jadilah ia utusan raja-raja. Antara mereka ada yang melihat halkumnya maka jadilah ia penasihat dan muazzin (tukang azan). Antara mereka ada yang melihat janggutnya maka jadilah ia orang yang berjuang “fi sabilillah”. Antara mereka ada orang yang melihat tengkoknya maka jadilah ia saudagar. Antara mereka ada yang melihat dua lengannya maka jadilah ia orang yang pandai bermain kuda dan pedang. Antara mereka ada yang melihat lengan kanannya maka jadilah ia tukang berbekam. Antara mereka ada yang melihat lengan kirinya maka jadilah ia orang yang jahil. Antara mereka ada yang melihat tapak tangan kanannya maka jadilah ia penjual emas dan perak dan tukang sukat. Antara mereka ada yang melihat tangan kirinya maka jadilah ia orang yang pandai menyukat. Antara mereka ada yang melihat dua tangannya maka jadilah ia orang yang pemurah dan terpuji. Antara mereka ada yang melihat belakang tapak tangannya yang kiri maka jadilah ia orang yang bakhil. Antara mereka ada yang melihat belakang tapak tangannya yang kanan maka jadilah tukang masak. Antara mereka ada yang melihat ruas-ruas anak jari yang kiri maka jadilah ia juru tulis. Antara mereka ada yang melihat anak-anak jari yang kiri maka jadilah ia tukang jahit. Antara mereka ada yang melihat segala anak-anak jari yang kanan maka jadilah ia tukang besi. Antara mereka ada yang melihat dadanya maka jadilah ia orang yang ‘alim, mulia dan mujtahid. Antara mereka ada yang melihat belakangnya maka jadilah ia orang yang tawadhu’ dan taat mengikut syara’. Antara mereka ada yang melihat dua lambungnya maka jadilah ia orang yang berperang fi sabilillah. Antara mereka ada yang melihat perutnya maka jadilah ia orang yang bersifat qana’ah dan zahid. Antara mereka ada yang melihat dua lututnya maka jadilah ia orang yang ruku’ dan orang yang sujud. Antara mereka ada yang melihat dua kakinya maka jadilah ia orang yang pandai berburu. Antara mereka ada yang melihat dua tapak kakinya maka jadilah ia orang yang berjalan. Antara mereka ada yang melihat bayang-bayangnya maka jadilah ia penyanyi dan pemain gendang. Antara mereka ada yang tiada melihat sesuatu daripadanya maka jadilah ia Yahudi dan Nasrani atau kafir dan musyrik atau Majusi. Antara mereka ada yang tiada langsung melihatnya maka jadilah ia orang yang mendakwa ketuhanan seperti Fir’aun dan lainnya daripada orang kafir. (SAMBUNGAN NOTA DI DALAM RUANGAN KOMEN KZbin) - KE BAHAGIAN 2
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 3 жыл бұрын
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN KOMEN KZbin - 3 DARI 5) Ketika itu perbezaan antara khaliq dan makhluk, ‘abid dan ma’bud dan malik dan mamluk yang ditekankan dengan sejelas-jelasnya dalam Al-Quran sudah tidak bererti lagi. Inilah sebenarnya asas kepada faham “Wahdatul Wujud” atau “Serba Dia” yang sesat itu yang menganggap segala sesuatu sebenarnya Dia (Tuhan). Kalau dikatakan pula juzuk-juzuk yang terpisah dari Allah itu akan fana’ bermakna Allah juga akan fana’ dan kalau dikatakan pula bahawa juzuk-juzuk itu tidak akan fana’ tetapi sebaliknya akan bergabung kembali dengan zat Allah yang merupakan puncanya maka tidak ada perbezaan pula dengan kepercayaan orang-orang Kristian terhadap Nabi Isa dan fahaman yang seperti inilah asas kepada “Triniti”. Tetapi orang-orang Kristian menghadkan pecahan Tuhan kepada tiga sahaja. Golongan ini pula telah memasukkan sekelian makhluk dalam lingkungan ketuhanan. Seandainya kita menerima satu juzuk daripada zat ini telah terpisah dari zat Allah maka ia akan membawa kepada dua keadaan: Pertama - Sesuatu yang boleh dibahagikan kepada beberapa juzuk adalah jisim dan akan musnah. Ini membawa kepada Allah dipercayai berjisim dan akan musnah. Kedua - Bila dianggap satu juzuk daripada Allah telah terpisah daripadaNya, maka ia bermakna sudah pasti berlaku kekurangan pada zat Allah. 6. Tujuan Sebenar Mengapa Konsep Nur Muhammad Diketengahkan Pengamatan secara logik terhadap riwayat-riwayat ini sebenarnya akan membawa kita kepada satu natijah bahawa riwayat-riwayat yang seperti ini merupakan “tabarra” (pernyataan rasa benci) terhadap Allah Taala. Perkara yang seperti ini tidak hairan jika datangnya daripada seorang Syiah. Yang paling menghairankan ialah bagaimana ramai daripada ulama’-ulama’ Islam terpedaya dengannya sehingga menganggapnya sebagai suatu keistimewaan Rasulullah pula. Anggapan bahawa Allah adalah Nur adalah salah kerana Nur adalah makhluk Allah. Makhluk dan Khaliq adalah berlainan. Kalau tidak, akan lahirlah aqidah “Wahdatul Wujud” tadi. Dalam Al Quran dapat kita lihat sekian banyak ayat yang menunjukkan Nur sebagai makhluk, contohnya: a. “Dia telah menjadikan kegelapan dan cahaya” (Surah Al An’am: 1). b. “Kami telah jadikan untuk manusia nur (cahaya) yang mana dia membawanya di kalangan manusia” (Surah Al An’am: 122). c. “Sesiapa yang Allah tidak menjadikan untuknya nur (cahaya), dari manakah akan diperolehinya nur?” (Surah An Nur: 40). Perlu diingat bahawa “ja’il” dan “ma’jul” yakni yang menjadikan dan yang dijadikan itu tidak mungkin sama kerana “ja’il” bererti yang mencipta sedangkan “ma’jul” bermakna yang diciptakan atau makhluk sedangkan pencipta dan yang dicipta, pembuat dan yang dibuat mustahil sama. Ramai juga orang terkeliru apabila membaca firman Allah yang berbunyi, “Allah adalah nur langit-langit dan bumi”. Orang-orang awam mungkin terpedaya dengan ayat-ayat yang seperti ini tetapi amat dikesali sekiranya alim ulama’ turut terpedaya dengannya kerana dalam bahasa Arab nur adalah “masdar” dan “masdar” ada kalanya memberi makna “masdari”, ada kalanya memberi makna “maf’ul“ dan ada kalanya memberi makna “fa’il”. Kerana itulah ahli-ahli tafsir yang muktabar mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan, “Allahu munawwiru assamaawaati wal ardh (Allah yang menyinari langit-langit dan bumi)” Jika Allah bukan Nur maka sudah tentu tidak timbul lagi persoalan kejadian sesuatu daripada NurNya. Sekiranya Nur Muhammad itu benar-benar diciptakan daripada Nur, apakah halangannya kepada Allah untuk menyatakan dengan terus terang bahawa Dia menjadikan Nabi Muhammad daripada Nur sebagaimana dijadikan Malaikat? Masalahnya apabila dikatakan asal kejadian manusia itu daripada nur maka ia akan bertentangan dengan ayat Allah yang lain yang bermaksud, “Kami telah menciptakan manusia daripada tanah…” Bagaimanapun itu adalah pendapat Maulana Habibur Rahman yang mungkin sebahagian daripada komentarnya boleh dipertikaikan atau ditakwilkan. Misalnya dengan mengatakan, “Memang Allah itu Nur tetapi bukan seperti Nur yang lain seperti mana yang dinyatakan Allah mempunyai tangan (di dalam al-Quran) tetapi bukan seperti tangan makhluk. Begitu juga Allah mempunyai mata tetapi bukan seperti mata makhluk. Apa yang hendak dinyatakan ialah nur itu ialah salah satu daripada nama sifat tuhan dan ini diterima oleh semua. Yang dimaksudkan dengan menjadikan nur NabiNya daripada nurNya bukanlah bermakna menjadikan Nur Muhammad daripada sebahagian nur Tuhan yakni dengan memakai “min li attab ‘idh” dengan erti sebahagian atau satu juzuk daripada Nur Tuhan”. Tidakkah boleh juga dipakai “min” itu dengan erti “ibtida’iah” bermakna kejadian Nur Muhammad itu berpunca daripada sifat nur Allah seperti dalam Al Quran Allah menyebutkan tentang kejadian Nabi Adam bermaksud, “Bila Aku menyempurnakan kejadiannya (Adam) dan meniupkan ke dalamnya “min ruhi” (daripada ruhKu) “Di sini tidak bermakna ruh Nabi Adam itu dijadikan daripada sebahagian ruh Allah dengan memakai “min li attab’idh” tetapi semua ulama’ mengatakan bahawa ruh Nabi Adam itu adalah daripada kejadian Allah s.w.t. yakni Allah yang menjadikan ruh dan meniupkannya ke dalam tubuh Nabi Adam. Ini bererti persamaan yang terdapat pada perkataan nur atau ruh itu adalah persamaan pada lafaz sahaja; bukannya persamaan sifat hakikat itu seperti sifat Tuhan Al-Malik yang bererti raja, apakah Raja yang terdapat di dunia ini boleh disamakan dengan Allah yang bersifat Al-Malik itu kerana ia seorang Raja, dan ia dikatakan “Al-Malik di kalangan manusia”? Tentu sekali tidak! Bagaimanapun perkara ini mengelirukan sehingga ada sesetengah ulama’ yang menyimpulkan begitu, sebagai contohnya, Maulana Habibur Rahman. Ini kerana realiti yang dihadapi oleh beliau daripada kepercayaan dan gelagat-gelagat golongan Barelwi (yang terdapat di India dan Pakistan) yang jelas menyatakan Nur Muhammad itu adalah sebahagian daripada Nur Tuhan. Ini dapat dilihat dalam serangkap syair dalam bahasa Urdu oleh salah seorang tokoh Barelwi sebagaimana berikut: “Vohi jo mustavi arasy tha khudha ho kar” Utar para Madina mei Mustafa ho kar” Bermaksud: “Dialah yang telah bersemayam di atas arasy sebagai Tuhan Turun ke Madinah sebagai Mustafa (Muhammad)” Bukankah penyelewengan yang seperti ini berpunca daripada pentafsiran tentang Nur Muhammad yang dikatakan berasal daripada hadith itu? Memanglah tidak sia-sia takwilan yang telah dikemukakan tadi kalau sekiranya ia dikemukakan untuk menyelesaikan kemusykilan yang timbul daripada hadith yang sahih tetapi setelah jelas hadith itu tidak sahih bahkan ia adalah hadith yang maudhu’, tidak perlu lagi kepada takwilan yang seperti itu. Apalagi ia membuka pintu kepada golongan-golongan yang menyeleweng yang membawa fahaman “Wahdatul Wajud” (Serba Dia) atau aqidah “Triniti” dan sebagainya. Untuk diterima Nabi Muhammad merupakan Nur dalam pengertian majazi (bahasa pinjaman) tidaklah ditolak oleh semua ulama’. Memanglah Nabi Muhammad mempunyai sifat seperti cahaya yang menyinari kegelapan kekufuran. Kalau terdapat ayat-ayat Al Quran yang menyebutkan Nabi Muhammad sebagai “nur” maka ia mengisyaratkan kepada erti yang seperti ini. Sama sekali ia tidak menunjukkan Nabi Muhammad berasal daripada Nur seperti kejadian malaikat, contohnya. Dalam pengertian majazi ini Nur tidak dikhususkan untuk Nabi Muhammad sahaja bahkan Nur juga dipakai dengan erti agama Islam, Al Quran dan lain-lain lagi. Sebenarnya riwayat-riwayat yang seperti ini adalah rekaan orang-orang Syiah dengan tujuan memperkenalkan konsep “Panjthan” dalam