PERTAMAKALI MAKAN NASI LEMAK DI NEGARA ASALNYA MALAYSIA, MAKANAN PERTAMA YANG SAYA CUBA DI🇲🇾(Part.5)

  Рет қаралды 135,737

Blusukan Kuliner

Blusukan Kuliner

Күн бұрын

Setelah melewati perjalanan yang cukup panjang, akhirnya saya boleh cuba merasakan nasi lemak di negara asalnya Malaysia, alhamdulillah.
Kali ini saya makan nasi lemak di kampung baru nama tempatnya Nasi Lemak Wanjo Rasanya memang mantap, dan porsinya cukup banyak.
Kami tunggu komennya, support chanel ini dengan klik subscribe dan like pada video ini, agar chanel ini terus berkembang.
Maturnuwun Gaes..
#nasilemak #malaysia #malaysiatrip #makananmalaysia #travelingmalaysia

Пікірлер: 636
@Nanang_nang69
@Nanang_nang69 Жыл бұрын
Peniaga biasanya akan buat sambal tidak terlalu pedas agak manis sebabnya untuk anak² kecil juga untuk orang yang tak suka pedas dan untuk pelancong asing yang ingin coba makan nasi lemak Malaysia.. kalau untuk dimakan sendiri selalunya dibuat pedas bang.. 😁
@rayzain3057
@rayzain3057 Жыл бұрын
Nasi lemak diLow Piak Batu Pahat Johor Terbaik.
@m.khamsimadnoor5661
@m.khamsimadnoor5661 Жыл бұрын
Zaman skrg susah hendak dpt rasa asli nasi lemak yg sebenar....kalau zamak mak2 kita dulu...makan nasi kosong pun blh habis sepinggan... Nasi terasa santan dan bau nya cukup enak... Dan bila makan tak perlu berbagai jenis lauk cukup sekadar sambal..timun..kacang..telur dan ikan bilis...itu la sebenar nya nasi lemak...
@rocksteady1231
@rocksteady1231 Жыл бұрын
Nasi lemak wanjo tak lemak. Macam tak cukup santan... Nasinya dikukus.
@ld-n1648
@ld-n1648 Жыл бұрын
@@rocksteady1231 Bukan tak cukup santan, tapi dorang pakai santan rendah lemak, low fat santan
@rocksteady1231
@rocksteady1231 Жыл бұрын
​@@ld-n1648 ooo patut la...
@zuraidahmawardi6903
@zuraidahmawardi6903 Жыл бұрын
Nasi lemak yg sedap masak pakai kayu api .tahun 70an dulu mak saya beniaga di kantin sekolah.sampai kerak2 nasi pun org minta.wangi nasi tu org tidur pun boleh bangun .skrg masak pakai gas kurang lh sikit bau dn rasanya
@riduanmohtar6844
@riduanmohtar6844 Жыл бұрын
Ye betul tu kata sahabat itu lah nasi lemak yang sebenar,,
@kawesoree
@kawesoree Жыл бұрын
wanjo memang tak pedas langsung pun, sesuai pada lidah global, semua peringkat boleh makan, anak kecil hingga dewasa, pelbagai bangsa seluruh dunia boleh makan.
@raizaumar5415
@raizaumar5415 Жыл бұрын
Tp nasi dia sedap lah.. berlemak
@zaidunnajib9176
@zaidunnajib9176 Жыл бұрын
Mie Bandung MUAR tuh enak juga saya pernah makan ada udang kecil2 nya(ebi) gurih, Ya Allah kapan ya saya bisa k M’sia lagi😢
@alafia1276
@alafia1276 Жыл бұрын
Benar kok
@mbakpipit837
@mbakpipit837 Жыл бұрын
Nasi lemak malaysia gurih banget apalagi kalo sudah di padukan ama sambal nya wuuh mantap poll,
@eiy1481
@eiy1481 Жыл бұрын
Di Malaysia ini banyak versi nasi lemak,ada yg pedas,ada yg kurang pedas,setiap negeri ada style masakan masing masing,kalo di negeri sembilan nasi lemak dia memang pedas,sy pernah menikmati nya
@kloppman3459
@kloppman3459 Жыл бұрын
Kedah pon pedas mat yg manis di Kelantan mat👍
@eiy1481
@eiy1481 Жыл бұрын
@@kloppman3459 betull
@johnblend5190
@johnblend5190 Жыл бұрын
@@kloppman3459 ... Ori nasik lemak kelantan pkai ikan bilis yg dibelah... Masak sambal pkai santan. Pastu takde lauk mcm2.
@norismaismail2537
@norismaismail2537 Жыл бұрын
Saya klau ke N9 x mis nasi lemak dia org.Manis perlu juga dlm masakan Malaysia tapi jgn smpai hilang rasa asal mskn nya.Mmg klau terlebih gula dia akan men spoilkan😂😂
@eiy1481
@eiy1481 Жыл бұрын
@@norismaismail2537 betul tu,nasi lemak mana mana negeri kena ada rasa sdikit manis dan pedas,kalo x ada memang kurang sdp lah,tp kalo Terengganu style nasi lemak ikan tongkol dgn bilis
@adammans2588
@adammans2588 Жыл бұрын
Nasi lemak Wanjo memang tak ada kacang.. tak tahu kenapa.. itu tempat ramai pelancong/ youtuber asing.. tamai yg dah buat review nasi lemak di situ.. di tempat lain atau warung2 kecil banyak lagi versi nasi lemak yg lebih memenuhi cita rasa dengan orang tempatan..
