Bitcoin / Cryptocurrency & Persoalan Hukum - Dr. Zaharuddin Abd Rahman

  Рет қаралды 49,530

Ali Husaini

Ali Husaini

6 жыл бұрын

Cryptocurrency & Persoalan Hukum bersama Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam rancangan Bismillah Ad-Duha Astro Oasis (23 Disember 2017).
NOTA RINGKAS : BITCOIN DAN WANG VIRTUAL
Selesai siaran langsung ulas topik bitcoin tetapi dek kerana masa terlalu pendek, dan ulasan juga tertakluk kepada soalan moderator banyak juga point penting tidak sempat disebut malah sehingga tersasul salah sebut harga semasa bitcoin juga.
Apapun semoga bermanfaat. Insha allah akan ulas khusus dalam video asing nanti.
Ringkasan yang sempat disebut hasil catatan beberapa pihak di media sosial dan saya edit sedikit agar tepati maksud saya yang tidak sempat disebut:-
1. Bitcoin boleh dianggap sebagai wang walaupun ia bukan 'legal tender'. Hal ini juga boleh dibaca dari kitab fiqh silam malah terdapat pengharaman menurut mazhab Hanbali khususnya bagi sesebuah kerajaan untuk membatalkan wang yang digunapakai oleh rakyatnya. sama ada hasil ciptaan pemerintah sebelum itu ataupun wang persendirian yang valid di sisi sesuatu komuniti. Panjang lagi huraian bab ini cuma tidak sesuai di ruang ini buat masa ini.
2. Bitcoin juga disebut sebagai virtual currency menurut IMF. Boleh mainkan fungsi hampir serupa dengan wang kertas yang dikenali sebagai mata wang fiat.
3. Mata wang fiat dan mata wang digital masing-masing tiada nilai instrinsik. Namun masih layak dianggap wang dalam dunia moden apabila ia mencukupi beberapa ciri wang yang disebut oleh ramai ulama silam dan moden.
4. Bezanya, mata wang fiat dicipta oleh kerajaan dan nilainya berdasarkan banyak faktor ekonomi sesebuah negara dan juga demand supply.
5. Manakala mata wang digital (bitcoin etc) dicipta oleh pihak 'anonymous' & nilainya juga melalui demand and supply. Cuma penciptaan terhad kepada 21 juta unit sahaja dan ini menjadikan nilainya hanya bergantung kepada demand supply dan keyakinan ramai terhadap sistemnya.
6. Harus memiliki Bitcoin untuk simpan nilai dan melawan inflasi. Namun WAJIB TAHU risiko nilai sedia ada mungkin 'burst' seperti buih yang menngkat sangat tinggi dalam tempoh sangat cepat akhirnya meletup dan kerugian teruk adalah risiko juga.
7. Harus memiliki Bitcoin untuk membeli barang kerana ada kedai yang menerima bitcoin sebagai bayaran.
8. Pastikan beli bitcoin di exchange yang sah untuk mengelakkan ditipu. Tidak punyai info yang cukup berkenaan tempat membelinya serta kredibilitinya adalah suatu gharar yang MESTI dielakkan.
9. Bitcoin melalui proses 'penempaan' (mining) yang ketat dengan teknologi 'block chain' yang mengikat setiap transaksi juga berdasarkan formula mathematik yang sukar dirosakkan atau ditipu. Ditambah lagi 'distributed public ledger' yang telus di antara pihak miner. Setakat pengkajian saya, tiada unsur gharar yang besar di sini. Juga terdapat teknik yang berfungsi seperti digital signature bagi setiap transaksi yang begitu rumit ditiru.
10. Namun, unsur gharar boleh wujud jika tiada yang tepat dikeluarkan oleh exchange. Dan jika ditipu oleh pihak yang mendakwa menjual bitcoin atau menyediakan e-wallet bitcoin, tidak diketahui tempat untuk membuat aduan.
11. Hukum hakam ketika penggunaan bitcoin sama seperti mata wang lain. hukum riba' terpakai dalam urusan bitcoin JIKA TIDAK menepati contohnya syarat TUKARAN secara spot, pinjaman dengan faedah etc.
12. DITEGAH & TIDAK HARUS memperdagangkan bitcoin untuk mendapat keuntungan dari perbezaan nilai secara spekulasi seperti forex trading. Keadah mendpat wang dengan cara terbabit TIDAK KAITAN dengan pertumbuhan real economy, serta ia bakal menjadikan wang sebagai komoditi dan bercanggah dengan tegahan riba yang tidak membenarkan wang disewakan kerana manfaatnya dengan pulangan wang.
