Рет қаралды 85
17 Januari - Sebuah bangunan baharu akan dibangunkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Tengah dengan kos berjumlah RM5.7 juta membabitkan pembinaan bilik darjah, pondok pengawal dan dataran perhimpunan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri memberi perhatian serius kepada isu pembangunan sekolah berusia 44 tahun itu dan perlu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan supaya keluar daripada taraf kedaifan yang dihadapi.
#wakilrakyatuntukrakyat #wrur #kualalinggi #kualasungaibaru #skkampongtengah #kampongtengah #masjidtanah #abraufyusoh #melakahariini #melakatv #mhi