@afralpinaful
@afralpinaful Жыл бұрын
Ciri ciri sambal nasi lemak sebenarnya pedas Manis,kalau pedas je itu bukan sambal nasi lemak,sambal lauk makan tghari .haaa.haaa.
@crazyspice3951
@crazyspice3951 Жыл бұрын
Wan Jo memang tak pakai kacang tanah dalam Nasi Lemak dia, sebab dah memang itulah resepi dia sejak dulu. Nak cari Nasi Lemak yang ada kacang, memang kena cari tempat lainlah jawabnya......
@bbyroket
@bbyroket Жыл бұрын
@@crazyspice3951 kalau tak silap saya, nasi lemak memang tiada kacang. dlm tahun awal 1980 harga ikan bilis mahal maka ditambah dgn kacang sbg tambahan protein ikan.
@bbyroket
@bbyroket Жыл бұрын
@@crazyspice3951 Betul. Sambal nasi lemak tu ada rasa pedas, manis, masam dan masin dan memang khusus untuk nasi lemak. Sambal nasi lemak ori memang kureng sedap makan dengan nasi putih. Begitu juga sambal bilis biasa untuk nasi putih memang tidak sampai piawai/nikmat nasi lemak.
@crazyspice3951
@crazyspice3951 Жыл бұрын
@@bbyroket sebab tulah saya komen, memang itulah resepi Nasi Lemak Wan Jo. Saya pernah belajar kat UiTM Shah Alam tahun 2000. Ada sebuah gerai kat Seksyen 2 kat Shah Alam yang jual Nasi Lemak yang tak ada bubuh ikan bilis langsung dalam Nasi Lemak dia. Telur rebus (sebiji, bukan separuh), timun complete ada. Sambal dia ada rasa ikan bilis, tapi bilis goreng tu memang TAK ADA LANGSUNG. Kacang Tanah goreng selambak dia masuk dalam nasi sebagai ganti ikan bilis. Lauk sampingan macam ikan, ayam, sotong etc dalam Nasi Lemak tu ada. Sejak dari hari tu, saya dah tak hairan dengan 'Nasi Lemak yang tak cukup sihat ni semua.' Sambal Nasi Lemak pedas sampai berasap telinga & sambal Nasi Lemak manis sampai ke tahap potong kaki pun saya dah rasa semua ceruk kat Malaysia ni sejak tahun 1980-an dulu
@mawarmerah9725
@mawarmerah9725 Жыл бұрын
Lain kedai...lain rasa...so...kena pergi beberapa buah kedai yg lain...di situ dapat rasa beberapa versi nasi lemak lagi...
@muhdfikrimusa7907
@muhdfikrimusa7907 Жыл бұрын
Dtg ke Malaysia perlu cuba mkn nasi lemak..nasi ayam..nasi kandar.nasi campur..nasi kerabu..nasi kukus ayam dara..nasi kakwok 😅
@faridparman2135
@faridparman2135 Жыл бұрын
Nasi lemak yg original berbungkus daun pisang..biarkan dlm 2ke3 jam dlm bungkusan .pasti aroma daun pisang menambahkn lg rasa original.mkn tanpa lauk selain telur rebus.. bermula mkn nasi secara asing tanpa sambal..nikmati lemaknya nasi..itulh nasi lemak.. roti canai mknn asli org malaysia .bkn dr negara lain .
@meonm5421
@meonm5421 Жыл бұрын
Sambalnya manis kerana yg makan kebanyaan dari berbagai peringkat umur dan berbagai bangsa jdi dimasak manis tpi klu masak sendiri dirumah Biasanya mengikut selera Kita...Biasanya lebih pedas dari yg dikedai makan...
@norhasnah2900
@norhasnah2900 Жыл бұрын
Betul tu saya setuju ..
@einazaqyah4250
@einazaqyah4250 Жыл бұрын
Betul,lagi bukan tak suka pedas,sambal nasi lemak mesti ada rasa manis pedas sbb bersesuaian dgn rasa nasi lemak,..kalau makan nsi putih tu pula sambal belacan,atau sambal2 yang lainwajib pedas..jangan lupa cuba makan nasi berlauk..
@norhasnah2900
@norhasnah2900 Жыл бұрын
Kalau di Indonesia sambal nasi lemak menggunakan lada basah merah sbb tu lebih pedas....org sana kuat makan pedas bersesuaian dgn selera org2 Indonesia.... Diaorang guna cili api UTK sambal nasi lemak ..
@rizaleastmile9521
@rizaleastmile9521 Жыл бұрын
Alasan knp manis, supaya semua org blh mrasa kenikmatannya. Sesuai untuk lidah bule krn mereka terbiasa mkn makanan manis termasuk ank kecil ..
