BERDOSAKAH Jika Seorang GURU MENGELUH Akan Nasibnya??

  Рет қаралды 33,559

About Sastra

About Sastra

Ай бұрын

►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
Visit my Instagram : @jendral_sastra_
Visit my twitter : @jendralsastra
This video was made for an entertainment purpose only.
This video was made based on one of the requests from all of you.
Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
Thank You #aboutsastra #reactionvideo #nasibGuru

Пікірлер: 269
@Ruriko.Y
@Ruriko.Y Ай бұрын
di Malaysia pun ramai parents sombong macam ni. dia ingat cikgu tu orang gaji dia atau pengasuh anaknya. dia pula yg arahkan cikgu, "eh tolong cari tupperware anak saya tertinggal," "make sure anak saya makan," "tolong pakaikan stokin" seriously kita yg baca wasap parents pula yang rasa menyirap satu badan. kau ingat anak kau tuan puteri? cikgu nak layan dia sorang je? kawan saya cikgu sekolah menengah. dia kata lebih penat mengajar budak2 besar daripada budak kecil. bila dah remaja, masing2 ada akal & peel sendiri. yg ponteng sekolah, tak buat kerja sekolah, masalah disiplin, keluar ikut boyfriend waktu kelas, macam2 hal. dah la kena hadap perangai student, kena deal dengan parents lagi. especially yang jenis anak dia semua betul, cikgu semua salah. bila saya jumpa kawan saya ni, selalunya akan jadi sesi kaunseling & luahan hati. kesian dengar cerita dia. tapi she remains very passionate about her job. kebanyakan cikgu2 macam tu. ada yg garang & asyik membebel tapi tujuannya mahu anak2 murid pandai & berjaya. sebab tu orang Malaysia sangat menghargai guru. parents zaman sekarang je yang selalu over. parents dulu kalau anak mengadu cikgu marah, dia tumpang marah anak tu sekali. parents sekarang terlalu merajakan anak. kementerian banyak peraturan baru yg guru2 tak boleh langgar kerana nak jaga hati student & parents. mengarut betul.
@iffahghani3756
@iffahghani3756 Ай бұрын
Betul.. Kalau dulu pernah jgk kena marah dgn cikgu sbb xsiapkan keje sekolah.. Balik umh kena lg.. Siap tambah package kena bebel.. Hahaha.. Kenangan sungguh masa dulu.. Skrg ni cikgu siap kena warning lg sbb mrhkan ank2 dyeorg..
@valirvale7945
@valirvale7945 26 күн бұрын
Betul .. dimana pun di sudut dunia ni ,pasti akan ada manusia yg tak pernah mahuenghargai org lain
@wanatin88
@wanatin88 25 күн бұрын
mak2 dlu mmg berbeza dgn mak2 skrg...skrg semua pakai wasap grup je..kalau mak sy dlu dye sndr dtg skola check...kalau btl slh sy,dye sndri yg sound sy😂...lps tu dye yg mintak maaf kt ckgu😂..tp kalau ad yg slh dlm proses P n P,dye terus mengadap guru besar
@ariearis1485
@ariearis1485 Ай бұрын
Assalamualaikum cikgu2 semua. Pendapat saya ianya normal kalau guru mengeluh kerana guru juga manusia. Setiap pekerjaan pasti ada kesusahannya. Mana ada kerja senang dalam dunia ini. Doktor, lawyer, menteri, tukang jahit atau apa saja pekerjaan hanya mereka yang bekerja di bidang itu yang tahu betapa beratnya kerja mereka. Begitu juga guru hanya guru yang tahu betapa beratnya pekerjaan seorang guru. Jika kamu tak percaya.. cubalah jadi guru dalam masa yang agak lama. 3, 4 atau 5 tahun dan lihat sendiri apa keluhan kamu.
@zaharahramli4939
@zaharahramli4939 Ай бұрын
Kalau mahu kaya jangan kerja sebagai guru..tapi klu mahu kaya pahala jadi la guru..hari2 kami didoakan murid bila diberi salam setiap kali berjumpa..
@Tango1-xk6rb
@Tango1-xk6rb Ай бұрын
Seorang ibu hanya mendidik 1 hingga 4 anak, manakala bagi guru perlu mendidik berpuluh-puluh murid yang berbagai ragam dan perangai. Mmg kerja guru itu berat tetapi mereka tetap terus membimbing semoga lahir para karyawan atau pemimpin di masa hadapan. Hormat pada semua semua guru-guru...
@Ruriko.Y
@Ruriko.Y Ай бұрын
kadang2 beratus. dia bukan mengajar satu kelas je. kalau satu tingkatan dia ajar 2 kelas, lima tingkatan dah 10 kelas. satu kelas 30 orang. klo 10 kelas dah 300 orang. itu mengajar di sekolah je. kadang2 luar waktu sekolah pun dia kena bertanggungjawab ke atas student. parents tak tau perangai anak dia kat sekolah macam mana. cikgu juga yg kena hadap
@normahkurnain7716
@normahkurnain7716 Ай бұрын
Ibu bapa yang tidak berdisiplin dirumah bersama anak. Anak biadap kerana Ibu bapa tidak mendidik anak untuk jadi anak yang berdisiplin. Pak dan mak pun sama 2x5 kurang ajar. Itulah sebabnya anak anak sekarang susah diajar. Didikan dirumah juga penting.
@rosmawatiahmad7244
@rosmawatiahmad7244 Ай бұрын
Betul....guru ni all rounders...driver ambulance (bwk students sakit ke hospital), nurse kat sek, clerk (register segala mcm documents, pegawai kebajikan masyarakat, pegawai sukan, tukang masak, kaunselor Dan byk lagi ...itulah uniknya guru/cikgu...apapun saya bangga mnjadi guru dan saya cinta profession saya...❤❤ From Terengganu
@cikgunora8117
@cikgunora8117 Ай бұрын
setiap tahun pasti saya akan jd dentist😂...kelmarin pun cabut gigi murid thn 1.aduhhh cikgu yg garang ni juga yg dicari budak2..
