Рет қаралды 167,413
malam 3 januari 2018, Empat cedera, termasuk tiga penceramah agama selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.
Dalam kejadian jam 7.04 malam itu, penceramah bebas yang memandu Nissan Grand Livina, Ustaz Mohd Murtadha Mohd Yussof, 30 dan penumpang hadapan, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub, 35, cedera parah. Seorang lagi Rakan mereka, ustaz Muhd Hambali Zulkifli, 28 dan bapa ustaz Mohd Murtadha, yang duduk di bangku penumpang belakang cedera ringan.