@citamatachannel6879
@citamatachannel6879 Жыл бұрын
Terima kasih SAHABAT sudi merasai makanan MALAYSIA..🤗🤗🥰🥰👍
@blusukankuliner
@blusukankuliner Жыл бұрын
Alhamdulillah
@najmiz7246
@najmiz7246 Жыл бұрын
Sambal nasi lemak ikut rasa pembuatnya, Nasi lemak Wanjo ni khusus untuk tourist jadi kuah sambalnya sedikit manis & tidak pedas ikut sesuai citarasa orang luar.
@almasafir325
@almasafir325 Жыл бұрын
Air teh '0' ais/es tu mesti dikacau/steer rata gula dan ais/es nya dahulu sebelum diminum, agar tidak terlalu manis.
@roselle454
@roselle454 Жыл бұрын
Di Kg Baru, kena cuba Nasi Lemak Pak Hasan berhadapan UniKL. Sambalnya lebih pedas, sedikit rasa masam dan lebih "authentic." Kedai Wan Jo "popular" sebab kedainya besar dan selesa untuk menjamu selera.
@abdulrazali
@abdulrazali Жыл бұрын
Dulu tahun 70an rasa pedas, tourists byk komen, sambal pedas, makanya diubahsuai mengikut selera antarabangsa
@afsahamin5864
@afsahamin5864 Жыл бұрын
Kalau nga habis boleh minta dibungkus makanannya. Rezekinya Allah supaya tidak membazir.
@mohdhafizashraf5677
@mohdhafizashraf5677 Жыл бұрын
Nasi Lemak di kampung2 lgi enak....
@devourredd
@devourredd Жыл бұрын
Kalau saya sambal harus terasa pedasnya baru seru dan puas.
@hawaandroid2786
@hawaandroid2786 Жыл бұрын
Biasanya kalau resto yang dikunjungi tourist, tahap kepedasan dikurangkan. Sambal nasi lemak yang dibuat di rumah biasanya lebih pedas dari resto. Yang paling pedas di Malaysia itu makanan dari Negeri Sembilan dan Melaka.
@tiniali1963
@tiniali1963 Жыл бұрын
Assalamualaikum, selamat datang ke Malaysia... saya setuju dgn pendapat ramai di sini, anda berdua perlu cuba nasi lemak di pelbagai tempat @ kedai. Lain kedai, lain tempat, lain rasanya .... dan ramai di sini kata nasi lemak gerai tepi jalan byk yg sedap dan murah, ini memang benar.....tetapi yg lebih sedap adalah yg dimasak oleh emak kami sendiri 😊...
@idadinda7656
@idadinda7656 Жыл бұрын
Btl. Ada kedai lain lbh sedap dr kedai wanjo. Mmg perlu mencuba nasi lemak kedai lain. Bergantung selera masing2 jugak.
@tiniali1963
@tiniali1963 Жыл бұрын
@@idadinda7656 ya betul....
@alafia1276
@alafia1276 Жыл бұрын
Tula nasi lemak daun pisang sgt wangi
@ctyusof
@ctyusof Жыл бұрын
Lain orang lain cara masak nasi dan sambalnya.ada yg suka manis Ada yg suka pedas..kalian kena Cuba byk kedai atau gerai 😊
@vlogmalek2083
@vlogmalek2083 Жыл бұрын
Nasik lemak wanjo sambal lebih Manis mgkin ramai pelancong dtg...sbb kn org putih X bleh mkn pedas sgt...
@crazyspice3951
@crazyspice3951 Жыл бұрын
Tidak semua Nasi Lemak harus pedes habis-habisan. Nasi Lemak Wan Jo kan atraksi wisata terutamanya bule? Kan tidak semua bule bisa makan pedes, kayak orang Nusantara seperti kita? Yah, kalau pedesnya ikut selera kita, pastilah para wisata luar negara udah kapok mau makan Nasi Lemak lagi. Anak-anak kecil di Malaysia juga bukan semua bisa makan pedes. Makanya sambal itu dibikin manis. Resep Nasi Lemak Wan Jo itu juga beda Nasi Lemak di resto yang lainnya. Kalo Bang Jo mau Nasi Lemak yang pedes melegit sampe telinganya berasep,bmungkin lain kali bisa bawa anak & istri ke Negeri Sembilan kalau kembali berwisata ke Malaysia. Orang Melayu di negeri Sembilan tu masih dekat sama orang Minang di Sumatera, lidah mereka masih mirip dalam soal kepedasan makanan tradisional.
@mahadirmz3982
@mahadirmz3982 Жыл бұрын
Nasi lemak asli yang sebenarnya dibalut dalam daun pisang. Sambal dan ikan bilis dimasak sekali dan diletak atas daun pisang yang dipotong kecil dan dibalut sekali dalam daun pisang bersama nasi lemak. Namanya nasi lemak daun pisang. Boleh bertahan tanpa basi lebih 24jam. Sekarang sangat susah nak jumpa walaupun masih ada. Yang ada di restoran itu semuanya nasi lemak moden. Rasanya walaupun sedap masih ada sedikit berbeza dengan yang asli kerana yang asli aroma daun pisangnya dan santan lebih kuat.
