Рет қаралды 2,354
Bermukun secara asasnya adalah upacara bertandak (menari) dan berbalas pantun yang diselangi irama gendang. Kini, bermukun lebih dikenali sebagai upacara kebudayaan dan kesenian yang menjadi salah satu aset pelancongan serta rujukan dalam mengenali warisan budaya serta sejarah masyarakat etnik Kedayan di Labuan. Jom kita saksikan Laporan oleh Adik Nur Liayanna Binti Ahmad Zaini, Jurukamera oleh Adik Damia Wafiya Bt Affendi dan Skrip oleh Adik Nur Rashyidah Binti A Hazlan. Ribuan terima kasih kepada Tn Hj Supri @ Lamit bin Abidin Naib Pengerusi Persatuan Kadayan Labuan (WAKAL) kerana sudi berkongsi info mengenai seni warisan bermukun ini. Tidak dilupa kepada Cik Nor Aisyafikah @ Dang Kacu dan En Nur Firdaus Bin Hj Nordin dari Ahli Kumpulan Mukun Anak Labuan (KUMALA) yang sudi mempersembahkan acara mukun ini. Jom Kita Saksikan.