🔴 EP 2: Pembuatan Penganan Semut Tradisional Yang Menggunakan Alatan Moden

  Рет қаралды 25,713

Monet Vlog

Monet Vlog

Жыл бұрын

Kuih Penganan Semut (Kuih Sarang Semut) ataupun lebih dikenali sebagai Kuih Jala adalah merupakan kuih tradisional yang sangat popular di Sarawak terutamanya ketika Hari Gawai dan Krismas.
Kuih ini boleh didapati dengan mudah ketika anda berkunjung ke rumah panjang untuk meraikan sambutan Hari Gawai. Penganan Semut ini berbeza dengan kuih jala di Semenanjung Malaysia. Ianya versi kuih jala, namun ia ranggup. Ketelitian dan kesabaran amat diperlukan ketika proses pembuatannya.
Kuih Penganan Semut diperbuat dari tepung beras dan ianya berbentuk jaringan halus seperti bihun namun rangup dan manis dari segi rasa. Ia memiliki bentuk separuh bulan atau segitiga apabila dilipat atau digulung. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya terdiri daripada tepung beras, tepung jagung, santan, gula, gula apong Sarawak dan air kapur sirih dicampur bersama dengan air sehingga menjadi adunan yang sebati. Air kapur sirih berfungsi untuk menambah kerangupan kuih penganan semut namun ianya hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk mengelakkan kuih penganan semut daripada rasa pahit.
Cara pembuatannya adalah dengan mengirai adunan tepung cair menggunakan acuan khas. Di rumah panjang, masyarakat Iban yang membuat kuih penganan semut menggunakan kaedah tradisional iaitu tempurung kelapa yang mempunyai lubang halus, diketuk secara berterusan dan digerakkan dalam beberapa pusingan/bulatan (satu arah) dalam minyak yang panas sehingga menjadi kuning keemasan. Selepas itu ianya boleh dilipat atau digulung dan diangkat untuk ditoskan serta disimpan di dalam bekas kedap udara.
Pada masa kini terdapat alatan untuk mengirai penganan semut yang lebih moden dijual di pasaran iaitu diperbuat daripada plastik yang berbentuk seperti corong dan berlubang sama seperti tempurung kelapa. Dalam video ini, saya menggunakan alatan yang diperbuat dari plastik kerana saya tidak mempunyai alatan tradisional iaitu tempurung kelapa. Namun hasilnya dan rasanya tetap sama seperti penganan semut yang asli.
Sama seperti pembuatan kuih tradisional Iban yang lain, pembuat kuih ini haruslah sentiasa menjaga tutur kata semasa membuat kuih kerana dipercayai kuih ini mempunyai pantang larang dalam pembuatannya. Walaupun hanya mitos dalam kepercayaan masyarakat Iban namun sehingga ke hari ini, pantang larang tersebut sentiasa menjadi peringatan untuk orang membuatnya.
Bahan-bahan:
500g Tepung Beras
400g Tepung Jagung
1 cawan Gula
1/2 cawan Gula Apong Sarawak
1 paket Santan (serbuk)
1 sudu teh Air Kapur Sirih
Air
Minyak (untuk menggoreng)
📝 Kuantiti gula dan gula apong boleh ditambah lagi jika anda mahukan adunan yang lebih manis.
Cara penyediaan:
Kesemua bahan di atas dicampurkan bersama dalam bekas untuk mendapatkan adunan tepung yang cair. Air yang digunakan haruslah dalam kuantiti yang sedikit dan untuk menentukan adunan mempunyai kepekatan yang betul adalah dengan mencuba untuk menariknya ke atas menggunakan tangan, jika adunan itu tidak putus bermakna kepekatan adunan itu betul dan boleh mulakan untuk mengirai tepung tersebut. Kuih penganan semut yang siap digoreng perlu ditoskan minyak terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!!
Jangan lupa like, comment, share and subscribe channel Monet Vlog ❤️😉
#kuihtradisional #MonetVlog #penganansemut #resepikuihkaras #resepikuihjala #dayakborneo #dayakiban #selamatharigawaidayak #borneo #ibanvlog #sarawakfood #sarawakian #sarawakianyoutuber #sarawak #malaysia
Music by: / @avianjohansson5672
Taboh Iban • Taboh Iban

