Daun Kuning? 8 Fenomena Yang Setiap Pekebun Durian WAJIB Tahu

  Рет қаралды 29,424

Tok Alang Channel

Tok Alang Channel

3 жыл бұрын

8 FENOMENA DAUN KUNING YANG SETIAP PEKEBUN DURIAN WAJIB TAHU
Daun adalah imej kepada ‘kesihatan’ pokok. Segala perkara yang berlaku pada tanaman kita, maka daun akan menunjukkan perubahan dari segi warna dan bentuk. Warna yang semakin kehijauan menunjukkan tanda positif - pokok kita sedang membesar dengan subur dan sihat. Malangnya jika daun kita semakin menguning ia adalah fenomena yang menunjukkan perkara yang tidak sihat sedang berlaku.
Saya gariskan beberapa perkara asas yang kita boleh belajar dan kenalpasti dari daun durian. Berikut adalah 8 fenomena daun kuning yang setiap pekebun durian wajib tahu.
1.) Daun tua kuning, daun muda hijau: kekurangan unsur Nitrogen (N)
2.) Daun kuning bercat tompok sahaja-: kekurangan unsur Magnesium (Mg)
3.) Daun kuning disekeliling permukaan- Kekurangan unsur Kalsium (Ca)
4.) Daun kuning pada pucuk muda, sementara daun tua masih hijau gelap: Kekurangan unsur Sulfur (S)
5.) Daun kuning atau pucuk mengering: gejala busuk akar/kanker akar
6.) Daun kuning keseluruhan, kering dan gugur: Kulat akar putih
7.) Daun hangus ditengah: sunburn
8.) Daun sedikit kuning dan kerinting: Kekurangan unsur Zink (Zn)
Ini yang paling biasa berlaku dalam kalangan pekebun. Mungkin kita pernah alami situasi seperti ini. No worries. Masalah di atas boleh dipulihkan dengan baja yang terkandung elemen unsur surih TE. Unsur Makro dan Mikro melengkapi rawatan ini dengan segera. Ini akan saya terangkan pada video yang akan datang. Tunggu...
Maklumat asas:
Setakat ini di kebun saya ada 11 Varieti Durian:
1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn
2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong
3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit
4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay
5 - D159 - Monthong, Bantal Mas
6 - D101 - Bangkok T16
7 - D99 - Kop Kecil
8 - MDUR 88 (D190)
9 - D24 - Sultan
10 - D13 - Golden Bun
11 - Telur Buaya (mungkin D167, tiada kepastian lagi)

Пікірлер: 122
@raemornverak6616
@raemornverak6616 3 жыл бұрын
1. Daun tua kuning daun muda hijau. Kurang Nitrogen 2. Tompok2 kuning. Kekurangan magnesium 3. Daun kuning sekeliling permukaan daun. Kekurangan kalsium 4. Daun kuning pucuk muda, daun tua hijau. Kurang sulfur 5. Daun kuning, pucuk mengering. Kanker akar 6. Keseluruhan pokok menguning. Gejala akar putih ( white root) 7.Daun hangus tengah. Pokok stress musim panas 8. Daun kuning berkerinting. Kekurangan unsur zink
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
👍🏾👍🏾👍🏾
@firdaus6946
@firdaus6946 2 жыл бұрын
apa perlu buat jika berlaku perkara ke 6
@haniffjamen9502
@haniffjamen9502 2 жыл бұрын
tuan,,,bagaimana nk rawat anak pokok ada gejala no.5..😩 kanker akar..makin hari daun2 makin gugur,,mcm nk mati pun ada...baru 5 bln tanam..
@mie7133
@mie7133 2 жыл бұрын
Tak lengkap,cara rawatannya
@khatijahabdullah9059
@khatijahabdullah9059 Жыл бұрын
Tq tac...pokok saya pucuk kuning daun lama hijau...
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel Жыл бұрын
Dh diterangkan dlm video.
@mrkumpitai5400
@mrkumpitai5400 3 жыл бұрын
Tq info cgu
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Sama2. Tkasih atas sokongan 🌹
@heartilynnskitchen7698
@heartilynnskitchen7698 3 жыл бұрын
Good tips.
