Noor KK - Pak Lebai Kedai Kopi

  Рет қаралды 128,011

Bangau Tube

Bangau Tube

Күн бұрын

Menurut Rahmah Bujang dalam naskahnya Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan Di Tanah Melayu dan Singapura, Seniman Noor K.K merupakan penggiat seni bangsawan arus kedua, iaitu sekitar tahun 40an. Beliau yang dilahirkan sekitar tahun 1919 itu berkelulusan sekolah melayu .Beliau yang pernah terlibat dalam persembahan bangsawan yang disetainya, Noor K.K kerap memegang watak Raja. Diawal pembabitannya dalam pementasan bangsawan, beliau bersama adiknya, Zohor K.K terkenal sebagai pelakon aksi lasak, dan perkara ini dinyatakan oleh Seniman Rahman B. dalam biografi beliau (Zakaria Ariffin, 2005:21). Seterusnya, Noor K.K kemudiannya beralih arah menjadi seorang pengarah filem yang berbakat besar serta turut aktif dalam menulis skrip bangsawan, antara skripnya yang popular ialah ‘Jula Juli Bintang Tiga’ (Berita Harian, 11 Mei 1980: 7). Pada sekitar tahun 1968 dan 1969, Noor K.K bersama kumpulan bangsawan pimpinannya, Sentosa Opera kerap menerima jemputan mengadakan persembahan di kaca t.v menerusi slot 'Pentas Bangsawan'. Beliau juga turut serta muncul di corong-corong radio menerusi segmen 'Bangsawan di udara' pada tahun sebelumnya.Seniman Noor KK pernah berlakon dalam siri filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan memegang watak pak lebai di kedai kopi selepas DO, RE dan MI melarikan diri daripada Datuk Herculis kerana makan nasi dirumahnya ketika berada di dalam hutan. Selain itu, kewujudan watak dan nama Noor K.K ini diperkuatkan lagi dengan wujudnya nama “Ustaz Noor KK” yang disebut oleh kedua-dua pelakon dalam adegan di Warung Kopi itu. Dalam semakan pada kredit filem 'Nasib Do Re Mi' juga mendapati wujudnya nama Noor K.K (di eja sebagai Nor K.K) dalam senarai pelakon pembantu. Selain filem 'Nasib Do Re Mi', Noor K.K turut diberi peranan kecil dalam filem 'Do Re Mi' , masam-masam manis dan 'Keluarga 69'.
Menurut anak bongsu beliau “Taufiq Mohd Noor”. Nama Noor KK adalah bermaksud 'Kuala Kangsar' dan ketika itu beliau memegang peranan sebagai Ketua Kampong Maxwell yang kini telah menjadi Bangunan PWTC dan persekitarannya. Seorang pelawak dari kumpulan popular tanah air iaitu Yassin Senario adalah cucu beliau. Banyak khazanah- khazah barangan peribadi beliau ketika pementasan Bangsawan berada di tangan pihak Arkib Negara.
Dalam temubual dengan wartawan A.Aziz Ismail (Berita Harian, 2 Oktober 1977: 7), pelakon veteran, A.R Badol mengakui bahawa Noor K.K lah orang yang bertanggungjawab membawanya ke dunia lakonan. Menurut Badol, sebelum dipelawa oleh Noor K.K untuk menyertai dunia bangsawan, beliau bekerja sebagai kondukter bas dengan syarikat Bas Kelang. Badol memang mengenali Noor K.K yang juga sahabat bapanya, A.R Tompel, maka mungkin atas faktor itu juga dia tidak menolak desakan Noor K.K agar menyertai rombongan Kebudayaan FELDA pada jun 1974, turut sama dalam kumpulan "Bangsawan Bergerak' ini ialah seniman Ahmad B, Yahya Sulong (Datuk), Karim Latiff, R.Jaafar, Rahman B. dan lain-lain. Noor K.K meninggal dunia pada tanggal 5 Mei 1980 pada usia 59 tahun.
#masam2 manis
#do remi
#keluarga 69
Sumber Utama- Harith Faruqi Sidek
Kredit Muzik - Hassny Hussin
Kredit Gambar - Google
Sumber Lain -
orangkata.my/f...
wacanaseni.usm....
bradersista.ca...
------------------------------------------------------------------------
Disclaimer - I am not copyrighting from this film - I am merely showing this video for the benefit of KZbin FOR EDUCATION PURPOSE and FAIR USE LAW and HOPEFULLY the owner give me a CONSIDERATION to using it. I do not own the rights to this video contact me by email alibabibu3@gmail.com if want me to remove.
Source Clip on this Video, Channel, Production Company and Title
Give fully Credit for this:-
1.Show Brothers / Merdeka Film Studio
Masam masam manis
2. Malay Film Production
Pendekar Bujang Lapok
3. Malay Film Production
Nasib Do Re Mi
4. Cathay Keris Film Production
Jula Juli Bintang Tiga
5. Malay Film Production
Do Re Mi
6. Grand Brilliance Sdn Bhd & Paradigm Film Sdn Bhd
-Senario The Movie
7. Indra Film Sdn Bhd
Prebet Lapok
8. Malay Film Production
Laksamana Do Re Mi
Copyright Disclaimer under section 107 of the Copyright Act 1976, allowance is made for “fair use” for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, education and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing.
What is Fair Use Copyright on KZbin?
1.bit.ly/2Yxkjt6
2.bit.ly/3fmpnqS
3.bit.ly/2UZLOur
4.bit.ly/2Y3UBgO
------------------------------------------------------------------------

Пікірлер: 232
Shariff Medan - Bapa Bangsawan Filem
15:35
Bangau Tube
Рет қаралды 50 М.
Shariff Babu - Cik Siti Cik Chetti
9:12
Bangau Tube
Рет қаралды 101 М.
Siapakah Abuya
11:00
APHD Channel
Рет қаралды 227 М.
Azmil Mustapha - Pelakon Ali Setan
21:02
Bangau Tube
Рет қаралды 150 М.
Udo Omar - Haji Bakhil Labu Labi
12:42
Bangau Tube
Рет қаралды 122 М.
Latif Borgiba - Lagenda Pesilat Melayu
13:07
Bangau Tube
Рет қаралды 208 М.
Rahsia Disebalik Filem Ali Baba Bujang Lapok - Ustaz Auni Mohamed
20:07
Wahid Satay - Badang Malaya
12:53
Bangau Tube
Рет қаралды 117 М.