Рет қаралды 11,454
Fiqh menghilangkan Najis ✅Mutawassitah (najis sederhana - kencing, tahi, bangkai).. Bukan najis ❌Mughallazah (anjing & babi), bukan najis ❌Mukhaffafah (kencing bayi lelaki ≤ 2 tahun yg hanya menyusu ibunya).
Demo menyucikan najis ni setelah viral beberapa bulan sebelum tu di sebuah surau, kalau tak silap di Sg Buloh, babi hutan masuk masjid. Ustaz ni cerita, AJK surau tu pakat² pergi buang karpet surau tersebut, walaupon ustaz ni dah bagi nasihat, hanya samak tempat yg diyakini jadi laluan babi sahaja, tak perlu samak atau buang seluruh karpet. Tapi apakan daya AJK ikut perasaan, bukan ikut ilmu fiqh.. kata ustaz ni.. wallahua'lam..
Maaf tak tahu nama Ustaz ni, sebab ustaz jemputan ni rasanya 1st time dtg surau ni.. kalau ada yg tahu mohon nyatakan dikomen.