13. Bitcoin berisiko menjadi 'tool' scammer seperti emas, duit kertas dan lain-lain yang digunakan untuk menipu orang awam melalui skim-skim janji untung cepat kaya. WAJIBLAH jauhi SKIM sebegini.
14. Bitcoin juga besar kemungkinan dijadikan sumber pembayaran penjenayah yang ingin melepasi tapisan kerajaan ketika memindahkan pembayaran. Justeru, itu mungkin menjadikan pihak berkuasa bimbang dengan wang digital ini dan perlu mengawalnya di dalam negara ini.Ini juga menjadikan risiko berurusan dengan bitcoin bertambah.
15. Bitcoin digelar sebagai speculative asset yang belum stabil nilai sebenarnya dan memerlukan masa untuk lebih stabil, atas sebab itu, ia sangat berisiko tinggi.
NOTA TAMBAHAN
PERLU JELAS BACA catatan saya, kebiasaannya penyokong tegar bitcoin memerlukan pendapat HARUS BITCOIN agar mereka boleh hebahkan dan terus berdagang dan terus menerus berdagang serta berspekulasi atas kenaikan nilai bitcoin yang fluctuate (turun naik), PERLU JELAS, saya TIDAK BERSETUJU dengan hal terbabit.
Justeru jangan 'spin' nota dan kenyataan saya kepada hal yang tidak saya persetujui. dan jangan terpedaya dengan mereka yang cuba meyakinkan kalian kononnya saya meluluskannya.
Saya hanya hadkan keharuskan kepada a) simpan nilai b) jadikannya sebagai medium of exchange bagi transkasi pembelian barangan sebenar.
UZAR

Пікірлер: 76
@abidarwish
@abidarwish 6 жыл бұрын
terima kasih ats perkongsian ini. sgt bermanfaat.
@OtaiSelangor
@OtaiSelangor 6 жыл бұрын
Beli aje! Simpan sambil-sambil buat faucet mining sampai 2020
@iadekneysuk1703
@iadekneysuk1703 4 жыл бұрын
Jazakallahukhaira ustaz satu penerangan yg baik
@uniaainu5826
@uniaainu5826 4 жыл бұрын
Bagaimana dgn duit kertas yg Kira guna sekarang .? Duit kertas sekarang tiada nilai . Kecuali janji Dari kerajaan setiap negara. Bole cetak byk utk tunai janji .infasi rakyat tanggug . System duit kertas lagi 10 tahun tinggal sejarah . Technology blockcain akan terus berkembang maju . Inyaallah .
@syawalismail111
@syawalismail111 Жыл бұрын
Orang sekarang nih aneh cara pikirnya, bende yang tak wujud (sebaliknya hanya dilihat diskrin sahaja) dianggap sebagai mata wang atau aset. Adakah kita suka hidup dalam khayalan seperti ini???
@aminazli
@aminazli 4 жыл бұрын
13:54 Tak boleh jika beli bitcoin untuk dijual selepas naik nilai.
@belacan111
@belacan111 3 жыл бұрын
Beli bitcoin guna duit. Beli tanah guna duit. Tanah naik harga, ada yg nk beli kita jual atau tidak. Kalau tidak jual dan dgn punya sifat malasnya tanah tu jd hutan sebab tidak diusahakan. Jd hukum bitcoin ni tidak jelas.
@bosshby3709
@bosshby3709 4 жыл бұрын
DULU ADA LIBERTY RESERVE SEMUA ORG PERCAYA SEKALI SISTEM TU TUTUP MENDADAK SERENTAK SATU DUNIA BERBILIUN2 DUIT ORG LESAP BEGITU SAJA TIADA SIAPA BOLEH KLAIM KERANA TIADA TAHU SIAPA PENGASASNYA, BEGITU JUGA DGN BITCOIN , KALAU TUTUP NAK MENGADU PADA SIAPA , CUBA USTAZ CERITA , NAK RUJUK PADA SIAPA SBB TAK JELAS. APAKAH INI TIADA UNSUR " GHARAR " TLG BG PENCERAHAN.
