Рет қаралды 17,994
Apa yang menarik dalam Melodi minggu ini? Nantikan kupasannya bersama pengacara Ain Edruce dan Haziq Hussni pada jam 12.30 tengah hari di TV3. Anda juga boleh strim secara langsung di saluran KZbin TV3MALAYSIA. Minggu ini, Melodi turut menampilkan dua tetamu jemputan yang juga merupakan peserta rancangan Terpaling Juara iaitu Rahmat Mega dan Shaz atau nama penuhnya Shazreen Shaharum.
Antara paparan menarik yang telah disediakan:
- Risteena Munim sudah berbadan dua?
- Ezad Lazim bersih daripada bahan terlarang
- Enot masih digelar lesbian?
- Biarpun sendu, Anne Abdullah masih laris
- Gimik murahan Andi Bernadee?
- "Bukan urusan korang kalau saya ada kekasih!" - Zul Ariffin
- Didie Alias malas layan 'orang gila'
- Ayda Jebat: Jangan rasa diri tu bagus sangat
- Puteri Sarah redha apa jua keputusan
- Shahir Zawawi jawab isu hutang
#Melodi