No video

Burger Ramly Special Double. Selamat Hari Merdeka!

  Рет қаралды 278,080

Che Nom

Che Nom

2 жыл бұрын

Burger Ramly Special menu yang tak asing lagi dengan rakyat Malaysia, video sempena hari kemerdekaan Malaysia yg ke 65. Team Che Nom dapat idea nak buat burger ni selepas kami tonton satu video di YotTube channel Steve Owens. Sangat menarik bagaimana mana seorang bangsa asing tercari-cari burger Ramly di Kuala Lumpur dan cuba makan di gerai tersebut. Dari situ, baru Che Nom sedar yang burger jenama Ramly sangat sinonim dengan rakyat Malaysia, dari semua bangsa dan org luar pun boleh tau.
Walaupun burger ni asal nya makanan barat, tapi cara burger Ramly dimasak di gerai-gerai jalanan sejak tahun 80an sampai lah sekarang memang sangat unik, sangat local dan tersendiri.
Terima kasih kepada pengasas jenama Ramly iaitu Dato Haji Ramly & isteri kerana telah cipta produk yang membanggakan rakyat Malaysia dan tetap masih hebat sampai sekarang.
// Bahasa Melayu
---------------------------
Bahan-bahan:
Roti burger
Bawang holland
Timun
Daun salad
Marjerin
Sos Worcestershire
Sos perasa Maggi
2 keping daging burger lembu Ramly
1 telur
Serbuk lada sulah
1 keping keju Cheddar
1 senduk sos lada hitam
2 senduk air
Sos keju segera
Mayonis
Sos cili
// English
---------------------------
Ingredients:
Burger buns
Yellow onion
Cucumber
Butterhead lettuce
Margarine
Worcestershire sauce
Maggi seasoning sauce
2 pieces Ramly beef burger
1 egg
White pepper powder
1 slice Cheddar cheese
1 ladle spoon black pepper sauce
2 ladle spoons water
Instant cheese sauce
Mayonnaise
Chilli sauce
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Twitter: bit.ly/CheNomTw...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...

Пікірлер: 326
@hamadimahmood1403
@hamadimahmood1403 Жыл бұрын
Mengimbau zmn 80an jika dpt mkn burger ni masa arwàh abah Gaji beli kt dewan balai penghulu ulu kelàng , kedai burger abg ujang depan Studio Panca Delima ketika itu kumpulan SEARCH pun beli burger ni ... krng tinggal kenangan zmn budak2 dulu
@IsaacRizard
@IsaacRizard Жыл бұрын
Budak Ulu Kelang ke? Aku dulu belajar kat Lembah Keramat...
@madonmohdjani8918
@madonmohdjani8918 Жыл бұрын
Saya pernah menonton Dato' Ramly buat demo masak burger di tv. Dia kata daging burger tak perlu ditekan2 & ditambah perasa tambahan. Daging tu dah siap dengan rempah & perasanya. Just masak 3 minit setiap belah.
