Рет қаралды 6,417
** Untuk review hasil upgrade ini boleh terus tonton di Ep.85. **
Asyik² rosak je upper arm ball joint kia sportage ni. Setahun sekali pasti ada yang rosak, kalau tidak sebelah kiri, mungkin kanan dan jika bernasib malang kedua²nya sekali seperti nasib saya kali ini. Alang² banyak kerosakan pada kodokekotouring yang perlu diperbaiki, saya selitkan sekali upgrade suspensi hadapan yang bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat komponen² yang berkaitan dengannya. Upgrade tetap upgrade tetapi keupayaannya masih sesuai dengan nama 'kodokekotouring'.
Mungkin, mungkin kalau saya dah ada 500,000 subscriber saya akan upgrade jadi 'kodokekoadventure' dan jika saya ada 1,000,000 subscriber saya akan upgrade jadi 'kodokekochallenger'. 🤣🤣🤣
Tetapi bila saya tengok channel² 4x4 terbitan youtuber dari Malaysia yang sedia ada, memang sampai jual besi buruk timbang kilo la kereta saya akan tetap bernama 'kodokekotouring'. Sambutan content berkait 4x4 memang agak sendu di Malaysia. Hanya channel permotoran yang menyelitkan segmen 4x4 sahaja yang dapat sambutan menggalakkan, itupun mungkin secara kebetulan di mana majoriti subscribernya adalah peminat kereta dan motosikal.
Ahhhh..lantak lah..yang penting saya buat kereta ini untuk memudahkan kerja kebun saya..
Music: Folk Bed
Musician: Jason Shaw
URL: audionautix.com
License: creativecommons.org/licenses/...