Рет қаралды 769,493
Sedih sayu sangat rasa jumpa uncle Loh Ah Cheng. Lebih 6 bulan duduk di sini. Kemalangan hilang kerja. Susah nak berjalan. Tak dapat bayar sewa bilik.
Masa berjalan uncle cakap you ustaz saya tak kenal tolong saya. Saya malu dengan kamu. Saya kata jom kita beli baju dan barang lain. Dia menolak dengan baik. Saya kata ini hari bagi saya peluang buat baik. Uncle setuju. Bila beli baju dan seluar uncle bagitau tak tahu la hari ini hari apa, macam hari raya.
Selepas itu saya belikan tongkat baru supaya uncle boleh berjalan. Saya bawa gunting rambut. Terus hensem. Saya pun gunting sekali. Tukang gunting pun tak nak ambil duit.
Kami terus ke rumah baru uncle. Saya akan bayar sewa rm700 sebulan. Ada 2 bilik. Selesa. Belikan katil dan tilam. Serta barang dapur semua. Saya ada tugaskan untuk kebersihan dan makanan uncle juga.
Sebelum balik uncle tak berhenti cakap terima kasih, kalau saya tak jumpa ustaz harini saya tidur dalam hujan lagi.
Saya syukur rezeki saya dapat buat baik pada uncle. Saya cuma nak tuhan sayang saya.