@user-bn8bc3xi9l
@user-bn8bc3xi9l Жыл бұрын
😔😢
@hamadimahmood1403
@hamadimahmood1403 Жыл бұрын
@@IsaacRizard pak ngah membesar di kg pasir ulu kelang. 1981-1986 sek keb ulu kelang skola p.ramlèe, 1987-1989 sek men Lembah Keramat skali ngn CEPOT Jinbarà
@IsaacRizard
@IsaacRizard Жыл бұрын
@@hamadimahmood1403 Kampung pasir tu saya tau, cuma Tuan ni memang super duper senior saya la… Saya tahun 1981 baru lahir… Tahun 1988 masuk SKLK dan tahun 1993 baru masuk SMLK… ✌🏽✌🏽✌🏽
@unaeus
@unaeus Жыл бұрын
Patutlah cantik betul roti burger tu, che nom buat sendiri rupanya 😬
@lynnagsuhaimi1224
@lynnagsuhaimi1224 Жыл бұрын
Selamat menyambut Hari Merdeka utk semua rakyat Malaysia terutama skali utk Che Nom. n family...dari peminat orang Singapura..🇲🇾 🇸🇬
@saabi3592
@saabi3592 Жыл бұрын
Terima kasih Che Nom sebab bersungguh2 sediakan bahan masakan. Roti siap buat sendiri haa. Kalau Che Nom buka gerai ni saya antara loyal customer lahhh. Daging burger ramly ni kalau minyak tak dibuang / tak dilap, lepas makan akan haus kaw2. Kalau kat gerai kebanyakan penjual akan scrap minyak, kalau di rumah saya akan tekap dengan tissue sampai kering. Haus dia takleh bawak bincang
@aphesz_
@aphesz_ Жыл бұрын
first time lak dengar pasal haus, lol
@mohdroshidi1636
@mohdroshidi1636 Жыл бұрын
@@aphesz_ 😜🤪
@monicamahadevan8162
@monicamahadevan8162 Жыл бұрын
Salah satu makanan yang unite semua kaum ..Selamat Hari merdeka Che nom dan kepada semua 🇲🇾
@randomrandomjer7372
@randomrandomjer7372 Жыл бұрын
Memori Aku, Abah dan Ramly Aku teringat memori silam yang samar-samar Waktu itu kami sekeluarga tinggal di rumah makcik ku Kecuali abahku Aku tak tahu di mana abah ku duduk waktu itu Tapi akan ada satu malam Abah ku akan jumpa menemui kami Dan membawa burger Ramly Seronok tak terkata Dapat jumpa Abah yang dirindui Dan makan burger Ramly yang enak Aku tak ingat banyak perkara sewaktu aku kecil dahulu Tapi memori ini Memori yang terpahat dalam jiwaku Hingga kini Setiap kali aku ternampak burger Ramly Ingatanku akan membawa ku kembali Ke zaman itu.. Itulah kenangan aku, Abah dan Ramly
@rosmizahkeman1031
@rosmizahkeman1031 Жыл бұрын
Waalaikumussalam wbt kepada semua yang memberi salam...auchhhh! Lain dari yang lain perkongsian resepi Che nom kali ni....teruja saya ! Terima kasih dan sayang Che nom atas perkongsian resepi nya.... moga kita semua terus berada dalam KEBAIKAN in Shaa Allah.
@DapurBiru
@DapurBiru Жыл бұрын
Terliur tengok. Sedap burger ramly 👍🏻
@Mille1368
@Mille1368 Жыл бұрын
Burger Ramly satu yg mesti saya cari setiap kali ke Malaysia sejak dulu lagi sampai sekarang. Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia 🇲🇾
@ayamgoreng1697
@ayamgoreng1697 Жыл бұрын
Terima kasih....Awak dari mana?
@Mille1368
@Mille1368 Жыл бұрын
@@ayamgoreng1697 Singapura
@umimaisarah1836
@umimaisarah1836 Жыл бұрын
Hujan2 ni,lapar lah pulk perut bila nengok Che Nom buat burga Ramlee ni😋
@engkumuhammadfahmi961
@engkumuhammadfahmi961 Жыл бұрын
Selamat hari merdeka Che Nom ❤️ Kalau bab burger , burger Ramly always my fav . . . Kipidap Che Nom ❤️
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Selamat Hari Merdeka! Betul Ramly tetap favourite 👌
@maximumsepuluh5465
@maximumsepuluh5465 Жыл бұрын
@@CheNom Assalamualaikum Maap btanya, ada No.utk di hubungi? Ada rangka satu program dan cdangan nak mnjemput puan/cik sbgai salah seorang yg di jmput
@nurulhusnalin2078
@nurulhusnalin2078 Жыл бұрын
@@CheNom saya macam2 saya boleh buat.......sama macam che nom...
@Sevenlyheaven
@Sevenlyheaven Жыл бұрын
Burger nampak perfect. Cantik bunn 🥹
@shamsudinabdullah2786
@shamsudinabdullah2786 Жыл бұрын
Cik Nom ni baguslah.Merendah diri walaupun dan terkenal seorang chef dimedia social...💯👍❤️😅
@sainanwahab9601
@sainanwahab9601 Жыл бұрын
Terangkat ni...utk hari Merdeka...!
