[AQIDAH] -Siri 2/2 -"Istighatsah" (Minta tolong) - Kajian Hadis Palsu Meminta Tolong Dari Orang Mati

  Рет қаралды 94

i-Paksi Training Centre

i-Paksi Training Centre

Күн бұрын

darulkautsar.w...
[AQIDAH] "ISTIGHATSAH"(MEMOHON PERTOLONGAN) - HADITH PALSU MINTA PERTOLONGAN DENGAN ORANG MATI [Sedutan dari Kuliah Usul Dirayat hadith - Mengenalpasti Hadith Dhaif Dan Palsu - Siri 2 Dari 2]
Maulana Muhd Asri Yusoff
20 Jul 2024
E-BOOK - Memohon Pertolongan Dengan Orang Mati & Memohon Segala Hajat Daripada Mereka - Dr Yusuf al- Qardhawi - darulkautsarpe...
HADITH PALSU TENTANG "ISTIGHATSAH" DENGAN ORANG MATI
[VIDEO INI Siri 2/2]
'Abdul Rahman Bin Sa'ad meriwayatkan, pernah Ibnu 'Umar mengalami kebas kaki, tiba-tiba ada seseorang berkata kepadanya, "Sebutlah orang yang paling dicintaimu." Mendengar kata orang itu beliau terus berkata, "Wahai Muhammad".
Dari Siri 1/2 - • [AQIDAH] - "Istighatsa...
HADITH PALSU TENTANG "ISTIGHATSAH" DENGAN ORANG MATI
"Apabila Urusan/Perkara Meletihkan Kamu, Maka Minta Tolonglah Dengan Orang-Orang Yang Telah Mati"
HADITH (ATHAR SAHABAT) PALSU TENTANG "ISTIGHATSAH" DI KUBUR (ORANG MATI)
Pernah berlaku kemarau di zaman 'Umar. Maka ada seorang lelaki pergi ke kubur Nabi s.a.w. dan dia berkata, "Wahai Rasulullah, mintalah hujan untuk umatmu. Sesungguhnya mereka telah binasa. Kemudiannya Rasulullah s.a.w. datang menemui orang itu dalam mimpinya. Lalu dikatakan kepadanya, "Pergilah kepada 'Umar, dan sampaikan salamku kepadanya. Beritahulah kepadanya bahawa kamu akan mendapat hujan. Dan katakan juga kepadanya, "Berhati-hatilah engkau, berhati-hatilah engkau". Orang itupun pergilah kepada 'Umar dan memberitahunya tentang mimpinya itu. Maka menangislah 'Umar; kemudian beliau berkata, "Oh Tuhanku, aku tidak cuai kecuali apa yang tidak mampu aku lakukan."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA KULIAH
CONTOH KETIGA:
Bermaksud: ‘ Abdur Rahman bin Sa’ad meriwayatkan, pernah Ibnu Umar mengalami kebas kaki, tiba-tiba ada seorang berkata kepadanya, “Sebutlah orang yang pernah dicintaimu”. Mendengar kata orang itu beliau terus berkata, “Wahai Muhammad!”
Rujukan
Al-Bukhari -ad-Adabur al-Mufrad ms 335, Ibnu as-Sunni-‘Amalui Yaumi Wal Lailah ms 141 - 142, ad-Daaraquthni al-‘Ilal j.13 ms 242, Ibnu Taimiyyah al-Kalimu at-Thaiyyib ms 172-173, Ibnu al-Qayyim-al-Wabil as-Syahaiyyib Minal Kalimi at-Thaiyyib ms 135, al-Huwaini al-Fatawa al-Haditsiyyah j.1 ms 126, Abu Usamah Salim bin al-Id al-Hilali-Ujalatu ar-Raghib al-Mutamanni Fi Takhriji Ahadits ‘Amalul Yaumi wal Lailah Li Ibni as-Sunni j.1 ms 221-223, al-Albani-Mausu atu al-Albani Fi al-‘Aqidah j.3 ms 1991-992
Komentar
(1) Hadits di atas dengan lafaz seperti itu adalah riwayat Imam Al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adabu al-Mufrad.
(2) Hadits ini dijadikan dalil oleh orang-orang yang membolehkan beristighatsah dengan Nabi s.a.w. selepas kewafatan Baginda. Kata mereka ini adalah dalil yang paling terang tentang keharusan menyeru Nabi s.a.w. sebagai Istighatsah. Kalau tidak, kenapa Nabi diseru padahal Baginda telah wafat?! Ia disebutkan di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan doa dan zikir harian Nabi s.a.w. seperti ‘Amalul Yaumi Wal Lailah dan lain-lain. Iman Bukhari juga telah mengemukakannya dibawah "Bab: Apa Yang Diucapkan Oleh Seseorang Apabila Kakinya Kebas". Seolah-olahnya beristighatsah dengan Rasulullah s.a.w., baik semasa hidup atau selepas kewafatan Baginda juga termasuk dalam Sunnah Nabi s.a.w. atau sunnah para Sahabatnya!
(3) Terlebih dahulu perlu difahami bahawa tidak semua hadits atau atsar yang dikemukakan oleh al-Bukhari didalam semua kitabnya sahih menurut penilaian para ulama'; hadits. Hanya hadits atau atsar yang diriwayatkan oleh beliau di dalam sahihnya sahaja pada keseluruhannya dianggap sahih oleh mereka. Sesetengah hadits yang diriwayatkannya di dalam Sahih Bukhari juga bahkan ada yang dipertikaikan kesahihannya oleh sebahagian ‘ulama’. Apalagi hadits-hadits yang terdapat di dalam kitab-kitab beliau yang lain, termasuk al-Adabu al-Mufrad itu. Imam al-Bukhari tidak beriltizam untuk memasukkan hadits sahih sahaja di dalamnya. Maka boleh sahaja terdapat di dalamnya hadits-hadits atau atsar-atsar yang dhaif juga.
(4) Boleh dikatakan itulah atsar yang terbaik sanadnya berhubung dengan cerita Ibnu ‘Umar kebas kaki. Sebaik sahaja beliau menyebut nama Rasulullah s.a.w. kebasnya terus hilang. Meskipun begitu, masih terdapat banyak ‘illat, baik dalam sanadnya mahupun dalam matannya.
(SAMBUNGAN NOTA DI RUANGAN KOMEN KZbin)

Пікірлер: 2
Detik-Detik Menjelangnya Sakaratul Maut | Ustaz Auni
1:18:21
NASIHAT USTAZ USTAZAH
Рет қаралды 4,4 М.
Flipping Robot vs Heavier And Heavier Objects
00:34
Mark Rober
Рет қаралды 41 МЛН
Life hack 😂 Watermelon magic box! #shorts by Leisi Crazy
00:17
Leisi Crazy
Рет қаралды 79 МЛН
«Кім тапқыр?» бағдарламасы
00:16
Balapan TV
Рет қаралды 293 М.
Synyptas 4 | Арамызда бір сатқын бар ! | 4 Bolim
17:24
ADABUL MUFROD PER-35
53:26
Xavier Halim
Рет қаралды 28
Sejak Zaman Bilakah Nabi Isa Di Anggap Tuhan Oleh Pengikutnya ❓| Ustaz Auni Mohamed
55:51
Siddiq Danial Channel Official
Рет қаралды 23 М.
Perbincangan Dan Pembongkaran Sirah Atau Sejarah P3rang Ahzab | Ustaz Auni
1:31:06
NASIHAT USTAZ USTAZAH
Рет қаралды 1,9 М.
Flipping Robot vs Heavier And Heavier Objects
00:34
Mark Rober
Рет қаралды 41 МЛН