Рет қаралды 948
Assalamualaikum..Apa khabar? Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga dan aktiviti serta rutin harian.
Trip kali ini kali cuba bermain di area Kg Bakapit, yang jaraknya jauh sedikit dari area Silam yang kami biasa memancing, mencuba spot spot baru dan berpotensi yang ada disekitar situ
Namun cuaca yang kurang baik seawal pagi lagi melambatkan perjalanan kami yang sepatutnya hanya mengambil masa 30 minit menjadi lebih daripada sejam
Setiba di spot Saudara Lokman berhasil mendapatkan sambaran yang amat ganas, ikan tersebut berjaya melarikan diri disebalik batu karang dan memutuskan perambut beliau. Kami amat terkejut dan terus berusaha mendapatkan sambaran sambaran namun hampa
Selepas makan tengahari lebih kurang jam 2 petang baru lah kami berhasil mendaratkan beberapa ekor ikan bersaiz besar, antaranya Ikan Kerapu Sunu dan Kerapu Pamantalan serta Seekor Ikan Putih
Ikuti aksi aksi yang sempat saya rakamkan. Kepada yang baru bergabung dengan @Umpan Besi Channel selamat datang dan semoga terhibur saya ucapkan. Bantu saya dengan View, Like, Comment, Sub dan Share video dan channel ini. Semoga dengan adanya komen komen dari anda semua dapatlah saya memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan channel ini, disamping menjadi motivasi kepada saya untuk memuat naik video video yang lebih berkualiti di masa hadapan.
Saya juga menjemput anda semua untuk bergabung dengan Umpan Besi Channel di Facebook Page UBC & Tiktok (umpanbesichannel)
Jangan lupa
Watch,Like,Comment,Sub & Share ke seluruh dunia :-)
Terima Kasih Sahabat/TQVM
Set
Daiwa BG SW 2023 4000D CXH
Storm Gomoku Erito 0.8
Daiwa J Braid #0.8
FC Sufix #10
Daiwa BG SW 2023 6000D H
Zen Zagan ST
Daiwa J Braid #4
FC Kastking #10
Assist Hook:
Nizam Assist Hook 01136880405