ajarannya yang mengatakan bahwa Nur itu berpecah kepada lima iaitu Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Mereka berharap apabila umat Islam bersedia menelan sebiji ubat pahit ini, maka mereka akan terus bersedia menelan biji-biji ubat yang lebih pahit daripada itu. Kerana itulah dapat kita lihat di dalam tafsir-tafsir Al-Kalbi dan ahli-ahli seerah yang terpedaya dengannya, bahawa Nur itu berpindah-pindah daripada Nabi Adam kepada Nabi Syith dan seterusnya kepada Abdul Mutalib. Selepas Abdul Mutalib, Nur itu berpecah kepada dua, yang pertama pergi kepada Abdullah ayahanda Nabi kita Muhammad s.a.w, dan yang kedua pergi kepada Abdu Manaf atau Abu Talib iaitu ayah kepada Sayyidina Ali. Kenyataan ini tersebut dalam kitab-kitab Syiah seperti “Ilaalu As Syarai”, jilid 1 mukasurat 159 karangan Ibn Babwaih dan “Khitabu Al Khisal”, jilid 1 mukasurat 189 oleh pengarang yang sama. Daripada Abdullah, Nur itu diterima oleh Nabi kita, daripada Abdu Manaf ia diterima oleh Sayyidina Ali. Kerana itulah mereka memanggil Nabi sebagai “Imamul Anbiya” dan Sayyidina Ali sebagai “Imamul Auliya”. Riwayat ini dengan terang menyatakan bahawa Sayyidina Ali mempunyai kesamaan darjat dengan Rasulullah s.a.w. Keistimewaan yang diperolehinya bukanlah melalui Nabi tetapi melalui kejadian semulajadinya. Kerana itulah Baqir Al-Majlisi dalam “Jilaau Al-‘Uyun” meriwayatkan bahawa di hari pertama kelahirannya lagi Sayyidina Ali telah bercakap. Dia bertanya Nabi s.a.w, “Adakah engkau mengenali diriku?”. Nabi s.a.w menjawab, “Ya”. Kemudian Nabi s.a.w bertanya Sayyidina Ali begitu juga dan Sayyidina Ali juga menjawab, “Ya”. Hari ini dinamakan hari “Arfah” iaitu “Hari Perkenalan”. (SAMBUNGAN NOTA DI DALAM RUANGAN KOMEN KZbin) - KE BAHAGIAN 4
@muhammadshahzulimanzultaik7094
@muhammadshahzulimanzultaik7094 Жыл бұрын
Shallallahu 'ala Muhammad..
@hazarddavid6987
@hazarddavid6987 5 жыл бұрын
Terbaik ustaz
@user-br4tx4jg3u
@user-br4tx4jg3u 4 жыл бұрын
mantab ustadz... bongkar semua kesesatan
@servantofAllah3113
@servantofAllah3113 Жыл бұрын
Kaum Saba' (Saba'):48 - Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku mewahyukan kebenaran. Dia Maha Mengetahui segala yang ghaib".Sajdah (As-Sajdah):4 - Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Tidak ada bagi kamu selain dari pada-Nya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?Sajdah (As-Sajdah):6 - Yang demikian itu ialah Tuhan Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.Sajdah (As-Sajdah):2 - Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya, (adalah) dari Tuhan semesta alam.
@izzatzakwanzahari1646
@izzatzakwanzahari1646 10 ай бұрын
Alhamdulillah
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 3 жыл бұрын
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN KOMEN KZbin - 5 DARI 5 Nama asal Abdul Mutalib ialah Syaibah. Ayahnya Hashim telah pergi ke Syam untuk tujuan perniagaan. Dalam perjalanan ia berhenti di Madinah. Di sana ia telah terpikat dengan seorang gadis bernama Salma dari Banu Najjar dan berkahwin dengannya. Setelah beberapa hari bersamanya Hasyim berangkat ke Syam dan semasa pulang dari Syam, Hasyim telah meninggal dunia dalam perjalanannya di Ghaza. Tetapi Salma sudahpun mengandung pada ketika itu. Bila ia melahirkan anak didapati rambut anaknya itu beruban, lalu diberi namanya ”Syaibah”. Ia dipelihara di Madinah selama 8 tahun. Apabila saudara Hasyim yang bernama Muttalib mendapat tahu ia terus pergi ke Madinah dan membawa pulang anak itu bersamanya ke Mekah. Oleh kerana anak itu dididik dan dipelihara oleh Muttalib, orang ramai mula memanggilnya dengan “Abdul Muttalib”. Yang menjadi persoalannya ialah ayah Abdul Muttalib itu meninggal dunia sebelum kelahirannya lagi, adakah setelah mati selama 15 atau 16 tahun ayahnya hidup kembali untuk membawanya pergi bertemu dengan seorang tukang tenung Quraisy? Kisah ini menunjukkan sama ada Ka’ab Al-Ahbar itu adalah pendusta sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari, ia tidak mengetahui sejarah hidup orang Mekah atau mungkin juga kisah ini merupakan hasil fikiran Abu Bakr bin Maryam yang sudah bercelaru itu. Daripada kisah ini dapat diketahui beberapa perkara: a. Menjadikan Nur Muhammad sebagai wasilah itu sebenarnya sunnah orang-orang kafir Mekah. b. Nur Muhammad itu berpindah daripada seorang kepada seorang yang lain apabila ia menjadi remaja. Jangan-jangan “Nur keremajaan” itu pula yang dipercayai sebagai Nur Muhammad!. c. Orang-orang yang telah dipilih menerima Nur Muhammad dari satu generasi kepada satu generasi yang lain rupanya tidak berkahwin melainkan dengan kebenaran Allah dan cara untuk mengetahui keizinan Allah itu ialah dengan mengadu nasib kepada tukang tenung! Ada pula riwayat yang menyebutkan bahawa bila Nur Muhammad itu bersinar-sinar di dahi Abdullah maka ia dikenali dan dicam oleh seorang tukang tenung perempuan. Dia mengajak Abdullah untuk tidur bersamanya dengan harapan Nur itu akan berpindah kepadanya. Tetapi bukan dia yang bertuah mendapatkan Nur itu kerana Abdullah enggan mengikutinya dan terus pulang ke rumah. Di rumahnya, ibunda Nabi s.a.w telah dipilih Allah sebagai pewaris Nur Muhammad itu. Setelah Nur Muhammad itu berpindah kepada Aminah, Abdullah datang semula kepada tukang tenung itu dan memintanya untuk bersama tetapi tukang tenung perempuan itu pula yang menolak dengan alasan Nur yang berkilau di dahinya sebelum ini telahpun berpindah ke tempat lain. Riwayat ini dengan perincian dan lafaz yang berbeza-beza dikemukakan oleh Ibn Saad, Kharaiti, Ibn Asakir, Baihaqi dan Abu Nu’aim di dalam “Dalail” masing-masing. Ibn Saad dalam “Tabaqat”nya telah mengemukakan riwayat ini melalui tiga jalan. Jalan yang pertama terdapat padanya Waqidi sebagai perawi yang pertama dan di dalam riwayat yang kedua terdapat Al-Kalbi. Kedua-dua mereka ini terkenal sebagai pendusta. Sementara jalan riwayat yang ketiga pula berhenti pada Abu Yazid Al-Madani seorang tabii, maknanya perawi sebelumnya tidak diketahui. Abu Yazid Al-Madani ini walaupun telah ditausiqkan oleh sebahagian tokoh-tokoh hadith tetapi Syeikhul Kul di Madinah Imam Malik berkata, “Aku tidak mengenalinya”. Abu Zurah pula berkata, “Saya tidak tahu tentangnya”. Abu Nu’aim pula mengemukakan riwayat ini melalui empat jalan tetapi tidak ada satupun daripada sanad-sanadnya boleh diterima kerana di dalam sanad yang pertama terdapat Nadhar bin Salamah, Ahmad bin Muhammad dan Abdul Aziz bin Amar Az-Zuhri. Ketiga-tiga mereka ini adalah orang yang tidak diterima oleh tokoh-tokoh ilmu rijal hadith. Dalam sanad yang kedua terdapat Muslim bin Khalid Az-Zinji dan dia dianggap sebagai perawi yang dhaif. Selainnya terdapat beberapa perawi yang “majhul” (tidak diketahui latar belakangnya). Sanad yang ketiga pula terhenti pada Yazid bin Syihab Az-Zuhri. Dia tidak menyatakan silsilah sanad sebelumnya dan keadaannya sendiripun tidak diketahui. Sanad Baihaqi tidak lain daripada sanad yang ketiga yang dikemukakan oleh Abu Nuaim tadi. Adapun sanad oleh Kharaaithi dan Ibn Asakir pula adalah sanad yang tidak muktabar. Dalam kenyataan yang ringkas ini tidaklah penulis bercadang untuk memperincikan setiap perawi yang merupakan mata rantai sanad-sanad riwayat ini. Cukuplah dengan disebutkan bahawa perawinya adalah orang-orang yang tidak boleh diterima periwayatannya. Seterusnya apa yang perlu diteliti oleh kita ialah sudut dirayahnya yang secara terang-terang menunjukkan kepalsuannya kerana ia menunjukkan ayahanda Nabi kita Muhammad s.a.w. sebagai seorang yang bermata keranjang dan jahat. Apabila ia menyatakan bahawa kerana sesuatu sebab Abdullah telah menolak ajakan tukang tenung perempuan yang juga pelacur itu tetapi kemudiannya dia sendiri yang mencari perempuan itu untuk digaulinya, perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menentukan sama ada riwayat ini sebenarnya menyatakan kelebihan Nabi atau ia merupakan satu bentuk tabarra terhadap ayahanda Nabi s.a.w. dan menampilkannya sebaga seorang yang jahat? 8. Kesimpulan: Daripada perbincangan yang lalu dapat disimpulkan beberapa perkara: a. Hadith-hadith yang berhubung dengan Nur Muhammad tidak ada satupun yang sahih, bahkan tidak ada satupun yang dhaif. b. Riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad sebagai kejadian yang pertama diciptakan bertentangan dengan hadith-hadith yang sahih yang menyatakan “arasy” dan “qalam” sebagai kejadian yang pertama. c. Kejadian manusia bukanlah daripada Nur seperti kejadian malaikat tetapi ia dijadikan daripada tanah. d. Ada beberapa hadith sahih yang menyatakan Nabi s.a.w berdoa meminta supaya Allah menjadikannya Nur. Bermaksud: “Ya Allah! Jadikanlah aku Nur”. Apa ertinya Nabi meminta supaya dijadikannya cahaya kalau Baginda sememangnya berasal daripada cahaya? e. Hadith-hadith tentang Nur Muhammad sebenarnya merupakan rekaan orang-orang Syiah sebagaimana yang dapat dilihat dengan jelas di dalam kitab-kitab mereka. f. Hadith tentang Nur Muhammad adalah direka untuk membuka jalan untuk diterima konsep “Nur Panjthan”. g. Perkataan “Nur” yang disandarkan kepada Nabi adalah dengan ertinya yang majazi (bahasa pinjaman) sebagaimana perkataan Nur juga secara majazi dipakai untuk agama, Al Quran dan lain-lain. h. Hadith-hadith atau riwayat yang menceritakan tentang Nur Muhammad itu banyak juga menampilkan unsur-unsur “tabarra” (pernyataan rasa benci dan dendam kesumat) terhadap Nabi s.a.w dan ayahandanya. i. Ia memuatkan banyak sekali peranan dan mitos daripada agama dan budaya asing seperti Hindu dan lain-lain, dalam memberi gambaran Nur Muhammad sebagai rupa burung merak dan lain-lain rupa yang menurut kepercayaan mereka tentang tanasukh, awagaman atau inkarnasi. j. Ia telah terbukti merupakan satu daripada beberapa faktor utama kesesatan golongan Barelwi, Ilmu Isi, Bathiniah dan lain-lain. Oleh yang demikian tidaklah wajar Nur Muhammad itu ditonjolkan sebagai suatu keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w malah sebaliknya kita umat Islam semestinya menganggapnya sebagai satu penghinaan terhadap Nabi kita.
