Diesel waterpump 13hp high pressure. Durian musang king 280 batang

  Рет қаралды 10,897

D'kebun Andak

D'kebun Andak

Күн бұрын

PAM AIR (Water pump) adalah alatan yang perlu dalam sektor pertanian terutama untuk membekalkan air kepada tumbuhan. Keperluan pam air dalam sistem penanaman komersial penting bagi mempastikan air dapat diberikan kepada tanaman mengikut jumlah dan waktu yang tepat. Hampir semua tumbuhan memerlukan air untuk hidup bagi menghantar nutrien keseluruh bahagian pokok dan menjadi komponen penting dalam tumbesaran tanaman. Sebut sahaja industri tanaman makanan seperti tanaman padi, sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman bijirin, tanaman umbisi dan sektor perikanan serta ternakan, memang banyak bergantung kepada pam air. Keperluan pam air menjadikan industri pertanian sangat bergantung kepada pelbagai jenis sistem pengairan daripada sistem pengairan asas yang mudah kepada sistem pengairan yang canggih dan mahal. Terdapat berbagai jenis pam air untuk disesuaikan dengan sistem pengairan, sumber air, kuantiti air dihantar, saiz ladang, kepantasan (speed) dan bahan bakar yang digunakan. Jenis Pam Petrol sama ada benzin atau disel adalah paling lazim digunakan oleh petani di Malaysia selain daripada jenis pam air yang menggunakan kuasa eletrik atau pam air yang gunakan panel sel solar. Keperluan pam air sangat kritikal semasa musim kemarau dimana hujan amat kurang dimana tanaman mesti diberikan air untuk terus hidup dan berhasil. Di negara kita musim kemarau dan panas lazimnya daripada Januari sehingga March memang ramai petani perlukan pam air (Itu pun kalau kolam dan sungai tidak kering). Sistem tanaman fertigasi contohnya memang wajib menggunakan pam air untuk menghantar punca air dari tong formulasi baja kepada setiap pokok. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" kepentingan pam air dalam sektor pertanian untuk bahan bacaan dan rujukkan anda.
Pemilihan jenis pam air banyak bergantung kepada beberapa faktur. Lazimnya pam air yang besar akan digunakan dalam rumah pam JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) untuk menyedut air dari sungai atau sumber lain bagi dihantar kedalam sistem pengairan dalam Skim Pengairan Padi terutama di kawasan Jelapang Padi atau di Luar Jelapang Padi. Penghantaran air semasa musim menanam padi dilakukan mengikut jadual menanam padi yang diaturkan sama ada untuk musim utama atau luar musim. Lazimnya JPS akan menghentikan operasi mengepam air ketika padi hendak dituai agar jentuai dapat beroperasi. Kebanyakan pam air JPS menggunakan jenis pam eletrik berkuasa tinggi atau ada yang masih menggunakan minyak diesel sebagai bahan bakar. Dikawasan kebun petani yang menanam sayur-sayuran lazimnya pam air sederhana besar atau pam air kecil digunakan bergantung kepada saiz kebun dan jenis sayur yang ditanam. Sayur daun lazimnya memerlukan jumlah air lebih banyak daripada sayuran buah dan sayuran jenis umbisi. Pam air berkuasa disel dengan 10 - 20 kuasa kuda sering dipilih oleh petani untuk kawasan tanaman sayuran. Antara jenama injin pam air yang popular dipasaran adalah seperti Yanmar, Honda, Maspot, Daedong dan banyak lagi. Harga nya bergantung kepada spesifikasi dan kualitinya .serta kecanggihan pam air tersebut Paling murah dan banyak dipakai adalah pam air kecil 5kk berharga RM2,000 satu unit yang menggunakan pinyak petrol
Dalam sistem tanaman secara fertigasi yang semakin popular, memilih pam air yang menggunakan kuasa elektrik sama ada jenis single phase atau three Phase adalah efektif. Selalunya kita akan guna bekalan elektrik dengan single phase dikawasan projek dan sebaiknya pilih jenis pam air sehingga 2 HP sahaja. Dalam pasaran ada 0.5 HP (horse power), 1 HP, 1.5HP dan 2 HP. Kesesuaian pan dilihat kepada keperluan seperti jumlah pokok ditanam dan topografi tanah. Pam air 2 HP pun ada bermacam-macam spesifikasi dengan harga yang berbeza-beza. Selalunya ditulis seperti 400 L/min, 600 L/min dan sebagainya yang bermaksud jumlah air yang boleh dipam keluar dalam masa seminit. Jika tujuan untuk sistem fertigasi iaitu menggunakan sistem titisan sepenuhnya maka sebaiknya pilih jenis Q Max 600L/min. Jadi Q penting untuk kaedah fertigasi dan H pula untuk singkatan HIGH. Lazimnya lagi tinggi H lagi kuat 'pressure' atau tekanan pam air. Jika anda hendak menggunakan kaedah 'Sprinkler' sebaiknya kena cari H Max tinggi. Lagi tinggi H memang lagi elok. Sebagai contoh speksifikasi H Max 46m sesuai untuk sistem fertigasi. 'S' pula bermaksud SUCTION atau Sedut. Penting untuk sedut air dari telaga. Lagi tinggi S, lagi elok untuk menyedut air telaga.
Pam Air biasanya digunakan dalam pertanian bagi meningkatkan tekanan sistem supaya bendalir seperti air untuk diberikan kepada tanaman. Sumber air dari kolam atau sungai dihantar dengan menggunakan sistem tersebut dapat dipindahkan ke satu bahagian yang lain. Proses menghantar seperti dari perigi ke paras mukabumi, dari sungai ke rumah, dari lombong yang di pam kepada lokasi yang memerlukan. Pam hanya digunakan bagi menghantar bekalan bendalir dari satu kawasan yang
#pumpair #waterpump #musangking #durian #piping #fertigasi

