Рет қаралды 263
Manusia mempunyai kehendak, tetapi kehendak tersebut hanya boleh direalisasikan dengan baik dan sempurna, jika Allah menghendakinya. Oleh kerana itu, hati seharusnya bersandar pada Allah Yang Maha Esa.
Takdir di satu bahagian kelihatan agak menyakitkan. Namun Yakinlah! Jika kita melihat dari sebelah yang lain pula, pasti ada yang terbaik dan hikmah tersembunyi yang terdapat di sebalik semua yang terjadi itu.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya setiap kebaikan menjadi lengkap dan sempurna.Setiap sesuatu kesenangan dan kemudahan itu pastinya hanya datang dari Allah, sekalipun sesuatu yang sukar, boleh menjadi mudah jika Allah mengkehendakinya.