@fauzimnoor3430
@fauzimnoor3430 6 жыл бұрын
dengar sampai habis...membeli utk menyimpan mengaut keuntungan bila harga naik adalah haram sama macam forex trading
@shukriyusof7308
@shukriyusof7308 2 жыл бұрын
Saya dengor video ini di tahun 2021 bln Nov. Yaa, 3 tahun lepas Dr Zaharudin menafsirkan Bitcoin sama dgn Forex. Hukum berdagang forex adalah haram 3 thn lepas & tetap haram walaupun skrg di tahun 2021. Tapi thn ini 2021 bnyk ulama even Dr Daud Bakar, Chairman SC menafsirkn kripto currency as a commodity (bukan nya matawang). So hukum nya telah berubah dari Haram (circa 1998) ke Mubah/ Harus sekarang 2020/21. Wallahu aqlam.
@haicallcallbec1861
@haicallcallbec1861 2 жыл бұрын
@@shukriyusof7308 so sekarang ni hukum pakai crypto ni masih haram k tidak?..maaf saya kurang jelas
@montreuxxerrei9225
@montreuxxerrei9225 2 жыл бұрын
@@shukriyusof7308 mcm mana kripto currency jadi komiditi??...x logik langsung....barang x nmpak mana boleh jadi komiditi....
@aminazli
@aminazli 4 жыл бұрын
12:38 Harus beli bitcoin untuk simpan nilai - Dr Zaharuddin AR
@uniaainu5826
@uniaainu5826 4 жыл бұрын
Jika jual Beli saham bole kenapa jual Beli crypto money tak bole ? Sebenar nya dulu orang Kaya melabur kat bursa saham . Orang2 biasa tak da peluang .sekarang semua penduduk dunia bole share ekonomi dunia secara adil Dan saksama . Tampa orang tengah . Jual Beli saham Di bursa Dan Forex Dan out of technology . Dunia Bergerak ke crypto trading . Freedom high security , no protocol . Everyone can trading only have cash n internet . Welcome to future . Dunia sedang beralih Dari system riba kepada system near to 0 riba . Itu lah blockcain technology. 2 nd generation internet . Bukan macam today .
@iffatismee1679
@iffatismee1679 4 жыл бұрын
Ada kemusykilan sikit tuan..jika dengar dengan teliti ada 2 point yg saya kurang jelas: 1. Dr Zaharuddin ada cakap harus bitcoin untuk simpan nilai untuk melawan inflasi bila diperlukan di masa depan boleh jual semula 2.Haram menyimpan bitcoin untuk tunggu harga naik dan jual semula Jadi apa beza di antara 2 point ini?..keduanya masih ada melibatkan penjualan semula Harap boleh memberikan sedikit pencerahan
@Duabelas2717
@Duabelas2717 5 жыл бұрын
Saye tak paham klo beli simpan klo dah naik harga/nilai jual tak boleh...sebab bukan cuma bitcoin je yg cam tu orang beli tunggu niik harge nak jual. Tu wajarlah.. yg tak boleh kan stok banyK-banyK sehingga susah nak cari barang tu/bitcoin baru jual sebab langka fah jadi mahal. Ni tak boleh dalm islam...mohon sPe boleh bahi pencerahan alasan FT zaharudin klo simpan nak jual waktu mahal tak boleh...
@luzmanhasif749
@luzmanhasif749 6 жыл бұрын
Apa maksud dia yg beli utk simpan nilai?
@bosshby3709
@bosshby3709 4 жыл бұрын
Nak tanya, jika sesuatu program itu terlibat 3 unsur atau 1 darinya ( Maysir, Gharar & Riba ) , sdh pasti HARAM , apakah program yg tak jelas siapa pengasasnya itu dari sudut kacamata Islam ia tdk HARAM.
@twhwanhamid2205
@twhwanhamid2205 3 жыл бұрын
ok
@theds5834
@theds5834 4 жыл бұрын
Wah dahtu kalau 1 hari nanti matawang kertas dh xde , pakai sistem bitcoin cmne ? Time tu nak beli pakai apa ? Jual bontot ?