Пікірлер: 45
@NgemilDoang
@NgemilDoang 3 жыл бұрын
Hallo SOBAT ... WOW Vidionya sangat Menarik ,Menghibur,Menginspirasi,dan KEREN 😍,Semoga chanelnya semakin BERKEMBANG . Salam SANTUN dr TAIWAN semoga SUKSES ditunggu vidio terbaru selanjutnya 🤗🙏
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
❤❤❤❤ terima kasih.. insyaAllah nanti saya akan update seterusnya.
@abunajmidanish6393
@abunajmidanish6393 3 жыл бұрын
Terbaik Andak buat bapak busut macam tu...selamat dari air bertakung.
@dynageng5779
@dynageng5779 3 жыл бұрын
Perkongsian baik. Boleh tambah baik lagi cara rakaman. Supaya dapat lihat hasil lebih baik.. dan jelas..
@yusliza3384
@yusliza3384 3 жыл бұрын
Semoga dimurahkan rezeki sellu...amin
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
Amin.. terima kasih atas doa.. 🤲🤲🤲
@zulliewtt
@zulliewtt Жыл бұрын
TERBAIK
@Done-r6
@Done-r6 3 жыл бұрын
Terbaik.saye pun Bru menanam .pump ni mcm berbaloi
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
InayaAllah berbaloi tuan
@riduanahmad943
@riduanahmad943 3 жыл бұрын
Mantap bosku
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
Tq tuan..
@nazizi4385
@nazizi4385 2 жыл бұрын
Mantapp tuan kalau penyiraman guna engin, mudah cepat efisyen teeutama di musim panas
@azrilazril7154
@azrilazril7154 3 жыл бұрын
Su pakai enjin kereta Nissan sunny... modified sikit UTK kegunaan dikebun 😊😊
@saripdol1943
@saripdol1943 3 жыл бұрын
enjin diesel mmg harga sakit jiwa zaman skrg ni tapi mcm Andak katalah "alah beli menang memakai" .. memang lasak dan tahan lama jenis enjin diesel ni ..generator Yamaha saya dah lebih kurang 10 thn masih kuat lg 👍👍👍
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
Betul tuan..
@mamatkuatmamatkuat2310
@mamatkuatmamatkuat2310 2 жыл бұрын
Assalamualaikum@@DkebunAndak Brp rm pump 13hp tu,full set..dgn foot vavle n kc nipples n hose skli?
@DkebunAndak
@DkebunAndak 2 жыл бұрын
@@mamatkuatmamatkuat2310 lengkp 4.3k
@saripdol1943
@saripdol1943 Жыл бұрын
@Ahmad Radzi baja kompos sawit kalu tak silap
@khairulhairul1154
@khairulhairul1154 3 жыл бұрын
Pokok semua padu2 bang..terbaik laa...hilang terus penat jga kebun bila tgk hasil cmni kn bang...😂😂😂
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
Alhamdulillah..❤. Terima kasih sudi singgah.. doakan saya..
@khairulhairul1154
@khairulhairul1154 3 жыл бұрын
@@DkebunAndak Mmg x prnah tgl bang semua video abg...🤣🤣🤣 Bila ada video baru mst nk tgk...sbb bnyak kongsi ilmu..mmg terbaikkk...smga trus maju jaya bang..🤲🤲🤲
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
@@khairulhairul1154 alhamdulillah.. ye ke.. 😍 syukur kalau ia bermanfaat..
@waksarip1700
@waksarip1700 9 ай бұрын
Berapa tinggi bukit di hujung tanaman tuan?
@Thered09100
@Thered09100 Жыл бұрын
nii pakai elekrik starter kaa? sb x dgr bunyi tarik tali..
@BANGNETT_1n9
@BANGNETT_1n9 3 жыл бұрын
Self-priming ke???
@aizuddinazlan3962