@mohdlotfi2565
@mohdlotfi2565 2 жыл бұрын
Habis apahal dgn kata baba ismail sepanjang dgn ustaz muhaizad yg beria ia mengatakan benda ni khilaf ulama. Sedangkan bagi org yg jahil pun perkara ini kelihatan sgt karut sama mcm cerita2 penglipur lara serta berunsur semacam ajaran syiah yg terlampau memuja seseorang tokoh sehingga melampaui batas2 logik serta fikiran waras.
@faizfaiz965
@faizfaiz965 2 жыл бұрын
Muhaizad kan penglipurlara, memang suka sebarkan cerita² merepek & karut. Hujung² sumber dari mimpi, tu pun konon²nya.
@jhf7779
@jhf7779 2 жыл бұрын
Yg aku pelik, pengikut dia masih lagi pertahankan lagi muhaizad tu.
@xaviahmad6368
@xaviahmad6368 2 жыл бұрын
Mmg khilaf ulama pun. Ulama tu muhaizad la. Pengikut dia anggap muhaizad tu ulama. Umpama khilaf antara imam muhaizad dgn imam bukhari🤣🤣
@MatrixMondays-he1om
@MatrixMondays-he1om Жыл бұрын
​@@xaviahmad6368 muhaizad tu ulama jadian 😂😂
@YtubeShah
@YtubeShah Жыл бұрын
Nik Aziz tu dah betul dah.. Wafatnya ulamak, hilang ilmu.. Yg byk muncul hari ini yg batil merapu.. Penin
@kasimpatalon4648
@kasimpatalon4648 Жыл бұрын
Ahli bidaah akan takwil sejauh mungkin utk sesuaikan agama dgn budaya... Dah lama menganut hindu, lalu Islam pun nak dijadikan seperti hindu... Tinggal yg tak cerdik saja akan terima fahaman nur Muhammad yg menyeleweng ni... Nak belajar tasawuf tapi tersesat kerana kandungan pengajaran tasawuf pun dah tersesat
@malikidaud3148
@malikidaud3148 2 жыл бұрын
Kalau Nur Muhammad suatu konsep yg amat penting seperti yg didendangkan oleh golongan batiniah, mestilah ianya ditekankan dalam AlQuran dan ditekankan dalam banyak hadis2 soheh.
@budean88
@budean88 2 жыл бұрын
Setuju... Kalau Nur Muhammad sangat penting dan wujud, kenapa Nur Muhammad tidak diceritakan jelas dan nyata sperti "poligami: kahwinlah kamu 2,3,4 dan kalau tak mampu kahwin lah 1 sahaja"... Isu poligami pun dicerita detail berbanding Nur Muhammad.
@umaqibrahim7720
@umaqibrahim7720 Жыл бұрын
setuju
@latibmajid9010
@latibmajid9010 Жыл бұрын
Betul dan setuju..
@pawangtenggiri2286
@pawangtenggiri2286 Жыл бұрын
Nur Muhammad ni cerita rahsia kerajaan nk memerintah Kut. Kaum batiniah faham sangat ujub dia.kalau berlainan sikit dgn org biasa mungkin tak seronok
@Siloglie6421
@Siloglie6421 2 жыл бұрын
Geng Geng NUR Muhammad ni memang CANTIK lah sudah kaitkan cerita NUR MUHAMMAD dgn MAHKLUK NABI NABI,MANUSIA dan MALAIKAT ...habis tu macam mana kaitannya cerita NUR MUHAMMAD dgn MAHKLUK IBLIS,SYAITAN,JIN Dan HAIWAN yg semuanya ini juga dari NUR MUHAMMAD.
@mohdsuhairimamat
@mohdsuhairimamat 2 жыл бұрын
✅✅✅
@bismillah5246
@bismillah5246 2 жыл бұрын
*HAKIKAT AQIDAH NUR MUHAMMAD* Di antara keyakinan keliru yang digagas oleh aqthâb (tokoh) Sufi, disebarkan dan dibela oleh mereka, aqidah Nur Muhammad. Mereka pun membakukan ushul (landasan-landasan) untuk membenarkan aqidah ini dalam kitab-kitab yang mereka tulis dan dalam syair-syair mereka susun. Hanya, meski cukup terkenal aqidah ini, namun para Ulama mereka belum satu kata dalam mendefinisikannya secara detail dan jelas. Masing-masing menyampaikannya sesuai dengan perasaan dan apa yang terbetik pada firasatnya (?!). Mereka mengatakan, “(Yang dimaksud Nur Muhammad) bahwa Rasûlullâh ﷺ diciptakan dari cahaya, dan yang pertama kali diciptakan oleh Allâh Azza wa Jalla adalah cahaya Muhammad; dan bumi seisinya diciptakan karena Rasûlullâh, kalaulah tidak ada beliau, maka bumi tidak akan pernah ada dan diciptakan” Yûsuf Ismâil an-Nabhâni salah satu pembela ideologi ini menjelaskan makna istilah yang aneh ini dengan berkata, “Ketahuilah, bahwasannya tatkala kehendak al-Haq (Allâh) berhubungan dengan penciptaan para makhluk-Nya, Allâh Azza wa Jalla telah menampakkan haqiqat Muhammad dari cahaya-cahaya-Nya, kemudian dengan sebabnya tersingkaplah seluruh alam dari atas hingga bawahnya …….kemudian terpancarlah darinya sumber ruh-ruh, sedangkan dia (Muhammad) merupakan jenis (ruh) yang paling tinggi di atas segala jenis dan sebagai induk terbesar bagi seluruh makhluk yang ada.” [Al-Anwâr al-Muhammadiyyah hlm. 9]. Ini mengandung pengertian bahwasanya Allâh Azza wa Jalla menciptakan Muhammad dari cahaya-Nya dan bahwa Dia Azza wa Jalla menciptakannya sebelum penciptaan Adam, bahkan sebelum menciptakan seluruh alam. Dan bahwa segala sesuatu diciptakan dari cahaya Muhammad. Salah satu dari tokoh mereka juga mengatakan, “KALAULAH TIDAK ADA DIA (MUHAMMAD), MATAHARI, BULAN… BINTANG, LAUH, DAN QOLAM TIDAK AKAN PERNAH DICIPTAKAN”.[ Tanbîhul Hudzdzâq hlm. 27, nukilan dari Huqûqin Nabiyyi , DR. Muhammad Khalîfah at-Tamîmi, 2/714]. *MELURUSKAN AQIDAH NUR MUHAMMAD* Apa yang mereka sampaikan di atas, adalah anggapan-anggapan yang batil dan pernyataan-pernyataan yang tidak memiliki bukti (dasar) dari al-Qur`ân maupun Hadits Nabi yang shahih. Dan tatkala mereka dimintai dalil yang shahih dan jelas serta tidak kontradiktif dengan nash-nash yang ada, mereka malah berhujjah dengan hadits-hadits yang seluruhnya berderajat maudhû (palsu). *Di antaranya:* “KALAU TIDAK ADA KAMU, BINTANG-BINTANG TIDAK DICIPTAKAN” [As-Silsilah adh-Dha’îfah hadits no. 282] “AKU MENJADI NABI, SEDANG ADAM, AIR DAN TANAH BELUM ADA” [As-Silsilah adh-Dha’îfah hadits no. 303] Sesunggunya dia (Muhammad) dulu adalah cahaya yang ada di sekeliling Arsy. Kemudian beliau bersabda, “WAHAI JIBRIL, AKU DULU ADALAH CAHAYA ITU” [As-Silsilah adh-Dha’îfah hadits no. 1/474] Hadits-hadits ini berderajat palsu, sementara sanad (para perawi yang meriwayatkannya) dan matannya (teks haditsnya) pun munkar. Sungguh aneh, mereka menggunakan hadits-hadits palsu ini untuk menguatkan aqidah Nur Muhammad, padahal mereka mengatakan tidak bolehnya menggunakan hadits Ahad sebagai hujjah dalam masalah aqidah, walaupun terdapat dalam Shahîh al-Bukhâri dan Shahîh Muslim !!! Apakah pantas hadits-hadits seperti ini dijadikan hujjah (dasar) dalam agama?! Bagaimana mereka bisa menggunakan hadits-hadits tersebut sebagai hujah padahal bertentangan dengan firman Allâh Azza wa Jalla ; “DAN AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN SUPAYA MEREKA MENGABDI KEPADA-KU” [ad-Dzâriyât/51:56] Sungguh Allâh Azza wa Jalla telah menjelaskan dalam ayat ini bahwa Dia Allah Azza wa Jalla tidak menciptakan jin dan manusia seluruhnya termasuk Nabi Muhammad ﷺ kecuali untuk tujuan ibadah kepada-Nya saja. Tujuan mengadopsi kesesatan ini, agar mereka dapat menghilangkan makna tauhid. Bagaimana bisa khurofat ini melekat pada sebagian akal kaum Muslimin, seolah-olah mereka belum pernah membaca ayat di atas. Mungkin saja, karena kebodohan (tentang agama) yang terlalu parah telah bermain pada akal mereka. Tentang keyakinan mereka bahwa Nabi Muhammad berasal dari cahaya, bukan seperti manusia dalam hal penciptaannya, keyakinan tersebut bertentangan dengan nash-nash yang telah ada dalam al-Qur`ân, seperti firman Allâh Azza wa Jalla : “KATAKANLAH, “MAHA SUCI RABBKU, BUKANKAH AKU INI HANYA SEORANG MANUSIA YANG MENJADI RASUL?” [al-Isrâ/16:93] Dan juga menyelisihi firman Allâh Azza wa Jalla berikut yang menyatakan adanya nabi dan rasul sebelum beliau: “KATAKANLAH, “AKU BUKANLAH RASUL YANG PERTAMA DI ANTARA RASUL-RASUL”. [al-Ahqâf/46:9] Barangsiapa yang mengingkari Nabi Muhammad ﷺ sebagai manusia dan meyakininya berasal dari cahaya yang tidak memiliki bayangan, sungguh orang tersebut telah menghina Nabi Muhammad ﷺ, padahal ia menginginkan untuk mengagungkan beliau. Syaikh Ibnu Bâz rahimahullah berkata tentang aqidah Nur Muhammad, “Sehubungan dengan perkataan sebagian manusia dan khurofi, serta kalangan Sufi bahwa ‘beliau (Nabi Muhammad ﷺ) diciptakan dari cahaya’ atau ‘yang pertama kali diciptakan adalah cahaya Muhammad ﷺ, ini semua kabar (riwayat) yang tidak ada asalnya, seluruhnya kebatilan, merupakan berita palsu yang tidak ada dasarnya (sama sekali) sebagaimana telah disebutkan di muka”. Beliau rahimahullah mengatakan, “(Pernyataan) bahwa dunia diciptakan karena (Nabi) Muhammad ﷺ, kalau tidak ada Muhammad ﷺ maka dunia tidak akan pernah ada, juga tidak akan diciptakan makhluk (lainnya), ini merupakan kebatilan, tidak ada asalnya, ini perkataan yang