@bintangtampekhatiko269
@bintangtampekhatiko269 3 жыл бұрын
Ustad makan kedai pakai uang apa .....ustad beli petrol pakai uang 💸 kertas kan apa tidak riba
@bosshby3709
@bosshby3709 4 жыл бұрын
hati2 Ustaz beri penerangan , jgn kerana sbb peribadi join . hehehehe , Kasi Fatwa Ustaz, jgn guna pandangan personal, selidik betul2. ehehehe
@uniaainu5826
@uniaainu5826 4 жыл бұрын
Ilmu blickcain baru setakat kulit lagi . Belum sampai isi. Byk lagi kena belajar ustaz Tu . Ilmu blickcain technology Ilmu software programmer blockcain Ilmu trading system programmer Security system Belajarlah . Wahai geberasi muda dimalaysia . Jgn melihat bitcoin Dari sudut negative sebab skim cepat kaya . Lihat Dari sudut perkembangan technology internet 2rd generation . Lihat Dari sudut pembangunan teknology ini. Ini lah future . 3 rd internet generation is Quantum computer 4 internet generation is neuro computer . Thinking of computer. Semua programmer computer ini . Bersandar kepada code2 rahsia yg Ada didalam Al Quran . Setiap huruf2 Al Quran adalah no2 metamatik yg disusun dgn seimbang Dan sempurna Dan besifat bolak balik . Bahasa code neuro programmer akan meniru code2 didalam Al Quran . Dan system hardware akan meniru system jantung manusia . Computer masa hadapan tidak mengunakan kuasa electric . Teknology electric adalah techonogy kuno . Semua system energy Bergerak mengunakan medium air . Dan bukan litar seperti Hari ini. Natural energy . Generai muda kena cepat belajar Al Quran. Ada byk rahsia teknology canggih masa hadapan semua Ada dlm Al Quran. Inyaallah . Allah huakbar .
@suheri2402
@suheri2402 3 жыл бұрын
Sudah di sepakati oleh lembaga perbankan syariah dan dibolehkan. Berikut linknya : kzbin.info/www/bejne/hV61hpKuhZ11Zrs kzbin.info/www/bejne/hXnVgqh5nseDZq8 Karena mengharamkan sesuatu yang Allah tidak mengaharamkannya itu juga masalah, dan tidak boleh. Bukankah Allah menghalalkan jual beli.
@YUSNILAWATIE
@YUSNILAWATIE 4 жыл бұрын
Tang mana nak dapat untungnya.. Penin sikit.. Tp rasanya penin banyak.. 😅😁
@hamzaimiabdhamid4631
@hamzaimiabdhamid4631 6 жыл бұрын
cuba tanya ustaz lain ini ustaz ada bisnes bitcoin halal aje cit
@kasmanijb2117
@kasmanijb2117 6 жыл бұрын
Zemmy Abdhemid.. Dengar btl2 kita ni hukum dn ilmu tak cukup dah kira jahil jgn sombong..yg baik kaji buat research kalau lagi waswas..dn faham kalau waswas shabat siap ya..apa2 pun tak salah untuk kaji dn cari lagi asalkn jagan salah kn ustaz tu yg menerangkn dgn hukum nya sekali..insya Allah manfaat atas ilmu nya wallah hualam..
@hazimmhishamm
@hazimmhishamm 5 жыл бұрын
Bukan memang beli bitcoin arau benda mcm ni tujuan sbb nak tunggu nilai naik ke
@shivashiva1152
@shivashiva1152 3 жыл бұрын
yes betul. karena memang yg mereka lihat saat trading ya fluktuasi nilainya
@nawawisaadi314
@nawawisaadi314 6 жыл бұрын
Pandangan yg meragukan. Kata bitcoin tak ada intrinsik value iaitu tak ada nilai kepentingan. Kedua tak ada badan yg pengawal . Jadi bitcoin sangat volatile iaitu boleh naik mendadak dan jatuh merudum dlm sekelip mata. Ini marabahaya. Ini sudah jelas haram ciptaan Yahudi utk mengaut keuntungan sebelah pihak. Ini jelas perniagaan yg menekan dan bukan perniagaan bebas. Utz ini sudah byk untung dgn bitcoin sbb itu dia kata halal. Cuba dia mengalami kerugian mesti dia kata haram.
@doremondoremon4453
@doremondoremon4453 6 жыл бұрын
28/4/2018 dunia diambang kejatuhan matawang kertas yg pasti kita sedang tido pakar 2 ekonomi dunia mula meramalkan kejatuhan system matawang dunia advice buy more gold coin keep safe at your home buy digital money. get ready from today.
@doremondoremon4453
@doremondoremon4453 6 жыл бұрын
terkini 29/4/2018 pakar2 ekonomi dunia mula meramalkan kejatuhan system matawang us dollar adakah kita telah bersedia terbaik beli fizikal gold coin ke 2 beli sedikit digital money
@Mxrk_Hxshim
@Mxrk_Hxshim 6 жыл бұрын
Simpan bitcoin dan dijual bila harga tinggi haram ke?,cara dia sama macam beli tanah dan rumah kamudian dijual harga tinggi tapi ianya bukan dipanggil keuntungan yang saja dinaikkan oleh pemilik tetapi dipanggil pertumbuhan kerana berdasarkan peningkatan ekonomi dan ini adalah halal.Tetapi kenapa bitcoin haram?,adakah saya silap jika ya tolong perbetulkan.