@amirulhaiman6845
@amirulhaiman6845 Ай бұрын
Saya yg bukan guru pun, sangat terkejut dah "terasa hati" bila di komen seperti itu... Apa2 pun, Terus Teguh, Gigih guru2 Malaysia & Indonesia untuk mendidik anak bangsa ❤
@eddydeen6897
@eddydeen6897 Ай бұрын
Ayah saya berteman dengan hampir semua guru di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di tempat saya khususnya waktu anak-anaknya masih bersekolah di situ. Kalo ada apa2 kesalahan yg saya lakukan saya paling takut kalo guru- guru ini beritahu mak ayah saya sebab bila-bila masa saja guru-guru ini boleh datang bertemu mak ayah saya bahkan ada guru yg ikut pergi memancing dengan ayah saya. Guru matematik dan bahasa inggeris saya hampir setiap hari membeli di kedai kami dan kalau dia melihat saya pasti dia tanya sudah baca buku belum, sudah selesaikan kerja rumah belum. Dari situ saya mulai berdisiplin dan sedar bahawa guru-guru sangat kasih dengan anak muridnya sehinggakan di luar waktu mengajarnya dia masih mengigatkan anak muridnya untuk belajar. Rindu dengan guru-guru saya ❤❤
@muliatimukri4182
@muliatimukri4182 Ай бұрын
Menjawat jawatan guru selama2nya bergelar guru dr hidup mau pun sudah tiada. jasa yg akan selalu dikenang.
@kamarudinbinhanipah7918
@kamarudinbinhanipah7918 Ай бұрын
Di Malaysia, kami mengangkat GURU sebagai parents untuk anak2 ketika ibu bapanya bekerja untuk keluarga. Disamping menggantikan ibu bapa dalam waktu tersebut, mereka turut dipertanggungjawabkan mendidik dari aspek keagamaan, moral selain akademik. Komen ibu2 itu salah satu komen IQ JONGKOK!!! Justeru peranan guru, Malaysia mengangkat martabat guru lebih tinggi sebagai imbuhan manusiawi berbentuk gaji atau upah berpatutan sesuai dengan tugas dan peranan mereka agar mereka turut menghayati didalam hati nurani mereka bahawa mereka itu antara individu terpenting melahirkan generasi pintar, berakhlak, berpendidikan, bermoral dan meningkatkan jumlah rakyat yang berkualiti.
@azalejboi7101
@azalejboi7101 Ай бұрын
Masalahnya guru2 sekarang tak macam dulu.pemalas!
@jelawat67
@jelawat67 Ай бұрын
Pandai menilai guru sebagai pemalas. Kalau rasa dah pandai dan rajin, sila mengajar murid cukup seminggu. Baru boleh menilai.
@azalejboi7101
@azalejboi7101 Ай бұрын
Boleh gaji awak bagi kat saya.semua yang pemalas dan tak ikhlas mengajar sila berambus.merosakkan anak bangsa.
@azalejboi7101
@azalejboi7101 Ай бұрын
@@jelawat67 patutnya guru guru sekarang ni ditempatkan di pedalaman 10-15 tahun biar dia rasa erti susah dan ikhlas mengajar.mana yang setakat 2 tahun balik bandar tu.panggil balik biar genap 10-15 tahun.baru boleh jadi guru berwibawa dan ikhlas
@azalejboi7101
@azalejboi7101 Ай бұрын
@@jelawat67 boleh bagi gaji guru2 ni kat ibu bapa.yang pemalas tu sila berambus.merosakkan anak bangsa jer
@ninaarlym
@ninaarlym Ай бұрын
I as a Malaysia teacher.. I support all Indonesia teachers. Keep strong!❤
@n3woon
@n3woon 29 күн бұрын
Me too as a teacher in Brunei, i support all the teacher where ever you are ❤
@fatimahmatzain9337
@fatimahmatzain9337 Ай бұрын
Assalamualaikum. Menarik isu hari ini. Dulu, hal ini berlaku di Malaysia, guru dimarahi apabila mengeluh mengenai sikap murid2 zaman sekarang. Pelbagai respon drp netizen sama ada guru dan orang awam. Ada yg menyokong dan ada yg membangkang. Hakikatnya setiap pekerjaan ada tugas dan tanggungjawab masing2 yg perlu digalas. Kerenah ibu bapa yg terlebih sudu dr kuah amat menyesakkan dada dan minda. Kami juga manusia biasa yg tidak sempurna namun cuba utk menjalankan amanah sebaik mungkin. Kami juga insan biasa. Sedarlah kamu semua, keberkatan ilmu yg kamu perolehi itu hasil drp doa guru2 semua apabila mereka redho dgn ilmu yg mereka curahkan. Maka jagalah adab ketika belajar demi keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
@zabaidahsaad2384
@zabaidahsaad2384 Ай бұрын
Benar menjadi guru diwaktu ini amat mencabar berbanding dahulu... tk dinafikan ibu bapa sekarang terlebih sudu dari kuah... anak² mereka tk blh ditegur. Kejasama guru dan ibu bapa amat penting untuk anak²... kadang² guru lebih tahu bakat.. kebolehan kreater yg tersembunyi dlm diri anak² untuk dikembang. Apa² pun kami amat berterima kasih pd semua cikgu² yg mengajar kami membaca dan mengira... DULU KINI SELAMANYA ❤❤❤.
@mohdfaizmy
@mohdfaizmy Ай бұрын
Saya zaman sekolah dahulu, ibu saya pergi ke sekolah untuk mengambil kad pelajar..siap memesan kepada guru saya..cikgu andai anak sy ada buat kesalahan, saya memberi kebenaran sepenuhnya untuk cikgu mendidiknya, walaupun dengan merotan..lalu saya terdiam kaku.. 🥲 Satu lagi peristiwa, saya ada melakukan kesalahan sehingga di rotan, terkena di bahagian lengan tangan dan punya bekas, satu hari ibuku perasan dan tanya kenapa dengan tangan saya..saya kata kena rotan cikgu..alih2 ingin mengadu ibu saya kata,patut pun..patutnya dirotan lebih lagi.. eh pulakk.. 😅😓🥲
@bahalol6657
@bahalol6657 Ай бұрын
agong pun pernah kena rotan dengan guru..