@narsipkaur5345
@narsipkaur5345 Жыл бұрын
Special for Merdeka Day
@sarahaida4239
@sarahaida4239 Жыл бұрын
Rindu kat adik burger ramly tu..dia sorang je yg letak garlic powder dan layan kerenah saya..tak nak pepper tak nak mayonis..margerin nak extra kat roti..lepas tu cili sos..3 titik 😅
@rindianialisa
@rindianialisa Жыл бұрын
Bercakap pown suara sedap Che nom apatah lagi masakan nye tak terkata👍🏻👍🏻👍🏻😘 selalu support and tngk video Che nom first time koment...selamat hari merdeka mari rayakan dgn berger special ramly ikut cara Che nom..thanks a lot🥰🥰🥰👏🙏
@maizurinamustafa8677
@maizurinamustafa8677 Жыл бұрын
As always...Che Nom memang terbaik! Sempoi...tak payah susah2 kan! Menu sentiasa best! 👍✌😍
@amiraN.00
@amiraN.00 Жыл бұрын
Kenangan saya dengan burger ramly masa kecik nak masak burger pastu masa nak leraikan burger tu saya guna pisau macam che nom 3:23 tu padahal tak defrost pun. Sekali lalu jari saya terbelah parut sampai sekarang hehe
@sugar_strokes
@sugar_strokes Жыл бұрын
yeke parut
@nursyakirah9941
@nursyakirah9941 Жыл бұрын
bukan biasa biasaaaa ni che nom
@amiraN.00
@amiraN.00 Жыл бұрын
@@sugar_strokes awak tak caye ke
@amiraN.00
@amiraN.00 Жыл бұрын
@@nursyakirah9941 tau takpa. Sakit betul sampai sekarang masih ngilu
@nursyakirah9941
@nursyakirah9941 Жыл бұрын
@@amiraN.00 O
@junaidalbaghdadi2458
@junaidalbaghdadi2458 Жыл бұрын
Alhamdulillah trime kasih banyak che nom atas perkongsian ilmu...InsyaAllah smoge Makin Berjaya Dan berkat Dunia akhirat. .
@goblin9866
@goblin9866 Жыл бұрын
Che nom ni kalu baca cerita dongeng sebelum tidur best jugak
@shahjulai
@shahjulai Жыл бұрын
Waalaikumussalam wbt. Ni mmg senang nk buat😀😀😀🤣🤣🤣 menu biasa tapi kena satu mmg dh kenyang.
@nuradrianaazmi419
@nuradrianaazmi419 Жыл бұрын
Terima Kasih Che Nom🌹
@aliayusof3300
@aliayusof3300 Жыл бұрын
Nak belajar buat roti burger 🍔 macam che nom. Nampak fluffy sangat
@rehanarahim7796
@rehanarahim7796 Жыл бұрын
Ini resep2 yang saya tunggu2. Mks che nom. Selamat meedeka......❤❤❤❤❤❤
@ty_seulgi7941
@ty_seulgi7941 Жыл бұрын
Aduh! Terliurnya! Burger Ramly mmg burger yg paling best! 🤤
@izzwandyizzwandy4112
@izzwandyizzwandy4112 Жыл бұрын
Selamat Hari Merdeka dan semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan buat semua rakyat Malaysia dan Che Nom sekeluarga.Dari saya sekeluarga jiranmu dari Singapore!!
@mahanitamahadhir9121
@mahanitamahadhir9121 Жыл бұрын
Oloh Che Nom... Telan ayaq lioq tgk burger tu... Salam Merdeka to you too😍
@kamaliaasmuni1666
@kamaliaasmuni1666 2 ай бұрын
Betul cek nom..dulu masa kecik2 duduk rumah setinggan selalu beki daging burger ni.rindu zaman rumah setinggan
@queenmegat8424
@queenmegat8424 Жыл бұрын
Bagus che nom, buat kajian dulu. Ada penceritaan semasa memasak.
