Рет қаралды 17,124
Ramai yang bertanya apa itu EM - Effective Micoorganisms? Saya jarang guna EM tetapi bila saya guna, saya buat cara yang paling mudah.
Apa itu EM 1 (Effective Microorganism)?
EM (Effective Microorganism) adalah sejenis ‘bakteria baik’ hasil kultur campuran daripada mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan “bacteria jahat”/ pathogen yang wujud dalam sistem tumbesaran. EM adalah kultur campuran yang terdiri daripada Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis.
Kebaikan EM 1:
1. EM disembur pada sayur - sayuran bagi menggalakkan pertumbuhan secara optimum.
2. Semburan EM1 pada tanaman, bunga-bungaan dan pokok buah-buahan mengelak dari serangan makhluk perosak. Tanaman kekal tumbuh sihat dan galak.
3. EM juga ditambah dalam pembuatan bahan asas/sisa dapur yang ingin dikomposkan. Fungsi EM mempercepatkan penapaian atau pengkomposan dari 3 bulan kepada 2 hingga 3 minggu sahaja.
4. Boleh digunakan dalam bidang penternakan. Campurkan ratio EM yang betul di tempat minum haiwan ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu dll.
5. Dapat memperbaiki kualiti tanah dengan cepat. Bakteria dalam EM akan memakan bahan organik dalam tanah dan membebaskan bahan nutrisi kepada tanaman.
Semua video tentang durian dan penanaman durian boleh ditonton di link di bawah:
• ALL ABOUT DURIANS
Maklumat asas:
Setakat ini di kebun saya ada 13 Varieti Durian:
1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn
2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong
3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit
4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay
5 - D159 - Monthong, Bantal Mas
6 - D101 - Bangkok T16
7 - D99 - Kop Kecil
8 - MDUR 88 (D190)
9 - D24 - Sultan
10 - D145 - Beserah
11 - Telur Buaya - Puangmanee
12 - D214 - Tupai King, Tupai 226
13 - Tekka
Terima kasih dari TAC🌹🌹🌹