@jumisahmuhadi8985
@jumisahmuhadi8985 Ай бұрын
Cuba klu anak2 murid zaman skg yg kena ke mahkamah lah jawapnya,😂😂😂 apalagi klu kena dng murid yg ibubapanya merajakan anak ,habislah cikgu itu,
@mohdfaizmy
@mohdfaizmy Ай бұрын
@@jumisahmuhadi8985 ya..rasanya mcm tu kot.. 😁 tapi buat saya, anak2 sy pun sy akan buat mcm tu, bg kebenaran pada guru untuk tolong mendidik anak-anak saya..InsyAllah sy akan menyebelahi guru..kerana sy percaya mereka melakukannya untuk mengajar bukan semata-mata untuk menghukum..
@jumisahmuhadi8985
@jumisahmuhadi8985 Ай бұрын
@@mohdfaizmy seharusnya begitu,
@rosainiismail7826
@rosainiismail7826 Ай бұрын
​@@jumisahmuhadi8985hurmmm sedih sb tindakan guru sentiasa disalah mengerti...nak2 lagi jenis yg percaya cakap anak bulat2....😢
@kielanuar213
@kielanuar213 Ай бұрын
Guru juga seorang ibu, isteri, ada anak untuk diberi makan, perlu juga diajar (malah oleh guru lain), dibesarkan dengan baik. Kalau semuanya serba tak cukup, sesiapa pun akan stress/terdesak. Semua pun manusia. Perkara basic untuk difikirkan.
@trisshousten3298
@trisshousten3298 Ай бұрын
Bagi saya guru ada hero dan heroin bagi saya..jasa guru tak terbalas.orang yang jadi presiden,perdana menteri,polis,askar,doktor,apa2 saja yg jadi kerajaan dan kita yang jadi kuli ada lah didikan dari seorang yang bernama guru..tiada guru tiada kita semua nya..kita yang jadi kuli dah bersyukur kerana kita pandai baca dan menulis.
@farithsulaiman9728
@farithsulaiman9728 Ай бұрын
Tanpa guru tidak akan lahir bijak pandai yang membangunkan negara. Seorang pentadbir, peniaga, jurutera, dokyor malah ahli politik dan presiden sesebuah negara juga lahir dan terbentuk daripada hasil didukan seorang guru. Sebab itu, masyarakat dan pemetintah perlu menghargai jasa dan sumbangan para guru. Pemerintah perlu memberi gaji yang setimpal dengan sumbangan para gur, dan gajinya mesti lebih daripaga penjawat lain, seperti doktor, jurutera, srkitek dan sebagainya, sepertu tang dilakukan di negera Jerman.
@pongan18channel85
@pongan18channel85 Ай бұрын
Pak menteri Dan anggota dewan lagi ngeluh minta ditambahi bajet, inikan pula guru yg gajinya dibayar ciput....wajar mereka ngeluh juga Dan nuntut kenaikan gaji yg lbh.....
@hawaandroid2786
@hawaandroid2786 Ай бұрын
Kalau anak Indonesia mahu jadi youtuber itu mungkin juga satu cita cita yang boleh digapai dan tak mustahil untuk berjaya mengubah hidup. Cuma perlu ingatkan mereka untuk membuat konten yang berguna dan berilmu. Jumlah penduduk Indonesia ramai, kalau berapa persen orang Indonesia menonton youtube youtuber Indo, lumayan penghasilannya. Kalau di Malaysia nak berpenghasilan jadi youtuber, tak selumayan kalau jadi youtuber di Indonesia. Kalau di Malaysia mahu jadi guru mungkin kerana gaji tapi mungkin kerana persepsi ilmu yang diajari guru yang diamalkan akan jadi ladang pahala di akhirat. Mr Sastra dan sahabat, kalau ke Kuala Terengganu, jangan lupa melawat Taman Tamadun Islam dan Muzium Negeri Terengganu. Mungkin juga boleh melawat Penjara Marang melihat pembuatan Songket Dua Muka.
@normadiasait8023
@normadiasait8023 Ай бұрын
Sebagai ibu ,seorang guru amat kami hargai, dari jasa guru ,anak2 kami belajar pelbagai ilmu .Budi seorang guru pasti kita kenang .
@user-op5dm3vc3n
@user-op5dm3vc3n Ай бұрын
GURU ITU " PEMBINA BANGSA & TULANG PUNGGUNG PEMBINA GENERASI. SALUT... RESPECT.
@azizankamis
@azizankamis Ай бұрын
Guru sumber pelita hidup
@sitinor9130
@sitinor9130 Ай бұрын
Salam Sastra, Aziz & Tika. Teaching is a profession that shapes the character, intellect and souls of future generations. It is not a career but a vocation …. P/s: toilet train is actually the responsibility of parents. Kids shld be trained from age 2.
@addymiry6801
@addymiry6801 29 күн бұрын
Seharusnya parent begitu ajar anaknya sendiri. Tanpa guru tiada akan terbina negara berdaulat makmur sejahtera and maju.
@mohdnorman1782
@mohdnorman1782 Ай бұрын
Salam dri malaysia, kalau datang ke terangganu wanita wajib berijab cikgu2, ku syg... ❤❤❤
@Ruriko.Y
@Ruriko.Y Ай бұрын
celah mana wajib? tak wajib tapi sebagai menghormati locals especially masuk kampung2, elok la pakai. saya dari kecik pergi Terengganu free hair elok je, tak ada siapa marah. jangan sebar benda tak betul.
