Рет қаралды 56,367
Bubur Sum-Sum adalah kuih tradisi turun-temurun yang sering kali di sediakan terutamanya pada bulan Ramadhan. Kuih tradisional atau desert Melayu ini di katakan tak lapuk di telan zaman.
Cara penyediaanya yang cukup mudah , di tambah bahan yang sangat ringkas membuatkan ia seringkali menjadi pilihan utama untuk hidangan berbuka puasa.
Bubur sum-sum yang enak adalah apabila penyediaannya menggunakan santan segar dari kelapa yang agak tua. Santan yang di perah dari kelapa tua menghasilkan santan yang pekat dan lemak bila di masak.
Kalau dahulu kala, proses penyediaan kuih muih tradisional agak rumit, kerana banyak bahan perlukan penyediaan, seperti kelapa perlu di parut atau di kukur. Untuk dapatkan isi kelapa yang putih, kulit ari kelapa perlu di bersihkan. Pada kita sekarang agak leceh... tapi yang lama itu lah yang di rindui hingga kini.
Namun sekarang ramai yang lebih suka menyediakan dengan santan segera atau santan kotak yang lebih mudah di dapati dan membuatkan kerja memasak lebih mudah dan ringkas.
Orang Johor dengan bubur som-som memang tak boleh berengang di bulan puasa. Manisan popular ini, walaupun sama namun berbeza penyediaannya bagi setiap daerah atau suku kaum.
hari ini kak ita nak kongsikan cara bagaimana penyediaan bubur som-som cara orang Johor
BUBUR SOM-SOM
Bahan Tepung
6 helai daun pandan
200 ml air ~ ( 1 cawan )
* kisar bahan ini , kemudian tapis
500 ml santan ~ dari 1 biji kelapa tua atau 1 kotak santan KARA + air jadikan 500 ml ~ (2 cawan )
1000 ml air ~ ( 4 cawan )
100 gm tepung beras ( gajah 3 ) ~ 1 cawan tepung
100 gm tepung jagung ~ 1 cawan
1 sudu teh garam halus
* cara masak rujuk video
Bahan gula
250 gm gula Melaka
10 sudu besar gula pasir
500 ml air ~ (2 cawan)
1 batang kulit kayu manis
* satukan semua bahan dalam periuk dan masak
Rujuk video
#stayathome
#selamatberpuasa
#juadahramadhan