@aizuddinazlan3962 3 жыл бұрын
Pokok dah brapa tahun tu tuan?
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
1tahun 1 bulan
@mohdkhozakhoza979
@mohdkhozakhoza979 2 жыл бұрын
TQ
@aliabu3027
@aliabu3027 Жыл бұрын
Salam.. minyak kuat tak bos? Klu full tank brapa rm dan tahan brape jam?
@dedyseptian2382
@dedyseptian2382 3 жыл бұрын
Tak banyak kah hama kumbang pak cik bekas kebun sawit tu..
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
Setakat ni tiada.. mungkin aplikasi racun sersngga yang kerap.
@dennisng9459
@dennisng9459 2 жыл бұрын
120 meter kebun guna 13hp cukup?
@Musangking76
@Musangking76 3 жыл бұрын
Salam tuan nak minta pendapat tuan .kebun sy 4 ekar ..dengan keluasan 4 ekar 200 lebih pokok durian dan 2000 lebih pisang pump air jenis ada yg sesuai?
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
Kalau 4 ekar pendapat saya belilah diesel hight pressure 3 inci.. hp melebi 10hp. Kalau berbukit perlu lebih besar.. sekali beli.. boleh pakai sehigga pokok besar.. saye punya yg lot 3 ekar 7hp diesel pokok 130 sampai hujung tpi tak berapa cantik dah. Kalau beli yg kecil nnti sakit kepala juga sebab tak support.
@syukriepatbulang5327
@syukriepatbulang5327 Жыл бұрын
Boss, nakntamya berapa jam operasi penyiraman baru off engine? 2 jam 4jam? TQ
@DkebunAndak
@DkebunAndak Жыл бұрын
30 minit
@abdhamid7185
@abdhamid7185 3 жыл бұрын
Assalamualaikum Guni putih tu baja tinja ke
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
Tanah kolam sawit tuan
@mohdhelmi3795
@mohdhelmi3795 2 жыл бұрын
Assalam bos.. Poly yg pokok bpe inci
@DkebunAndak
@DkebunAndak 2 жыл бұрын
Assalam.. 3/4 inc
@fifiyus5822
@fifiyus5822 3 жыл бұрын
Berapa ekar kebun nye bang?
@DkebunAndak
@DkebunAndak 3 жыл бұрын
6 tuan
@mohdkhozakhoza979
@mohdkhozakhoza979 2 жыл бұрын
Berapa harga pump air deisel
@DkebunAndak
@DkebunAndak 2 жыл бұрын
Salam..bergantung pada hp dan jenis keupayaan pump. Yg ni 4k tuan.
alhamdulillah.... berjaya jugak akhirnya
7:46
my kebun
Рет қаралды 11 М.
Sistem Drip Untuk Kebun Durian
11:32
Penanam Durian Part Time
Рет қаралды 2,8 М.
pumpkins #shorts
00:39
Mr DegrEE
Рет қаралды 64 МЛН
Will A Guitar Boat Hold My Weight?
00:20
MrBeast
Рет қаралды 269 МЛН
哈莉奎因怎么变骷髅了#小丑 #shorts
00:19
好人小丑
Рет қаралды 56 МЛН
How to Make Water Irrigation System
23:43
JADAM Organic Farm & Garden
Рет қаралды 17 М.
Cara merawat Durian musang king/Durian Duri hitam..
5:13
My Durian
Рет қаралды 380
SEDUT AIR PERIGI GUNA PAM BATERI UNTUK SIRAM POKOK | EPISOD 17
11:39
mesin pompa air 3 inchi Robin baru sedotan kencang
10:17
majemuk channel
Рет қаралды 29 М.
Understanding Porsche's New Six Stroke Engine Patent
21:57
driving 4 answers
Рет қаралды 1,7 МЛН
How does a Tank work? (M1A2 Abrams)
9:49
Jared Owen
Рет қаралды 55 МЛН
Perbezaan Baja Buah dan Baja Subur
29:17
D'kebun Andak
Рет қаралды 17 М.
pumpkins #shorts
00:39
Mr DegrEE
Рет қаралды 64 МЛН