Рет қаралды 23,065
Pau sambal ataupun ada orang menyebut burger malaysia kerana rupa seakan burger cuma intinya dari sambal ikan bilis seperti sambal ikan bilis nasi lemak. Sangat sesuai sebagai hidangan santai-santai minum petang. Kuih ni antara kuih yang saya buat niaga suatu masa dahulu dan memang laku keras di jual di bazar ramadan.
bahan bahan pau sambal ikan bilis
atau pun burger malaysia..
850grm tepung gandum (cap ros)
1 peket + 1 sudu tea mauripan (yis)
1 biji kuning telur aym
3 sudu mkn marjerin
3 sudu mkn susu pekat manis
500ml air suam² kuku
1 sudu kecil garam
3 sudu mkn gula
untuk sambal ikan bilis
15 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
½cawan air asam jawa
gula
garam
serbuk perasa
1 biji bawang holland
minyak masak
terima kasih
selamat mencuba...
ikhlas dari saya...