DR ASRI-Salafussoleh THAWUS BIN KAISAN_Kisahnya Dgn Khalifah Hisyam bin Abdul Malik|

  Рет қаралды 35,045

One Galaxy Studio

One Galaxy Studio

10 жыл бұрын

Kisah Imam Thawus bin Kaisan Yang Berani Menegur Khalifah Hisyam bin Abdul Malik|
Khalifah Hisyam bin Abdul Malik datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Setelah masuk Makkah dia berkata,
“Datangkan kehadapanku se­orang sahabat Nabi.”
Dikatakan kepadanya, “Wahai Amirul Mukminin, me­reka telah tiada.”
Khalifah berkata, “(Jika demikian), seorang dari tabi’in.”
Maka dihadirkanlah Imam Thawus bin Kaisan Al-Yamani seorang ulama tabiin yang agung, murid kepada sahabat Nabi Ibnu Abbas r.a. yang mana Sayyidina Ibnu Abbas r.a. pernah berkata tentangnya, “Sesungguhnya aku yakin bahawa Thawus adalah salah seorang penghuni syurga”.
Tatkala dia menemui Khalifah Hisyam bin Abdul Malik, dia menanggalkan sandalnya di pinggir permadani Amirul Mukminin dan dia tidak mengucapkan salam kepada Khalifah dengan me­nyebut gelaran Amirul Mukminin, sebaliknya dengan berkata,
“Semoga kesejahteraan ke atasmu wahai Hisyam” bahkan dia tidak menyebutkan kunyahnya(gelaran dgn 'Abu' seperti Abu Muhammad dll) lalu dia duduk di sam­ping Khalifah dan berkata, “Bagaimana keadaanmu wahai Hisyam?”
Maka seketika itu Amirul Mukminin sangat marah dan ingin mem­bunuhnya, akan tetapi disampaikan kepadanya, “Tuan di tanah haram Allah dan tanah haram Rasulullah, jadi tidak mungkin bagimu untuk mem­bunuhnya.”
Khalifah Hisyam berkata, “Wahai Thawus, apa yang membawa­mu melakukan perbuatan ini?
Thawus berkata, “Apa yang telah aku perbuat?”
Khalifah Hisyam berkata, “Kamu menanggalkan kedua sandalmu di tepi permadaniku, kamu tidak mencium tanganku, kamu tidak mengucapkan salam dengan menyebut Amirul Mukminin, kamu tidak menyebut kunyahku dan kamu duduk di sampingku tanpa izinku kemudian berani kamu berkata, ‘Bagaimana keadaanmu wahai Hisyam??”
Imam Thawus menjawab, “Adapun yang kulakukan berupa melepas sandal di tepi permadanimu, sungguh aku juga melepas sandalku di hadapan Rabb pemilik kemuliaan setiap harinya lima kali dan Dia tidak menghukumku! Tidak murka kepadaku!
Adapun ucapanmu ‘Kamu tidak mencium tanganku’, karena aku mendengar Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib ra. berkata, ‘Tidak halal bagi seorang lelaki mencium tangan seseorang kecuali kepada isterinya kerana syahwat atau kepada anaknya kerana me­nyayanginya’.
Adapun perkataanmu ‘Kamu tidak meng­ucapkan salam dengan menyebut Amirul Mukminin’, karena tidak setiap rakyatmu redha dengan kepemim­pinanmu sehingga aku benci untuk berdusta ke atas mereka.
Adapun perkataanmu ‘Kamu tidak menyebutkan kunyahku’, karena Allah menyebutkan nama Nabi-nabi-Nya dan nama wali-wali-Nya tanpa kunyah. Allah berfirman,
"Wahai Dawud, Wahai Yahya dan Wahai Isa.” Sebaliknya Allah menye­butkan kunyah musuh-musuh-Nya, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.” (QS. Al-Lahab: 1).
Adapun perkataanmu ‘Kamu duduk di sampingku’, karena aku mendengar Sayyidina Ali radhiyallahu ‘anhu berkata, "Jika kamu ingin melihat seseorang dari penduduk neraka, maka lihatlah kepada seseorang yang sedang duduk dan orang-orang di sekelilingnya berdiri(mengagungkannya)".
Lalu Khalifah Hisyam bin Abdul Malik berkata, “Nasihatilah aku.”
Imam Thawus berkata, “Aku mendengar Amirul Mukminin Ali berkata, “Sesungguhnya di dalam neraka terdapat ular­-ular sebesar tiang-tiang dan terdapat kalajengking-kala­jengking sebesar keldai mematuk setiap pemimpin yang tidak adil terhadap rakyatnya”, kemudian Imam Thawus berdiri dan keluar.
(Sumber: Wafayatul A’yaan, 2/510)