rusak. Allâh Azza wa Jalla menciptakan dunia agar Dia dikenal, diketahui dan diibadahi (oleh makhluk). Allâh Azza wa Jalla menciptakan dunia dan seluruh makhluk agar dikenal melalui nama-nama dan sifat-sifat-Nya, kekuasaan dan ilmu-Nya, agar ibadahi, tidak ada sekutu bagi-nya, bukan karena Nabi Muhammad ﷺ, Nabi Nuh Alaihissalam, ataupun Nabi Isa Alaihissallam maupun karena nabi lainnya. Allâh menciptakan seluruh makhluk agar mereka beribadah kepada-Nya. Allâh berfirman: “DAN AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN SUPAYA MEREKA MENGABDI KEPADA-KU” [ad-Dzâriyât/51:56] Di sini, Allâh Azza wa Jalla menjelaskan bahwa Dia menciptakan mereka agar beribadah kepada-Nya, bukan karena Muhammad ﷺ. Nabi Muhammad ﷺ termasuk dalam kandungan ayat di atas, diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. Hal ini sebagaimana firman Allâh Azza wa Jalla : “DAN SEMBAHLAH RABBMU SAMPAI DATANG KEPADAMU YANG DIYAKINI (AJAL)” [al-Hijr/15:99] Allâh Azza wa Jalla berfirman: “ALLÂH-LAH YANG MENCIPTAKAN TUJUH LANGIT DAN SEPERTI ITU PULA BUMI. PERINTAH ALLÂH BERLAKU PADANYA, AGAR KAMU MENGETAHUI BAHWASANYA ALLÂH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU, DAN SESUNGGUHNYA ALLAH ILMU-NYA BENAR-BENAR MELIPUTI SEGALA SESUATU” [ath-Thalâq/65:12] Allâh Azza wa Jalla berfirman: “DAN KAMI TIDAK MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN APA YANG ADA ANTARA KEDUANYA TANPA HIKMAH” [Shâd/38:27]” Beliau rahimahullah juga mengatakan: “Ini semua yang engkau dengar (ada di tengah masyarakat) merupakan kebatilan, tidak ada dasarnya sama sekali (dalam Islam), Allâh Azza wa Jalla tidak menciptakan makhluk, tidak jin, manusia, langit dan bumi dan makhluk lainnya bukan lantaran Muhammad, bukan juga karena rasul yang lain. Akan tetapi, menciptakan semua makhluk dan dunia untuk tujuan agar Allâh Azza wa Jalla diibadahi dan menjadi sarana mengenal nama-nama dan sifat-sifat-Nya” [Fatâwa Nûr ‘ala ad-Darb 1/96-100]. Dengan demikian, sudah jelas, penyimpangan aqidah Nur Muhammad yang diyakini oleh sebagian orang (kaum Sufi). Sebuah keyakinan yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad kepada umat Islam. Maka, harus disingkirkan jauh-jauh dari umat Islam. Wallâhu a’lam Referensi: almanhaj.or.id/3643-dunia-diciptakan-karena-nur-cahaya-nabi-muhammad-shallallahu-alaihi-wa-sallam.html
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 3 жыл бұрын
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN KOMEN KZbin - 4 DARI 5 Tujuan mereka mengadakan riwayat yang seperti ini ialah untuk mengemukakan jalan Wilayah dan Imamah yang beriringan dengan jalan Nubuwwah dan Risalah. Tidak hairanlah jika dilihat dalam silsilah-silsilah tarekat tasawwuf yang berusaha mendapatkan maqam kewalian, mempunyai perkaitan dan perhubungan dengan Sayyidina Ali. Semuanya berakhir dan berhenti silsilahnya pada Sayyidina Ali yang merupakan Imamul auliya’ seolah-olahnya tidak ada Sahabat-sahabat yang lain yang menjadi jalan untuk sampai kepada maqam kewalian itu selain daripada Sayyidina Ali. Bukankah ini merupakan suatu kesan daripada memecahkan Nur Muhammad kepada Abdullah dan Abu Talib tadi? Ibn Saad, Thabarani, Abu Nu’aim, Bazzar dan lain-lain telah menukilkan satu riwayat ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud, “Dia melihat engkau ketika engkau berdiri dan berbolak balik di kalangan orang-orang yang sujud”, bahawa ayat ini bermaksud, “Bahawa Rasulullah s.a.w dalam perpindahannya dalam sulbi para Nabi bermula daripada Adam sampailah kepada kemunculannya dilihat oleh Allah”, padahal “siaq” (ayat berikut) dan “sibaq” (ayat sebelum) ayat ini langsung tidak menyokong tafsiran yang dikemukakan malah riwayat ini adalah palsu kerana ia telah dinukilkan oleh Al-Kalbi daripada Ibn Abbas, sedangkan anak-anak murid Ibn Abbas seperti Mujahid, Ikrimah, Qatadah dan lain-lain pula tidak mengemukakan tafsiran seperti ini bahkan mereka semua menyatakan, “Yang dimaksudkan dengan “berbolak balik engkau itu” ialah “qiam dan sujud engkau dalam sembahyang bersama Sahabat”. Selain dari itu dakwaan Nur Muhammad itu berpindah dari seorang nabi kepada seorang nabi yang lain terus menerus sampailah kepada Nabi Muhammad adalah sesuatu yang salah kerana berapa orangkah daripada anak cucu Nabi Ismail selain daripada Rasulullah s.a.w yang telah dilantik menjadi Nabi? Begitu juga berapa orangkah yang dilantik menjadi Nabi daripada anak cucu Nabi Nuh hingga kepada Nabi Ibrahim? Sebenarnya dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Kalau dimaksudkan perpindahan Nur Muhammad itu adalah di kalangan nenek moyang Nabi, maka itu bercanggah dengan kenyataan kerana ramai sekali di antara nenek moyang Nabi kita terdiri dari orang musyrik dan penyembah berhala dan inilah pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Untuk menyembunyikan satu dusta kadang-kadang manusia terpaksa mengada-adakan sesuatu yang tiada atau terpaksa berdusta beratus-ratus kali. Oleh kerana Syiah telah menetapkan bahawa kesemua nenek moyang Rasulullah s.a.w adalah beragama Islam, terpaksalah mereka mengada-adakan sekian banyak hadith palsu sepertimana dapat dilihat dalam hadith-hadith yang menyatakan perpindahan Nur Muhammad daripada seorang nabi kepada seorang nabi yang lain. Nur Muhammad berpindah dari Adam sehingga Abdul Mutalib dan dari Abdul Mutalib Nur Muhammad tadi berpecah dua, satu pergi kepada Abdullah ayah Nabi kita dan satu lagi pergi kepada Abdu Manaf iaitu Abu Talib, ayah kepada Sayyidina Ali. Tujuan mereka ialah ingin meletakkan Sayyidina Ali setaraf dengan Rasulullah s.a.w dan tidak kurang daripada Nabi s.a.w. Kalau Nabi merupakan “Sayyidul Anbiya’ ” maka Sayyidina Ali pula merupakan “Imamul Auliya’ ”. Sementara Imam, Wali dan Wasi pula bagi golongan Syiah adalah satu pangkat yang tidak kurang daripada pangkat kenabian. Ini kerana terdapat segala ciri kenabian padanya seperti dilantik oleh Allah; wajib ditaati, terpelihara daripada dosa-dosa, didatangi oleh malaikat yang lebih agung daripada Jibril dan Mikail, cuma ia tidak dinamakan “Nabi” sahaja. Dari sini dapat kita lihat bahawa kejadian Nur Muhammad itu bertitik tolak juga daripada ajaran Syiah. Jika dilihat daripada konsep “Panjthan” oleh Syiah iaitu lima peribadi istimewa iaitu Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain, kita dapati bahawa konsep Nur Muhammad ini betul-betul berpunca daripada Syiah. Contohnya daripada satu riwayat Syiah yang diambil daripada Sayyidina Ali daripada Rasulullah s.a.w, sabdanya, “Sesungguhnya aku dan Ahli Baitku merupakan Nur di hadapan Allah Tabarakwatala sebelum Dia menjadikan Adam selama 14,000 tahun” - (“Al Ihtijaj”, jilid 1 muka surat 212 karangan At Thabarsi). Dalam satu riwayat yang lain disebutkan ”…7,000 tahun sebelum kejadian Adam” - (Iiaau As Syara’, jilid 1 muka surat 208 karangan Ibn Babwaih). Dalam riwayat yang ketiga tersebut, “Aku dan Ali diciptakan dalam satu nur 2,000 tahun sebelum Allah menjadikan Adam” -[ (ibid) jilid 1 muka surat 134 ]. 