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Thanks 🌹
@thomasdtt1977
@thomasdtt1977 3 жыл бұрын
Terimakasih Tuan atas perkongsian ilmunye
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tkasih 🌹
@sahared9262
@sahared9262 3 жыл бұрын
Terbaik Tok Alang..
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tkasih 🌹
@badrainaqzizx5737
@badrainaqzizx5737 3 жыл бұрын
Sangat membantu, TQ for sharing Tuan
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tkasih 🌹
@antonnuklir6423
@antonnuklir6423 2 жыл бұрын
Top
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Tkasih.
@rozaimiehassan9460
@rozaimiehassan9460 3 жыл бұрын
Trima kasih atas perkongsian ...
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Sama2. Semua video TAC 👉🏽 kzbin.info/aero/PL0D76pKE4LDfsGlmFofomtw3P2gMVMIrM
@salehuddinramli9253
@salehuddinramli9253 3 жыл бұрын
Perkongsian yg bermanfaat.. T.kasih cikgu
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Sama2. Alhamdulillah 🌹
@hdkuranhdkuran920
@hdkuranhdkuran920 3 жыл бұрын
Trm kasih atas pengkongsian..... tak sabar nak menunggu next video... tq
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tkasih atas sokongan. Insyaallah. 🌹
@kbichannel1295
@kbichannel1295 3 жыл бұрын
👍👍
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
👌🏾
@AbdulSamad-zn6bj
@AbdulSamad-zn6bj 2 жыл бұрын
👍👍👍
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
👌🏾👌🏾👌🏾
@nursery5314
@nursery5314 3 жыл бұрын
Alhamdulillah.. Terima kasih pekongsian ilmu..
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tkasih 🌹
@rahmandimen5943
@rahmandimen5943 3 жыл бұрын
Terima kasih atas pengkongsian.....sangat sangat membantu
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat
@elicchannel2164
@elicchannel2164 3 жыл бұрын
Perkongsian yg baik tuan..wslm
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tkasih 🌹
@zalimeli5910
@zalimeli5910 2 жыл бұрын
Paduu dan padat pencerahan
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Tkasih 🌹🌹🌹
@samueleduardo9887
@samueleduardo9887 3 жыл бұрын
Terima kasih tok alang semoga sukses Dan sehat selalu. Dari riau
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tkasih hadir 🌹🌹🌹
@tebuantanah7519
@tebuantanah7519 3 жыл бұрын
As salam. Sekadar cadangan. Kalau tn boleh masukkan sekali gambar jenis2 daun kuning lagi baik. Tq
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Cadangan yg baik. Nnt sy upload gambar di ruangan Community.
@dailylife_intradayfx
@dailylife_intradayfx 3 жыл бұрын
👍👍👍 perkongsian yang amat membantu
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tkasih 🌹
@azizankapeli4838
@azizankapeli4838 3 жыл бұрын
Mcm belajar Rampaian Sains Cikgu, pelajaran yang bagus ni.
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Baca2 pastu share ah...tgh hujan xleh gi kebun. Mula la mengarut...hehehe.
@azizankapeli4838
@azizankapeli4838 3 жыл бұрын
@@TokAlangChannel ok arr cikgu, saya baru lepas mengemas dan membaja, sepokok mati kena kulat.. Yang lain, mcm cikgu bagitau la, kekurangan nutrien, kuning sikit, alhamdulillah sempat membaja balik minggu lepas..
@abdlatifmamatcwa9345
@abdlatifmamatcwa9345 10 ай бұрын
Salam tuan, kenapa daun sawit jadi kuning atau sedikit hangus selepas sembur baja foliar.
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 10 ай бұрын
Wslm. Sy tiada pengalaman tanam sawit.
