Рет қаралды 214,392
DOA & WIRID LENGKAP Selepas Solat Fardhu صلاة بعد صلاة الفرض | BACAAN MERDU - Terjemahan Bahasa Melayu
Berdoa adalah satu ibadah yang digalakkan bagi mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah. Allah swt berfirman :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir : 60)
Kata Ibnu Rajab al-Hanbali (w.795 H) :
“Sesungguhnya doa itu dituntut (untuk dilakukan) dan dijanjikan untuk ditunaikan (doa tersebut) seperti firman Allah swt : :” Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Rujuk Jami’ al-Ulum wa al-Hikam (hlmn 392)
#doaselepassolatfardhu #wirid #doamerdu