7. Sanggahan Terhadap Konsep Nur Muhammad Di dalam riwayat yang mula-mula dikemukakan dalam maqalah ini, daripada Nur Muhammad dijadikan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan dalam riwayat-riwayat Syiah semua kisah ini tidak ada? Mungkin juga ada orang Ahlus Sunnah yang jahil telah berusaha menandingi riwayat yang direka oleh Syiah itu dengan mencipta hadith Nur Muhammad yang berpecah kepada Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali untuk membuktikan bahawa mereka itu juga tidak kurang daripada Ali atau mungkin juga riwayat inipun direka oleh Syiah atas nama Ahlus Sunnah untuk menunjukkan bahawa ahlus sunnah juga tidak berbeza dengan mereka dalam konsep asal Nur Muhammad itu sendiri. Syiah ingin membuktikan Ahlus Sunnah juga menerima kewujudan Nur Muhammad sebagai makhluk yang pertama lahirnya daripada Tuhan seperti yang dipercayai oleh golongan Syiah. a. Nur Muhammad itu begitu istimewa sehingga diriwayatkan bahawa seramai 200 orang perempuan Bani Abdul Manaf dan Qabilah Makhzum telah mati kerana tergila-gilakan Abdullah ayahanda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mati dalam keadaan membujang dan tidak ada seorangpun daripada perempuan Quraisy yang tidak jatuh sakit kerana kecewa tidak dapat menjadi isteri Abdullah. Yang menjadi persoalan kepada kita ialah, bolehkah ahli-ahli kisah Maulud Nabi mengemukakan senarai nama 200 orang daripada Bani Abdu Manaf dan Bani Makhzum yang dikatakan telah mati kerana tidak dapat menjadi isteri Abdullah. b. Atau, bolehkah mereka mengemukakan nama-nama hanya 10 orang perempuan Bani Makhzum dan Bani Abdu Manaf yang tidak berkahwin sepanjang hidupnya itu? c. Kenapakah ramai anak-anak gadis dan perempuan daripada kedua-dua keluarga ini sahaja yang kecewa kerana tidak dapat berkahwin dengan Abdullah? Kenapa pula perempuan dari Bani Zuhrah, Bani Jumah, Bani Asad, Bani Khuwailid, Bani Taim, Bani Adiy dan Bani Ghalib tidak pula mengalami kekecewaan seperti itu? d. Mungkin juga al-Walid bin Mughirah, Abu Jahal dan lain-lain memusuhi Nabi kerana membalas dendam di atas kematian ibu-ibu dan anak-anak gadis mereka yang telah terkorban kerana tidak terpilih sebagai isteri Abdullah! e. Salah seorang anak Abdul Manaf bernama Hasyim dan anak-anak cucu Hasyim dinamakan Bani Hasyim. Bolehkah ahli-ahli kisah Maulud Nabi menceritakan berapa ramaikah agaknya anak-anak gadis atau perempuan-perempuan daripada Bani Hasyim yang telah mati atau terus membujang kerana kecewa untuk menjadi isteri Abdullah? f. Kalaulah diterima kisah itu maka ia bererti malam perkahwinan Abdullah dan Aminah merupakan malam perkabungan bagi penduduk Mekah! Agaknya mereka juga berkabung seperti orang-orang yang berkabung pada 10 Muharram dan menyatakan “tabarra” terhadap Abdullah. Apakah perkara ini sebenarnya boleh ditonjolkan sebagai keutamaan Nabi? Atau ia sebenarnya merupakan “tabarra” dalam bentuk yang sangat licik terhadap Nabi dan ayahandanya Abdullah? Dalam riwayat-riwayat tersebut bahawa Nur Muhammad itu sampai kepada Abdul Mutalib ketika beliau sedang tidur di dalam Ka’bah pada waktu siang. Sebaik sahaja terjaga matanya kelihatan bercelak, rambutnya kelihatan berminyak, wajah dan tubuhnya kembali menjadi muda belia. Abdul Mutalib terkejut dengan keadaannya sendiri. Maka ia dibawa oleh ayahnya mengadap seorang tukang tenung dari kalangan Quraisy. Berkata tukang tenung itu, “Allah telah mengizinkan agar anak ini dikahwinkan”. Nur Muhammad di dalam diri Abdul Mutalib telah menyebabkan tubuhnya wangi seperti kasturi. Apabila orang-orang Quraisy ditimpa kesusahan dan lain-lain mala petaka mereka menjadikan Nur Muhammad itu sebagai wasilahnya agar doa mereka diterima. Riwayat ini dikemukakan oleh Abu Saad Naisaburi (wafat 307H) di dalam kitab “Syarafu Al-Mustaffa” melalui sanad Abu Bakar bin Abi Maryam daripada Ka’ab Al-Ahbar seorang muallaf yang berasal Yahudi dari kalangan tabii. Pertama sekali perlu dilihat bahawa silsilah riwayat ini terhenti pada seorang tabi’i, tidak tersebut pula sanad di atasnya. Walaupun Kaab Al-Ahbar dianggap sebagai salah seorang yang terbaik di antara muallaf Yahudi namun Imam al-Bukhari mengatakan dia pembohong. Dialah yang merupakan punca dan sebab utama bagi riwayat-riwayat Israiliat yang ganjil dan pelik. Sementara perawi di tengahnya ialah Abu Bakr bin Abi Maryam. Beliau dengan ittifaq tokoh-tokoh hadith merupakan seorang perawi yang dhaif. Kerana satu kemalangan yang menimpanya, fikirannya jadi celaru. Selain itu Ka’ab Al-Ahbar telah mati di zaman Sayyidina Uthman yakni sebelum tahun 35H sedangkan Abu Bakr bin Abi Maryam pula wafat pada tahun 156H. Abu Bakr bin Abi Maryam adalah seorang ‘abid dan zahid. Walaubagaimanapun riwayat-riwayatnya tidak diterima oleh ulama’-ulama’ hadith. Bagaimana ia boleh menerima riwayat-riwayat daripada Ka’ab yang telah begitu lama meninggal dunia sebelum daripadanya? (SAMBUNGAN NOTA DI DALAM RUANGAN KOMEN KZbin) - KE BAHAGIAN 5
@alquranhashim1221
@alquranhashim1221 2 жыл бұрын
As'salamualaikum tuan , saya ada baca Kitab Nabi bercukur , ada cerita tersebut Wasalam
@MatrixMondays-he1om
@MatrixMondays-he1om Жыл бұрын
Mana lg penting, akidah atau bercukur?? Cer jawab
@roslannordin5960
@roslannordin5960 3 жыл бұрын
BENDA GHAIB LEBIH BAIK RUJUK AL-QURAN DAN HADIS.
@ijamsilah5009
@ijamsilah5009 Жыл бұрын
NUR itu adalah satu sebutan/perkataan dalam memahami sesuatu pengetahuan dan berubah mengikut bahasa atas bangsa/kaum masing-masing... Ia juga boleh menjadi suatu perkataan simbolik bagi menerangkan sesuatu hal. Oleh kerana kefahaman akal fikiran sangat berbeza dan berperingkat-peringkat pada tiap-tiap insan maka Allah berfirman :- Hadits #1435 وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللهُ عَنْهُ - : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - ، قَالَ : (( يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي ، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ، ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي ، وَإِنْ ذَكَرنِي فِي مَلَأٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ )) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu.” (Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675] Berlapang dada dalam menerima perbezaan pendapat adalah jalan terbaik tetapi perlu tetap bertegas dalam mendirikan yang hak (dengan izin). Saya berpendapat tidak semua antara kita akan dapat memahami kesemua hal yang disampaikan oleh Nabi dan sahabat... dan segala kekeliruan yang berlaku biasanya apabila seseorang itu degil mahu mencuba menyentuhnya dan mengandaikan sesuatu hal diluar bidang atau mereka-reka, membuat kesimpulan sendiri tampa bahan-bahan rujukan atau tidak pernah belajar.. tidak pernah berjumpa 'Mursyid' (Guru yang dipilih oleh Allah.. bukan dari kertas CERTIFICATE) Tidak semua hadith itu pula dapat dirawikan wahai sahabat.... Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu pernah mengatakan, حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وِعَاءَيْنِ ، فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَبَثَثْتُهُ ، وَأَمَّا الْآخَرُ فَلَوْ بَثَثْتُهُ قُطِعَ هَذَا الْبُلْعُومُ Aku menghafal dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dua bejana ilmu. untuk satu bejana sudah saya sampaikan kepada kalian. Untuk bejana yang kedua, andai saya sampaikan kepada kalian maka kepalaku akan dipenggal. (HR. Bukhari 120) Dalam riwayat lain, orang-orang mengkritik Abu Hurairah, أَكْثَرْتَ أَكْثَرْتَ “Kamu terlalu banyak menyampaikan 'HADITH'.” Lalu Abu Hurairah mengatakan, فَلَوْ حَدَّثْتُكُمْ بِكُلِّ مَا سَمِعْتُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَرَمَيْتُمُونِي بِالْقَشْعِ ، وَلَمَا نَاظَرْتُمُونِي Andai aku sampaikan semua yang pernah aku dengar dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, tentu kalian akan melempariku dan kalian tidak akan mendebatku. (HR. Ahmad 10959 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth) Apabila Allah memelihara Qalam-Nya maka tiadalah upaya yang lain dapat memusnahkan selain dari-Nya, berpindahlah (dengan izin) dari dada mursyid ke dada mursyid 'TANPA TINTA' selama mana Allah izin hingga diangkat kembali pada akhir zaman "Seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, dan ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi untuk menjadi tinta setelah habis-nya lautan yang pertama, niscaya tidak akan habis-habisnya kalimat-kalimat Allah dituliskan. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, tidak ada satu pun yang sanggup mengalahkan-Nya Mahabijaksana dalam setiap pengaturan dan kebijakan-Nya" (Lihat: al-Kahf/18: 109). Apabila diturunkan dari zaman ke zaman ia tetap Qalamullah cuma bukan wahyu namanya dan tidak disebut sebagai 'HADITH'. Al-Quran & Hadith itu mencakupi ilmu pengetahuan sepanjang zaman tetapi bukan bermaksud Allah sudah pencen sebagai yang bersifat Qalam (yang tiada awal dan tiada akhir) Maaf Sekadar pendapat (dengan izin)
@mohdnoor1836
@mohdnoor1836 Жыл бұрын
Terus kpd point lah saudara tak payah berlenggang lenggok lah susah orang nak faham .Agama ni mudah.Berpegang pada dalil alquran dan sunnah insyalh selamat.Soal yang berkait dgn agama tak boleh direka reka sebab agama ini ada pemiliknya.