@rudiadekurniawan6088
@rudiadekurniawan6088 3 жыл бұрын
Thanks uncle🙏
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
You’re welcome 🌹
@nasrulizad9359
@nasrulizad9359 3 жыл бұрын
Musang King saya daun semua gugur.. tapi pucuk muda tumbuh.. pokok dlm 9/10 bulan
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Alhamdulillah ada tanda2 pemulihan
@asepmulya2712
@asepmulya2712 3 жыл бұрын
Betul , banyak sekali masalah daun kuning di durian apalagi buat pemula , ini hal penting di durian. Trimakasih Cikgu sudah bahas masalah ini
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tanam durian kena tabah 😊
@azrihassan
@azrihassan 3 жыл бұрын
Masalah inilah yang sedang pokok durian saya sekarang hadapi.Pening kepala saya memikirkannya Tok Alang.
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Cabaran kita. Redah jer dgn ikhlas, insyaallah 🌹
@mursidhidayat7758
@mursidhidayat7758 Жыл бұрын
Daun menguning juga bisa akibat over dosis pupuk kimia
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel Жыл бұрын
Ya. Video ini hanya fokus kpd 8 perkara sahaja. Tentang baja ada di video lain.
@yuhungbaxter7661
@yuhungbaxter7661 3 жыл бұрын
Salam dari SABAH, sy baru melihat channel ini, Tahniah sbb ..memang membantu..bg pekebun kecil, terutama yg baru berkecimpung dalam pertanian tapi basic agronomic yg kurang...soalan sy, Ada video kh cara atau penyelasaian serangan kulat..atau cara elakkan serangan kulat d kebun buah buahan atau kebun tanaman getah...🙏🙏🙏
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Wassalam. Ada bbrp video dlm TAC tentang penggunaan racun kulat. Insyaallah akan dtg sy tambah lg.
@setiaardi7228
@setiaardi7228 2 жыл бұрын
tok baju tu kena di jual tak
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Suatu hari nanti. Sedang buat design yang baru 👌🏾
@muhdaidil7517
@muhdaidil7517 3 жыл бұрын
Slm tok,nk tumpang tanye,knpe buah durian sy keras dan rase xmanis,moon bg pencerahan,tq👍👍
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Wassalam. Durian jenis apa ya?
@yusrieyyiey2205
@yusrieyyiey2205 Жыл бұрын
daun pokok saya semua menguning tapi tak gugur cmner plak. dh bagi hexaconazone tp dia buat dek jer.. pening memikirkannya
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel Жыл бұрын
Cuba check ABC - air, baja, cahaya + keadaan media (tanah) juga ada kesan.
@rahimrashed5284
@rahimrashed5284 3 жыл бұрын
Tok alanggg oiii..bila nak makan durian niiiii...hahhaah
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Bila berbuah, makanlah. Hehehe...
@nuarsyukri8113
@nuarsyukri8113 3 жыл бұрын
terima kasih. Tok.. dimana boleh saya cari benih MDUR88? payah benor. minggu depan nak balik TRG
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Dengar cerita MARDI Jerangau ada
@nuarsyukri8113
@nuarsyukri8113 3 жыл бұрын
@@TokAlangChannel terima kasih
@mohdshukrimohamedsalleh9846
@mohdshukrimohamedsalleh9846 2 жыл бұрын
Saya baru beli di mardi jerangau... ada je situ
@keprifishing1252
@keprifishing1252 2 жыл бұрын
Permisi tok alang...saye nak tnyek?kalau durian kita daunnye kering ujung pada daun ape sebabnye tok? Terus macam mne nak semboh kan tok?
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Tkasih hadir. 1. Tak perlu tulis huruf ‘e’ bagi perkataan yg berakhir dgn huruf ‘a’. Bahasa Melayu bukan begitu cara ejaannya 😄 2. Daun kering hujung ada beberapa sebab. Tuan perlu nyatakan apa perawatan & keadaan pokok dlm masa 2-3 minggu sebelum ia jadi begitu. Mungkin kita boleh tahu puncanya.
@keprifishing1252
@keprifishing1252 2 жыл бұрын
@@TokAlangChannel maaf tok😁saya baru beli bibit ukuran lebih kurang 60cm tok..perjalan bibit dari tempat saya beli sampai ke tempat saya memakan waktu 2 hari 2 malam di kapal laut,3 sampai 4 hari saya tarok di rumah lah daun dia mulai hangus atau kering di bahagian ujung,mohon tolong saya tok..apa yg boleh saye buat.sebab bibi saye beli 300 pkok tok🙏
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
@@keprifishing1252 1. Buat permulaan kawal air. Pokok mungkin kekurangan air. Namun jgn disiram air yg berlebihan. Pokok dlm. polibeg cukup disiram sekali sehari. 2. Jangan dibiar terdedah kepada matahari. 3. Stop dulu baja (pupuk).