@isu2dunia456
@isu2dunia456 Жыл бұрын
Burger favorite ni🤤🤤🤤 Terima kasih che nom❤️
@umiizwana30
@umiizwana30 Жыл бұрын
Nugget Ramly pun sedap. Skrg dkt RnR pun dh ada restoren Ramly. MMG nostalgia lah klu MKN burger Ramly ni
@ranjit_kaur
@ranjit_kaur Жыл бұрын
Thank u Che Nom, for sharing ur recipe 😋. Selamat Hari Merdeka ✨.
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Selamat Hari Merdeka Ranjit 😊
@norasikinishak237
@norasikinishak237 Жыл бұрын
terbaik che nom..saya pun pernah buat roti burger sendiri sbb lupa nak beli roti burger..apa lagi mlm mlm uli tepung, skrg tak susah guna mixer jelah
@farizahalim948
@farizahalim948 Жыл бұрын
Sedapnya buger Cik Nom..mesti cuba ni...blh katakan semua resepi da try..semua sedap..tq Selamat mnyambut hari kemerdekaan esok 🥰
@sakalputungsakti
@sakalputungsakti Жыл бұрын
Teringat dulu beger lejen cik zainal felda serting 1, benjo 2 telo rm1 tapi rasa mmg padu.Dulu benjo x pakai mole mcm skrg.dulu pecah telo atas kuali,letak kobis dgn perencah.siap dpt air free kalau makan Kat situ.Kenangan sekitar tahun 1997.skrg tggl kenangan sume tu.
@greenberet8950
@greenberet8950 Жыл бұрын
Tahun 1997 masa sy tinggal di sarawak kawan sy berjual burger zaman kami br habis sekolah. Mmg sedap burger kawan sy buat. Sampai skrg mane2 gerai org berjual burger rase dia mmg tak sama mcm kawan sy buat. Tiap2 mlm sy lepak dgn kawan sy beli burger dia
@umarsaid5566
@umarsaid5566 Жыл бұрын
masak burger ramly ni style lagend belah tengah, saya pun tak tahu apa rasionalnya tp dulu2 masa kecil dikatakn belah tengah tu nk elak mentah pdhl bukn mntah , itu juicy, mungkin zamn tu org suka garing hingga mnganggp juicy tu mntah , cuma belah tengah tu perasa letak didalam mmg syahdu....
@AzrinSunbae
@AzrinSunbae Жыл бұрын
orang lain most of the times, tak ada roti burger macam akan tangguh lah nak buat burger naaah, bila che nom tak jumpa roti burger, dia buat roti burger. Dah lah kejadian mcm emoji 😍😍😍. Cantiknya!
@nazuramr2906
@nazuramr2906 Жыл бұрын
Cantik roti burger Che Nom 😍 Selamat Hari Merdeka 🇲🇾
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Selamat Hari Merdeka Azura 😊
@rashdaniskandar6012
@rashdaniskandar6012 10 ай бұрын
boek ah che nom moga sihat slalu
@farrahshilla9961
@farrahshilla9961 Жыл бұрын
kelakar la che nom ni.. eh letak balik lupa letak seasoning.. 🤣🤣🤣
@noorazizahnasarudin9250
@noorazizahnasarudin9250 Жыл бұрын
Sedap menyelerakan kesukaan saya ini
@rafyda5787
@rafyda5787 Жыл бұрын
baru tadi pagi beli ramli daging burger stlh sekian lame x bli.tah tibe teringin nak buat burger plak nt kl rajin.mlm ni che nom up video buat burger.cam tau2 jer ea...
@fromthismoment6657
@fromthismoment6657 Жыл бұрын
Tetap sedap, tetap menyelerakan air tangan che nom. Tksh dgn perkongsian resepi yg istimewa yg sedap dan menarik. Terbaik che nom
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Terima kasih 😊
@aimanchannel65
@aimanchannel65 Жыл бұрын
Check nom.. Boleh lah tu skill rumah jer masak 🍔. Sedap tu
@anrashid47
@anrashid47 3 ай бұрын
Burger you nampaknye so delicious lah. Saya tinggal kat Damansara susah dapatkan Ramly !!!