@anymisscall9190
@anymisscall9190 Жыл бұрын
Benar,sambar bilis dgn bawang
@s.a.a08
@s.a.a08 Жыл бұрын
Setuju... Nasi lemak moden kdg2 x terasa lgsg santan dia..kdg2 bkn mcm nasi lemak tp mcm nasi biasa
@rickyinganbingok4262
@rickyinganbingok4262 Жыл бұрын
Terima kasih bro kerana sudi mencuba makanan malaysia....tbaik....
@AJBOS
@AJBOS Жыл бұрын
Nasi lemak paling sesuai kalau yg dibungkus dan sesuai sekali dimakan waktu pagi sebagai sarapan...tepi2 jalan jual murah2 saja sekalipun ada lauk..harga bawah 5 ringgit...sedap saja..
@dewirahayu2372
@dewirahayu2372 Жыл бұрын
Pasti enak ini. Kalau di Jawa biasa dinamakan Sego gurih biasa untuk acara kenduri.
@tiputertipah9664
@tiputertipah9664 Жыл бұрын
air yang warna merah jambu (pink) itu namanya air BANDUNG, minuman yang sama sekali tiada di Bandung wkwkwkwwk
@abdulrazaksulaiman2211
@abdulrazaksulaiman2211 Жыл бұрын
Bandung brmaksud gabung 2 benda..Namanya Sirap Bandung (Sirap + Susu)..apa saja benda digabung/berpasang 2 benda boleh guna perkataan Bandung..
@tiputertipah9664
@tiputertipah9664 Жыл бұрын
@@abdulrazaksulaiman2211 ya
@vxyqt
@vxyqt Жыл бұрын
macam mana tahu air bandung? bole jadi strawberry, air naga, air tembikai susu
@abangf
@abangf Жыл бұрын
Sama juga mee bandung yang tiada di bandung
@matilham8746
@matilham8746 Жыл бұрын
Rumah berbandung, ayam Bandung, sirap Bandung maksudnya berkembar
@shamsolbadri8962
@shamsolbadri8962 Жыл бұрын
nasi lemak yg betul2 asli...masak hanya mnggunakn santan kelapa dan daun pandan,sambal ikan bilis dan petai,tpi sambalnya mesti yg betul2 pndai membuatnya...sekarang punya sambal tak sprti org2 dulu buat,sambal skg lbih kpda mnis....cari org2 tua dulu yg pndai membuat nasi lemak mantap!!!!
@zhaaziz27
@zhaaziz27 Жыл бұрын
Nasi lemak kt mcdonald pn sedap. Nasi dia wangi, berlemak rasa santan. Sambal dia pn sdp tp pedas sket. Nasi lemak wanjo sambal xpedas n manis.. sbb rmi tourist kt sna.. tourist selalu xtahan pedas 😅
@blusukankuliner
@blusukankuliner Жыл бұрын
McDonald mana? Jalan apa namanya?
@zaidarazak2838
@zaidarazak2838 Жыл бұрын
@@blusukankuliner semua McDonalds di Malaysia ni ada nasi lemak..try ya
@zhaaziz27
@zhaaziz27 Жыл бұрын
@@blusukankuliner semua outlet McDonald kt Malaysia ni ada.. nasi lemak dia complete.. ada telur, timun, kacang, ikan bilis n ayam goreng. Klu abg dtg cni lg cuba laa.. sedap tau! Ayam goreng dia pn sedap pedasss!!!
@sudirmanmandu1455
@sudirmanmandu1455 Жыл бұрын
​@@blusukankuliner McDonald's dekat KL sentral pun ada...mana2 McDonald's Malaysia ada menu nasi lemak
@akemrare5493
@akemrare5493 Жыл бұрын
@@blusukankuliner next trip kalo DTG ke KL nty dgn family dgn kakak mbak Ratih .....bole cuba makan nasi lemak kat restoran McDonald's ' semua outlet McD ade jual nasi lemak ' dekat restoran Marrybrown pun ade nasi lemak gk.
@sempoi7399
@sempoi7399 Жыл бұрын
Nasi lemak secara tradisionalnya dimakan beralaskan daun pisang. Sama ada dibungkus dengan daun pisang atau pun dialas daun pisang di atas pinggan. Orang dulu2 membungkus nasi lemak dengan daun pisang untuk dimakan di kebun.
@shariathelsukihelsuki5922
@shariathelsukihelsuki5922 Жыл бұрын
Selamat dtg ke Malaysia bro. Selamat menikmati Nasi Lemak Malaysia Style
@blusukankuliner
@blusukankuliner Жыл бұрын
Kami sangat enjoy di Malaysia 🇲🇾👌 makanannya terbaik
@shariathelsukihelsuki5922
@shariathelsukihelsuki5922 Жыл бұрын
@@blusukankuliner Alhamdulilah. Jgn lupa mampir diBazar Ramadhan juga ya utk pilihan juadah berbuka puasa yg beraneka rasa.
@ANASTK-pf7wq
@ANASTK-pf7wq Жыл бұрын
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Tinggal emak tinggalah saudara, Kerana kasih hamba turutkan.😊
@diamondhead4139
@diamondhead4139 Жыл бұрын
Nasi lemak Wanjo memang tiada kacang...bagi saya tak sempurna tanpa kacang...jika ada kesempatan pergi ke tempat lain yg ada kacang, seperti Nasi Lemak Tanglin...
