Рет қаралды 219,301
sembang santai Dan cerita Dari keizinan tuan badan sendiri ....
selagi memberi semangat Dan perasaan Dari sudut positif buat semua ...alhamdulillah
Bekas Banduan Akhir yang mendapat kempunan
Almarhum Sultan Abdul Halim terlepas Dari hukuman gantung sampai Mati
--------------------------------------------------
Sumber Harian metro
www.hmetro.com.my/utama/2022/...
Pernah menjadi banduan akhir di penjara, tiada siapa menyangka bekas ketua kongsi gelap akhirnya diberi hidayah kembali kepada fitrah.
Mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2014, akhirnya Muhammad Nur Chua Abdullah, 40, dibebaskan dari penjara pada Oktober 2018
Katanya, hidupnya berubah apabila mula mengenali Islam secara lebih mendalam termasuk mengamalkannya.
Menceritakan detik perubahannya, Muhammad Nur berkata, segalanya bermula ketika berada di penjara dia bermimpi didatangi lelaki berjubah putih yang memanggilnya dengan nama Muhammad Nur.
ADVERTISEMENT
"Dalam mimpi itu saya bercakap dalam bahasa Arab dengan lelaki yang bertongkat dan memegang al-Quran yang memanggil saya dengan nama Muhammad Nur. Saya katakan kepadanya kamu tersilap kerana saya adalah Cina dan bukan Islam.
"Mimpi yang sama berulang setiap malam hampir dua bulan sehingga saya bermimpi lelaki itu menyebut dalam bahasa Arab yang bermaksud bertaubat sebelum terlambat, yakin pada Allah, kita akan jadi seperti bayi baru lahir dan bersih," katanya.
Dia ditemui selepas menjadi penerima pertama Program Pembangunan Saudara Baharu Daerah Sik anjuran Yayasan Al-Khalifah dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kampung Dusun Pengapit, Jeneri, di sini, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Perkim Kedah, Turedy Abdullah dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah, Ibrahim Lai.