Berapa Banyak Racun/Baja Yang Kita Perlu Bancuh Sebenarnya? | Kalibrasi Semburan Racun/Baja

  Рет қаралды 20,092

Ilmu Tani

Ilmu Tani

3 жыл бұрын

Pernah tak kadang-kadang kita penat meracun, tetapi rumpai (biasanya orang panggil rumput) tak mati-mati? Kalau mati pun, macam segan nak mati. Masih banyak rumpai yang hidup. Pernah kan?
Ada banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan racun rumpai. Kali ini saya akan kongsikan satu faktor sahaja, iaitu kalibrasi semburan (orang putih sebut herbicide calibration). Kalibrasi, apa tu?
IKLAN: Guna racun ni untuk bunuh benih rumpai di kebun fertigasi, sawit dan getah: shope.ee/3fTGmbmi00
Okay sambung.
Kalibrasi racun rumpai atau makna lainnya penentuukuran ialah perbuatan menentukan berapa banyak jumlah racun rumpai yang perlu dibancuh ke dalam tong racun supaya racun berkesan membunuh rumpai.
Sebenarnya tujuan utama membuat kalibrasi ialah untuk membancuh dengan tepat. Jadi, kalau anda tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membancuh racun rumpai dengan betul, kalibrasi ialah jawapannya.
Aik, kan sudah diberikan nisbah bancuhannya pada label tong racun?
Ha… Betul sudah diberikan jumlah racun yang perlu dibancuh pada label botol racun, tetapi kita ada masalah lain. Apa dia? Masalahnya, kadar dan jumlah semburan setiap orang tak sama. Ada orang yang meracun dengan laju, ada orang yang meracun dengan perlahan.
Dengan kata lain, kawan kita mampu meracun satu gelanggang badminton dengan satu tong racun, tetapi dengan jumlah racun rumpai yang sama kita hanya boleh meracun satu garaj kereta. Ini contoh saja supaya mudah faham. Perbezaan ini menyebabkan jumlah racun rumpai yang tersebar pada satu-satu kawasan berbeza sama ada lebih banyak racun atau lebih sedikit. Contohnya, kita menggunakan dua botol racun manakala jiran kita menggunakan satu botol tong racun sedangkan keluasan kawasan yang diracun adalah sama.
Kalau kita terlebih menyembur racun, kita rugi sebab terpaksa beli lebih banyak racun rumpai daripada yang sepatutnya. Kalau terkurang pula, rumpai tak mati. Ini pun kita rugi sebab kena meracun lagi sekali.
Jadi sekarang kita dah faham bahawa setiap orang menyembur jumlah racun yang berbeza. Perbezaan ini disebabkan kadar semburan yang lebih laju atau lebih perlahan. Kadar ini susah nak diubah. Ya lah, orang tu memang menyembur macam tu, ingat senang ke nak diubah?
Apa yang boleh diubah? Haa.. Ubahlah jumlah racun rumpai yang kita masukkan dalam tong racun. Untuk itu, kita perlu buat kalibrasi racun rumpai. Bagaimana caranya? Tonton video ini.

Пікірлер: 54
@dixondavies1321
@dixondavies1321 10 ай бұрын
Betul ka cara kira sukatan ni? Sebab kita bancuh racun ikut saiz tangki kan? Lagi besar saiz tangki lagi banyak la racun. Kalau tong saiz 16L atau 20L, mesti akan berlainan sukatan racun. Jadual hectar tu macam utk anggaran racun utk digunakan menyelesaikan proses meracun. Bagi saya lagi senang pakai jadual 10L tu. Contoh, utk 10L air, kena bancuh 80ml racun. Tapi kalau tangki kita saiz 16L, darab saja. Contoh Tong 16L Racun XYZ 80ml utk 10L air So, kira saja begini. 80ml ÷ 10L = 8ml racun/L air Tong 16L × 8ml racun = 128ml racun So air 16L boleh bancuh dgn 128ml - 130ml racun. X kisah la brapa tong mau spray. Janji racun cukup kuat.