@nuts1755
@nuts1755 Ай бұрын
Benda ni more to common sense.. Cikgu saya dulu ada yang freehair, lama ii dia pkaila.. Mula ii memang dekat sekolah je, dah setahun dua dia pakaila juga dekat rumah
@abangjasjohor4629
@abangjasjohor4629 Ай бұрын
Orang cakap macam2 pasal guru dia dulu X sekolah kurang didikan guru orang mulia kalau saya lihat guru kita dah rasa malu dan rasa hormat beliau lah yang membentuk kita selain ibu bapa
@eydaatma
@eydaatma Ай бұрын
Satu kata untuk Ibu itu.. Tanpa Guru anda belum tentu jadi Manusia dan Berjaya seperti hari ini! Sedih sekali dengan pola fikirnya 😓😓🥺
@zainonyahya3659
@zainonyahya3659 Ай бұрын
Saya sokong guru👍👍👍
@ruzinimatali9133
@ruzinimatali9133 Ай бұрын
Wahh nti blh mkn keropok lekor dan gorengan CELOP tepong😂
@mawarberduri8657
@mawarberduri8657 Ай бұрын
Nasi dagang, satar jgn dilupa... 😁
@badrulhishamahmad3196
@badrulhishamahmad3196 28 күн бұрын
Sepatutnya guru diberi imbuhan YG setimpal dengan daya-usaha yg telah dicurahkan kpd murid2. Di Malaysia, guru2 mendapat gaji yg tinggi bermula Dari RM2,000 Hingga RM12,000 sebulan.
@masanumnazhirahmad9457
@masanumnazhirahmad9457 Ай бұрын
X kiralah semua kerja berat..baik ibu ayah mahupun guru...tapi ini adalah tanggungjawab...mereka manusia yg penuh hati ingin mendidik anak bangsa...masing masing adà peranannya..ibu ayah guru hanya menambah warna dalam kain putih anak anda yg anda sudah corakkan dan memberikan kecantikan agar di pandang baik dan bukan pandang ke bawah .saling menghormati kerana tanggungjawab ini bukan mudah..nak jaga anak anak anda bukan tugas mudah. Zaman dahulu ayah ibu bisa mengarahkan guru buat apa sahaja..malah dirotan dan cubit bila tak siap keeja sekolah..tapi sekarang salah sikit saman .....beginilah berilah ruang para oendidik kita..kita manusia bukan robot..robot pun rosak bila selalu digunakan...guru ibarat lilin dan kita sebagai sumbunya..harus dilindungi supaya lilin itu apinya terus menyala bukan terus malap
@yusnimohamad1874
@yusnimohamad1874 29 күн бұрын
Terima Kasih Guru-guru semua, tanpa Guru generasi mendatang pasti tiada arah tuju yg baik.
@MsMorris90
@MsMorris90 Ай бұрын
Pergilah ke Pulau Redang, sangat cantik
@Miamia37-ce6gi
@Miamia37-ce6gi Ай бұрын
Kalau snokling bulan julai dah agak bahaya. Elok bulan sebelum jun
@zhaaziz27
@zhaaziz27 Ай бұрын
Rindu nak g redang lg. Xpenah move on! Best sgt sbb cantik sgt pulau redang ❤
@myscasio
@myscasio Ай бұрын
Guru/cikgu adalah gelaran yang tetap abadi walaupun setelah meninggalkan dunia ini. Betapa mulianya seorang guru.
@neshdarahim4659
@neshdarahim4659 Ай бұрын
Salam dari bumi kenyalang cikgu bertiga, sejak anak saya bersekolah baru saya tahu cikgu itu super power, superman, malaikat bersayap boleh terbang Dan buat kerja sepantas kilat😂😂.. Ibu yg menyalahi cikgu yg mengeluh tu minta maaf cakap ya.. dia tak mendidik anak dia di rumah kerana apa, sebagai orang tua kita nak anak kita jadi baik, jadi manusia yang boleh memanusiakan orang lain suatu hari kelak, yg berakal sempurna, pendek kata nak yg terbaik lah dalam hidup mereka.. cikgu mengajar banyak pelajar di sekolah jadi cikgu wajar berkata "berat" sebagai org terpelajar apa Salah kita dengar lah sedikit rintihan hati cikgu tu.. supaya nanti dia boleh mengajar dgn baik.. kalau cikgu stress anak anak bangsa nak jadi apa??
@annourzz9419
@annourzz9419 Ай бұрын
Guru di Malaysia bergaji besar.
@aimisakee5446
@aimisakee5446 Ай бұрын
Banding dgn negara mana?
@annourzz9419
@annourzz9419 Ай бұрын
@@aimisakee5446 tak da banding banding. Memang besar, selalu Ada revision gaji
@kakwanachannel3975
@kakwanachannel3975 Ай бұрын
​@@annourzz9419rasanya bukan cikgu jerr.semua yg keja kerajaan dia akan sama dgn gaji cikgu ikut gred.contoh kat jabatan yg ada degree so gaji dia sama mcm gaji cikgu..cuma pekerja jabatan yg sama gred dgn cikgu dorg ada ofis sendiri,ada transport company,ada org bawahan dan mcm2 lagi la..klu cikgu semua buat kerja sendiri
@annourzz9419
@annourzz9419 Ай бұрын
@@kakwanachannel3975 Tak de, guru memang bergaji besar di Malaysia Dan tentulah dia kena buat semua compatible dengan gajinya yang lumayan tu.
@azryaqsa1007
@azryaqsa1007 Ай бұрын
Semoga dipermudahkan segala urusan Cikgu² semua
@rosmawatidaud1635
@rosmawatidaud1635 Ай бұрын
Salam dari Malaysia... Welcome to Terengganu Tika, Aziz and Sastra...❤
@ahmadredzuan9712
@ahmadredzuan9712 Ай бұрын
Wow! Ke Terengganu akhirnya... Kamu bertiga pasti merindui saat2 di Terengganu nanti..