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 3 жыл бұрын
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN KOMEN KZbin - 2 DARI 5 ) 4. Makhluk Yang Mula-Mula Dicipta Allah Mengikut Hadith Yang Sahih Apa yang diketahui daripada kitab-kitab hadith yang sahih dan muktabar, yang mula-mula sekali dicipta oleh Allah s.w.t ialah Qalam. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Abu Daud daripada Ubadah bin As-Samit daripada Nabi s.a.w, “Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali dicipta oleh Allah ialah Qalam. Maka Allah berfirman kepadanya, “Tulislah!” Iapun berkata, “Wahai Tuhan! Apakah yang perlu saya tulis?” Allah s.w.t bersabda, “Tulislah takdir segala sesuatu sehingga kiamat”. Di dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa yang mula-mula diciptakan oleh Allah ialah `Arasy. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis takdir sekelian makhluk sebelum ia mencipta langit dan bumi selama 50,000 tahun. Ketika itu arasyNya telahpun berada di atas air”. Di sini jelas menunjukkan bahawa kejadian arasy dan air adalah terdahulu daripada kejadian qalam, tetapi yang mana satu daripada arasy dan air ini pula terdahulu diciptakan? Berdasarkan riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi dan dihukum sahih olehnya dari hadith Abi Razin Al-’Uqaili secara marfu’ tersebut bahawa air telah diciptakan terlebih dahulu daripada arasy. Hafidz Ibn Hajar di dalam Fathul Baari jilid 6 hal. 289 juga mentarjihkan hadith ini. Kebanyakan ulama’ mengatakan ter”dahulu”nya qalam itu dalam penciptaannya adalah merupakan “awwaliah idhafiah” atau “terdahulu nisbi” sementara ter”dahulu”nya arasy dan air itu adalah terdahulu “awwaliah haqiqiah” maksudnya “terdahulu sebenar”. Sementara hadith yang dikatakan menyebutkan bahawa kejadian yang pertama sekali ialah Nur Muhammad pula merupakan sesuatu yang tidak berasal dan tidak sabit daripada Rasulullah s.a.w. Hafidz Ibn Taimiah dan Ibn Katsir menyatakan, “Semua hadith-hadith yang menyatakan demikian adalah palsu dan diada-adakan dengan ittifaq ahli ilmu hadith” (Al-Aatsaru Al-Marfu’ah, hal 23). Demikian juga kata Abu Hasan Ali bin Muhammad Al-Kinani dan Imam Zahabi (Tanzihu As Syari’ah Al-Maarfu’ah). 5. Kedudukan ‘Hadith’ Tentang Nur Muhammad Dikatakan ada hadith tentang Nur Muhammad telah dikemukakan oleh Abdul Razak bin Hamam dalam “Musannaf”nya padahal hadith itu tidak terdapat dalam kitab tersebut menurut perhatian penulis terhadap kitab “Musannaf” cetakan Al Maktabu Al-Islami, Beirut, dengan tahqiq oleh Allamah Al-Muhaddits Habibur Rahman Al-A’zami. Yang menghairankan ialah para ulama’ yang lalu menyebutkan hadith ini terdapat di dalam “Musannaf” seperti apa yang disebutkan oleh pengarang sebuah kitab tasawwuf dalam bahasa Jawi iaitu “Ad-Durun an-Nafis” (muka surat 23) dan Sulaiman An-Nadwi dalam “Seeratu an Nabi” (Jilid 3) tetapi Sulaiman Nadwi mengakui tidak berpeluang melihat kitab itu sendiri kerana kitab itu tidak dicetak di India pada ketika itu. Sementara Anwar Shah Kasymiri pula menyatakan hadith itu telah dikemukakan oleh Hakim dalam “Mustadrak”nya tetapi apabila diteliti tidak terdapat pun hadith itu di dalam Mustadrak, yang ada hanyalah hadith tentang qalam sebagai sesuatu yang mula-mula dijadikan oleh Allah bukannya Nur Muhammad. Tidaklah dapat dipastikan samada ulama’-ulama’ yang lalu itu hanya menukilkan riwayat dari nukilan dan kata-kata orang lain berdasarkan kepercayaan kepada orang itu tanpa melihatnya sendiri atau ada di antara mereka yang mendapati naskah “Musannaf” yang menyebutkan tentang Nur Muhammad itu. Walaubagaimanapun daripada naskhah yang tercetak dan tersebar hari ini, hadith itu memang tidak wujud. Apa yang didakwakan sebagai hadith Nur Muhammad yang terdapat di dalam kitab “Musannaf” itu mengikut sebagaimana yang dinukilkan oleh Ahmad Riza Khan Barelwi (Pengasas aliran Barelwi di India dan Pakistan) yang sesat itu di dalam kitabnya “Solatu As Safa” adalah sebagai berikut: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Jabir, “Wahai Jabir! Sesungguhnya Allah Taala telah mencipta sebelum segala sesuatu Nur Nabimu daripada NurNya. Maka Nur itu mula berputar dengan kudrat Allah selama dikehendakiNya. Pada ketika itu belum ada lagi lauh dan qalam, syurga dan neraka. Belum juga ada malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan manusia. Bila Allah hendak menjadikan makhluk, dibahagiNya Nur itu kepada empat bahagian. Daripada bahagian yang pertama dijadikan qalam, daripada bahagian yang kedua dijadikan lauh, daripada yang ketiga dijadikan arasy. Kemudian Dia membahagikan bahagian yang keempat kepada empat bahagian yang lain. Daripada bahagian yang pertama dijadikan langit, daripada bahagian kedua dijadikan bumi, daripada bahagian ketiga dijadikan syurga dan neraka kemudian yang keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian ….” hingga ke akhir hadith. Sebelum ini telah dinyatakan bahawa hadith ini tidak terdapat dalam “Musannaf” Abdul Razak. Kalau diandaikan hadith ini memang ada, maka ia perlu dinilai dan ditimbang dengan neraca ilmu hadith dan hasilnya tentu akan kita dapati bahawa ada beberapa perkara yang menghalang kita daripada menerima hadith ini untuk dijadikan sebagai pegangan. Pertama, perlu diteliti dan diketahui dengan sejelas-jelasnya siapakah Abdul Razak itu? Mengikut kebanyakan tokoh-tokoh hadith bahawa Abdul Razak adalah seorang Syiah Rafidhah. Setengah ulama’ menganggapnya sebagai pembohong. Ulama’-ulama’ hadith yang menerima riwayatnya pun mengemukakan beberapa syarat untuk diterima riwayatnya. Antaranya ialah: a. Oleh kerana beliau seorang Syiah, mana-mana riwayatnya berhubung dengan “fadhail” dan “manaqib” tidak akan diterima. b. Riwayat-riwayatnya yang menyentuh peribadi Sahabat nabi tidak akan diterima. c. Oleh kerana Abdul Razak telah kehilangan akal pada tahun 210H, ketika itu sesiapa sahaja boleh menyatakan sesuatu daripada mulutnya tanpa disedarinya, oleh itu setiap riwayat yang dikemukakan selepas tahun 210H tidak boleh diterima. d. Riwayat-riwayat yang dinukilkan oleh anak saudaranya yang bernama Ahmad bin Abdullah semuanya mungkar. e. Dia terkenal dalam kesilapannya meriwayatkan hadith-hadith Ma’mar sedangkan kebanyakan riwayat-riwayatnya adalah berpunca daripada Ma’mar. f. Sekiranya hadith yang diriwayatkannya itu hadith yang “muttasil” dan setiap perawinya adalah orang “tsiqah” barulah boleh diterima riwayatnya. Itupun bagi orang-orang yang menerima riwayatnya, sementara segolongan ulama’ hadith pula langsung tidak mahu menerima riwayatnya oleh kerana beliau dikenali sebagai Syiah Rafidhah. Zaid bin Al-Mubarak malah menyatakan Abdul Razak itu lebih pembohong daripada Waqidi. Ahmad bin Abi Khaitsamah berkata, “Saya mendengar Ibn Ma’in ketika diceritakan kepadanya bahawa Imam Ahmad berkata, “Ubaidullah bin Musa ditolak hadithnya kerana fahaman Syiahnya”. Maka Ibn Ma’in berkata, “Demi Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Abdul Razak lebih teruk 100 kali ganda daripada Ubaidullah dalam perkara ini”. (Az Zahabi-Mizanu Al-I’tidal, jilid 2 muka surat 611) Bagaimanapun pendapat kebanyakan ulama’ hadith tentang Abdul Razak ialah, beliau adalah seorang Syiah Tafdhiliah dan boleh diterima riwayat-riwayatnya dengan syarat-syarat yang telah disebutkan tadi. Kedua, perlu juga dilihat kedudukan kitab “Musannaf” itu di antara kitab-kitab hadith yang lain. Menurut Syah Abdul Aziz, kitab-kitab hadith itu terbahagi kepada empat peringkat. Termasuk di dalam peringkat yang pertama ialah tiga buah kitab iaitu “Muwattha’ ” Imam Malik, Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim. Termasuk di dalam peringkat yang kedua ialah kitab-kitab seperti Jami’ at-Tirmidzi, Sunan Abi Daud dan Sunan an-Nasa’i. Di dalam peringkat yang ketiga pula termasuk kitab-kitab hadith yang memuatkan hadith-hadith sahih, hasan, dhaif, ma’ruf, gharib, syaz, mungkar, khatha’ dan shawab (salah dan betul) sabit dan maqlub. Kitab-kitab yang termasuk dalam peringkat yang ketiga ini tidaklah sampai kepada kemasyhuran yang begitu tinggi di kalangan ulama’. Walaupun tidak semua hadith-hadithnya boleh dinamakan mungkar, para fuqaha tidak banyak menggunakan hadith-hadith daripada kitab-kitab ini yang mutafarrid (hadith yang hanya disebut di dalam salah satu daripada kitab-kitab ini) Termasuk di dalam peringkat ini ialah kitab-kitab seperti Musnad Imam Syafi’e, Sunan Ibn Majah, Musnad Ad-Daarimi, Musnad Abi Ya’la, Musannaf Abdul Razak dan lain-lain. Termasuk di dalam peringkat keempat pula kitab-kitab hadith yang hanya memuatkan hadith-hadith dhaif dan maudhu’ seperti “Kitabu Ad-Dhu’afa’” karangan Ibn Hibban, “Kitabu Ad-Dhu’afa’” karangan `Uqaili dan lain-lain. Daripada keterangan di atas dapat dilihat bahawa “Musannaf” Abdul Razak itu termasuk daripada kitab-kitab hadith dari peringkat ketiga. Riwayat-riwayatnya tidak boleh diterima secara mutlak tanpa memeriksa dan menilai kesahihannya terlebih dahulu. Sesetengah ulama’ misalnya Maulana Habibur Rahman Kandahlavi seorang tokoh hadith di Pakistan mengatakan hadith ini palsu dari sudut dirayah. Begini katanya, “Hadith ini menyatakan bahawa Nur Muhammad telah dicipta oleh Allah dari NurNya. Kemudian daripada Nur Muhammad itu diciptakan sekelian makhluk lain, seolah-olahnya Allah telah terbahagi kepada juzuk-juzuk dan jisim yang tidak berkesudahan buat selama-lamanya. Ini bermakna setiap sesuatu dalam alam semesta ini merupakan satu juzuk daripada Allah dan setiap sesuatu darinya mempunyai unsur ketuhanan. Tiada lagi yang sunyi dari unsur ini. Dalam keadaan ini jika ada seseorang yang mendakwa sebagai Tuhan atau berkata, “Anal haq” “Ana Rabbukumul a’la” mungkin juga dari satu sudut ada kebenarannya. (SAMBUNGAN NOTA DI DALAM RUANGAN KOMEN KZbin) - KE BAHAGIAN 3
@Siloglie6421
@Siloglie6421 2 жыл бұрын
NUR MUHAMMAD dicipta Dari ZatNya(NurNya).....Semua Ciptaan lain dicipta Dari Zat Nur Muhammad.....KESIMPULAN..Semua mahkhluk pun dari ZatNya(NurNya)?....LANGSUNG BERTENTANGAN DENGAN KONSEP ABSOLUTE POWER dlm pengertian SAINS ..