@mohamedhathamohamedyussof2484
@mohamedhathamohamedyussof2484 Жыл бұрын
Pekebun kecil pakcik-pakcik tak ada masa dan tidak pengetahuan pengiraan begitu . Elok bukak kelas tuisyen . Make it simple .
@azul88
@azul88 3 жыл бұрын
Power. Dah mcm masuk kelas. ✍💪💪
@amerabas9407
@amerabas9407 Жыл бұрын
Salam tuan.. terima kasih share ilmu.. info yang terbaik
@ymcfarmindonesia
@ymcfarmindonesia 3 жыл бұрын
Petani cerdas👍👍👍👍👍
@rapiqox
@rapiqox 2 жыл бұрын
Terima kasih info
@nolehandfamily8066
@nolehandfamily8066 3 жыл бұрын
Woww terbaikk👍👍👍
@asanabdulwahid61
@asanabdulwahid61 Жыл бұрын
Kena masuk kelas br faham....kan senang klu buat terus ke priktikal...5ooml=18liter untk 1 ekar contoh...mungkin saya akan faham...apa2 pun terbaik
@asmaanzakaria608
@asmaanzakaria608 3 жыл бұрын
Tq sifu
@hairiehamdan1
@hairiehamdan1 3 жыл бұрын
baik2... support selalu !
@IlmuTani
@IlmuTani 3 жыл бұрын
Terima kasih Hairie
@mkhalish4706
@mkhalish4706 3 жыл бұрын
klu utk matikan cicak, racun apa sesuai tuan.. nk letak umpan kat dinding,perlu tambah apa2 cecair ke utk bagi dia pekat sikit.. dan juga saya nk guna campuran lain untuk anai-anai.. boleh tuan suggest tak
@syamimnoh97
@syamimnoh97 3 жыл бұрын
Padu bossku. Ilmu yg manfaat
@ayyasynaufal5898
@ayyasynaufal5898 2 жыл бұрын
Kalo utk tanaman padi sma gak ke ..byk jnis rcun yg d campur smpai 3 jnis..jnis ec,sc,wp
@ghaffarmustaffa1871
@ghaffarmustaffa1871 3 жыл бұрын
👍👍👍
@rakhirakhi5581
@rakhirakhi5581 2 жыл бұрын
Boss .alion boleh guna ke luar kanopi durian..
@Black-Cat9
@Black-Cat9 2 жыл бұрын
bang nak tanya ni , kalo kita nak meracun rumpai dan lalang yang berdekatan dengan pokok ubi kayu ,pokok pisang ,racun jenis apa yang sesuai ya?
@nuarnuar3199
@nuarnuar3199 Жыл бұрын
bos.. brp sukatan guna mist blower..
@antiagro8269
@antiagro8269 3 жыл бұрын
Mcm mana nak kira hektar sedangkn saya sembur kadang lebih kadang kurang
@mohdfariqabdullatib3484
@mohdfariqabdullatib3484 2 жыл бұрын
kalau pakai pam bateri @ mist blower berapa byk pula nk guna racun?
@fakhrizakijaafar9135
@fakhrizakijaafar9135 3 жыл бұрын
Salam Racun ne sesuai ke Tuk ladang getah tu
@michaeldos8598
@michaeldos8598 Жыл бұрын
Utk kebun pisang brp ml perlu di gunakan?pakai tong racun 16liter
@liepgh359
@liepgh359 Жыл бұрын
pekebun xde pemahaman nk kira 1 hektar bpe sukatan racun.mrk akn sukat mngikut sukatan bpe ml yg diberikn.simpan le ilmu kiraan tu tuk pekebun yg sklh tgi
@jantaiselimbau2331
@jantaiselimbau2331 2 жыл бұрын
Formula dossage racun/pump= total lt air/pump ÷ kadar semburan nozel/ ha × dossage racun/ ha
@nuarnuar3199
@nuarnuar3199 Жыл бұрын
mcm salah kira je.. xkn satu tong 3.8ml,mcm ubat demam je... salah titik perpuluhan kot utk racun alion tu..1500ml/hektar...bkn 150ml/hektar...so satu tong 38ml..