@jalalkhaizi4197
@jalalkhaizi4197 Ай бұрын
Assalamualaikum...... Cikgu2 Sastra,Ajis n Tika....and .... Welcome back to Malaysia 🇲🇾@ Ganu kite...🤗🤗🫶🇲🇾🤝🇮🇩 Laluan Persisir Pantainya pasti kalian akan bertemu dgn Masjid2 Surau2 nya n Pemandangan yg Indah Sekali pasti x dpt dilupakan...🤗
@zoffadamadam1558
@zoffadamadam1558 Ай бұрын
Kebanyakkan guru adalah sumber inpirasi kepada murid2 nya kerana guru2 la punca utama utk kami mencontohi kebanyakkan kehidupan seharian setelah memberi ilmu kepada kami..jika anak murid nya berjaya jadi guru2 lah yg harus rasa bangga serta merasa segala pembelajaran itu amat bermakna dan masuk ke dalam otak anak2 murid nya...syabas menjadi seorang pendidik yg akhirnya membuat kan generasi berkembang maju sehingga ke anak cucu utk negara tercinta ...Inshallah aamiin
@telur50sen27
@telur50sen27 Ай бұрын
Anak muda Generasi sekarang memang agak meresahkan, tetapi ibu bapa generasi ini juga turut meresahkan..😅, Anak-anak adalah acuan ibu bapanya..Guru harus dihormati seperti mana kita menghormati orang tua kita sendiri..semua perkerjaan di dunia ini ada keluh kesahnya, sebagai manusia ianya normal.. Guru juga manusia biasa..
@tepilaut2356
@tepilaut2356 Ай бұрын
Guru harus dihormati jika ingin ilmunya berkat . Berkat ilmu berkatlah rezekinya. Rezeki yang berkat hidup akan sejahtera.
@FromPerakWithLove
@FromPerakWithLove 28 күн бұрын
Saya sangat benci sama ibubapa yang terlalu memanjakan anak...dikit2 serang guru dikit2 komplain guru sedang kan kesalahan anak sendiri.Pengalaman saya...kebanyakan anak2 rosak kerana kesilapan seorang ibu yang terlalu mengikut kata anak2. Pembelajaran disiplin adab bermula dari rumah ya...bukan di sekolah.Mereka gak tau betapa tertekan nya kerja sebagai guru...dari murid...pengetuan sekolah...PPD (Pegawai pendidikan daerah) hingga lah ke KPM (kementerian pelajaran malaysia) adik saya guru...buka pintu kereta penuh dengan buku2 sekolah...12malam masih bikin kerja sekolah di rumah. Salah anak sendiri tapi guru juga yang di persalah kan...lebih dasyat bila dapat pengetua yang sentiasa takut dan memenang kan ibubapa. Anak murid bawa video lucah atau senjata kesekolah pun tetap guru juga yang akan di persalah kan. Kerna itu ramai guru2 di malaysia yang memilih untuk pencen awal atau mengajar dalam keadaan tidak ikhlas. Dan ramai yang mendapat penyakit tekanan emosi atau mental. Itu belum lagi saya cerita tentang bab racist.Apa kah ibu bapa tau itu? Saya bukan mau memuji diri...setiap tahun saya akan berjumpa sendiri dengan cikgu kelas atau pengetua dan berpesan kepada mereka " buat lah anak saya seperti anak anak sendiri...marah lah pukul lah denda lah jika anak saya berbuat salah". Ini saya amal kan setelah melihat sendiri arwah bapa saya berbuat demikian semasa saya masih bersekolah dulu.
@user-yg9si4fq3e
@user-yg9si4fq3e 29 күн бұрын
selamat datang cikgu2 semua ke Terengganu...hope boleh jumpa dengan cikgu2 semua di sana..
@MRMarttalksandwalks
@MRMarttalksandwalks Ай бұрын
Kelihatannya rata2 orang indonesia juga sangat menghormati dan menghargai jasa guru. Cuma pemerintahnya kurang serius untuk menghargai guru dengan gaji yg lebih layak.
@hussainmohamed6534
@hussainmohamed6534 Ай бұрын
Pada saya komen tersebut ialah sikap warganya, bagai mana perasaan cikgu2 sakalian bila menerima komen seperti itu? sama bagi saya rakyat Malaysia.. komen pergi haji guna wang haram.. pertonas import mintak dari indonesia, import minyak sawit, ikan😂, pakaian malah pakaian dalam katanya import dari indonesia.. cikgu2 patut ajar emak2nya duluan bagi berilmu dan berpengetahuan baru boleh mendidik anak2 mereka tanpa mengharap sepenuhnya pada guru👍👍👍👍😅😅
@kluangman7045
@kluangman7045 29 күн бұрын
Saya makin tertarik nonton channel ini keceriaan 3 guru yg cerdas mengupas pelbagai isu cikgu Tika, cikgu Sastra dan cikgu Aziz mengajar di sekolah rendah atau menengah di Indonesia....
@motivestt8568
@motivestt8568 Ай бұрын
Assalamualaikum from KL to ms tika mr sastra n mr azis. Teachers are parents to our children too. Respecting teachers is the same as respecting parents, that's what we teach our children. Children spend more time with teachers at school compared to us as parents who work 9 to 5.
@user-wz8qk8vw8t
@user-wz8qk8vw8t Ай бұрын
Selamat pagi cikgu❤...raub pahang hadir...❤❤❤
@user-oo3ui6rm4w
@user-oo3ui6rm4w Ай бұрын
Saya sebagai pinpinan persatuan ibu bapa dan guru semestinya saya menyonkong guru kerna kita di didik menghormati guru tetapi kalau guru ada masalah pastinya kita akan tegur dengan cara terhormat agar anak anak mendapat berkah dari guru tersebut.
@fadzilhamid8415
@fadzilhamid8415 Ай бұрын
Goosshhhhh....risau nya trio nk datang ke Terengganu...😂😂
@enabaha8906
@enabaha8906 Ай бұрын
Salam dari guru di Melaka, selamat dtg ke Malaysia.
