Cikgu saya macam tak fhm pemboleh ubah dimalarkan,bergerak balas dan dimanipulasikan
@cikguizu73873 жыл бұрын
Cth mcm ni...sy nak buat air milo..saya nak kaji bilangan sudu gula terhadap tahap kemanisan air milo. Gelas A sy letak 1 sudu gula. Gelas B sy letak 5 sudu gula. Jadi perkara yang saya ubah2 di sini adalah bilangan sudu gula.Benda yg saya ubah2 tu adalah pem.ubah manipulasi. Hasilnya adalah tahap kemanisan air milo tu..hasil itu adalah pem.ubah bergerak balas. Utk buat air milo..saya kena tetapkan utk guna serbuk milo. Tak boleh guna serbuk teh atau serbuk kopi..sbb nnti x jadi air milo. perkara yang saya tetapkan ini adalah pem.ubah dimalarkan (perkara yg perlu ditetapkan). Wallahua'lam.
@bellxaretha26873 жыл бұрын
@@cikguizu7387 secara ringkasnya *Pemboleh ubah dimanipulasi = apa yang berubah *pemboleh ubah bergerak balas= apa keputusan akhir *pemboleh ubah dimalarkan= apa yang tak berubah Betul ke,cg? 😅
@cikguizu73873 жыл бұрын
@@bellxaretha2687 good👍👍
@sofeanursyazwanibintisapua51413 жыл бұрын
Assalammualaikum cikgu , saya nak tanya cikgu ,, untuk graf tersebut , adakah graf tersebut hanya bagi objek JATUH BEBAS sahaja ? ataupon untuk objek yang BUKAN JATUH BEBAS cikguu ?
@cikguizu73873 жыл бұрын
graf tu adalah graf halaju-masa dan sesaran-masa utk melihat tindakan dan pecutan graviti bg objek dlm keadaan bukan jatuh bebas
@sofeanursyazwanibintisapua51413 жыл бұрын
Assalammualaikum cikgu , saya nak tanya cikgu , dalam makmal uji kaji yang tiada udara tuu , maksudnya daya rintangan udara tu pon takde kan cikgu ? sebab itu bulu yang ringan tu boleh jatuh sama kann ?
kalau kita lepaskan bola dari satu tempat tinggi..bola yg jatuh tu semakin lama jadi semakin laju..bila semakin laju..sesaran bertambah dengan dalam jangka masa yang cepat..kalau kita plotkan graf sesaran bola jatuh tu melawan masa..kita akan dpt graf melengkung.
@lentaentalang43403 жыл бұрын
Cikgu saya tak faham
@cikguizu73873 жыл бұрын
bahagian mana yg tak faham?
@lentaentalang43403 жыл бұрын
Bahagian pecutan graviti
@cikguizu73873 жыл бұрын
@@lentaentalang4340 oh..cuba byngkan mcm ni ye..seorang pelumba lari sebelum start lari,dia x bergerak, halaju pelumba itu adalah sifar atau kita boleh kata pecutan pelumba tu sifar. Bila dia start lari, pelumba tu tak lari dengan speed yg statik..semakin dia nk sampai garisan penamat dia berlari semakin laju..halaju dia bertambah atau kita boleh kata dia sedang memecut. Keadaan ini saya analogikan sebagai 'pecutan pelumba lari'.....graviti adalah daya yg menuju ke arah pusat Bumi..maknanya kalau nk kira pecutan graviti kita kena jatuhkan objek dari satu ketinggian. Sebelum objek tu (cth: batu) dilepaskan dari bangunan tinggi, halaju batu tu sifar sebab batu tu masih di tangan kita(x bergerak)...bila kita lepaskan batu tu..pergerakan batu yg jatuh tu menjadi semakin laju..iaitu halaju batu tu semakin bertambah..batu tu sedang memecut🤭..oleh kerana pecutan tu disebabkan oleh daya tarikan graviti...maka kita boleh kata yang batu itu mengalami pecutan graviti..harap dapat membantu.
@lentaentalang43403 жыл бұрын
Sekarang baru saya faham
@cikguizu73873 жыл бұрын
@@lentaentalang4340 ok..nnti kalau ada yg tak faham boleh tanya ye