@nevillelongbottom106
@nevillelongbottom106 Жыл бұрын
kacang tu penting kan. aku x paham orang yg x suka kacang dgn nasi lemak diorang. it's heresy!
@diamondhead4139
@diamondhead4139 Жыл бұрын
@@nevillelongbottom106 bagi saya penting, tiada bilis pun tidak mengapa... sesetengah orang ada alahan dengan kacang, ada yg bibir bengkak, gatal2 mulut, hidung berair, naik ruam, sakit perut, loya² muntah...
@mohdfaiz6856
@mohdfaiz6856 Жыл бұрын
Jika sambal nya trlalu pedas ia dpt target 1 negara sj, sbb itu sambal kbanyakkan nya rata2 hnya medium. Tp target oleh restorant ini ialah pringkat global dr mat salleh hingga anak2 kecil boleh mkn. Utk lidah asia yg mkn pedas ada byk pilihan mkanan lain juga trdapat plbagai sambal yg boleh diperolehi mngikut citarasa masing2. Sbb itu cuti yg singkat ia tdk terasa holidaynya✨👍
@nonama1000
@nonama1000 Жыл бұрын
Datang KL perlu Ada warga tempatan untuk di bimbing lokasi wisata dan kulnery😮
@iskandarkhairanordin5841
@iskandarkhairanordin5841 Жыл бұрын
Style orng berbeza cara masak nasi lemak tergantung orng yg masak enak atau gk enak tpi Klau kna yg enak mmng enak bnget Klau yg gk enak nasib la tu cara orng memasak berbeza dari segi nasi atau lauk2
@UNKHOWN-mn9ro
@UNKHOWN-mn9ro Жыл бұрын
Asas nasi lemak adalah santan yang dimasak sama dengan nasinya sebelum dikukus.. Sambalnya pula ada rahsia didalamnya.
@kylek2623
@kylek2623 Жыл бұрын
Nnt bila ke Malaysia lagi coba plak nasi lemak original RM1.50/RM2 yg dibalut dgn daun pisang. . wanjo terlalu komersial sgt.. mahal.. dulu ada nasi lemak antarabangsa di kg baru..
@NorsuriahMKamis
@NorsuriahMKamis Жыл бұрын
Bang Jo & yoan, nasi lemak ori cuma ada nasi lemak dan smbal tumis ikan bilis aje. Nasi lemak dimasak pakai santan kelapa dan sedikit garam dan diwangikan oleh daun pandan sahaja. Asli
@jamilkhair293
@jamilkhair293 Жыл бұрын
Coba nasi kerabu , daging bakar atau ayam berempah, mantap bro.
@blusukankuliner
@blusukankuliner Жыл бұрын
Kami sudah coba saat di Malaysia tunggu videonya ya😊
@decTac
@decTac Жыл бұрын
Coba nasi lemak Pak Hasan, Nasi Lemak Seri Tanjak, Nasi Lemak Rasa Selatan, Nasi Lemak Tanglin, dan banyak lagi... Sotong itu sotong kering yang direndam supaya lembut.. Selalunya Nasi Lemak memang ada timun, kacang, ikan Bilis..
@miowmiowmiow7863
@miowmiowmiow7863 Жыл бұрын
23hb sambut berpuasa.. boleh preview di bazar ramadhan.lihat sambil membeli juadah enak..🙂
@daudhassan2615
@daudhassan2615 Жыл бұрын
Nasi Lemak di mkn bersama ayam goreng berempah , pasti lebih terasa dgn sambil bilis goreng mantap
@nasamixer9880
@nasamixer9880 Жыл бұрын
Nasi lemak berbeza rasa di setiap kedai. Cuba rasa di tempat lain juga sedap rasanya.
@rosle6957
@rosle6957 Жыл бұрын
selamat dtg ke malaysia nasi lemak harus rasa pasti enakkn
@scoobydoo6252
@scoobydoo6252 Жыл бұрын
Asal nasik lemak melayu 🇲🇾 sambal pedas. Bila banyak orang luar meniaga nasi lemak sambal nya banyak Manis.
@zali6402
@zali6402 Жыл бұрын
Sambal n.lemak bermacam macam bro ...pergi ke kampung2 sambal lagi enak dan pedas
@rohayaabdwahab1205
@rohayaabdwahab1205 Жыл бұрын
Saya duduk di kampung. Kalau nak makan nasi lemak yg sedap, terpaksa masak sendiri. Tapi kalau malas masak, beli lah jugak. Bolehlah untuk mengalas perut.
@zalihasulaiman8951
@zalihasulaiman8951 Жыл бұрын
Alhamdulillah Blusukan Kuliner dpt merasa nasi lemak Wan Jo di Kg Baru. Sambal nasi lemak di sni x terlalu pedas tpi lebih manis sbb bukan semua org suka pedas lgipun kena sesuaikan citarasa dgn kepelbagaian masyarakat yg berbilang bangsa. Kalau saya minum Teh O Ais....kena kacau dlu guna straw sebelum minum sbb manis gulanya di bahagian bawah, bila dah trcampur ais dgn air teh tu baru rasanya ok.