@rajarazman3650
@rajarazman3650 Ай бұрын
Jaga Adab&Aurat..cikgu ku majority Melayu& Islam d Pantai Timur..Nasihat sayang dpd Uncle
@sariffahahmad1318
@sariffahahmad1318 28 күн бұрын
Syukur saya telah pencen sebagai guru. Selamat maju jaya semua guru Malaysia Dan Indonesia
@abangjasjohor4629
@abangjasjohor4629 Ай бұрын
Selamat datang cikgu tenang kan fikiran yang berserabut tu
@shimzazli3537
@shimzazli3537 Ай бұрын
Saya sebagai pelajar ingin mengucapkan terima kasih kepada guru yang tidak lelah dalam mendidik kami.. terima kasih kerana menjaga dan mengajarkan segala ilmu untuk bekal kami di masa depan... Terima kasih kerana guru sentiasa sabar dalam melayan karenah kami yang teramatlah nakal.. sya dari Malaysia 😊
@Hafiq-uu2gl
@Hafiq-uu2gl Ай бұрын
Salam subuh dari Selangor 🇲🇾 ni boss 💕
@onepiecebiniluffygfzoro1290
@onepiecebiniluffygfzoro1290 24 күн бұрын
Kalo mamak n ayah dulu tiap kali jumpa cikgu, xkisah cikgu tu guru yg mengajar dlm kelas atau tak, asalkan cikgu tu mengajar kat sekolah aku, mesti mamak n ayah akan cakap "tegur je cikgu kalo salah, kalo terpaksa ajar dgn cara kasar, pukul je asal jgn patah, mati atau cacat sudah. Buatlah mcm cikgu bdepan dgn anak cikgu sdiri" Alhasil, tiap kali buat hal, bkn kat skolah je kena, kat umah ditambah lg. Alasannya biar aku tau, mak ayah aku kat skolah mmg kne ajar aku utk jd manusia & alasan ke2, sbb aku x hormat cikgu, tu yg aku buat hal. Kalo aku hormat, aku xkan buat hal. Sm mcm aku kena kalo aku x hormat mak, ayah y settlekan aku. Vice versa. Malukan parents, mcm diorg x ajar aku hormat org kat umah sampai aku buat hal kat skolah. Alhamdulillah, berkat mrk.. aku jd manusia yg tau cikgu tu smpai kiamat ttp lah cikgu, mak ayah aku yg aku kne hormat smpai nafas terakhir aku walaupun aku dah beranak cucu. X hormat cikgu sma mcm x hormat ilmu yg aku dpt. Kata diorg walau ilmu tu x semua aku blh guna dlm hdp atau dlm dunia keje tapi aku kena igt, tanpa ilmu tu aku xkan dpt ilmu yg lain.
@mamayayalaa155
@mamayayalaa155 29 күн бұрын
Sy selalu ingatkan ank2 supaya dengar cakap cikgu d sekolah,mudahkn kerja cikgu,kesian kn cikgu kerana tpaksa jaga n ajar anak sy n kwn2nya yg berpuluh2..kdg2 cikgu masa sakit kepala pun terpaksa mengajar juga..
@AsmaAdnan-lu8rh
@AsmaAdnan-lu8rh Ай бұрын
🌿 Assalamualaikum mrSastra mrAziz msTika 🌷 semoga sihat-sihat selalu ya🐦sayang kalian semua💕❤️🐦
@MohdSafriShariff
@MohdSafriShariff Ай бұрын
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُهِ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد 🕸 13 ZULHIJJAH 1445 🧾20 JUN 2024 🌤(KHAMIS
@user-wz8qk8vw8t
@user-wz8qk8vw8t Ай бұрын
Mengeluh -(Bercerita share. APA YANG TERDETIK DIHATI...).
@blackknightshark7732
@blackknightshark7732 29 күн бұрын
Adik sy suami isteri sbg guru mendapatkan gaji sebanyak RM8K lebih kurang Rp25juta sebulan..alhamdulillah, itu rezeki mereka. Sebuah pekerjaan yg sgt mulia..wpun penuh dgn cabaran tugasan di era ini.
@muselanious
@muselanious Ай бұрын
Assalamualaikum. SPEAK UP dan Mengeluh itu 2 perkara yang berbeda bangat Teachers.
@lubuksiejie6548
@lubuksiejie6548 28 күн бұрын
aku yang dh anak 5 ni pun kena tegur ngan guru lagi, setiap kali amik report card, aku yang kena tegur dengan cikgu sebab prestasi anak tak memberansangkan, tunduk je aku, sebab aku hormat cikgu yg membimbing anak aku, die tegur berkmakna die ambil peduli, bayangkan kalau cikgu dh tak ambil peduli kat anak murid, ape akan jadi.....
@zeedozeedo2277
@zeedozeedo2277 Ай бұрын
Selamat pagi cikgu2 About Sastra yang sentiasa ceria dan senyum selalu....
@ryzalchung8976
@ryzalchung8976 Ай бұрын
Warga Indonesia yg ingin menjadi KZbin memang tdk ada salahnya kerana melihat dari berapa banyaknya penduduk di Indonesia. Yg saya dpt tahu dr beberapa content creators & teman² warga asli Indonesia menyatakan betapa susahnya utk mencari kerja. Dan juga skrg dgn adanya smartphone, yg merupakan benda basic terpenting utk memulakan karier sebagai seorg KZbinr (jangan lupa internet data sama penting ya). Cuma gunakanlah platform yg telah diberikan sebaiknya dgn memberikan content² yg membina, educational, kid friendly, pokoknya hal² yg positive dan elakkanlah content² yg penuh dgn berita² hoax, dan yg berunsur negative yg tanpa disedari automatically mengheret menjadikan nama negara yg begitu besar iaitu Indonesia buruk oleh negara² lainnya, khususnya negara² tetangga.
@user-pr4fv4ot3e
@user-pr4fv4ot3e Ай бұрын
Aslkum cikgu semua.. Welcome back to 🇲🇾
@azamyazz621
@azamyazz621 29 күн бұрын
Guru adalah pengganti serta penambah ilmu untuk anak anak kepada berpuluh ibu dan bapa....ramai kan!!! Tak salah jika ia mengeluh kerana tugas dan tanggungjawab yg berat....dan oleh kerana ada sebahagian ibubapa yg abaikan tugas mendidik anaknya sendiri di rumah seperti ibu yg mengomel yg viral itu, sepatutnya ia memberi sokongan moral dan semangat pada guru2 tersebut, dan bukan nya menghujat melulu.
