Рет қаралды 41,322
Alhamdulillah. Berita gembira pagi ini. Seseorang telah PM saya pagi ini memaklumkan dalam live pagi tadi, Dr. Muhaya telah menyatakan bahawa dia tidak lagi beramal dengan amalan Garpu Tala.
.
Ini berita gembira kerana video tersebut seperti mana yang disebutkan, telah dibantah sejak tahun lalu oleh kami ketika ia baru-baru muncul di mana dalam video itu ada pengasas Garpu Tala, Pak Nas, dan Dr. Muhaya.
.
Oleh itu, kami menyeru agar semua orang meninggalkan amalan garpu tala@istikharah al-Quran ini. Janganlah terpengaruh dengan dakwaan pengasasnya Pak Nas yang baru-baru ini berhujah pula bahawa amalan itu ialah tawassul dengan al-Quran. Jauh beza tawassul dengan al-Quran dengan amalan Garpu Tala@Istikharah dengan al-Quran.
.
LARANGAN AMALAN "ISTIKHARAH AL-QURAN"
"Terdapat dalam kalangan individu yang beristikharah dengan cara mengambil Al-Qur'an lalu membukanya secara tanpa dirancang. Kemudian dia melihat baris pertama di halaman pertama yang dibuka. Terdapat juga sebahagian daripada mereka mengira halaman ketujuh, kemudian baris ketujuh, diikuti perkataan ketujuh dan kemudian membacanya. Jika terdapat ayat yang memerintahkan untuk melakukan sesuatu perbuatan, maka dia akan melakukan perbuatan tersebut. Manakala jika terdapat ayat yang melarang melakukan sesuatu perbuatan, maka dia akan meninggalkannya. Kaedah istikharah ini tiada dalam syarak dan tidak dipetik dari mana-mana imam atau ulama."
Sumber : Syeikh Dr Mustafa al-Bugha di dalam Kitab Al-Wadhih Fi Ulum Al-Quran (1998)