@Rubysay233
@Rubysay233 Жыл бұрын
Finally! My favourite!
@syahsyahdu1507
@syahsyahdu1507 Жыл бұрын
Ishhh...macam tau² ja Malam ni nak makan burger 🍔😅.... Selamat Hari Merdeka kak Che Nom🇲🇾
@ummihashyati2270
@ummihashyati2270 11 ай бұрын
Sedapnya Chenok terliur tgk dgn roti homemade yg Che Nik buat tu naik gebu gebasss je..
@unimira123
@unimira123 Жыл бұрын
terimaksih resepnya mba.. pengen nyoba buat sarapan..
@ying7600
@ying7600 Жыл бұрын
Salam Che Nom, nampak sedap burger Ramly yg u buat. I minat nak belajar roti yg tinggi tu tapi cari2 tak jumpa video. Harap2 Che Nom boleh ajar nanti ya. Makseh !!!
@rohanisu9605
@rohanisu9605 Жыл бұрын
Assalamualaikum che nom..betul che nom tengok burger ramly baru beli..nak request ni..nanti nk minta che nom ajar buat roti burger pula blh..
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Waalaikumsalam Rohani. Nanti Che Nom cuba share ye ☺️
@rohanisu9605
@rohanisu9605 Жыл бұрын
@@CheNom terima kasih yer che nom ❤ 😍
@aimanfariz545
@aimanfariz545 6 ай бұрын
Sedap selalu mencuba resepi che nom. T. Kasih sudi berkongsi resepi
@nurulhusnalin2078
@nurulhusnalin2078 Жыл бұрын
sedap la resepi che nom....saya pun cuba jugak resepi ni....
@ellabadd83
@ellabadd83 Жыл бұрын
Terima kasih che nom.... selamat menyambut hari kemerdekaan..
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Selamat Hari Merdeka Ella 😊
@stonelinemalaysia4805
@stonelinemalaysia4805 Жыл бұрын
Hi Che Nom, This Crepe pan came with Wooden Roller accessories. Thin eggs can easily be spread on the pan with the crepe roller included in the set ya ^^
@aningrina1515
@aningrina1515 Жыл бұрын
Kami di sandakan sabah kekurangan bekalan daging burger lembu jenama ramly.. susah sangat mendapatkan..
@kluangh1tam
@kluangh1tam 5 ай бұрын
Zaman dulu kalau nak merasa burger Ramly tu sekali sekala aje. Dia punya rare macam beli sate. Arwah bapa sekali beli 5 ketul untuk seisi keluarga. Burger bungkus dengan plastik dan tisu. Dan tak tahulah kenapa, burger tu rasa besar dan puas sangat makan, walaupun zaman tu takde bubuh telur, bubuh mayonis; cuma burger, sayur dengan sos aje. Satu lagi masa nak merasa burger Ramly adalah masa nak naik keretapi pergi ke Kelantan malam2. Arwah bapa akan belikan burger sorang sebiji buat bekal. Padahal masa dalam keretapi tu nanti bukan main meriah orang ke hulu ke hilir menjaja makanan.