Пікірлер: 31
@farisizwan6161
@farisizwan6161 Жыл бұрын
❤❤❤😊😊😊
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 Жыл бұрын
Imam Thawus bin Kaisan yang meriwayatkan amalan para Tabien dan Tabiet-Tabi'en yang mengadakan majlis Tahlil yang dilaksanakan diMedinah yang menjadi rujukan umat Islam rantau Asia Tenggara, terutama wilayah Fathani, Malaysia,Indonesia, Brunei dan Singapura.
@anwaryusof5810
@anwaryusof5810 7 ай бұрын
Bg rujukan sheikh
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 7 ай бұрын
Rujuk: alHawi lil Fatawi juzuk 2.
@mayoi-vs2er
@mayoi-vs2er 6 жыл бұрын
ada ke ulamak mcm thawus ni di malaysia ?
@norzakiazli5706
@norzakiazli5706 5 жыл бұрын
m. ayoi xda dh...nu zaman salafussoleh mna blh cri dh..
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 2 жыл бұрын
Imam Thowus bin kaisan adalah Tabien yg berasal Dari Yamen yg meriwayatkan Hadith mengenai kebolihan utk mengerjakan Amalan Tahlil Arwah Dan juga kenduri/sedeqah makanan utk Simati.
@aizamuzer808
@aizamuzer808 2 жыл бұрын
Maaf bertanya ,Boleh saya tahu sumber rujukan? Dan status hadis tersebut
@forfun3477
@forfun3477 Жыл бұрын
takyah fitnah orang.
@liriahk9887
@liriahk9887 Жыл бұрын
Haha.... sian nk cari point gak ke? Bang.... hadith tu jika diteliti perawinya, suffian dikatakan mendapat riwayat tu dr thowus. Tp bila ditelitii balik thowus meninggal dunia (di mekah) pada masa suffian berusia 9 tahun (di kufah). Dan dlm sejarah suffian blm lg pernah ke mekah pada masa itu. Sebab tu ulama menolak hadis tu. Tk sahih bang. Dan mmg tkde hadis pon kenduri arwah ni. Sebab tu tkde sorang pon imam2 mazhab mengamalkan kenduri arwah ni. Bukak le kitab al-umm imam shafie dlm tu terang2 imam shafie membenci amalan ni.
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 Жыл бұрын
@@liriahk9887 Imam2 mazhab ada tak meriwayatkan hadith bolih tubuh Bank,digital Banking, crypto currency,bitcoin, E-wallet...zaman Nabi SAW ada tak hadith atau amalan sholat duduk berjarak n sembahyang Jumaat utk AJK misjid sahaja.....!!!!??
@liriahk9887
@liriahk9887 Жыл бұрын
@@othmanahmad7942 tkde... tp ada ke imam2 mazhab shafie maliki, ahmad dan hanafi menolak ewallet, crypto, ebanking etc ni? Tp kenduri arwah ni imam2 mazhab ni terang2 menolak amalan ni sepertimana contohnya dlm kitan al-umm mazhab shafie. Yg lebih pelik lg bila tny nape buat kenduri arwah? Jawabnya : "ohh... kami ikut mazhab shafie". Padahal terang2 bercanggah sdgn imam shafie sendiri.
@ridzuan6351
@ridzuan6351 2 жыл бұрын
SayNoWahabbiyWahabbiyahWahabbiyunWahabbiolWahabbabonWahabboyboyboyboy
@amyzanna104
@amyzanna104 2 жыл бұрын
apa yg ang dok merepek meracau nie? xmakan ubat lgi ka? ishhhh kesiannn🫣
@brotherpanjang8867
@brotherpanjang8867 2 жыл бұрын
ikut nabi tapi jadi wahabi.nabi wahabi ke
@pcmllc1200
@pcmllc1200 2 жыл бұрын
hg paham ka wahabi tu apa
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 2 жыл бұрын
@@pcmllc1200 Pengikutnya Muhammad Abdul Wahab Alwahhabiyah.. diNejd tempat terbitnya 2 TanduK 👹 🔥 👹 syaitan..!!
@liriahk9887
@liriahk9887 Жыл бұрын
Hang ikut nabi ka? Nabi ada ajar tuduh /fitnah org jadi wahabi ke? Nabi tk bgtau ke kalau hang mati dlm keadaan fitnah org suka2 hati sebelum mnta maaf kt org tu. Nanti semua pahala hang dapat kt dia and kalau tk cukup dosa dia pula hang pikul. Nabi tk ajar ke tu? Dh ready ke nk mati dlm keadaan mcm tu. Sementara MAZA ni hidup lg pegila mnta maaf kt dia sebelum terlambat. Pastu belajar la balik semula siapa wahabi siapa bukan dan apa tu wahabi.
@johnlangsat3073
@johnlangsat3073 Жыл бұрын
Wahabi tu bukan hg ka?
@rajalijohny2476
@rajalijohny2476 Ай бұрын
Ni mufti wahabiol..
DR ASRI-Kisah Abu Said Al Kudri & Ibnu Sayyab_Yg Dikatakan Dajjal
18:15
One Galaxy Studio
Рет қаралды 30 М.
Kisah Taqwa Umar Abd Aziz
24:45
readismed
Рет қаралды 12 М.
Nastya and SeanDoesMagic
00:16
Nastya
Рет қаралды 25 МЛН
Эффект Карбонаро и нестандартная коробка
01:00
История одного вокалиста
Рет қаралды 9 МЛН
100❤️
00:19
MY💝No War🤝
Рет қаралды 24 МЛН
Iron Chin ✅ Isaih made this look too easy
00:13
Power Slap
Рет қаралды 35 МЛН
DR ASRI KISAH SALAFUSOLEH- IMAM AHMAD BIN HANBAL
25:56
Nummy Channel
Рет қаралды 16 М.
SS Dato' Dr MAZA - Gabenor Muawiyyah
8:38
Tajdid Sunnah
Рет қаралды 36 М.
DR ASRI-DIMANAKAH ENGKAU WAHAI UMAR?
12:56
OneKuliah Tajdid
Рет қаралды 158 М.
Kisah Pertelingkahan Antara Imam Bukhari Dan Gurunya - Dr. Maza
12:39
DrMAZA-Imam Ahmad Imam Yg Paling Banyak Hafal Hadith
24:47
SuperMeknik
Рет қаралды 11 М.
DR.ASRI - Kisah Imam Syafie berguru dgn Imam Malik
10:14
PROmediaTAJDID Short Video
Рет қаралды 105 М.
Nastya and SeanDoesMagic
00:16
Nastya
Рет қаралды 25 МЛН