@HiHi-zg1hn
@HiHi-zg1hn Ай бұрын
malaysia paling di hormati 1)ulama 2)cikgu@guru walaupun sudah pencen ataupun sudah meninggal masih di panggil arwah ustaz/ustazah dan cikgu..kalau di perkampungan paling di sayangi masyarakat setempat.
@user-or4jo5gu2b
@user-or4jo5gu2b Ай бұрын
As salamualaikum cg2. Maaf saya mencelah sedikit. Berdasarkan apa yg pernah saya tempuhi. Saya sudah pernah mendengar ayat begitu, tetapi bukan drpd waris. Drpd salah satu pentadbir di maktab semasa saya belajar di maktab tersebut. Saya sangat marah pd ketika saya dgr ayat begitu terutama drpd org yg kedudukan yg tinggi di tempat di mana guru2 dilatih. Bertapa hinanya seorang guru itu. Bagai kami sebenarnya tak diperlukan sebenarnya. Malah kami kena mengagung2kan murid2 kerana mereka lah kami (guru2) dapat kerja. Alhamdulillah, sekarang hati saya yg terluka dulu sudah semakin sembuh.
@miethrasthysoloexplorer
@miethrasthysoloexplorer Ай бұрын
Guru bukan hanya seorang guru. Mereka juga adalah ibu, isteri, bapa, suami yang mempunyai tanggungjawap. Hari cuti pun mereka tetap bekerja di rumah untuk murid dalam masa yang sama, mereka juga perlu bekerja sebagai ibu, isteri, bapa atau suami.
@AbdulRazak-yu8ps
@AbdulRazak-yu8ps Ай бұрын
Dari JB.. Assalamualaikum cikgu2... Untuk menjadi anak murid yg berilmu maka jagalah adab terhadap guru atau cikgu.❤🎉
@sabaryunus3538
@sabaryunus3538 28 күн бұрын
Rasa berat atau terbeban dgn tugasan yg besar itu tak apa2 tp yg penting harus ikhlas, tabah dan sabar..perlu diingat balasan/imbalan bkn hanya di dunia.. tugas yg murni ini Allah akn membalasnya samada ddunia dan akhirat
@Jack-bd4ep
@Jack-bd4ep Ай бұрын
Musuh terbesar guru di Indonesia adalah youtuber/media massa.Maling terbesar kepada kesejahteraan guru Indonesia adalah para pejabat dan jabatan pemerintah.Jangan mengalah guru-guru Indonesia,kamulah yang bakal mengubah pemikiran seluruh rakyat Indonesia.❤❤❤
@roselynna9736
@roselynna9736 Ай бұрын
Guru penyuluh kehidupan
@ayudanisha5580
@ayudanisha5580 25 күн бұрын
Guru tu manusia..ada penat lelah bosan marah sedangkan mak2 dirumah dgn anak2 pon kene ada tingkat kesabaran yg tinggi..normal manusia ada perasaan itu
@RohanaLiza
@RohanaLiza Ай бұрын
Jasa n pengorbanan guru tetap d kenang selamanya..tq so much sir🙏🥰
@wannurulldatul9571
@wannurulldatul9571 Ай бұрын
Guru yg hebat adalah guru yg berjaya mendidik ank2 muridnya mnjadi manusia berguna , tahniah guru2 semua dan tahniah buat2 guru2 ber3 semoga sukses selalu.
@zainahabdrahman4170
@zainahabdrahman4170 Ай бұрын
selamat cikgu2 semua.menariknya apa yg cikgu bincangkan .memang semua orang bolih kerjaapa2 aje.tapi tak semua orang bolih jadi guru .gurulah yg menjadikan setiap murid2 itumenjadikan orang yg ber guna pada agama bangsa dan negaranya. patutnya kita sama2 sebagai ibubapa menjadikan negara kita lebih menikmati kejayaan
@Semutpi
@Semutpi Ай бұрын
Bajet belanjawan negara Malaysia harus yg utama. Kesihatan, pendidikan, ekonomi, pertahanan... Berbalik indonesia, yg utama itu bajet kewangan pertahanan
@Cikmoon_
@Cikmoon_ Ай бұрын
melihat video kalian naik di notifications itu menyenangkan pagi sabtu ku😊
@norakmarlatiff5485
@norakmarlatiff5485 Ай бұрын
Tugas guru2 memang berat...sebab itu sebagai murid, sebagai parents, sebagai kerajaan, kita sangat sangat menghargai pengorbanan dan jerih payah guru mengajar...even seorang President sekalipun, diajar oleh seorang guru...so kita jangan merendah2kan tugas guru
@iejeeey
@iejeeey Ай бұрын
hi mr and mrs, I'm a student teacher in Malaysia, i always watch your videos... all of you really inspired me to become a good teacher in the future. not gonna lie but i have watched almost all of your videos. thank you for making such positive videos that can spread positive vibes to all people.. anyways enjoy your holiday and hope you have fun in Malaysia later !
@user-sx5ql1bt6z
@user-sx5ql1bt6z Ай бұрын
Tunjang akhlak dari rumah,tangga akhlak dari guru-guru,jadi semestinya anak murid kena sentiasa berusaha untuk belajar daripada kedua-duanya😊😊😊
@VivoY11-zd2vw
@VivoY11-zd2vw Ай бұрын
Biar apa kata2 negetif yg dikatakan percayalah semua guru2 anda tetap insan mulia...persetan dgn insan2 kosong yg x pernah pandai b'terima kasih...