@firdausmohamad2350
@firdausmohamad2350 8 ай бұрын
Betul dah tu, 150ml untuk sehektar. Kan tulis 2:38
@lyndar8942
@lyndar8942 3 жыл бұрын
Akk dh macam belajar dh ni dik. Siap buku tulis bagai ...🤣🤣🤣 Walhal akk Cari utube nak bncuh racun je ni .terview plak ni ... Stuck sampi bih video... Belajar lah Kira Kira ni. Ok gak sebab boleh jimat buat sendiri dri upah org . 😅Tq anyway.
@IlmuTani
@IlmuTani 3 жыл бұрын
Heheh. Semoga bermanfaat
@surahmanyanto4919
@surahmanyanto4919 3 жыл бұрын
The first
@IlmuTani
@IlmuTani 3 жыл бұрын
Terbaik!
@haziqzal-yp5bu
@haziqzal-yp5bu Жыл бұрын
salam tuan,nak tanya..racun alion tu bole Guna tak kat tanaman serai?Mati tak seraii kalau Guna racun alion
@firdausmohamad2350
@firdausmohamad2350 8 ай бұрын
Alion tu untuk pre emergent. Bahan active dia indaziflam
@fakhrizakijaafar9135
@fakhrizakijaafar9135 2 жыл бұрын
Salam tuan kalau nak guna racun alion ne kena campur dengan racun rumpai lain ke tq
@IlmuTani
@IlmuTani 2 жыл бұрын
Betul tu. Campur dengan racun lain (challenge/touch up/ken up/lain2)
@fakhrizakijaafar9135
@fakhrizakijaafar9135 2 жыл бұрын
@@IlmuTani tima kasih tuan atas perkongsian ilmu
@muhdfarid3778
@muhdfarid3778 3 жыл бұрын
bukit gambir kt mne bos??
@IlmuTani
@IlmuTani 3 жыл бұрын
Saya buat video ni di Selangor
@abdulganidjumat5088
@abdulganidjumat5088 2 жыл бұрын
Fail matematik....x fhm 😁😁😁
@noorshimahkamarolzaman6608
@noorshimahkamarolzaman6608 2 жыл бұрын
Pening. Make it simple. Setengah heltar berapa liter air dan berapa ml racun/ penutup racun
@stormbreaker6167
@stormbreaker6167 2 жыл бұрын
Racun Rumput BASTA (Durian) Basta (74ml = 10liter air) 1. Bancuhan 148ml dalam 20liter air (1 tong=20liter) 2. 1 hektar = 450 liter bancuhan racun 3. 1 hektar = 2.471 ekar 4. 2.471 ekar = 450 liter (bancuhan racun) 5. 1 ekar = 450/2.471 =182.1 liter bancuhan racun 6. 1/2 ekar = 182.1 bahagi 2 = 91 liter bancuhan racun. (1 tong 20 liter) 7. 91 liter bahagi 20 liter = 4.5 tong Setengah ekar memerlukan 4.5 tong air. 1 tong 148ml basta. 4.5x148ml basta = 674ml Basta 0.5ekar = 674 ml basta 1 ekar = 1.348 liter basta 1hektar = 2.471 ekar = 3.3 liter basta
@maisarahidi
@maisarahidi Жыл бұрын
Tu la
@fixxzitt
@fixxzitt 3 жыл бұрын
Kalau nak kira ikut concentration (%) setiap tong macamana tuan?