@abang_ku
@abang_ku Жыл бұрын
selamat hari merdeka che nom, salam dari Indonesia
@ainiaini6614
@ainiaini6614 Жыл бұрын
ya Allah lawak pula dengar sos budu mat salleh😂😂apa pon burger che nom nmpk mcm pro yg buat kalah mcd
@fuume2401
@fuume2401 Жыл бұрын
Asslamualaikum Che Nom. Selamat Hari Merdeka!! 🇲🇾🎆 Share resepi roti burger tu boleh? Nampak menarik 😋😍
@alicesara1407
@alicesara1407 Жыл бұрын
Assalamualaikum Che Nom ,selamat hari merdaka..burger Ramly mmg tak leh compare ngan burger yg lain..nmpk menarik dan sedap..saya suka kalo bawang tue sampai caramelised letak kat dlm burger daging..terbaik Che Nom 😋😋👍👍
@nurjannah7
@nurjannah7 Жыл бұрын
Wasalam Che Nom ❤️ tq for the recipe. Selamat Hari Kebangsaan semua! 🥰
@akieykajang
@akieykajang Жыл бұрын
Salam..sy dlu pernah mniaga bege tahun 2007,2008 d kjg..nk lg sedap,belah daging tu kat tengah,tabur rencah² kt tengah,tutup,pusing²,angkat..msuk mulut,merecikkkk
@ummihashyati2270
@ummihashyati2270 11 ай бұрын
chenom ajarla resepi buat roti gebu ni cntik je
@shikinsaerah
@shikinsaerah Жыл бұрын
Burger paling sya suka. Burger tepi jln style gini. Sllu jgk buat sndiri. Sya guna sos Maggi je. Mlimpah sayur & sos. Tbaik che nom 👍
@auntypm4288
@auntypm4288 Жыл бұрын
Memang mengimbas kenangan lama. Tq che nom
@salimahsaid3804
@salimahsaid3804 Жыл бұрын
Alhamdulillah..terbaik Burger dari Cik Nom... selamat menyambut hari kemerdekaan..31/8/22..yg ke 65 Merdeka merdeka merdeka
@rusnibahari8191
@rusnibahari8191 Жыл бұрын
Wahh , sedap nye burger Ramly special double .
@cutie3101
@cutie3101 Жыл бұрын
Sos keju segera beli kat mana ye
@abdulwafiy1
@abdulwafiy1 Жыл бұрын
penyediaan yg menarik mcm ni buatkan lagi best utk nikmat burger ramly 😋
@user-ue1rv5tw4c
@user-ue1rv5tw4c 8 ай бұрын
Chenel masakan paling sy suka
@saifulazlin
@saifulazlin 9 ай бұрын
Olahan burger jalanan sudah pelbagai. Saya masih minat olahan sebelum hadirnya sos keju dan lada hitam. Dulu cuma pilih sos cili atau tomato, atau kedua2nya sekali (atau langsung tak mau sos). Orang lama lah katakan.. 😅
@muhammadfaridzuan7077
@muhammadfaridzuan7077 Жыл бұрын
Wah dah ada team eh che nom.. tahniah
@ahmardbahri6928
@ahmardbahri6928 Жыл бұрын
Lepas video ni tunjuk lah pulak cara buat roti burger!
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
👍👍
@sazara
@sazara Жыл бұрын
selamat hari merdeka che nom burgernya menggiurkan
@pawonndesoo
@pawonndesoo Жыл бұрын
Nampak sedap sangat che nom...
@septianik401
@septianik401 Жыл бұрын
Sedaaaap betul" tengok che nom
@fizzul20
@fizzul20 Жыл бұрын
Pada saya masak patty burger tidak perlu menggunakan masher dan mayonis harus disapu dengan spatula. Bagaimanapun, video tetap terbaik!
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Terima kasih
@paprikamerah
@paprikamerah Жыл бұрын
Happy independent day.. burgernya sedap sekali 😍
@palytheheadshot344
@palytheheadshot344 Жыл бұрын
patty burger ramly boleh juga d masak dgn air fryer..lagi senang , satu lagi patty sudah ad minyak...bila masak dlm air fryer minyak smua kluar..
@hairulhazrina4563
@hairulhazrina4563 Жыл бұрын
Best Che Nom buat.. Ramly mmg LEGEND..
@c3vids_shorts
@c3vids_shorts Жыл бұрын
Love Ramly burger 🍔👍
@aishahhashim6083
@aishahhashim6083 Жыл бұрын
Nmpk menarik roti burger tu...harap che Nom dpt share resepi..tQ
@missbunga012
@missbunga012 Жыл бұрын
Selamat hari merdeka che nom!! Fulamakk cayala.. Ramly burger che nom saji ek.. Roti double special lak tu. Lama tak makan burger ni, salu tak kfc, drive thru mekdi.. Sebab mls beratur😂😂
@TaRunaX
@TaRunaX Жыл бұрын
Lepas ni tutorial buat roti burger lak Che Nom. Guna resipi sihat sekek burger wholewheat
@soulevolution2735
@soulevolution2735 Жыл бұрын
Fuyo! Ni kalau buat buka puasa confirm kena 2! Terbaik Che Nom!
