Рет қаралды 47,253
TEMU BUAL bersama pasangan suami isteri, Ubai & Shila Amzah selepas selesai majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur.
Mengimbau kembali rintangan, pahit getir sebelum tiba hari ini, Ubai dan Shila kongsi apa yang menjadikan kedua mereka kuat.
* * * * * * * *
Penyanyi, Shila Amzah, 33, telah selamat bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan pempengaruh media sosial iaitu Ubaidillah Zulkifli atau Ubai Mz, 25 dengan sekali lafaz sahaja.
Pasangan pengantin baharu itu telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Flamingo Hotel dekat sini, pagi tadi.
Mereka telah dinikahkan oleh ayah Shila, penyanyi dan pelakon ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah bin Salleh yang turut disaksikan oleh keluarga terdekat.
Majlis yang bermula pada jam 10 pagi tadi telah menyaksikan penyerahan mas kahwin sebanyak RM 20,000 oleh Ubai manakala hantaran pula dirahsiakan.
Terdahulu, pasangan sejoli itu telah mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.
Dalam pada itu, ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi Shila atau Nurshahila Amir Hamzah yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan satu-satunya seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
#shilaamzah #ubai #allaboutus
• • • • • • • •
• 𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 & 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 -
hello@f8buzz.com
• 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹/𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 & 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 -
gerila@f8buzz.com
• • • • • • • •
𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 -
www.f8buzz.com
• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 & 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱𝗮 -
t.me/f8buzz
• 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗴𝗼𝘀𝘀𝗶𝗽, 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿 & 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 -
t.me/f8buzzsembang
• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 -
kzbin.info/door/Buzz
• 𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 -
/ f8buzz
/ f8buzz
www.tiktok.com/f8buzz
/ f8buzz