Пікірлер: 37
@user-fn2ne6ru9w
@user-fn2ne6ru9w 4 ай бұрын
Sedap tu anty
@yipiiiiiieeeee
@yipiiiiiieeeee Жыл бұрын
Gagaka kayu/buluh runching ujung kena nyuit mimit ka ba tgh2 katas awak sarang semut enda baka ngelempis mansau. Percubaan terbaik👍
@MonetVlog
@MonetVlog Жыл бұрын
Thank you 😊
@user-fn2ne6ru9w
@user-fn2ne6ru9w 4 ай бұрын
Cantek
@John316JC
@John316JC Ай бұрын
Shalom ari Sarikei. Perkongsian momen menbuat kuih sarang semut yang menarik. Terima kasih berbagi video, madik. 16:28
@MonetVlog
@MonetVlog Ай бұрын
Sama² madi 🙏👍😃
@dymonfishingborneo
@dymonfishingborneo Жыл бұрын
Pandai endar seduai ngaga penganan.. rindu meda.. maya gawai baka kuih wajib tu 👍👍😍😍 terbaik kaban
@MonetVlog
@MonetVlog Жыл бұрын
Terima kasih kaban... First time nguji ngaga kediri, pengujung ya nyadi ga.. 😃
@ailingteo599
@ailingteo599 2 ай бұрын
Sedapnya mantap
@MonetVlog
@MonetVlog 2 ай бұрын
TQ 🙏
@OppoA-nw4yd
@OppoA-nw4yd Жыл бұрын
Selamat tengahari Monet Vlog, mantappppp 👍👍👍
@MonetVlog
@MonetVlog Жыл бұрын
Terima kasih Oppo 😃
@norims217
@norims217 5 ай бұрын
Tq❤
@roamingleg6986
@roamingleg6986 Жыл бұрын
Krup krup krup😂😂😂
@MonetVlog
@MonetVlog Жыл бұрын
Kan… mesti sambut ngau pinggai nama makai tu enggai ke abis teberayan belah ruai anu org kitai 😆
@roselusin1518
@roselusin1518 3 ай бұрын
TERIMA KASIH KONGSI RESEPI
@MonetVlog
@MonetVlog 3 ай бұрын
Sama²
@jaya25channel
@jaya25channel Жыл бұрын
Enda berapa gamal tepung semut nya wai..beketul ketul😂😂😂
@MonetVlog
@MonetVlog Жыл бұрын
Laban nya ngena botol ukai ngena acuan sebenar nya alai ya ka beketul ngau kasar agi tali ya
@zuraimiismail5438
@zuraimiismail5438 3 ай бұрын
Mana nk dpt gula apung disemenanjung
@MonetVlog
@MonetVlog 3 ай бұрын
Kalau sis stay di Selangor boleh ke Pasar Borneo di Seri Kembangan, gula apong ada dijual di situ. Ataupun sis boleh beli secara online.
@tajupengerindu9174
@tajupengerindu9174 Ай бұрын
hai sis, t nadai gula apong, nm tau ke ganti?
@MonetVlog
@MonetVlog Ай бұрын
Gula pasir @ gula putih nya aja pun tau enti ndai gula apong. Semina beza warna ya enda gelap baka ke ngena gula apong nya.
@UmiKalthumJasimon
@UmiKalthumJasimon 3 ай бұрын
9 😂
@idriszakaria4388
@idriszakaria4388 4 ай бұрын
Puan,kalau kita guna santan dari buah kelapa boleh x
@MonetVlog
@MonetVlog 4 ай бұрын
Yang tu saya tak pernah cuba lagi Puan. Sebab selalu memang guna santan serbuk dalam paket. Tapi kalau Puan nak, boleh la cuba guna santan dari buah kelapa. Tak salah mencuba Puan, sama² kita belajar dan berkongsi ilmu 😃
@idriszakaria4388
@idriszakaria4388 4 ай бұрын
@@MonetVlog t' kasih
@user-fn2ne6ru9w
@user-fn2ne6ru9w 4 ай бұрын
Gunakn air peti santan untk kuih penyaram..klau gunakn cmpr air peti pandan dgn santan wangi rsanya
@user-fn2ne6ru9w
@user-fn2ne6ru9w 4 ай бұрын
Ibu aya gunakn air peti santan,klau nak mncuba
@idriszakaria4388
@idriszakaria4388 2 ай бұрын
@@user-fn2ne6ru9w terima kasih puan
@muhammadalldyreeshaa4740
@muhammadalldyreeshaa4740 3 ай бұрын
Gula apung tu gula melaka ke
@MonetVlog
@MonetVlog 3 ай бұрын
Tak sama… Gula melaka dari nira pokok kelapa. Manakala gula apong tu nira dari pokok nipah. Gula apong terdapat hanya di Sarawak saja tapi sekarang ni gula apong ada juga dijual di Semenanjung. Dijual di pasaraya atau pasar tamu (e.g Pasar Borneo Seri Kembangan Selangor ; Pasar Borneo Megahria JB) atau boleh beli secara online😃👍
@muhammadalldyreeshaa4740
@muhammadalldyreeshaa4740 3 ай бұрын
Ok tq info..
@MonetVlog
@MonetVlog 3 ай бұрын
@@muhammadalldyreeshaa4740 sama-sama 👍
@user-fn2ne6ru9w
@user-fn2ne6ru9w Ай бұрын
Gula apong تو کنا pangil گلا melaka کما گلا melaka یگ , یگ گلا apong تو یگ پکی کار diancurkn تو یگ sedap کٹ سنی bnyk dlm kontina ادا jual sedap tu
@ManjiroEmma
@ManjiroEmma Ай бұрын
Mana nak dapat gula apong
@MonetVlog
@MonetVlog Ай бұрын
Boleh guna gula putih/biasa sahaja kalau tak ada gula apong
Buat kuih sepit A to Z
18:35
Ita Khairi
Рет қаралды 457 М.
孩子多的烦恼?#火影忍者 #家庭 #佐助
00:31
火影忍者一家
Рет қаралды 15 МЛН
Just try to use a cool gadget 😍
00:33
123 GO! SHORTS
Рет қаралды 85 МЛН
Неприятная Встреча На Мосту - Полярная звезда #shorts
00:59
Полярная звезда - Kuzey Yıldızı
Рет қаралды 7 МЛН
KUIH KARAS (Rangup & Rapuh)
5:15
Fatihah's Kitchen
Рет қаралды 158 М.
..mak anchills buat kuih sepit//air tangan isteri..👍👍
7:25
Apai anchills channel
Рет қаралды 1 М.
Kuih Jala/Sarang Semut/kuih Karas
12:15
Nyieng Pi Kimel 11
Рет қаралды 78 М.
Kuih GOYANG Paling Rangup | Resepi Tok Perlis
25:01
DESTINASI TV
Рет қаралды 337 М.
Cara cara membuat pau mentega gebu & sedap
30:06
Mosen family
Рет қаралды 460 М.
🔴 Menu Wajib Time “Pengilan” (Kenduri Kahwin)‼️
19:42
孩子多的烦恼?#火影忍者 #家庭 #佐助
00:31
火影忍者一家
Рет қаралды 15 МЛН