@syah204
@syah204 6 жыл бұрын
Cmi Ace yang saya faham, tanah tu ada..wujud.... bitcoin ni...tak tahu mana "aset" nya
@Mxrk_Hxshim
@Mxrk_Hxshim 6 жыл бұрын
Syah204 SS Betul jugak walaupun faedahnya sama,'aset' ada di komputer tak cukup kukuh nak buktikannya.Aihh...lebih baik jauhi jela baru nak join
@syah204
@syah204 6 жыл бұрын
Cmi Ace nak join lewat mahal pulak haha
@Mxrk_Hxshim
@Mxrk_Hxshim 6 жыл бұрын
Syah204 SS Haha,naik lagi tu pada masa akan datang
@miazzaim1721
@miazzaim1721 6 жыл бұрын
Cmi Ace sbb bitcoin bukan komoditi.. tanah rumah etc adalah komoditi.. bitcoin dah layak dianggap sebagai matawang yang haram di manipulate/simpan = forex
@jantansopan4865
@jantansopan4865 4 жыл бұрын
Fiat Money tu haram. Bitcoin pun haram. Hanya emas saja yang Halal tp dunia ni, benda halal pun depa buat jadi Haram. jaga2lah tuan.
@safarudinbinkahar9026
@safarudinbinkahar9026 4 жыл бұрын
kan..
@nazreennazritv6370
@nazreennazritv6370 3 жыл бұрын
ustaz ade cakap kalau simpan dan tunggu sampai harga dia naik, hukum dia haram. Jadi kalo beli gold sekalipun, simpan sampai naik harga, kira haram juga kan?
@hakimhafizi5467
@hakimhafizi5467 3 жыл бұрын
@@nazreennazritv6370 memang tujuan beli Bitcoin tu untuk tunggu harga naik baru jual..tak ada sebab lain.. kadang aku pelik dengan ustaz ni
@NazirYusoffLondang
@NazirYusoffLondang 5 жыл бұрын
beli barang jual balek amik untung- kaedah yg halal! beli wang jual balek amek untung- kaedah yg haram! mudah!!! ust mengelirukan ker?
@safarudinbinkahar9026
@safarudinbinkahar9026 4 жыл бұрын
sokong saudara...
@bpx4840
@bpx4840 3 жыл бұрын
Emas adalah trmasuk mata wang dlm islam. Tp, skg emas dah dijual beli,haram ke haram. Mrk mmbeli emas, tggu nilai mata wang emas naik, then mrk jual smula. Bukan sama ke tu. Wujud lg ke prniagaan telus skg?
@nazreennazritv6370
@nazreennazritv6370 3 жыл бұрын
@@bpx4840 betul, itu pun bermain fikiran sy. Kalo betul haram, x wujud muamalat gold dengan public gold. Sebab sume beli nak tunggu harga naik akan datang.
@beeelemental
@beeelemental 6 жыл бұрын
Kenapa ust ini jadi plin plan sebelumnya bitcoin haram kemudian sekarang bilang bitcoin halal sedangkan trade forex haram
@abidarwish
@abidarwish 6 жыл бұрын
tgk hujahnya. siapapun dia perkara kedua. mmg ramai guru (dalam byk isu) yg memberi pendapat pada mulanya lain, tp apabila mereka mengkaji semula, pendapatnya berubah.
@SuperConanz
@SuperConanz 6 жыл бұрын
Tpi forex memang haram, dimana dinyatakan oleh ustaz seperti didalam video mengenai jual beli bitcoin dimana menjual beli untuk mengaut keuntungan adalah haram
@MomoMomo-pr4se
@MomoMomo-pr4se 6 жыл бұрын
duit kertas yg dicipta Oleh ya...huu...xxx. yg kita guna hari2 X pula sebuk nak bahas haram halal hingga rotchxxxx memiliki 40 % semua matawang dunia baik bincang setiap tahun berapa ramai yg kena hantar belajar Izajah blockcain di UK Dan USA. baik bincang Bagaimana nak ramaikan progremer blockcain Muslim hingga Berjaya membina digital money sendiri berlandas Al Quran Dan Hadis. sampai Bila kita hanya sebagai pegomen Sahaja benda yg orang Bukan Islam buat. Dan Simpai Bila kita sebagai PENGGUNA Bukan kita sebagai Creator?