@Syazwa516
@Syazwa516 Жыл бұрын
sdpnya che nom ....my fevret...burger tepi jalan...tapi ade yg jadi...ade yg x jadi...tp telur mcm chenom ni yg best...che nom ajar buat benjo pulak.....adoi sdapnye
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Menarik idea tu buat benjo
@nurulfarhanah7684
@nurulfarhanah7684 Жыл бұрын
YaAllah malam2 lalu pulak video che nom 🥹
@rainchryeo6238
@rainchryeo6238 Жыл бұрын
Che nom buatla video buat roti burger tu pleasee
@chynta3621
@chynta3621 2 ай бұрын
Da 1 mgg sy pny kawan org Terengganu hubungi sy, senang betul kami bisa silaturahmi. Pertama sy bilang rindu sangat dengan burger ramli krn sudah 14 th sy pulang ke Indonesia...
@faith4435
@faith4435 Жыл бұрын
Nampak je notification dri channel che nom terus excited nak tgk ❤️
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Terima kasih ☺️
@diyanaadrianayusuf14
@diyanaadrianayusuf14 Жыл бұрын
selamat hari merdeka...sedapnya...klau rumah che nom dkt..dh bagi salam dh..heheh
@ahmadkhalifah8461
@ahmadkhalifah8461 Жыл бұрын
Burger Ramly semua bangsa makan.di serata negeri ada jua
@afrinaalma2475
@afrinaalma2475 Жыл бұрын
selamat hari merdeka Che nom. terliur nya tgok burger Ramly. dah lama tak makan burger.
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Selamat Hari Merdeka Afrina 😊
@habelumhasudah3096
@habelumhasudah3096 Жыл бұрын
Chenomm boleh tak ajar cara buat potato salad .. 🥺 ..
@dncn2911
@dncn2911 Жыл бұрын
Terbaik Che Nom 👍💯❤🍔
@nobodyknows2123
@nobodyknows2123 Жыл бұрын
Part telur tu betull . Nampak orng buat mcm senang , bila sendiri buat , Allah . Tak pernah tak koyak telur tu 😂😂 .
@nurulfitriahbintijsamsudin8141
@nurulfitriahbintijsamsudin8141 Жыл бұрын
Sedapnya terliur tengok...nak kena buat ni 😘🤤
@shienaabdullah5720
@shienaabdullah5720 Жыл бұрын
burger legend ni, byk nostalgia dgn burger ni, terbaik
@danialwrx
@danialwrx Жыл бұрын
Worcestershire pronounciation: wu · stuh · shuh Worcestershire adalah salah satu tmpt di UK dimana Worcestershire sauce dicipta. Dan nama lain bg sauce ni kalo payah sgt pnggil je Lea and Perrin's. Same thing.
Little brothers couldn't stay calm when they noticed a bin lorry #shorts
00:32
Fabiosa Best Lifehacks
Рет қаралды 18 МЛН
Survive 100 Days In Nuclear Bunker, Win $500,000
32:21
MrBeast
Рет қаралды 156 МЛН
Joker can't swim!#joker #shorts
00:46
Untitled Joker
Рет қаралды 38 МЛН
Schoolboy - Часть 2
00:12
⚡️КАН АНДРЕЙ⚡️
Рет қаралды 17 МЛН
Burger Prosperity ala McDonald's | Set lengkap!
12:40
Che Nom
Рет қаралды 389 М.
Malaysian Street Food: Chicken Special RAMLY BURGER
15:47
Snackin Views
Рет қаралды 18 М.
44K Sebulan Dengan Jual Burger Tepi Jalan
16:23
APHD Story
Рет қаралды 153 М.
Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah kedai punya!
8:41
Che Nom
Рет қаралды 324 М.
How to make a Juicy Beef Cheeseburger - Korean food
17:20
딜라이트 Delight
Рет қаралды 1,7 МЛН
Little brothers couldn't stay calm when they noticed a bin lorry #shorts
00:32
Fabiosa Best Lifehacks
Рет қаралды 18 МЛН