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 2 жыл бұрын
Ya...bertentangan dengan aqidah jugak...tapi golongan tasauf sesat bermati-matian mempertahankannya
@rafisham0140
@rafisham0140 Жыл бұрын
Yasalam alhamdulillah yallah..kenali dua kalimah syahada..lebih jelas cari guru makrifat yg benar. jika tiada dapat lebih baik cari wali allah swt.
@mindnavigator
@mindnavigator Жыл бұрын
Mcm mana nak tau orang tu wali???
@angtagotyar1417
@angtagotyar1417 2 жыл бұрын
India banyak paham paham kebhatinan .
@trecool9336
@trecool9336 Жыл бұрын
kakaka ada merak dan peluh la pulak...ni bahan maharaja-dewa-lawak ke peer...kakakaka
@anuarismail8070
@anuarismail8070 2 жыл бұрын
Ramai orang gila dalam masyarakat dari dulu hingga sekarang, ramai juga yg berjanggut dan berserban...jika nak menipu orang Islam kena nampak macam orang 'alim dan wara' senang sikit nak perdayakan orang...ramai yg terpukau dengan pentrampilan dan kata2 walaupun ianya palsu....semua itu untuk menyesatkan umat Islam yg kurang kefahaman pada Al Qur'an dan Sunnah Nabi saw...dan mengutamakan tuan Syeikh yg berperwatakan "hebat"...
@YtubeShah
@YtubeShah Жыл бұрын
Itu la mereka belajar tasauf.. Supaya penampilan mereka nampak alim baik.. Tapi dah belajar bukan bukan bercampur batil.. Taksub wali wali karomah..
@idrisazham725
@idrisazham725 5 күн бұрын
NUR MUHAMMAD adalah KONSEP KETUHANAN. Seperti ALLAH, MUHAMMAD adalah NAMA. TANPA KONSEP NUR MUHAMMAD, TIADA SIAPA YANG AKAN MENGENALI "TUHAN" yang Ingin (Sifat BERHENDAK) di KENALI.......NUR MUHAMMAD, AHMAD, atau MUHAMMAD 12 Rabiul Awal Tahun Gajah adalah dua entiti berbeza (disini timbul kekeliruan). Tinggalah ARASH Dan QALAM untuk MENGENALI ALLAH........Confirm Allah boring TANPA KEKASIHYA......Dan SYAHADAH TAUHID Dan SYAHADAH RASUL pun dah tak ada NILAI....... APA yg Ustaz ulas panjang lebar tersebut memang CERITA PENGLIPUR LARA.......begitu hebat punya story tentang NUR MUHAMMAD menyebabkan SEMUA HADTH tentang NUR MUHAMMAD Ber STATUS PALSU..,.......hebattttt.....NURRUN ALA NUR....CAHAYA DIATAS CAHAYA....................CAHAYA IBLIS DIATAS CAHAYA ...dot dot dot......
@badaikulllujaba5491
@badaikulllujaba5491 Жыл бұрын
Kaum wahabi gak paham Nur muhammad disaat isro wal mi'roj . . . 🤣🤣🤣
@abdullahaman9607
@abdullahaman9607 2 жыл бұрын
Ini pandangan ust Asri.. pandangan ust lain ada hujjah juga dgn pandangan berbeza...jadi berlapan dada dgn berbeza pendapat.
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 2 жыл бұрын
wp.me/pag202-2Z jika saudara baca artikel ini dengan teliti nescaya saudara akan bersetuju dengan ust Asri...ini perkara aqidah
@faizanzahari7020
@faizanzahari7020 11 ай бұрын
Gila.... Berlapang dada perkara aqidah🤣🤣🤣🤣🤣
@musicrock_
@musicrock_ 2 ай бұрын
​@@faizanzahari7020Sbb tu la wali qutub pun geng die pi percaya... Quran xdak hadis xdak tetiba jd akidah..
@sharifahhawaalrifaei1397
@sharifahhawaalrifaei1397 Жыл бұрын
astgferullah hal azim. MAQLUQ itu ada la semua apa ciptaan Allah subhanAllahTaallah bukan manosia saja. kalo manosia iya benar Nabi Adam AlayhiSallm yg pertama. kalo MAQLUQ itu dari zat Allah subhanAllahTaallah sandiri ada la NUR MUHAMMAD..iaitu Islam ato agama..ato LAW.. undang2 getu. Allah subhanAllahTaallah bukan cipta itu ini baru la ISLAM, bukan la satelah jinn. settan..pokok..manosia gaduh kacao bilau baru di cipta agama(hukum hakam), NO...Allah subhanAllahTaallah itu maha pandai. Islam dulu di cipta. dlm islam itu la semua maqluq baratur dlm garisan masing2. ini la NUR MUHAMMAD. CAHAYA ISLAM. Allahqullm Bi Sawwab..biar la ullama2 yg cerah kan..kita hnya murid dari guru guru yg brsuara sikit saja muga2 di betulkan la mana salah silaf kita ini. astgferullah hal azim". 2. yg mana tuan ikut hadis ato sunnah tentang rambut bataburan di muka laki2 ? Apa sunnah Nabi Muhammed sallalahuAlayiWasllm tentang MISAI ?.
@sharifahhawaalrifaei1397
@sharifahhawaalrifaei1397 Жыл бұрын
riwayet2 palsu shiaa itu. buat apa di bincang brdapa dapaa...BUAT BINGUNG UMAT BIASA AJAAA
@Siloglie6421
@Siloglie6421 2 жыл бұрын
Bagaimana dgn IBLIS dari unsur API? ADAKAH IBLIS dicipta Dari NUR MUHAMMAD?
@cudacularry2720
@cudacularry2720 2 жыл бұрын
Ko kenapa masih tak pahami lagi. Tengok ke tak ni atau sengaja bikin narasi sesat. Naik menyampah plak komen2 sebal macam ni. Luku kepala kang.
@Siloglie6421
@Siloglie6421 2 жыл бұрын
@@cudacularry2720 bagi pencerahan untuk semua...jangan respone, kalau hanya keluarkan CELUPAR mulut...ini utk orang ramai belajar.
@Siloglie6421
@Siloglie6421 2 жыл бұрын
@@cudacularry2720 jauhi wall ini, saya tak suka USTAZ CELUPAR.
@badaikulllujaba5491
@badaikulllujaba5491 Жыл бұрын
Kaum wahabi tidak paham nur Muhammad di al qur'an . . . 🤣
@jailaniahmad7668
@jailaniahmad7668 Жыл бұрын
Karut ustaz ni,x boleh pakai rusak aqidah.nur Muhammad adalah benih segala mungkin, kalau jahil dalam tasawuf jangan menyesatkan orang lain.bicara bab feqah sudah
@kasimpatalon4648
@kasimpatalon4648 Жыл бұрын
Syiah suka ni...
@MatrixMondays-he1om
@MatrixMondays-he1om Жыл бұрын
Ustaz?? Ni bukan ustaz weh.. ni ulama, berapa banyak dh syarah hadis karya die ni?? Xtahu ke?? Ni bukan ustaz jadian level muhaizad lol.. bahasa urdu, tamil, parsi semua die tahu.. ko nk tuduh pun agak2 laa.. Aku nk tanya satu benda je, iblis dan setan tu asal dari nur muhammad ke?? Segala pembunuh perogol dan penghuni neraka pun??
@musicrock_
@musicrock_ 2 ай бұрын
Mane dalil quran?? Dalil hadis?? Ulama mana ade hurai??
@jafri5443
@jafri5443 Жыл бұрын
Seluruh alam ada dlm Al-Quran dan seluruh dlm al Quraan ada dalam Satu Surah iaitu Al-Fatihah Dan Seluruh dlm Al-Fatihah ada dalam Satu Ayat iaitu Bismillahirrahmanirrahim dan seluruh dalam Bismillahirrahmanirrahim ada seluruhnya dalam Satu Huruf dan Seluruh Huruf itu terkandung dalam Satu Titik Ba. Titik adalah Cahaya, berkumpul titik-titik cahaya itu maka lahirlah suasana makhlukNya. Jika hilang titik cahaya itu maka hilanglah suasana makhluk ciptaan Allah SWT.
@mindnavigator
@mindnavigator Жыл бұрын
Siapa bagitau cerita karut ni?
@Dontsaymynamealehandero
@Dontsaymynamealehandero Жыл бұрын
Apa ko ckp? Cara nabi cakap pun tidak begini. Kau dan tokguru kau ni lebih hebat dari nabi ka?
@nizammohd4565
@nizammohd4565 Жыл бұрын
emhh.. payah nak ceta kat org.. ceta nur nie berkait rapat dgn ceta ruh.. bila masuk bab ruh makanya ia akan relate dgn ayat "urusan ruh adalah urusan tuhan mu".. manusia hari ini tak ambik port maksud tuhan mengajarkan makhluknya dgn kalimah dan kalam... mereka berfikir Alif Lam Lam Ha & Mim Ha Mim Dal tuh sekadar macam "abc".. hanya sekadar kalimah atau huruf yg menghasilkan bunyi untuk sebutan sahaja... bagi dia org .."wahidun" tidak ada apa apa nya...
@kongsicerita9191
@kongsicerita9191 2 жыл бұрын
*WAHABI TAK PERLU DALIL* *WAHABI PERLU HIDAYAH* *WAHABI TAK PERLU DALIL* *WAHABI PERLU HIDAYAH* *WAHABI TAK PERLU DALIL* *WAHABI PERLU HIDAYAH* NAK HIDAYAH? SELAWAT LAH BANYAK2 DLM SEHARI, PASTI CERAH HATI !! TAK MAMPU SELAWAT BANYAK ? ITULAH TANDA ALLAH TAK SAYANG MU WALAU 1X PUN XMAMPU !! .
@MatrixMondays-he1om
@MatrixMondays-he1om Жыл бұрын
Selawat pebende kalau akidah kelaut..???