@nizamaziz9122
@nizamaziz9122 Жыл бұрын
Orang Malaysia juga suka pedas bro, tp dikedai biasanya sambalnya kurang pedas, kerana ramai Yang tidak makan pedas, contohnya anak kecil, pelancong asing atau ada bangsa asing lain Di Malaysia
@paridahispara7741
@paridahispara7741 Жыл бұрын
seperti di sabah ramai yang kurang makan pedas🥵
@adamsuhardi1150
@adamsuhardi1150 Жыл бұрын
​@@paridahispara7741 cuba ke lahad datu semporna ..semua hantu lada..🤣🤣
@paridahispara7741
@paridahispara7741 Жыл бұрын
@@adamsuhardi1150 ya..kah saya asal semporna,orang kat sini makan lada yang biasa"je tidak terlalu pedas😁
@adamsuhardi1150
@adamsuhardi1150 Жыл бұрын
@@paridahispara7741 ala bajau sulu klu tiada lada nda hidup 🤣🤣..makan latok agar2 ..mesti ada tinuanaan nya..
@asywaliezzatosman2534
@asywaliezzatosman2534 Жыл бұрын
Mungkin boleh cuba nasi lemak di Village Park Restaurant... Sepatutnya sebelum makan nasi lemak berlauk ni baik cuba nasi lemak bungkus yang biasa jual di kedai2 tepi jalan...
@hdhdhhhhf2920
@hdhdhhhhf2920 Жыл бұрын
Nasik lemak Wan jue Carlos dari Indonesia pernah makan di situ..
@bourgebourne5385
@bourgebourne5385 Жыл бұрын
Kenapa x tunggu smpai ramadan..boleh jumpa macam2nmakanan luar biasa
@blusukankuliner
@blusukankuliner Жыл бұрын
Mungkin next time saya ke Malaysia saat Ramadan
@kamaldinbinathonkamaldinbi1451
@kamaldinbinathonkamaldinbi1451 Жыл бұрын
Kacau tea o ais tu ngan stronya,,,sedapnya cuaca panas minum tea o ais limau,,
@zanzillahsaruji9966
@zanzillahsaruji9966 Жыл бұрын
Tak sempat mencuba nasi kandarnya lagi mantap
@annieabdullah4047
@annieabdullah4047 Жыл бұрын
Sebab di kedai itu banyak orang asing yang datang makan maka sambal nya tidak dibuat pedas supaya semua orang dapat makan.
@paktehlee3348
@paktehlee3348 Жыл бұрын
Tercapai juga hasrat makan nasi lemak asli.terima kasih datang ke malaysia.nanti bawa keluarga ya.terima kasih
@blusukankuliner
@blusukankuliner Жыл бұрын
Alhamdulillah Insyaallah 🤲
@Noor3368
@Noor3368 Жыл бұрын
cuba nasi lemak lemajan dan nasi lemak tanglin, nasi lemak village park.....boleh bandingkan
@razalibinhamid7663
@razalibinhamid7663 Жыл бұрын
Nasi lemak banyak jenis nya.
@SitiZalehaKasim-ln9fq
@SitiZalehaKasim-ln9fq Жыл бұрын
Nasi lemak,sambalnya pedas2 manis,x boleh terlalu pedas sbb akn hilangkan lemak nasinya. Basic nasi lemak telur,sambal,kacang,bilis,telur rebus.X perlu tbah bagai2 lauk sbb akn hilang keaslian nasi lemak,akn jadi serupa jadi nasi cmpur.Jika nk tambah lauk,cukup satu ,2 lauk sprt paru atau aym.Lebih sdp nasi lemak dibalut daun pisang.Nasi lemak balut daun pisang,itu yg bnr2 asli..
@amyje1534
@amyje1534 Жыл бұрын
sambal nasi lemak memang manis.klu tk manis rasanya kurang enak..itu identiti nasi lemak malaysia..tidak boleh ditukar rasanya
@naziraheveryday
@naziraheveryday Жыл бұрын
Terima kasih sudi datang ke Malaysia menikmati makanan kami.
@SiPenglipurRalat
@SiPenglipurRalat Жыл бұрын
cuba nasi lemak beratur maluri. cuma kena beratur seawal 3 pagi. worth to try!!
@jeppklang9914
@jeppklang9914 Жыл бұрын
Dari surabaya semata2 makan nasi lemak.. Beda ngak sama captain punya nasi lemak..
@blusukankuliner
@blusukankuliner Жыл бұрын
Mungkin yg berbeda dari tingkat kepedasan sambalnya
@kakitiub9361
@kakitiub9361 Жыл бұрын
Lepas ni try nasi lemak McDonalds pun cukup rasa sebagai nasi lemak asli..
@hafizahmuhammadisa2136
@hafizahmuhammadisa2136 Жыл бұрын
Nasi lemak kena cuba yg dijual digerai2..baru best...tapi sambal nasi lemak ni byk versi...ada yg manis..pedas...yg pedas manis2 tu sedap
@OppoA-uu6fv
@OppoA-uu6fv Жыл бұрын
RM26 menurut saya boleh sangat..makan di KL kedai yang bagus,yang popular terus cuba makanan yang lain pula.