@keprifishing1252
@keprifishing1252 Жыл бұрын
@@TokAlangChannel oke atok alang..terima kasih ya tok🙏
@halilintar67
@halilintar67 3 жыл бұрын
Assalamu'alaikum
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Wassalam.
@nasirzakria8134
@nasirzakria8134 2 жыл бұрын
Salam tok. Kalau ikut penerangan tok pokok saya agaknya kekurangan undur N. Daun tua kekuningan bila pokok kluar pucuk baru. Pokok usia 3 bulan di lapangan.
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Wassalam. Cuba spray foliar, kristalon atau mana2 foliar organik yg ada jual di pasaran.
@jaafarjaafar5915
@jaafarjaafar5915 3 жыл бұрын
Sslam.Bila nk kluar kessh baja TE ?
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Wassalam. Tak sempat lg. Insyaallah. Tkasih sbb mencadangkan.
@jaafarjaafar5915
@jaafarjaafar5915 3 жыл бұрын
Saya tggu...
@jaafarjaafar5915
@jaafarjaafar5915 2 жыл бұрын
Lama tggu kisah TE
@ruddyadolf3563
@ruddyadolf3563 3 жыл бұрын
Perlu tau jg..knp daun menguning
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Ya tuan. Sudah semestinya perlu tahu.
@ismael3891
@ismael3891 3 жыл бұрын
Assalamualaikum tol alang, saya nak tanya.. Apakah cara mengatasi kulat atau hama yg seperti kapas yg memakan pucuk durian,
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Mungkin whitefly atau bena putih? Guna racun serangga yg bahan aktifnya malathion. Kalau pokok kecil & ada 2-3 batang pokok je, boleh cuba racun serangga aerosol H20 atau ridsect berasaskan air (h2O). Sembur jauh sikit.
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Jgn guna yg biasa. Mati pokok nnt. Guna yg berasaskan air (H2O)
@ismael3891
@ismael3891 3 жыл бұрын
@@TokAlangChannel saya spray guna ridset,tp dua hari sudahtu daunya layu dan hitam,selepas saya buangkan daunya yg rosak, alhamdulillah kembali tumbuh daun baru. Tp serangga yg putih seperti kapas itu masih ujud lagi kat pokok tu. Tolong bagi tau racun yg sesuai .
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
@@ismael3891 Sy dh respon kat atas
@rohaizatamrirusidi3100
@rohaizatamrirusidi3100 2 жыл бұрын
TAC pokok sy maslah no1...daun jdi kuning dlam 4helai di bwah..mcm mna sy nak rwat???
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Guna baja tinggi nilai N.
@rohaizatamrirusidi3100
@rohaizatamrirusidi3100 2 жыл бұрын
@@TokAlangChannel npk 20.10.10
@sematxiaomi1723
@sematxiaomi1723 2 жыл бұрын
salam tok.ada bbrapa helai daun d99 sy nipis sgt tok.lbih nipis drpd daun tunas baru yg lebih muda.mcm helaian kertas kajang gtu.dan kelihatan rapuh.kaler hijau cantik je.normal ke gitu tok?
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Mcm tak normal. Cuba perhatikan seminggu dua ni hingga pucuk matang. Tgok apa jadi.
@azizmanap1627
@azizmanap1627 3 жыл бұрын
As salam tok alang..nak Tanya skit..kalau daun durian masih muda@baru nak pecah pucuk@baru pecah pucuk boleh ke Kita membaja?atau kena tunggu pucuk agak tua baru membaja?terima kasih tok alang
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Sebaiknya tunggu dulu sbb berpucuk tu tanda tanah & pokok masih subur.