@syukormohammad8102
@syukormohammad8102 Жыл бұрын
Yg baca kitab Syiah tu kenapa Labuu.. 😅
@alchemistfx918
@alchemistfx918 2 жыл бұрын
Maulana yang hanya mampu membaca.. dia yang tulis dia pun tak leh nak ingat
@azizulkidam1
@azizulkidam1 Жыл бұрын
Dengarlah sampai habis. Itulah kaedah talaqi , baca dulu lepas itu baru syarah. Tonton selepas minit ke 17. Siapa Ibnu Razak ?
@mohammadmat3585
@mohammadmat3585 Жыл бұрын
Benda khilaf la Maulana Rabbana....
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 Жыл бұрын
Tak khilaf...ini aqidah
@truepath6157
@truepath6157 Жыл бұрын
Kalau sudah ada hadis yang sahih , tidak boleh dipanggil khilaf lagi.. cuba cerdik sikit.... perkara yang khilaf hanya untuk sesuatu yang tidak sahih dan perlukan ijmak ulamak. tapi bab ini ada dalil quran dan hadis sahih .. jadi mustahil untuk jadi khilaf.
@madthohir
@madthohir Жыл бұрын
Khilaf mcm nana tu
@MatrixMondays-he1om
@MatrixMondays-he1om Жыл бұрын
Ko dengar dari ustaz jadian macam muhaizad mmg khilaf la,, baca kitab, bukan dgr sajo.. cari dalil.. jge duk jd bodo gitu
@badaikulllujaba5491
@badaikulllujaba5491 Жыл бұрын
Kaum wahabi mengira dunia ini ada 🤣🤣🤣 . . . Padahal dunia ini fana hancur dan tiada . . . 🤣🤣 . . . Selama manusia dan dunia ini tidak ada , kenapa harus bingung memahami Nur Muhammad . . . 🤣🤣🤣 . . .
@MatrixMondays-he1om
@MatrixMondays-he1om Жыл бұрын
Ok.. meh jumpa depan2.. nanti aku pijak2 ko, pastu jgn ko report polis pulak, sbb ko xwujud pun sebenarnya..😊
@samadyusof7138
@samadyusof7138 4 жыл бұрын
Ustad nak tanya, klau nabi Adam itu di chiptakan dari pada tanah sebagai manusia yg pertama apa itu benar? Lalu ada kah kita juga di chiptakan dari tanah seperti mana chiptaan nya nabi Adam Alaihi Salam?
@alpacino2107
@alpacino2107 3 жыл бұрын
Yelah, dah jelas dalam alquran dan hadis nabi, manusia diciptakan dari tanah.
@muhammadihzamahindra79
@muhammadihzamahindra79 3 жыл бұрын
Samad Yusof, ulun kada paham maksud pertanyaan pian😅🙏🏼 salam ulun dari banjar kalimantan selatan
@khazyas6726
@khazyas6726 3 жыл бұрын
😊😊😊
@samadyusof7138
@samadyusof7138 3 жыл бұрын
@@muhammadihzamahindra79 Wa alaikum Salam.Salam persaudaraan dari saya wahai saudara ku se iman.mohon maaf se besar2 nya klau ada silap dan salah saya ya.
@suhaibonsaribin1104
@suhaibonsaribin1104 2 жыл бұрын
Baki ni orang tdk pandai jawab soalan ini.
@padillahpln9408
@padillahpln9408 2 жыл бұрын
Alam semesta beserta isinya diciptakan karena sebab Nur Muhammad, sedang Rasulullah Saw (Nabi Muhamad SAW) diciptakan dari Zat Allah SWT azza wazalla. Tapi asal kejadian fisik Manusia berasal dari saripati tanah (air mani)... Lebih jelas belajar ke ahlinya ustad Najed logika.. supaya tidak sesat.. Syi'ah beda 380 derajat dengan Ahlussunah Waljamaah.
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 2 жыл бұрын
Sila buat kajian lebih lanjut tuan..
@budean88
@budean88 2 жыл бұрын
Kamu memang percaya Nur Muhammad dicipta daripada Zat Allah ke? Memang terima bulat2 eh guru ajar? Bro, dari zat Allah ?
@madthohir
@madthohir Жыл бұрын
Dah sama kes nabi isa ni.. zat bapak jd tuhan anak.. berhati2
@zainal78matnoor80
@zainal78matnoor80 2 жыл бұрын
Sat tuhan sat Allah...Allah bukan tuhan ustaz oi
@muhammadaminbinmohdrifqi6651
@muhammadaminbinmohdrifqi6651 2 жыл бұрын
Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.. so tuhan tu adalah Allah.. xblajar bhasa arab ke bro? mengucap ii
@pcmllc1200
@pcmllc1200 2 жыл бұрын
lepastu allah tu apa???
@MatrixMondays-he1om
@MatrixMondays-he1om Жыл бұрын
Sah xreti bahasa arab.. diam jela ko, xyah tunjuk jahil ko tu kat sini
@rafisham0140
@rafisham0140 Жыл бұрын
tak payah baca jauh lari..tak payah baca yg salah org tak tahu ikut nati,
@badaikulllujaba5491
@badaikulllujaba5491 Жыл бұрын
Nur Muhammad 🤣🤣🤣 . . . Orang wahabi gak paham nur Muhammad . . . Baca tafsir nya tafsir sendiri 🤣🤣 . . .
@MuhammadFirdaus-go6kh
@MuhammadFirdaus-go6kh 2 жыл бұрын
Kalo tak ada Nur Muhammad Gelap lah dunia ini..
@faizfaiz965
@faizfaiz965 2 жыл бұрын
Ye ye je kamu ni. Hentam je.
@mrmz3802
@mrmz3802 2 жыл бұрын
Semoga Allah membalas dengan balasan yg setimpal atas kenyataan Kau ni
@cudacularry2720
@cudacularry2720 2 жыл бұрын
Itu kata syiah.
@amransalleh
@amransalleh 2 жыл бұрын
TNB ada
@madthohir
@madthohir Жыл бұрын
Mai mana plk ni sampai gelap dunia ni..
@agusputra4636
@agusputra4636 5 жыл бұрын
Jadi, nama Allah dan Muhammad adalah secara kebetulan saja tadz???????tidak usah menyesat nyesatkan. Beri kami kajian ilmiah ttg asal usul nya nama Allah dan Muhammad itu????
@tafsiral-quran-ringkas-mau6637
@tafsiral-quran-ringkas-mau6637 5 жыл бұрын
Baca dan dengar penjelasan di atas. Sudah cukup untuk membuktikan bahawa ajaran Nur Muhammad sebenarnya tiada asas dalam islam. Rekaan semata-mata dengan tujuan untuk menyesatkan orang Islam
@ahmadnizar9507
@ahmadnizar9507 4 жыл бұрын
Biasanya yg ghuluw dan melampau saja memuja nabi muhammad saw berlebih2..rasulullah pun tak suruh kita memujanya melampau2 sperti yg di sebutkan dlm hadis sahih.yg di tuntut oleh kita adalah mengikuti apa yg di ajarkan rasulullah saw.ni smua agenda syiah saja
@irfanasyraf8743
@irfanasyraf8743 4 жыл бұрын
dgr biar habis..kaji kitab yang dibaca..\
@meorshazril5309
@meorshazril5309 2 жыл бұрын
kan dlm Quran ade belake? siap ade satu surah bername surah Muhammad lagi..
@faizfaiz965
@faizfaiz965 2 жыл бұрын
Dah 3 tahun ni. Pasti Pak Agus udah buat kajian ttg asal usul nama Adam, Idris, Nuh, Agus, Joko Widodo, Prabowo serta selainnya, bukan?
@MuhammadFirdaus-go6kh
@MuhammadFirdaus-go6kh 2 жыл бұрын
Pangkat Maulana tapi bila di tanya akan Nur Muhammad dia sendiri tak bole nak Jawap sama ada Nur muhammad itu wujud atau tidak.. Dia bukak Buku..dibacakan apa yg org tulis.. Dia ckp org tu tak benar org ini tak benar.. Kau seorg maulana... Kau seharus nya ada pendirian dan Jawapan dari mulut kau sendiri.. Kau cabut aje pangkat maulana kau..
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 2 жыл бұрын
Apa yang dibaca Maulana adalah dari tulisan beliau sendiri. Harap maklum
@radenlakjuno8186
@radenlakjuno8186 2 жыл бұрын
isu nur muhammad ni dipelopori oleh syiah..yg claim asamjawa g ikut walaupun xmasuk akal..
@meorshazril5309
@meorshazril5309 2 жыл бұрын
maulana asri ni mmg akan buat handout sblm kuliah utk mudahkan pendengar nak rujuk & bace semula.. harap maklum..
@faizfaiz965
@faizfaiz965 2 жыл бұрын
Apabila kita baca 'akan' (will/shall) digunakan dalam ayat "...bila di tanya 'akan' Nur Muhammad...", dah boleh agak kot tadah sumber tu dari mana. Sealiran dgn imam² yg sebut sebelum solat "Sila matikan telefon bimbit kerana IANYA boleh mengganggu AKAN jemaah".
@malikidaud3148
@malikidaud3148 2 жыл бұрын
Ulama berwibawa akan beri huraian berdasarkan pendapat ulama2 terdahulu dan lebih terselamat dari soalan Allah di akhirat nanti. Orang yg syok sendiri akan beri pendapat sendiri seolah2 dia tahu semua.
@deenspeck
@deenspeck 4 жыл бұрын
Terbaik ustaz
Now THIS is entertainment! 🤣
00:59
America's Got Talent
Рет қаралды 40 МЛН
Дарю Самокат Скейтеру !
00:42
Vlad Samokatchik
Рет қаралды 8 МЛН
Tanyalah Ustaz - 'Nur Muhammad' ada unsur syiah?(Maulana Fakhrurrazi)
39:14
maahadtahfiz wattalaqqi
Рет қаралды 136 М.
PERTELINGKAHAN SALAFI (WAHABI) DAN ASYA'IRAH - Punca Dan Penyelesaiannya
39:42
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 30 М.
Kepalsuan Riwayat Asal-usul Kejadian Manusia - Membetulkan Kesilapan JAIS
19:43
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 39 М.
Dalil Nur Muhammad Ciptaan Pertama Ada Dalam Musannaf Abdul Razzaq | Jawapan Dr Rozaimi
13:36
SYIAH - Tipu Daya Syiah Dan Jawapannya - Maulana Muhd Asri Yusoff
2:09:57
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 15 М.
Ilmu Kalam, Mantiq dan Falsafah-Maulana Asri
15:42
Abdul Qayyum Hadi
Рет қаралды 10 М.
Anak Cucu Nabi Yang Dilupa Dan Dipinggirkan
2:47:58
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 20 М.
Maulana Asri : Nabi Khidir di sisi ahli Tasawwuf  dan ASWJ
13:14
Prof Hamka
Рет қаралды 45 М.