Рет қаралды 212
Kepada pemimpin dari selaku rakyat ,
Lagu jadi surat panjat hajat dalam tenat ,
Mohon jangan ralat hirau suara masyarakat ,
Ini bukan layak waktu untuk fikir soal pangkat !!
Perang hampir mula sedunia dah terperangkap ,
Lihat sedunia musuh serang dalam senyap ,
Niat nak melenyapkan yang Haq , Batil diangkat ,
Ramai musuh acah kawan dalam hendap bermuslihat ,
Cuba fikir balik rujuk hadis buka Quran ,
Tak dapat ditangkis kita dah di hujung zaman ,
Tiga khilafah arab pun dah hampir berperang ,
Kalau sekarang kita diam apakah lagi alasan ??
Rakyat tidak kisah nama siapa menang undi ,
Rakyat cuma mahu jiwa raga dipeduli ,
Rakyat cuma pesan walau siapa mengemudi ,
Syiar islam ditegakkan agar selamat belakang hari !
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