@noorashidabintimohdsalleh220
@noorashidabintimohdsalleh220 5 жыл бұрын
Betul hari tu kata haram hari ni harus pulak .. pening juga ..
@uniaainu5826
@uniaainu5826 4 жыл бұрын
Libra coin akan dilancar Jun or julai 2020 . Libra coin from Facebook . Stable coin . Masalah nya crypto stable coin ini akan mengawal system duit crypto dunia Sama seperti duit kertas Hari ini. Tujuan asal technology duit digital direka utk world human. Tampa riba Tampa dimiliki Oleh sesiapa . Bermakna penduduk dunia adalah pemilik crypto money . Tetapi bila crypto money juga dimanupulite Sama seperti duit kertas . System riba tetap tak pupus .
@mrzuhaili1590
@mrzuhaili1590 3 жыл бұрын
Bitcoin mcm rokok, bila ulama mufti kata haram, manusia tak terima 😗
@mjhanshagel25
@mjhanshagel25 2 жыл бұрын
Cap ayam..Klu ada unsur2 gharar tapi beli jg..betul2 cap ayam
@MomoMomo-pr4se
@MomoMomo-pr4se 6 жыл бұрын
Bila ckp pasal bitcoin otak kita hanya berlegar halal haram Dan untung??? kenapa tak fikir Bagaimana progremer blockcain direka. technology ini bole belajar Dimana? university mana yg tawarkan izajah blockcain engineering ? berapa ramai Muslim yg Ada izajah ni? kita selalu ingat kita Dah maju padahal Bukan Islam Dah jauh kedepan. mereka sekarang masuk peringkat pembangunan quantum engineering technology neamuratic computer language kita sampai siapa yg reka duit kertas pun X tahu.
@junapratama3780
@junapratama3780 3 жыл бұрын
Haram
@adinliam.abdullah9316
@adinliam.abdullah9316 5 жыл бұрын
Nk ckp.pasal haram bank islamic pon cekik bunga kau2 jgk...yg tang mne islamic tu...
@rahimzack9719
@rahimzack9719 4 жыл бұрын
Stuju......
@mohdyusuf1865
@mohdyusuf1865 3 жыл бұрын
Bitcoin ni memang HARAM... siapa bg nilai duit tu...kalau seorang beli nilai rm1000...ada 10000 orang...kata dlm sebulan dapat nilai hingga rm20 000...siapa yg akn bagi nilai duit tu... ..Jho Low ke...ni dah mcm skim cepat kaya....kalau NAIK...KALAU JATUH, habis merana..SIAPA YG COP NILAI DUIT TU...PAKAI AKAL...
Era Bitcoins, 'Cryptocurrencies' & isu ancaman siber
23:26
Astro AWANI
Рет қаралды 68 М.
Jawapan Masalah Duit KWSP - Dr Zaharuddin Abd Rahman
12:25
zonkita zonkuliah
Рет қаралды 43 М.
Me: Don't cross there's cars coming
00:16
LOL
Рет қаралды 15 МЛН
🤔Какой Орган самый длинный ? #shorts
00:42
Khó thế mà cũng làm được || How did the police do that? #shorts
01:00
3 Benda Wajib Buat Sebelum Melabur CRYPTO
12:54
Dr. Adam Zubir
Рет қаралды 56 М.
Bitcoin Bukan Untuk Kaya!
12:11
Amanz
Рет қаралды 69 М.
[SoalJawab]HAD UNTUNG DALAM PERNIAGAAN - DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
7:16
zonkita zonkuliah
Рет қаралды 13 М.
Cryptocurrency ini HALAL ke HARAM ? (Bitcoin / Ethereum dll)
9:19
Dr. Adam Zubir
Рет қаралды 74 М.
Dr Zaharuddin: Hukum Bitcoin
18:29
Mohd Abdul Hakim
Рет қаралды 66 М.
Kripto (BTC, ETH, XRP) Ni Aset Atau Matawang?
3:32
Majalah Labur
Рет қаралды 131 М.
[SoalJawab]BITCOIN - HALAL ATAU HARAM? - DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
3:43
zonkita zonkuliah
Рет қаралды 109 М.
[SoalJawab]BANK ISLAM AMAL RIBA? - DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN
5:00
zonkita zonkuliah
Рет қаралды 10 М.
VOCCAST S3 EP9 | BAHAYA Kad Kredit Yang Ramai Kena Tahu!
1:15:05
Me: Don't cross there's cars coming
00:16
LOL
Рет қаралды 15 МЛН