@mohdsuzailan9631
@mohdsuzailan9631 Жыл бұрын
Popularnya di Malaysia mkn nasi lemak sama ayam goreng..jgn lupa cuba nasi kandar ghani maju di bkt jalil
@Ladyzuely
@Ladyzuely Жыл бұрын
Pedasnya jadi balance bila dicampur dgn gula
@enjoytv6877
@enjoytv6877 Жыл бұрын
Nasinya jadi gurih kerana ianya dikukus bro
@berselimutputihbersemadise1199
@berselimutputihbersemadise1199 Жыл бұрын
Manis❤ manes😊 sweet😅 sugar🎉. Teh nya manis❤❤ Waduh meriah manes nya🎉🎉🎉🎉 Maaf kan kami s3mua nya manisssa
@deannasz2110
@deannasz2110 Жыл бұрын
Sambal Nasi Lemak ni cara orang masak lain rasanya..ada yg letak gula.. ada yg tidak..Begitu juga Nasi..jika santan kurang ..kuranglah lemaknya..
@yassantiqkie7885
@yassantiqkie7885 Жыл бұрын
Bnyak lagy tuh bro mkanan malaysia yg enak yg padu yg sedap
@Misshanny0070
@Misshanny0070 Жыл бұрын
Setiap kedai berbeza2 style nasi lemak. Nanti jumpa kedai lain jgn lupa cuba.
@mohdisa1933
@mohdisa1933 Жыл бұрын
Syukur dpt juga nasi lemak di Malaysia. Doakan abg Dan dlm lindungan Allah. Buat pengetahuan abg nasi lemak lebeh enak di gelai gelai biasa
@hawaorked5388
@hawaorked5388 Жыл бұрын
Gerai bang, bukan gelai 😅
@mohdisa1933
@mohdisa1933 Жыл бұрын
@@hawaorked5388 maaf...Salah type
@amyje1534
@amyje1534 Жыл бұрын
@@hawaorked5388 dia org cina muslim..tk boleh sebut huruf "R"..hahaha....saya gurau je bang isa..jgn marah...
@blackknightshark7732
@blackknightshark7732 Жыл бұрын
Rasa sambal nasi lemak di Wanjo mgkn sedikit pedas2 manis..supaya sesuai utk ramai org di semua peringkat umur..samada penduduk lokal atau pun pelancong dari luar negara. Sbg peniaga..lebih ramai yg mampu dan suka menikmatinya..lebih menguntungkan. Wanjo..amtara nasi lemak Melayu yg agak terkenal di Kuala Lumpur, selain di lokasi2 lainnya. Jika dimakan bersama minuman teh tarik atau teh ais..lebih enak lagi.
@margaretekalaiabdullah8745
@margaretekalaiabdullah8745 Жыл бұрын
Jgn lupa nasi lemak Village Park....pun 👍👍. Ramai juga pelancung Asing ke situ ☺️
@abuthaqif5278
@abuthaqif5278 Жыл бұрын
nasi lemak asli yg ada di malaysia rasanya bukan yg di jual di kedai...sbb skrg ni...semua peniaga nak safe bajet..dah kurang kuality...yg asli makan di rumah...isteri atau mak yg masak...baru sedap
@azmanchanel5118
@azmanchanel5118 Жыл бұрын
Nasi lemak sambalnya ada pelbagai rasa tergantung org yg membuatnya..klu kt tempat aku ada makcik@ ibu2 yg jual nasi lemak sambal bilis campur terung pipit yg kecil hijau tu..enak sambalnya..hari2 mkn pn x rasa bosan😁😁😁
@sisanna8375
@sisanna8375 Жыл бұрын
Lepas ni saya cadangkan you makan nasi lemak yang dijual di gerai2 di tepi jalan..lebih sedap..kalau kena penjual yang baik hati, nasi nye sgt lemak,wangi😍..boleh beli yang sudah siap dibungkus, atau boleh request lauk pauk..harganya lebih terjangkau.
@EirickBloodletter
@EirickBloodletter Жыл бұрын
Kalau berkesempatan cuba nasi lemak Village Park di Damansara lebih enak..
@blusukankuliner
@blusukankuliner Жыл бұрын
Insyaallah
@akulahkan6170
@akulahkan6170 Жыл бұрын
Itu sotong/cumi rendam..sotong kering yang telah direndam kedalam air ..tapi kalau ada sambal sotong kering lagi sedap..selera saya 😁
@zali6402
@zali6402 Жыл бұрын
Di kg baru nasik lemak mula² namanya n.lemak antarabangsa paling famous..n.lemak wanjo baru jugaklah dlm setahun dua
@rakyatbiasa2
@rakyatbiasa2 Жыл бұрын
Wanjo ni dah lama ada kat situ... Kalau nak kira yg meletup... Nasi Lemak City Garden pun popular jgk d situ
@sitinorbayahbaharim8625
@sitinorbayahbaharim8625 Жыл бұрын
Sy suka nasi lmk sambalnya manis.. Kombinasi lmk masin dari nasi manisnya dr sambal
@hawaorked5388
@hawaorked5388 Жыл бұрын
Hukum sambal tumis nasi lemak tu mmg tk perlu pedas sangat, mmg kne balance masam manis pedas tp mmg lebih ke manis skit tmbah plak dgn bawang yg banyak, sesuai untuk dimakan semua golongan, ada juga yg tk bleh makan pedas. Kalau terlalu pedas pon tak bleh nikmati kesedapan nasi lemaknya
@EngkuNasruddin
@EngkuNasruddin Жыл бұрын
Rm26 untuk 2 orang,itu murah..👍 paling mantap lagi, Request Nasi Lemak Special👍👍👍👍👍
@matabilah77
@matabilah77 Жыл бұрын
Nasi Lemak Wan Jo lebih sekadar viral, byk lagi kedai makan yg menjual nasi lemak yg lebih enak disekitar Kg Baru dan tempat lain
@azlanismail9807
@azlanismail9807 Жыл бұрын
Kenapa tak makan nasi lemak dgn Ayam rendang! Lagi sedap! Ohhhh! Sebab Indonesia pon rendang. Tapi rendang Malaysia lain dari rendang Indonesia bang oi!