@stormbreaker6167
@stormbreaker6167 2 жыл бұрын
Racun Rumput BASTA (Durian) Basta (74ml = 10liter air) 1. Bancuhan 148ml dalam 20liter air (1 tong=20liter) 2. 1 hektar = 450 liter bancuhan racun 3. 1 hektar = 2.471 ekar 4. 2.471 ekar = 450 liter (bancuhan racun) 5. 1 ekar = 450/2.471 =182.1 liter bancuhan racun 6. 1/2 ekar = 182.1 bahagi 2 = 91 liter bancuhan racun. (1 tong 20 liter) 7. 91 liter bahagi 20 liter = 4.5 tong Setengah ekar memerlukan 4.5 tong air. 1 tong 148ml basta. 4.5x148ml basta = 674ml Basta 0.5ekar = 674 ml basta 1 ekar = 1.348 liter basta 1hektar = 2.471 ekar = 3.3 liter basta
@greenvlog3517
@greenvlog3517 2 жыл бұрын
Yg org nk tau sehektar atau 10k m² tu brpe liter air je? . Ni mcm bru abes skolah je teori² sgt x function sgt pn buat syok berbuih mulut bersembang boleh la🤣🤣🤣 .
@luqmanhakim7444
@luqmanhakim7444 Жыл бұрын
Ni ilmu..sebab tu kau bodoh..malas mendengar malas membaca
@ARUSH
@ARUSH 2 жыл бұрын
150ml untuk 10,000m/segi, mcm mana dapat 15ml untuk 1,000m/segi tu bang?
@IlmuTani
@IlmuTani 2 жыл бұрын
10,000 meter persegi adalah 10 kali ganda lebih besar daripada 1000 meter persegi. Maka 150ml bahagi 10
@ARUSH
@ARUSH 2 жыл бұрын
@@IlmuTani oh ok bang faham, boleh ajar tak kalibrasi nozel paling mudah dan cepat ?
@ohmi9064
@ohmi9064 3 жыл бұрын
brapa ringgit hrga rcun ni?
@mizacubby4272
@mizacubby4272 2 жыл бұрын
Rm700-rm800..tngok kat shopie..semalam sya jual rm500 sebotoi 1ltr
@zamriperak2606
@zamriperak2606 2 жыл бұрын
Aq racun kebun ngn aq racun kt sawah padi Aq xdk masalah ap pon oleh je, aq buh racun xdk sukat2 je,kt botol tulis 75ml Aq buh 100ml okey je pokok padi Aq pokok mangge nangke xdk masalah lg le? Xdk amek mase2 nk kire mase2
@TeeheeTummyTums
@TeeheeTummyTums 2 жыл бұрын
Tapi membazir
Apa itu RACUN BAKAR & RACUN SERAP | Pengenalan Asas Meracun Rumput
16:47
Uwong Jowo Official
Рет қаралды 36 М.
Jangan beli Tong Racun Rumput Bateri ini sebelum menonton video Ah Gei!
8:27
ATKC eWarehouse Home Improvement Store
Рет қаралды 54 М.
KINDNESS ALWAYS COME BACK
00:59
dednahype
Рет қаралды 135 МЛН
Vivaan  Tanya once again pranked Papa 🤣😇🤣
00:10
seema lamba
Рет қаралды 34 МЛН
That's how money comes into our family
00:14
Mamasoboliha
Рет қаралды 9 МЛН
Heartwarming: Stranger Saves Puppy from Hot Car #shorts
00:22
Fabiosa Best Lifehacks
Рет қаралды 21 МЛН
KALAU FAHAM BASIC RACUN RUMPAI... KERJA MERACUN JADI MUDAH
10:13
[ Kawalan Serangga 8# ] Cara membaca label pada botol racun.
18:06
TIPS GUNA PAM RACUN PETROL, TAK PERLU PIKUL BERAT | EPISOD 18
20:51
2 Jenis Racun Rumput Paling Sesuai Untuk Kebun
10:17
Tok Alang Channel
Рет қаралды 86 М.
[PART 1] Jutaan Anak Pisang Boleh Dihasilkan Dengan Kaedah Ini
10:54
Bayar rumah stail CINA? [Kewangan] Habis bayar hutang rumah cepat!
12:03
Pengiraan jumlah bancuhan racun untuk satu pam. Herbicides mixing
6:04
Afzainizam Abdullah
Рет қаралды 23 М.
Makanan Ayam Tidak Lagi Bersepah Dengan Cara Ini
6:21
Ilmu Tani
Рет қаралды 333 М.
KINDNESS ALWAYS COME BACK
00:59
dednahype
Рет қаралды 135 МЛН