@abdrashidabdullah5207
@abdrashidabdullah5207 Ай бұрын
Guru saya sayang kamu 😊
@Diamdiamaja422
@Diamdiamaja422 Ай бұрын
Guru itu harus berdepan murid yg individuals dengan karekter yg jelas berbeza. background beza, experience beza dan ekonomi beza semantara guru harus mahir spt Ustad Gufron yg bisa bicara semut 😂
@saimonkimin
@saimonkimin Ай бұрын
Klu about sastera berkunjung ke sabah.sempat2 kan lah melawat universiti Malaysia Sabah.(UMS)
@user-is7ng1nm2q
@user-is7ng1nm2q Ай бұрын
Salam.... Dalam Islam pun diajar dan disuruh menghormati guru sebaik baiknya tanpa guru siapa lah kita sekarang selain ibu bapa
@semangat1malaysiadihatiku930
@semangat1malaysiadihatiku930 Ай бұрын
Salam Team Sastra.. Kerjasama ibu bapa dan guru itu mampu memastikan keberterusan asuhan dan didikan anak² itu tidak hanya tertumpu di sekolah sahaja. Kerana itu di Malaysia ini setiap sekolah akan mempunyai sebuah organisasi yang menjadi penghubung antara guru dan ibu bapa yang dinamai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berperanan cukup besar dalam menangani permasalahan anak² di sekolah demi kemajuan masa depan mereka. PIBG berfungsi untuk membentuk siasah anak² agar sentiasa benar sama ada di dalam atau di luar waktu persekolahan. Guru itu bukanlah sekadar sebuah pekerjaan malah ia juga sebuah jawatan. Manakala ibu bapa pula bukan hanya pangkat biologi namun juga bertindak sebagai seorang guru. Oleh itu kewujudan PIBG ini amat signifikan dalam memastikan ilmu ajar belajar itu tetap berkelangsungan di mana dan pada bila² masa sahaja.
@suhaimiabdulmajid3223
@suhaimiabdulmajid3223 Ай бұрын
Berat itu dari aspek amanah yang harus guru lakukan... tapi guru tidak pernah anggap itu sebagai beban untuk dipikul. Guru akan cuba sedaya upaya penuhi kebutuhan individu muridnya yang nyata berbeda dari individu dengan individu lain... Semoga Allah swt sentiasa merahmati guru-guru semua
@Biskawit
@Biskawit Ай бұрын
Being a half indonesian myself... 1 benda yang aku kesian orang jndonesia ni ialah gaji pekerja... Kalau kat malaysia... Gaji cikgu tu kategori menengah atas jugak lah mewahnya... Zaman kecik dlu kalau parents guru kategori orang senang... Ikut kelulusan guru tersebut jugak la tapi secara general memang pada golongan marhaen gaji guru ni besar... Berbanding indonesia.. Serba serbi kurang... Doktor yang profesional tu pun gaji kecik.. Apatah lagi gaji pekerja kerajaan yang lain. Kat malaysia gaji pekerja kerajaan boleh dikira boleh tampung hidup... Jadinya.. Kalau pekerja tak bermotivasi dekat sana tu boleh faham.. Sebab keras nya hidup ni dengan tekanan kerja lagi.... Pemerintah indonesia ni memang tak tengok ke gaji minimum pekerja tiap beberapa tahub sekali? Rasa kesian sgt2 dengan org sana....
@Samsengz90
@Samsengz90 Ай бұрын
Aku takut anda tidak mau pulang aje nanti ..jangan main2 terangganu ..
@umikalthumabdulmajid5406
@umikalthumabdulmajid5406 Ай бұрын
😂😂😂😂
@rosmawatidaud1635
@rosmawatidaud1635 Ай бұрын
😂😂 pastikan dengar azan sebelum pulang ke Indonesia
@ananasrawi8904
@ananasrawi8904 Ай бұрын
Hello selamat pg che'gu 🙏
@MusIbuAisy
@MusIbuAisy Ай бұрын
Pada saya tugas guru memang berat. Bukan calang-calang orang boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang guru. Saya respect pada semua yg mampu menjadi guru. Saya nak ajar anak sorang dirumah pon kadang boleh bertukar jadi Hulk. Bayangkan guru2 yg mengadap beratus anak murid setiap hari. Subhanallah Allahuakbar mmg hebat.
@AairaAisyah
@AairaAisyah Ай бұрын
Assalammualaikum 😊😊 Salam subuh dari Malaysia ❤😊
@keon79
@keon79 Ай бұрын
Isu ini sama juga di Malaysia. Sering sangat dihamburkan kata-kata kepada Guru, Jururawat (Nurses) & Doktor... kita sebut org-org sebegini sebagai 'sembang saja kemaih...' 😜
@sitimariam9045
@sitimariam9045 Ай бұрын
Sabar sabar ya guru guruku sastera..mr aziz..miss tika ... ❤❤ Anggap saja ibu tadi tuu tak Berapa sehat ketika membuat videonya td... 🎉
Makan Nasi Dagang Ternyata Tak Cukup 1 Piring !!
18:07
About Sastra
Рет қаралды 56 М.
"Jadi Lelaki Yang Melindungi Bukan Menghancuri " - Yabang
47:06
Looks realistic #tiktok
00:22
Анастасия Тарасова
Рет қаралды 104 МЛН
100❤️
00:19
MY💝No War🤝
Рет қаралды 23 МЛН
ОСКАР vs БАДАБУМЧИК БОЙ!  УВЕЗЛИ на СКОРОЙ!
13:45
Бадабумчик
Рет қаралды 6 МЛН
When You Get Ran Over By A Car...
00:15
Jojo Sim
Рет қаралды 34 МЛН
Kami Sambut Raya AidilFitri Cara Orang Malaysia di USA 🇺🇸
25:42
Guru Indonesia BICARA Tentang Cikgu Malaysia Di Sekolah PEDALAMAN
17:02
Apa Kata Media TV MALAYSIA Tentang IKN "NUSANTARA"?
19:34
About Sastra
Рет қаралды 65 М.
Dol's Podcast EP01 (Part 2)  - Shuib buat pengakuan CUCI 10 boss!!!
25:52
Hal Mengejutkan Yang Orang Malaysia Lakukan Saat MACET di Hari Raya
21:04
Looks realistic #tiktok
00:22
Анастасия Тарасова
Рет қаралды 104 МЛН