@mzl0413
@mzl0413 Жыл бұрын
Sudah aku try rendang Malaysia kurang enak karna berkuah ( terlalu basah) berbeda dengan rendang Indonesia asli minang kabau Dia kering dan dagingnya lebih lembut wajar sich asli rendang dri minang kabau
@azlanismail9807
@azlanismail9807 Жыл бұрын
@@mzl0413 Different people difference taste! Brother!
@akbrran
@akbrran Жыл бұрын
Indonesian ada rendang
@azlanismail9807
@azlanismail9807 Жыл бұрын
@@akbrran Malaysia also have rendang. Only different vibes!
@sempoi7399
@sempoi7399 Жыл бұрын
​@@mzl0413 Rendang melayu malaysia tak sama dengan rendang minang. Masing2 ada keenakan yang tersendiri.
@asyai99
@asyai99 Жыл бұрын
Asslmmkm kpd tuan berdua (msia/indonesia). T/Kasih sbab sudi datang ke msia & mencuba makanan Asli msia iaitu nasi lemak, juga T/Kasih atas video ini. Adakah isteri tuan pernah makan nasi lemak Wan jo ini??.💝✌
@sam1079
@sam1079 Жыл бұрын
Kalau ikut selera saya, sambal itu mesti balance rasanya. Sambal di Wanjo agak manis jadi tak kena dengan saya. Jadi kembang tekak kalau makanan savoury tapi manis. Tapi lain orang lain seleranya.
@ddonjuan3811
@ddonjuan3811 Жыл бұрын
Mau makan kuliner pedas,pegi Thailand...cuba som tam,tom yam dan banyak lagi menu2 pedas gila nya!!!
@baniadamjr.5075
@baniadamjr.5075 Жыл бұрын
Sambal nasi lemak..mmg kena manis sedikit..baru sesuai.....gitewww
@shahri3990
@shahri3990 Жыл бұрын
Biasanya di Johor.. Sy suka mkn nasi lemak sama ayam goreng tepung.. Seperti ayam goreng KFC crispy.. ITU AJA.. GA PERLU ADA SOTONG ATAU PARU
@t700qwe8
@t700qwe8 Жыл бұрын
Alhamdillah Syukur.. Nasik Lemak makanan nombor satu rakyat Malaysia.. Mantap..
@sitiendun9541
@sitiendun9541 Жыл бұрын
Sambal nya di buat tidak terlalu pedas sesuai untuk semua org. Sebab malaysia ini ada berbagai bangsa. lidah tidak serupa. Kalau turis makan pun tidak lah menangis kepedasan🤭. Sambal itu ada manis dan pedas sesuai untuk semua golongan.
@Keysha000
@Keysha000 Жыл бұрын
Hahaha sambal Nasi lemak tiada level kepedasannya. Memang tidak terlalu pedas untuk mudah dinikmati semua. Lagi2 disana itu kebanyakan foreigner kan jadi tidak terlalu pedas ❤ kalau di tempat lain ada yg pedasnya
@intanas6024
@intanas6024 Жыл бұрын
Air Bandung yg tak ada kat Indonesia tau.cuba rasa pasti nak rasa lagi
@norrizan7245
@norrizan7245 Жыл бұрын
kamu yg makan...acik yg telan air liur...nak gi makan nasi lemak lah....
Hilarious FAKE TONGUE Prank by WEDNESDAY😏🖤
0:39
La La Life Shorts
Рет қаралды 44 МЛН
Какой я клей? | CLEX #shorts
0:59
CLEX
Рет қаралды 1,9 МЛН
UFC 287 : Перейра VS Адесанья 2
6:02
Setanta Sports UFC
Рет қаралды 486 М.
Foreigner can't stop OVEREATING Malaysian food for 24 hours
55:12
WOW❗️REAKSI ANAK SAYA LIHAT NASI LEMAK VIRAL BUKIT BINTANG🇲🇾
19:56
Хорошее время было!
1:00
Дмитрий Романов SHORTS
Рет қаралды 1,1 МЛН
great comedy very nice video👻🧚‍♂️♥️
1:01
Gültekin Ailesi
Рет қаралды 5 МЛН
Месть от кутюр (2015) | Ты ведьма!
1:00
Vinogradenko
Рет қаралды 1,3 МЛН
ТИПЫ ЛЮДЕЙ в САМОЛЕТЕ !
29:26
A4
Рет қаралды 12 МЛН