@azizmanap1627
@azizmanap1627 3 жыл бұрын
@@TokAlangChannel terima kasih tok alang👌👍👍🙏
@worldstory7419
@worldstory7419 2 жыл бұрын
Assalamualaikum tok ,macam mane nk rawat pokok yg umur 2 bulan selepas kawin , tapi daun dia jadi buruk
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Wslm. Sy tak pandai perkara2 tentang kahwin pokok. Tp ikut pengalaman kwn2 kalau lps 2 bulan daun jd buruk, kahwin barulah jwpnnya 😂😂😂
@mohdsalmansalleh7769
@mohdsalmansalleh7769 3 жыл бұрын
Saya baru kena kekuningan Dan gugur.. baru tanam 3 Bulan.. last Baja foliar sebulan lepas.. daripada video boleh jadi sebab nombor 6.. apa solution untuk punca ke 6 too alang?
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Kalau kulat akar putih kena guna racun yg bahan aktifnya 1) Hexaconazole 2) Propiconazole Tak kisah brand apa.
@azmiarman
@azmiarman 3 жыл бұрын
Kalau kanker akar, dolomite boleh mambantu?
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Tak boleh.
@azmiarman
@azmiarman 3 жыл бұрын
@@TokAlangChannel jd apa ubatnya
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
@@azmiarman Racun Aliette atau Ridomil
@azmiarman
@azmiarman 3 жыл бұрын
@@TokAlangChannel tq
@drjimlim1
@drjimlim1 2 жыл бұрын
Tok, what is the best way to treat this issue :Keseluruhan pokok menguning. Gejala akar putih ( white root)"
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Kalau kulat akar putih you can follow this video. However you can change the fungicide to a better brand - Ridomil. kzbin.info/www/bejne/nHjTppljoN6jmMU
@bekmengsaiko6924
@bekmengsaiko6924 2 жыл бұрын
salam tok.kalau daun muda hijau tapi berkedut tu apa problemnya tok?
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Jika tiada tanda serangan kulat, ia mungkin kekurangan unsur TE.
@bekmengsaiko6924
@bekmengsaiko6924 2 жыл бұрын
@@TokAlangChannel time kasih tok
@HuntingMainanque
@HuntingMainanque 3 жыл бұрын
Durian saya subur tok tp semua daun menguning, saya tanam bekas tanah kebun sawit, apa berpengaruh tok dengan akar sawit
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
Sy prnh dgr org cakap akar sawit ni susah nk mati kalau setakat tebang pokok. Kena korek sampai akar keluar dr tanah. Akar sawit mmg kuat makan baja. Tapi, sbb semua jd mcm tu boleh cuba test pH tanah, kalau2 tanah berasid.
@tomjosjtomjos6120
@tomjosjtomjos6120 2 жыл бұрын
Apa kah sebabnya daun kuning tapi pucuknya gemok sehat rancak sekali tunas2 dia tumbuh dan pucuk dia apa kah punca dia tok alang
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Cuba spray foliar & tabur baja tinggi N
@mprkarockey3650
@mprkarockey3650 2 жыл бұрын
Kanker akar apa racun yg sesuai?
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 2 жыл бұрын
Aliette atau Ridomil
@rudiadekurniawan6088
@rudiadekurniawan6088 3 жыл бұрын
Thanks uncle🙏
@TokAlangChannel
@TokAlangChannel 3 жыл бұрын
You’re welcome 🌹
3 Jenis Baja Tabur WAJIB Ada Bagi Setiap Pekebun Durian
14:47
Tok Alang Channel
Рет қаралды 97 М.
Sigma Kid Hair #funny #sigma #comedy
00:33
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 31 МЛН
Looks realistic #tiktok
00:22
Анастасия Тарасова
Рет қаралды 104 МЛН
Giler Senang! HYDROSTOCK Selesai Masalah Tanam Durian Tanpa Pengairan
16:09
Najib antara PM terbaik Malaysia - MB Johor
8:07
KiniTV
Рет қаралды 28 М.
2 Jenis Baja Foliar PERLU Bagi Setiap Pekebun Durian
10:12
Tok Alang Channel
Рет қаралды 27 М.
"Jadi Lelaki Yang Melindungi Bukan Menghancuri " - Yabang
47:06
#41 Ini Beza Nafar Awal & Nafar Thani
8:57
Tok Alang Channel
Рет қаралды 2,8 М.